((Sis tak de idea. Tak tau cam ne nak create masalah antara Husna dengan Ehsan. Kalau tak logik pls tetap teruskan membaca ye. tq you all))
"Nangis lagi..."
"Mekkkkk... tolonglah Na Mek. Patut ke Na teruskan".
"Siti Husna..."
"Siti Husna..."
"Okaylah... kau nangis dulu puas-puas bagi aku dengar. Dah lega baru kau bercakap dengan aku. Kau nak ada orang dengar kau nangis kan. Okay kau nangis sekarang..."
Dan begitulah ceritanya Mek mendengar Husna mengongoi-ngongoi menangis. Mek biar sahaja tangisan Husna berlarutan hingga habis setengah kilo lada kering dipipisnya. Nasib baik panggilan telco telefon bimbit Mek kepada telco telefon bimbit Husna percuma taliannya.
"Dah Mek... Na dah lega" tersedu-sedu bunyi suara Husna.
"Kau istighfar sekarang. Lepas tu baca Ayatul Kursi tiga kali, surah An Nas tiga kali. Istighfar tu yang penuh tiga kali juga"
Jeda seketika. Mek biarkan Husna mengikut nasihatnya.
"Dah Mek..."
"Dah?... Sekarang tarik nafas panjang-panjang lepas perlahan-lahan. Pun buat tiga kali juga" Suruh Mek sambil tangan mencapai bungkusan halia dan kunyit.
"Dah..."
"Dah!? Okay... sekarang rasa lega tak?
"Lebih baik dari tadi" masih ada bunyi tersedu-sedan dalam suara Husna.
"Alhamdulillah..."
"Kau beriman dengan Allah Husna"
"Jangan kamu kata kamu beriman selagi tidak diuji."
"Siti Husna... demi Allah Na aku sayang kau Lillahi Ta'ala".
"Kau dengar Na... ni last aku bercerita soal kehidupan ni dengan kau. Jadi kau dengar baik-baik ye. Malam ni panjang ni aku nak tarbiah kau. Aku akan cakap satu-satu supaya kau faham"
"Bila aku tanya kenapa? kau kata kau takut, kau susah hati. Bila aku tanya sebab apa? Kau cakap hati kau sentiasa risau, berdebar-debar..."
"Aku kenal kau Na. Dari kecik aku tolong mak kau sama-sama jaga kau. Mak kau beranakkan kau aku yang nyambut. Tu kat lantai tingkat dua tu kau keluar. Nasib baik Aunty Mary kau balik tolong hantar pergi hospital."
"Ada benda kau tak habis cerita kat aku. Tapi tak pe kalau kau tak boleh nak meluah tak pe."
"Umur kau sekarang 15 tahun lagi dua hari baru cukup 16 tahun. Hari tu lagi aku dah cakap kalau sesuatu masalah memudaratkan diri kau...tarik diri!"
"Tapi sebab kau tak dapat nak meluah dan aku cuma teka masalah ni sebab Ehsan."
"Kita buat macam ni ajelah Na dengan si Ehsan ni... selagi tak memudaratkan tubuh badan kau tak memudaratkan maruah kau. Kekal sajalah pada Ehsan"
"Kan aku dah cakap pentingkan dulu diri sendiri. Sekurang-kurangnya ekonomi dia kukuh."
"Tapi kau tau aku pun tau. Dekat sana kau sorang-sorang kau paling selamat dengan Ehsan. Mak dia baik. Adik-beradik dia baik."
"Anggap aje kau membalas budi dia. Kalau tak sebab dia menolong, kau tau panjang ceritanya hal dulu tu."
"Lagipun kau baru 16 tahun. Mudah-mudahan kau panjang umur sihat walafiat"
"Kalaupun kau tersilap pilih Ehsan sekarang anggap aje pelajaran dalam hidup kau."
"Kalau tersilap awal tapi sebabkan umur kau muda lagi jadi tak ada la tua mana kau nak mula langkah lain"
"Sebab hidup ni memang ujian. Hidup ni sebab tu orang kata berjudi. Kita tak tau masa depan."
"Jalan aje... belum tentu sekarang masalah di kemudian hari masalah juga"
"Dan belum tentu kalau hari ni masalah esok-esok masalah tak settle. Ye tak!?"
"Aku bercakap ni dari kepentingan diri kau."
"Benda pun dah bertunang. Dah melibatkan mak dia keluarga dia. Air muka dia."
"Tak kan kau nak jatuhkan air muka Ehsan, mak dan keluarga dia dengan tarik diri bagai."
"Masalah kau dengan si Ehsan tak melibatkan nyawa dan maruah kau kan!?" Soal Mek tiba-tiba menyergah Husna yang tekun mendengar.
"Tak..."
"Bagus!"
