Hari Isnin
Idris, Husna, Ummi dan Walid duduk santai-santai di meja batu di halaman luar. Bersarapan dengan angin pagi.
Ibrahim dan Ismail seronok bermain dengan kucing bulu tebal Walid bernama Rambo. Mengekek-ngekek kembar berdua ketawa apabila Rambo mengejar benang kait Husna yang di hujungnya Husna pintal bulat seakan bola kecil yang berjurai.
Betul cakap Ummi, kawasan rumah ini tempat paling sesuai dan selesa untuk anak-anak bermain.
Datang Abang Harun pemandu Walid merangkap tukang kebun kepada keluarganya.
"Datuk ada tetamu dua biji kereta datang. Nak jumpa Tuan Idris dan Datuk."
"Siapa?" Walid yang nampak pelik meletakkan cermin mata ke atas meja batu.
"Aunty Mary dengan Syeikh Hussein." Abang Harun.
Tegak leher semua di halaman. Pelik dan tertanya-tanya. Mereka tiada bertelefon membuat temujanji untuk datang pada pagi ini.
"Jemputlah masuk." arah Walid.
Segera Abang Harun meninggalkan halaman menuju ke pintu pagar utama. Dua buah kereta masuk ke kawasan meletak kereta di hadapan pagar utama. Semua di halaman meja batu sudah berdiri menyambut tetamu.
"Assalamualaikum."
"Selamat pagi."
Syeikh Hussein, Uncle Wong dan Aunty Mary memulakan pagi dengan ucapan selamat untuk semua di situ.
"Mr. Akbar awak boleh pergi ambil angin dahulu. Nanti sudah siap saya telefon."
"Baik Tuan Syeikh."
Syeikh Hussein berbahasa Melayu yang pekat berbunyi pelat Arab, kepada pembantunya Mr Akbar. Pelik untuk yang lain tapi tidak pada Idris kerana dia sudah tahu Syeikh Hussein boleh berbahasa Melayu sejak bekerjasama di kota London.
"Sila semua." Pelawa Datuk Idham kepada semua tetamu.
"Di dalam atau di sini sahaja ye?"
Soal pula Ummi berbahasa. Segan pula jika tetamu tidak dipelawa masuk ke dalam rumah. Tapi cuaca pagi hari ini sangat cantik. Berangin, tidak panas dan langit cerah.
"Di sini sahaja bagus. Udaranya segar dan berangin."
Sahut Syeikh Hussein dengan pelat Arab yang pekat.
"Baba".
"Baba"
Ibrahim dan Ismail yang sedang berlari menerpa kepada Syeikh Hussein. Bersalam mencium tangan.
"Nenek Mary"
"Wong yeye"
Mereka berdua pergi pula kepada Aunty Mary dan Uncle Wong selepas Syeikh Hussein.
"Ayah boleh kami buka tv tengok kartun?" Soal Ismail kepada Idris.
"Okay Sayang. Pergilah."
Berlari gembira keduanya apabila Idris memberi kebenaran.
Mereka yang di halaman rumah mengambil tempat masing-masing di meja batu.
"Dup dap dup dap pula saya ni. Macam ada hajat sahaja ni." Walid memulakan bicara dengan gurauan.
Walau gurauan memang benar, bukan Walid sahaja yang tidak sabar. Ummi, Idris dan Husna juga tidak sabar untuk mengetahui hajat ketiga tetamu.
Aunty Mary tiada menelefon Husna bertanya apa-apa kemusykilan. Begitu juga Uncle Wong.
Jika urusan perniagaan pasti Syeikh Hussein mengajak Idris berbincang di pejabatnya di Malaysia, di hotel lima bintang miliknya.
"Aunty nak beritahu Husna berita besar. Tapi sebab Husna dah kahwin biarlah Idris dan mertua Husna dengar sekali. Lebih baik begitu."
Husna yang sememangnya sudah duduk tegak menunggu cerita semakin ke depan duduknya mahu lebih jelas dengan mukadimah yang di mulakan Aunty Mary.
"Syeikh Hussein ini ayah kandung Husna."
Allah! Allah!
Semua sudah beralih duduk.
Terkejut!
Idris sudah hampir berdiri kemudian duduk kembali.
"Malam kenduri tu... bila Aunty nampak Syeikh memang Aunty terperanjat. Tak mungkin Aunty salah orang. Rupa Syeikh tak banyak berubah cuma lebih berisi dan lebih tegap. Dulu dia kurus dan sedikit melengkung."
Syeikh Hussein toleh sekilas kepada Aunty Mary apabila terdengar ayat Aunty Mary yang seakan mengutuknya.
"Aunty panggil Wong kalau dia masih ingat... ye dia ingat Syeikh."
"Dan malam tu kami berbual panjang lebar cerita dulu."
"Cerita Syeikh, Salina dan Tok Udin."
Raut wajah Aunty Mary, Uncle Wong dan Syeikh Hussein berubah sedih.
"Masa Husna umur dua tahun Syeikh ada datang Malaysia cari Salina tapi..."
"Tok Udin sorok Mak Husna dan Husna."
"Salina Tok Udin kurung dalam bilik. Memang tak boleh keluar."
"Aunty, Wong, Mek semua Tok Udin warning jangan bagitau Syeikh."
