Bab 53

Drama Series 136190

Mana nak tuju ni?
Mana nak tuju?

Sambil berlari-lari anak Husna toleh juga ke belakang sekali-sekala. Bimbang Idris mungkin sudah terjaga dan sedang mengejarnya. Peluh sejuk membasahi sebahagian baju yang Husna pakai.

Dia rasa tidak selesa kerana sudah satu hari belum mandi dan bersalin pakaian. Biasanya pulang dari kerja sekitar jam empat petang dia akan mandi, solat Asar dan masak makanan malam untuk dirinya dan Idris. Kemudian apabila Idris pulang sekitar jam enam mereka akan makan bersama dan untuk bersiap Maghrib Idris akan paksa Husna mandi sekali lagi bersama.

Mengenangkan saat seperti itu hati Husna dirundung pilu. Dia sayangkan Idris tapi dia takutkan Idris. Husna sendiri tidak faham dengan sikap Idris. Dia harus mengaku dia gagal membaca bahasa tubuh lelaki itu. Idris yang sentiasa tegas dan serius itu memberi isyarat yang bercampur baur. Apa yang Idris mahu darinya. Menjadi isteri atau menjadi hamba seperti yang pernah diberitahu kepadanya suatu masa dahulu.

Ketika Husna sakit dia dilayan bagai ratu tapi apabila Husna pulih sedikit demi sedikit sikap lelaki itu mula balik kepada asal. Kenapa harus menengking-nengkingnya untuk perkara yang bukan dia lakukan kesalahan. Sikap Idris terhadapnya dalam menangani ulah Onn benar-benar melukakan.

Jika dirinya terlalu buruk di mata Idris lebih baik dia pergi sahaja untuk kebaikan Idris. Semoga dengan cara ini Idris tidak lagi marah-marah dan boleh hidup tenang dengan kerjanya.

Tidak sedarkah Idris dia cintakan Idris tapi sedih dengan sikap lelaki itu. Dia takut dengan Idris. Setiap hari dia sentiasa berkira-kira masa Idris akan membuangnya.

"Assalamualaikum."

"Waalaikummussalam."
"Kau dari mana Na? Marathon apa malam-malam ni?"

"Tak ah kak... Na... kena kejar anjing."
Bohong sunat. Boleh kan? Siapa nama akak cashier 7eleven ni?. Kenapa semua orang dia lupa nama ni. Allah! Allah!

"Adoi!... aku pun kena minggu lepas. Ada sekor tu. Warna hitam kan!?"

"Aaa..A..yelah yang tu."

"Kuangajo sekor tu geram aku. Basikal motor semua dia kejar."

"Err... Kak.. Na tumpang duduk sini sampai subuh boleh tak?"

"Kenapa? Kau nak ke mana ni dengan beg besar bagai?"

"Na nak balik kampung tapi tumpang orang. Dia kata nak jalan malam ni tapi dia ada hal pulak. Subuh esok baru jalan."
Berdentum-dentum jantung Husna bercakap kerana menipu.

"Okaylah boleh. Ada aku kawan. Kau duduk kat bangku sana."

Husna ikut cakap akak cashier 7eleven yang Husna lupa namanya. Dahulu akak ni menyewa di rumah Aunty Mary. Husna rasa dia fikir Husna masih tinggal di bangunan yang sama.

Sampai ke subuh Husna hanya mampu tidur-tidur ayam. Dia risaukan Idris. Pengsan atau sebenarnya cedera parah. Ya Allah tolong jagakan Idris, Idris baik tapi dia garang. Tolong Ya Allah.

Akak cashier pula tidak mengendahkannya, sibuk dengan telefon bimbit, sepertinya sedang membaca novel di aplikasi Novel Plus.

Apabila Azan Subuh berkumandang Husna minta diri dan ucap terima kasih pada akak cashier. Husna tuju pula ke masjid Acik Radiah mengajar mengaji untuk menunaikan solat subuh. Husna jumpa sekali lagi akak yang menegurnya waktu Isyak semalam yang juga Husna lupa namanya. Oleh kerana akak ini kenal dia sebagai isteri Idris sekali lagi Husna berbohong mengatakan Idris akan outstation jadi dia mahu pulang ke kampung di Kelantan. Ya Allah ampunkan Na, jangan humban Na dalam neraka!.

