"You better mengaku bersalah aje. Bukti tu kuat. Bukti dokumen, video, saksi..."
Sheila tunduk sahaja. Dia sekarang di pejabat peguambelanya dan dia masih bebas kerana di bawah jaminan sebanyak rm50,000. Ibu bapanya marah besar walaupun menolong menjaminnya.
Jika dia kalah dan disabitkan bersalah dia akan dipenjarakan tidak lebih 20 tahun dan sebatan kerana nilai kerugian kepada syarikat pengangkutan Idris berjumlah sekitar rm1.5 juta.
Kesalahannya kerana menyerahkan maklumat tender kepada pesaing Idris. Lelaki kacak daripada syarikat pesaing Idris itu benar-benar membuatnya tergoda, tapi lelaki itu tidak melayannya kerana kata lelaki itu dia terlihat seorang yang sombong.
Untuk menggoda lelaki itu dia umpan pesaing syarikat Idris itu dengan maklumat tender yang dia tahu menjadi rebutan syarikat lelaki itu dan syarikat Idris.
Malangnya kecurangan lelaki itu dihidu oleh isterinya lalu menyerahkan rakaman aksi terlarang mereka di rumah lelaki itu kepada Idris.
Melalui sumber daripada kenalan di dalam syarikat pengangkutan itu asalnya Idris mahu mendiamkan sahaja kes itu kerana ketika itu Idris sibuk dengan projek hotelnya di Eropah dan kemurungan kerana kehilangan Husna.
Silap dirinya sendiri kerana menjolok sarang tebuan. Sesal yang tidak dapat diungkap dengan kata-kata.
Perbincangan dengan peguamnya memang telah pasti dia tiada jalan untuk menyelamatkan diri lagi.
Hidupnya akan merengkok di dalam penjara. Paling kurang 15 tahun itu sudah pasti!
*******************
"Aku cuma nak sampaikan pesan dia aje... Dia minta maaf atas semua kesalahan yang dia dah buat."
Idris diam sahaja. Sambil merenung gelas kopi ais, tangannya tidak berhenti mengacau isi gelas dengan straw plastik. Dia dengar tapi dia tiada kata-kata apa mahu di balas.
Syeikh Muzzafar juga turut diam tapi pandangan matanya tetap di wajah kacak Idris. Sedikit berisi dan terlihat lebih cerah dan tenang bersahaja. Dahulu lelaki itu serius sahaja air mukanya.
Dia membawa pesan Firdaus yang mohon dimaafkan kerana sikapnya kepada Ehsan, Husna, Idris dan Tok Ibu. Malangnya Tok Ibu sudah tidak ada dan Syeikh Muzzafar baru sahaja mengetahuinya.
Idris ralat dengan sikap Syeikh Muzzafar yang merahsiakan masalah Bong. Kalaulah Syeikh Muzzafar memberitahu lebih awal mungkin Bong dapat diselamatkan.
Astaghfirullah!
Bukanlah maksud Idris terselamat dari kematian kerana mati itu pasti. Tidak cepat dan tidak juga lambat walau sesaat tapi... dapat menyelamatkan Bong daripada terjebak dengan skandal hitamnya.
"Aku dah puas nasihatkan diaorang. Aku sendiri ralat sebab San nampak memang nak tinggalkan benda aib tu tapi Daus selalu ugut dia."
"Daus selalu ugut dia dengan cerita dulu. Zaman masa dia selalu dibuli, Daus yang selalu ada untuk tolong dia."
"Padahal Daus tu tolong, untuk jadikan San mangsa kehidupan songsang dia."
Syeikh Muzzafar, Ehsan dan Firdaus satu sekolah ketika menengah atas. Kemudian seuniversiti. Kerana itu Syeikh Muzzafar mengetahui banyak rahsia gelap Ehsan dan Firdaus.
"Setiap tiga bulan dia datang kat aku buat HIV test. Dia sihat aje."
"Dia jumpa Husna dia nekad tinggalkan semua. Daus pulak kena transfer Terengganu."
"Dia block Daus dari hidup dia."
Syeikh Muzzafar seorang doktor. Dan dia doktor peribadi Bong.
"Dua bulan sebelum dia meninggal dia datang buat HIV test, padahal dah lama dia tak datang sebab dia dah tinggalkan hidup berisiko tu."
"Dia cakap kat aku... dua minggu sebelum tu dia kena spike dengan Daus. Daus datang konon nak minta maaf tapi dia spike minuman San".
"Keputusan tu positive. Aku busy dia busy. Aku tak dapat cakap sendiri dengan dia. Sebab dia nak kahwin dan aku takut dia malu kalau rahsia dia terdedah kat Klinik Kesihatan masa buat test untuk pengantin sebab tu aku email dia."
"Tapi aku yakin dia tak ada buat tak baik kat Husna sebab dia ikhlas dengan Husna. Dia memang Sayang sangat dengan budak tu."
"Tapi aku tak sangka esoknya tu dia meninggal."
Idris tidak bimbang tentang Husna. Dia yang merasmikan isterinya Husna. Dan dia ada bukti hospital kerana cerita pil perangsang di malam pertama mereka.
"Aku dah sampaikan pesan Daus."
"Urusan aku dah selesai."
"Sepanjang lima tahun ni dia memang sakit teruk sebab kuman dah merebak."
"Aku pergi dulu. Nak buka klinik."
Idris sambut tangan yang dihulur Syeikh Muzzafar. Erat genggamannya.
Idris benar-benar ralat yang bukan sedikit. Jika dia beritahu cerita ini kepada Husna pasti isterinya itu suruh maafkan dan lupakan cerita dahulu.
Kerana kita semua hamba yang tidak sunyi dari melakukan kesilapan. Firdaus sendiri sudah mendapat pengajarannya.
Dan lagi Firdaus sendiri sudah pulang ke negeri abadi.
Share this novel
best storyline ... complicated. suka suka ... happily ever after
Best cite..pjg pilak sis....
done marathon. nice story