"Syeikh tak putus asa, berhari, setiap jam, menunggu dekat kaki lima bawah bangunan nak naik atas."
"Syeikh datang dengan dokumen lengkap pernikahan dia di Thailand dengan gambar pernikahan itu juga."
"Dia tunjukkan pada Tok Udin dia datang untuk daftarkan pernikahan di Malaysia. Mahu ambil Salina pergi mulakan hidup baru sebagai suami isteri."
"Tok Udin upah kawan-kawan dia berjaga."
"Masa tu Tok Udin muda lagi, sihat, kuat... tak ada siapa berani dengan Tok Udin kat kawasan tu."
Aunty Mary berhenti seketika untuk mengelap dengan tisu air di hujung matanya ketika bercerita mengingat kisah dulu.
"Tok Udin pukul Syeikh bila dia tak mahu pergi selagi tak jumpa Salina."
"Teruk... pecah muka. Berbalut kaki tangan"
"Tapi tak serik... esoknya menunggu lagi kat bawah tu."
"Mek dah melawan Tok Udin bila tengok Syeikh dah teruk dipukul begitu."
Aunty Mary ambil lagi dua tiga helai tisu mengelap air mata yang semakin laju keluar.
"Tapi kami jadi terdiam bila Tok Udin cakap... kau orang sanggup ke kalau aku biar anak cucu aku mengikut lelaki tu balik negara dia? Sanggup ke hidup entah apa khabar kat negara orang. Kalau dia nak merempat sekalipun biar kat negara sendiri. Tak makan pun biar kat tanah ni."
"Masa tu kami setuju sangat dengan Tok Udin."
"Sebab Syeikh masa tu rupanya lari dari keluarga dia di Pakistan sebab dikahwinkan paksa dengan anak bapa tiri dia yang kemudian dia ceraikan pula isteri baru tu dengan talak tiga. Keluarga bapa tiri dia mencari dia untuk balas dendam."
Uncle Wong tunduk sahaja dari tadi. Membiar Aunty Mary yang masih mengesat air mata yang mengalir supaya terus bercerita.
"Wong pujuk Syeikh pergi. Sebab Tok Udin dah mula marah sangat, takut jadi kes bunuh pulak masa tu kat bangunan tu."
"Tapi tak ada siapa beritahu Syeikh dia ada anak dengan Salina."
"Maklumlah Syeikh sendiri masa tu pelarian. Kami bimbangkan nasib Salina di tempat orang jika biar dia pergi ikut Syeikh."
"Wong tolong Syeikh keluar Malaysia pergi UK."
"Salina tak berani lawan Tok Udin lagi sejak kes dia kahwin lari ke Thailand, yang lepas tu Syeikh hilang macam tu aje dan dia pulak mengandungkan Husna."
Husna dan Ummi sudah lencun dengan airmata mendengar cerita Aunty Mary.
"I'm sorry."
"Your Mak and I were very young at that time. I was 20 years old and she was 18 when we got married. Too much in love with each other..."
"I really don't know I have you when my stepfather forced me to go back to Pakistan."
Sangat sedih pandangan Syeikh Hussein pada Husna. Air mata yang mengalir penuh penyesalan.
"I came to Malaysia again after eight years"
"You must be ten years old that time."
"Tok Udin told me your Mak... Salina has passed away... and he show me her grave."
"But he never told me about you."
"If I know... I will definitely fight for you"
Syeikh Hussein tanggalkan cermin mata yang dipakainya. Mengelap sebentar dengan sapu tangan yang di ambil dari kocek baju. Kemudian mengambil sehelai tisu dan mengelap mata dan hidungnya yang basah.
"if only i knew..."
"I already had money at that time. My late grandfather from my late father left me a sum of money in his will"
"My stepfather knew about the will that's why he forced married me to his daughter. That's why he is against my marriage with salina"
Syeikh Hussein menangis teresak-esak menyesali cerita lalu. Dia merasa amat bersalah kepada Salina dan anaknya Husna kerana hidup merana angkara dirinya. Husna sangat seiras dengan arwah isterinya Salina, kecuali warna mata dan hidung cantik terletak itu mengikutnya. Kata Mary warna rambut Husna juga mengikutnya berwarna coklat gelap.
"Maafkan Baba Husna. Baba tak tahu Baba ada kamu."
Teresak-esak Syeikh Hussein memohon maaf kepada Husna yang sudah lencun dengan airmata dan terkedu seribu bahasa.
Husna toleh kepada Idris memohon izin melalui pandangan. Idris angguk kepala memberi izin. Perlahan-lahan Husna bangun menuju kepada Syeikh Hussein menghulur tangan.
Tergigil-gigil Husna menyalami tangan bapa kandung yang sangat ingin dia ketemu. Syeikh Hussein sambut tangan Husna juga tergigil-gigil kerana terlalu sedih dan amat bersalah dengan anak yang sangat kasihan hidupnya.
Sekarang fahamlah Idris, Ibrahim dan Ismail yang selalu dia perasankan seiras seseorang yang amat dekat tapi gagal dipadankan dalam ingatan rupanya seiras bapa mertuanya Syeikh Hussein.
Dunia ini sememangnya kecil sahaja.
Share this novel