Habis solat cepat-cepat Husna keluar masjid bimbang akak tadi ajak berbual. Husna berjalan dalam gelap pagi tanpa arah. Mahu ke mana ni? Betul ke dia mahu ke Kelantan? beranikah dia? masalahnya dia tiada alamat Mek Bah dan Tok Mok. Dua orang itu sahaja yang dia terfikir sebagai keluarga.

Tak mungkin mahu mencari Ummi kerana Husna tahu Ummi itu bersaudara dengan Idris. Cuma Husna tidak tahu atur susur galurnya bagaimana persaudaraan Idris dan Ummi. Husna cuma tahu Ehsan anak Tok Ibu. Ummi juga anak Tok Ibu tapi Idris itu anak siapa daripada lima orang anak Tok Ibu. Bukan! tiga orang. Tak mungkin Idris anak Acu Hasry atau Acu Hairy.

Husna berhenti di hadapan sebuah warung yang terselit di celah bangunan. Perutnya sangat lapar tapi dia tiada selera. Kali terakhir dia makan waktu rehat tengah hari semalam. Tapi Husna rasa baik dia makan sebelum dia jatuh pengsan. Dia baru sahaja pulih dari masalah tekanan darah rendah. Nasib baik malam tadi dia sempat juga capai botol-botol vitamin dan dokumen penting.

Husna masuk ke warung dan memesan makanan.

*****************

Husna jalan lagi tanpa arah selepas bersarapan pagi. Langit semakin cerah. Kenderaan semakin banyak atas jalan. Bahang matahari pagi mula terasa. Jam di tangan menunjukkan pukul sepuluh pagi.

Rimasnya!
Maknanya sudah 24 jam Husna masih belum mandi. Tak pernah begini. Husna rasa sangat tidak selesa. Manakan tidak, kali terakhir Husna mandi subuh semalam!

"Aiyah! Wei Amoi jalan tengok-tengok ma."
"Nana!"
"Apa you buat sini? Mana you pergi lama tak ada nampak?"

Husna tepuk-tepuk seluar hitamnya yang bercetak tayar motor Uncle Wong.

"Kerja sana Uncle... "

"You okay ka. Sakit kah. Uncle sorry ma. You jalan tak de tengok-tengok."

"Tak ah. Sikit je ni."

"Beg banyak besat. Mau pergi mana?"

"Aaa... tak taulah Uncle. Kedai saya kerja tu dah tutup. Saya tak ada kerja, tak ada tempat tinggal."
Dah expert kau ye Na! Amboi!

"Aiyah! itu macam ka? Mau kerja restoran Uncle meh? you duduk atas kedai sama itu pekerja indon nama Susanti. Mau ka?"

"Ye ke Uncle!? boleh! boleh! terima kasih Uncle tolong saya."

"Aiyah! Nana mesti tolonglah sama you. Kalau tak nanti Udin bangun cari sama saya. Tak tolong jaga dia punya cucu. Udin banyak garang ma."

Husna sudah tersenyum lebar. Okaylah kerja restoran vagetarian Uncle Wong. Bukan ada benda najis pun!

****************

Sebulan berlalu. Husna seronok kerja di restoran Uncle Wong. Susanti pun baik, dia ada kawan sebaya. Susanti berumur 19 tahun, dari Semarang Jawa.

Tapi Husna cakap awal-awal dengan Uncle Wong dia tidak mahu keluar dari dapur kedai. Tidak mahu ke pasar atau ke kedai atau ke mana sahaja yang diperlukan pekerja pergi.

Alasan Husna takut terserempak dengan Rock walaupun sebenarnya Husna sedang bersembunyi daripada Idris. Dia yakin Idris sekarang bagai nak gila mencarinya. Padan muka siapa suruh menengking-nengking dia. Ingat dia tiada perasaan.

Selepas cerita suspen malam itu Husna sentiasa mendengar berita jika ada laporan kematian atau kecederaan seorang lelaki kacak seiras Cristiano Ronaldo. Selepas dua minggu tiada berita seakan yang ditunggu, Husna yakin Idris baik2 sahaja. Entah-entah gembira Husna lari, kurang masalah manusia paling sibuk dalam dunia tu.

Tiba-tiba Husna dihambat pilu. Sebenarnya dia tidak boleh menipu dirinya sendiri. Husna rindukan Idris. Suaminya itu baik dengan cara tersendiri. Cuma dia sangat berkecil hati Idris marah-marah selalu sejak dia baik sakit. Kalau tidak mahu dia diganggu lelaki-lelaki lain kenapa tidak diumum kepada dunia Husna isterinya yang sah.