"Tapi kalaupun kau tak nak ikut saranan aku pun okay. Aku tak marah"
"Memang hidup kena try and error. Kalau tak buat silap macam mana nak dapat buat yang betul"
"Tak ada siapa dalam hidup ni boleh jamin kalau buat gini jadi gitu atau kalau pilih yang ini lebih baik dari yang itu.. Tak ada siapa ada ilmu hebat sangat boleh jamin semua tu."
"Aku ni cuma boleh bagi pendapat bagi buah fikiran. Kau tak boleh bergantung dengan apa aku cakap"
"Kau kena berani buat keputusan sendiri. kita hidup ni kita sendiri kena hadap urusan hidup, Karang kita mati kita juga yang kena hadap urusan mati dalam kubur tu."
"Selagi hidup, guna akal buat keputusan yang paling baik."
"Aku ni cuma boleh bagi buah fikiran."
"Hari ini aku ada bolehlah kau mintak pendapat aku. Esok-esok aku tak ada kau kena juga buat keputusan sendiri".
"Maka tolonglah Na jadi kuat... jadi berani. Nangis boleh. Sedih tu memang la kita manusia."
"Tapi janganlah jadi lemah menangis mengongoi-ngongoi."
"Buat relax dulu... kot sekarang ni nampak macam susah. Mana tau kejap-kejap lagi rupanya masalah tak besar mana... boleh settle"
"Ada masalah relax bertenang... kalau rasa teruk sangat, down sangat kau ikut je masalah tu ke mana perginya. Ke mana masalah tu bawak kau."
"Macam kau tak biasa dengan masalah nak nangis bagai... kebulur berdua dengan aku dulu pun pernah kan. Masa tu kita buat apa? Buat bodoh kan buat relax je..."
"Uiii! Na dah pukul sepuluh. Aku nak kena buat sambal tumis lagi. Aku dah dulu ye budak."
"Ye Mek. Na minta maaf ye asyik susahkan Mek"
"Tak pe la budak. Aku kan sayang kau... Kalau aku tak ada pun kau kuat tau Na. Jaga diri baik-baik. Aku minta maaf dulu-dulu kau selalu kebulur dengan aku."
"Jangan asyik sedih je. Cari gembira cari bahagia."
"Kalau ada masalah kena buat apa Na?"
"Buat relax Mek. Buat bodoh je"
"Lepas tu?..."
"Jalan terus. Bahagia berada di hadapan selepas corner"
"Haaaaa... dah pandai. Macam tu la anak Sabariah. HaHaHa... Dengar si Salina mak kau marah dia"
"Okay ye budak. Aku matikan tau. Kau jangan sambung nangis pulak. Cuba bawa mengaji".
"Okay Mek. InsyaAllah".
"Assalamualaikum."
"Waalaikummussalam."
Ringan mulut Husna mahu bercerita kepada Mek tadi tentang skandal-skandal Ehsan yang kerap datang menyerang sejak berita pertunangan mereka tersebar.
Tapi setiap kali itu dia tidak berdaya. Dia tidak berdaya mahu menjatuhkan maruah Ehsan. Dia takut akan memalukan Ehsan kerana Ehsan sudah bertaubat dan mahu meninggalkan serta melupakan segala sisi buruk kehidupannya dahulu.
Husna membayangkan jika dia bercerita dan Mek yang menyayanginya tanpa sempadan bertindak memisahkannya dengan Ehsan, bagaimana dengan Ehsan ketika itu. Bukankah Ehsan merayu kepada Husna agar menolongnya memimpin perjalanan hijrah Ehsan.
Husna juga bukan hanya berjanji kepada Ehsan tapi juga kepada dirinya dia akan bersama Ehsan ketika susah dan senang lelaki itu kerana itu yang Ehsan lakukan sepanjang kurang lebih setahun ini kepada dirinya.
Lagipula Ehsan itu hadir ketika dia sangat perlukan bantuan kewangan untuk hutang Tok Udin sokongan mental ketika Mek berhijrah mengikut suaminya dan sokongan semangat dengan memberinya pekerjaan.
Ya Ehsan hadir ketika dia berada di fasa terendah lalu menariknya menuju hari-hari ceria.
Benarlah Kata Mek Husna harus membalas budi. Budi Ehsan kepadanya lebih besar jika dibandingkan dengan permintaan Ehsan yang sekadar mahu dia berjalan bersama menemani lelaki itu dalam waktu-waktu sukarnya.
Benar juga kata Mek dia muda lagi. Jika tersilap keputusannya hari ini mudah-mudahan dia boleh punya masa lebih mencari jalan lain yang lebih baik.
Jangan takut Husna. Bertenanglah duhai hati. Bertabahlah.
ok dh dpt. nama mek yg sebenar sabariah. tgu novel br Sy ye. Gangster yang cedera parah
Share this novel