Husna tahu Idris malu beristerikan dia yang miskin tidak pandai bergaya, tidak tahu asal keturunan dan tidak berpendidikan seperti Cik Sheila.

Biarlah, biarlah dia membawa hatinya yang luka lara. Tapi Husna harap Idris tidak ceraikan dia. Mudah-mudahan dia tetap menjadi isteri lelaki itu di akhirat. Dia mengenang bertapa baiknya Idris melayannya ketika dia sakit.

******************

"Waduh Husna! kamu muntah terus. Ngapain kamu. Keracunan makanan ini. Apa yang kamu makan aku tidak ikut makan?"

Husna pejam sahaja matanya mendengar bebelan Susanti. Jika buka mata dia pening dan bilik dapur ini serasa bergerak berpusing. Tidak lama kemudian Husna rasa lagi perutnya berombak mahu memuntahkan isi. Husna lari ke tandas menekup mulut.

"Uweekkk." Menggigil-gigil Husna selepas muntah pahit berwarna kuning. Kenapa dia rasa seperti deja Vu. Seperti pernah mengalami sakit seperti ini.

"Uncle! Husna muntah terus. Saya teman Husna ke doktor ya Uncle."

"Apa pasat ni. Aiyah! ini Nana... Uncle sudah cakap jangan makan kuey teow kerang pasar malam banyak sangat. Semalam you beli banyak makan habis ka? Okay! Okay! Santi you kasi teman sama Nana jumpa doktor."

Kecoh Atok Cina ini melihat Husna yang tidak bermaya. Dia tumpang risau. Husna umpama cucunya. Dia melihat budak itu melenting-lenting membesar depan mata. Lagipun dia risau jika tidak jaga Husna nanti Udin bangun marah dia.

*****************

Husna pandang buku pink di tangan. Dia hamil tujuh minggu. Tidak lekang senyuman dari bibirnya. Alhamdulillah! Alhamdulillah! seronoknya. Rasa tak sabar mahu memegang seorang bayi seperti dia pernah memegang anak Kak Siti.

Arwah Ahmad dulu dia langsung tidak berpeluang melihat, memegang dan memeluk anak yang dikandungnya tujuh bulan itu. Dia rindu anaknya itu. Mudah-mudahan adik Ahmad ini pengubat hatinya yang sedih.

Husna tidak mahu memikirkan tentang Idris. Tidak mahu fikir jika Idris marah dia mengandung atau jika Idris suka sekalipun dia mengandung. Kali ini dia mahu menjadikan pengalaman mengandung ini perkara terindah dalam hidupnya.

***************

"Apa macam ni. You tak boleh berdiri lama ma. Nanti you pengsan macam mana? Aiyah! tengok itu muka banyak pucat".

Husna baru balik dari Klinik Kesihatan. Tekanan darahnya tidak stabil. Tidak digalakkan kerja berat dan berdiri lama. Tapi dia seorang tukang masak di sini.

Setelah Husna disahkan doktor sedang hamil, apabila pulang dari klinik dulu, dia terpaksa bercerita dengan jujur kepada Uncle Wong perkara sebenar. Patutlah Uncle Wong kata di rumah lama Aunty Mary ada beberapa orang lelaki kerap datang bertanyakan tentang Husna.

Uncle Wong yang tidak kenal Idris bimbang jika Husna pulang kepada Idris suaminya itu akan melayannya buruk. Jadi Uncle Wong berlapang dada menyembunyikan Husna di restoran. Uncle Wong bimbang Tok Udin bangun memarahinya. pelik sungguh!

"Nanti Uncle tanya sama anak saudara, dia ada buka satu kedai jahit. Nana kerja sanalah okay. Jahit duduk saja ma."

"Dekat mana Uncle?"

"Itu Bangi sana. Boleh meh?"

"Okay Uncle." Husna rasa lega juga. Sejak mengandung kali ini dia alah pada bau-bauan. Macam mana dia nak masak jika alah bau. Syukur Uncle Wong berlebih kurang dengannya.

*****************

"Nana jahit atas sini saja la. No need to go downstairs. Nanti I hantar mesin, semua kain naik atas."

"Thank you Miss April".

"No hal lah. My Uncle love you so much. He said you are good girl like your mother. I pun senang hati ada tailor sekarang. Dulu punya sudah kahwin terus berhenti."

Kandungan Husna sudah empat bulan. Tapi perutnya sudah nampak bulat besar. Sukanya! jerit Husna dalam hati.

Miss April menyewakan untuk Husna sebuah bilik. Bilik ini di satu unit rumah kedai di tingkat atas kedai jahit Miss April. Kedai jahit Miss April juga adalah sebuah butik pengantin untuk kaum Cina. Unit rumah kedai tingkat atas yang Husna sewa bilik adalah sebuah asrama untuk penyewa perempuan Islam sahaja.

Husna suka kejiranan di sini. Deretan rumah kedai ini lengkap dengan mini market, kedai dobi, klinik swasta, kedai makan, bank, kedai bundle dan farmasi. Semua yang penting berdekatan di sini termasuk klinik kesihatan, masjid dan sekolah. Di belakang deretan rumah kedai kawasan perumahan pula.

Sewanya juga berpatutan. Husna hanya perlu berjimat cermat. InsyaAllah dia akan baik-baik sahaja. Duit yang 'dipinjam' daripada Idris masih tidak berusik dan Husna sudah menyimpan dalam satu akaun yang baru dibuka. Akaun itu diarah buka oleh Miss April untuk kemasukan gaji.

Duit Idris tidak berusik kerana keluar sahaja dari rumah Idris dia sudah bergaji dan hanya menggunakan duit gajinya sahaja.

Kali ini Husna pujuk hatinya bersabar dengan ujian seperti Acik Radiah ajar. Dia mahu kandungannya sihat dan membesar dengan baik-baik sahaja.

Sukanya... dia bakal jadi Ibu. Boleh peluk baby!.

****************

"Kami kena refer awak kat hospital pakar. Ada kelainan pada kandungan awak."

Husna sudah cuak.

"Bukanlah suatu yang bahaya... refer pakar sebab kemudahan klinik kesihatan ni terhad. Kami tak dapat scan baby. Awak bawa surat ni pergi hospital besar, tuju bangunan klinik pakar okay."

Fuh! bikin suspen sahaja nurse ni. Janganlah takutkan dia. Cukuplah pengalaman kehilangan Ahmad dia tidak sanggup melaluinya kali ke dua.

*****************

Husna pegang gambar scan bayinya. Allah! Allah! comelnya. Terima kasih Ya Allah. Maafkan Husna sebab lari dari Idris. Tapi Husna rasa ini yang terbaik untuk Husna, baby dan Idris sendiri.

Husna tengok lagi sekali untuk yang entah ke berapa kali sambil tersengih-sengih gembira. Ada dua! Husna ada dua baby dalam perutnya. Patutlah besar dan berat walau baru enam bulan. Awak baik-baik sahaja ye anak-anak. Mak akan lindungi awak dari apa juga mara bahaya. Mak sayang awak berdua.

*****************

Akhirnya Husna lahirkan baby kembarnya. Alhamdulillah semua dalam keadaan baik dan sihat. Husna sihat baby sihat.

Miss April tolong Husna mendaftarkan kelahiran di JPN. Untung sahaja sebelum keluar dari rumah Idris dia sempat capai beg dokumen yang Husna simpan sijil kematian arwah Mak dan Tok Udin, sijil lahirnya, sijil tamat darjah enam dan sijil nikah salinan asal untuk pengantin perempuan.

Boleh pula di dalam bagasi yang Husna pilih untuk menyumbat baju Ehsan didalamnya ada passport dan kad pengenalan Idris yang dikatakan hilang dahulu. Kehilangan yang menyebabkan Idris lambat pulang ke Malaysia melawat jenazah Ehsan. Idris pernah bercerita kepadanya.

Jadi mudahlah urusan pendaftaran sijil lahir anak-anak. Surat hospital, buku pink, IC Ibu, IC bapa, surat nikah semua cukup. Alhamdulillah Allah permudahkan. Walaupun ic Idris sudah berganti yang baru mungkin pegawai yang mendaftarkan sijil lahir anak-anaknya terlepas pandang perkara itu.

Oleh kerana bapa kepada anak-anaknya bernama Muhammad Idris jadi Husna namakan bayi kembarnya Muhammad Ibrahim dan Muhammad Ismail.

Terima kasih Ya Allah. Alhamdulillah!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience