"Sorry miss, you tak ada buat appointment kan. Lagipun boss tak ada." Sheila pandang menyampah perempuan di hadapannya.
"It's ok. I boleh tunggu".
"Boss mungkin tak masuk office".
Perempuan berambut pendek separas bahu dan memakai gaun mengikut potongan badan separas lutut berwarna biru berbunga kuning itu buat tak dengar cakap Sheila. Pandang Sheila tanpa riak, senyum dan melangkah ke arah sofa di sudut luar pejabat Ehsan.
Sheila tarik nafas. Merengus perlahan. Rasa menyampah mereguk-reguk tangkai hatinya. Sudahlah dekat pejabat ada budak hingusan itu sekarang datang pula si tua ini.
Sebenarnya sudah agak lama perempuan itu tidak datang mencari Ehsan di pejabat. Fikir Sheila perempuan itu sudah arwah. Suatu ketika dahulu di awal perkhidmatannya di syarikat pengangkutan ini perempuan itu dan beberapa perempuan cantik dan seksi yang lain kerap datang mencari Ehsan.
Kadang-kadang Ehsan menerima kehadiran mereka tetapi adakalanya Ehsan minta Sheila beralasan supaya tidak mengganggu Ehsan. Kemudian untuk beberapa ketika tiada lagi episod seperti itu kerap berlaku.
Lebih-lebih lagi sejak Ehsan mula mengajak Sheila menemaninya makan tengah hari dan berpeluang pula mengikuti Ehsan bertugas ke luar daerah.
Kemudian Ehsan pula yang berubah. Sheila perasan perubahan itu. Bukan sahaja tiada perempuan lain malah dengan Sheila sendiri tiada lagi gurauan nakal atau perhatian berlebihan Ehsan berikan.
Waktu makan tengah hari juga sama ada Ehsan keluar sendirian atau makan makanan bungkus yang di kirim daripada si Ijal budak pejabat. Ehsan juga sudah mula solat di surau pejabat.
Kerana itu Sheila merasakan dia semakin tidak dapat membiarkan Ehsan jatuh ke tangan orang lain. Cintanya jatuh pada orang yang tepat untuk dijadikan suami. Dan lagi Ehsan pernah memberi perhatian kepada dirinya.
Cuma sahaja sejak akhir-akhir ini Sheila dapat merasakan saingan terbarunya sangat tidak masuk akal. Mungkinkah benar? mungkinkah tidak? Logikkah Ehsan mengidamkan gadis bawah umur yang beza usia sehingga 20 tahun darinya.
"Nah Cik Sheila! surat dari lawyer firm" Ijal si budak pejabat masuk tiba-tiba ke ruangan kerja Sheila. Meletakkan beberapa keping surat pelbagai saiz sampul.
"Hari ni saya makan sedap"
"Kenapa? Selama ni you makan tak sedap ke?" Sheila menyoal pelik.
"Yang makan sedap kadang-kadang je... Biasa makan tak sedap sebab kena beli sendiri" Ijal ketawa suka dengan kenyataannya sendiri yang di rasakan lucu.
"Siapa belanja?" soal Sheila selepas mula faham maksud cakap Ijal.
"Boss!"
"You keluar makan dengan boss ke?"
"Tak ah!. Boss minta tolong bungkus Nasi Kandar Kayu lepas tu boss message suh makan, dia balik makan rumah mak dia" habis sahaja penerangan Ijal Sheila toleh kepada perempuan yang duduk menunggu Ehsan di sofa. Perempuan itu telahpun berdiri.
Ketika melangkah keluar perempuan itu buat tak endah kepada Sheila tetapi memandang Ijal dan menghadiahkan senyuman menggoda. Ijal jadi terpusing mengikut gerak langkah perempuan itu sambil tersengih-sengih.
Rasa hati yang sebal naik satu tangga lagi. Sheila ambil fail nipis di atas mejanya dan menghempuk bahu Ijal dua kali.
"Eh! eh! Cik Sheila apa salah saya ni!?.
***************
Husna pandang Ehsan yang tekun menyuap dan mengunyah mi kari. Seolah itu makanan terakhir yang akan jadi juadahnya seumur hidup. Tak kan tak dengar.
Husna hirup perlahan cendol dari sudu di tangannya. Masih memandang Ehsan yang mengelap bibir yang sememeh kerana kuah. Parut sumbing di atas bibir itu tidak mengurangkan raut tampan Ehsan. Mengikut cerita Ehsan sumbingnya itu melalui beberapa siri pembedahan barulah ianya benar-benar kelihatan samar.
Selain dari jari Ehsan di tangan kirinya yang sedikit kekot dan kakinya yang tidak sama panjang tiada apa yang kurang pada lelaki di hadapan Husna. Tinggi, tegap dan tampan. Jika tidak diberitahu umurnya tiada siapa menyangka Ehsan berusia 35 tahun.
Husna tidak tahu bagaimana hubungan sosial Ehsan dengan orang lain tetapi dengannya Husna rasakan tiada apa yang Ehsan rahsiakan. Adakah kerana Husna tiada rakan rapat untuk Husna jaja kembali segala rahsia Ehsan sehingga lelaki itu percaya kepadanya.
Tetapi hari ini rahsia apa yang sedang Ehsan sembunyikan atau adakah Ehsan belum bersedia bercerita kepadanya.
Telefon bimbit Ehsan berbunyi lagi. Seperti tadi lelaki itu sekadar menjenguk muka telefon melihat nama pemanggil kemudian membiarkan ianya bising menyanyi.
"Siapa telefon? Ahlong ke?"
Ehsan tergelak sehingga terkeluar sedikit air yang baru dihirupnya.
"habis tu... kenapa Abang tak jawab?" belum sempat Husna mendapatkan jawapan dari soalannya telefon Ehsan berbunyi lagi.
"You! you kat mana. Kenapa tak jawab call I! You sengajakan!" si pemanggil membentak marah apabila sahaja panggilannya dijawab. Husna yang menekan butang menjawab kemudian menekan pula butang pembesar suara.
Nasib baik mereka memilih untuk ke gerai tepi jalan di tepi sebuah padang dan memilih pula untuk duduk di meja paling jauh dari orang lain.
Ehsan buat tak layan dan mahu menamatkan panggilan tapi Husna tepis tangan Ehsan.
"Maaf Cik, Cik cari siapa ye?"
"You siapa?!"
"Saya tanya cik dulu, Cik ni siapa? Cik nak cari siapa?"
Ehsan di hadapannya sudah ketawa tidak berbunyi.
"I cari Ehsan. Ini nombor telefon Ehsan kan" suara si pemanggil mula berubah nada seakan cuak akan kebarangkalian tersilap nombor.
"Ini nombor telefon saya... Saya baru tukar nombor telefon ni. Sehari ni ramai betul perempuan cari yang nama Ehsan tu. Cik ni bukan orang yang sama sekejap tadi kan" Keras perut Husna menahan ketawa agar lakonannya berjaya. Lebih-lebih lagi apabila melihat Ehsan yang sudah menekan perut dan merah mukanya menahan ketawa juga.
Senyap tak berbunyi dari pihak di sebelah sana. Panggilan telah ditamatkan.
"Kesian dia. Kalau tak nak, cakap la terus terang. Macam budak sekolah bercinta." Husna smashed Ehsan se das.
"Amboi! tu ayat jealous ke ayat menghina" barulah Husna mendengar suara Ehsan sejak dari tadi.
"Apa hak Na nak jealouskan Abang?"
Jeda seketika.
"Tok tak de cakap apa-apa ke kat Na?"
Husna pandang muka Ehsan sekilas kemudian menyambung menyudu cendol di dalam mangkuk.
"Ada".
"Jadi...?"
Husna tarik nafas panjang dan lepas perlahan-lahan.
"Tok tu risaukan Na. Na minta maaf bagi pihak Tok sebab usulkan perkara tu. Terima kasih sebab Abang jaga hati Tok. Na tahu Abang orang baik, Abang kesiankan Na dengan Tok tapi janganlah sampai Abang nak korbankan diri Abang sebab tak sampai hati nak menolak cadangan Tok. Na tahu Abang mesti serba salah, mesti Abang terpaksa. Terima kasih sebab lepas Tok tanya Abang macam tu Abang masih layan Na macam biasa. Na segan sebenarnya. Abang tahu kan Na tak de kawan. Abang dengan Abang Daus je kawan yang Na ada sejak Mek pergi Labuan. Tapi sungguh... Abang jangan risau jangan susah hati. Abang tak payah ikut cakap Tok nanti lama-lama mesti Tok faham. Okay." Sambil bercakap tertunduk-tunduk Husna melarikan pandangan matanya daripada bertentangan dengan Ehsan. Husna serba salah.
Ehsan pandang Husna tak berkelip mata. Gadis ini matang kerana faktor persekitarannya. Banyak perkara Ehsan tabik dengan Husna dalam menangani masalah dan menyusun hidupnya bersama Tok Udin yang sakit. Tapi Kali ini gadis di hadapannya ini salah tafsir atau Husna sengaja buat tak faham untuk menarik diri secara halus.
"Abang tua sangat untuk Na ye?"
Pantas Husna angkat kepala memandang Ehsan. Tunak pandangan Ehsan ke raut wajah Husna. Mengharap Husna menjawab jujur. Husna terdiam di situ. Terkebil-kebil sepasang mata cantiknya yang bulat dengan bulu mata yang lentik dan lebat. Bagaimana untuk Husna memahamkan Ehsan.
Mulut yang hampir terbuka tertutup kembali. Bagaimana?
"Abang tak marah... Na jujur je. Kita tetap kawan walau apa pun pendapat Na dan jawapan Na" Ehsan bersuara untuk menenangkan Husna apabila bibir mugil itu mula tercebir-cebir.
Jauh di sudut hati Ehsan tolonglah Tuhan. Ehsan berharap inilah sosok yang akan menemani jalan penghijrahannya. Ibu! pertama kali Bong akan kecewa...
Sekali lagi Husna tarik nafas dalam-dalam dan lepaskan perlahan-lahan. Mengawal sebak.
"Cuba Abang tengok Na...Na ni tak layak untuk perbandingan walau urusan umur sekalipun. Sekuman pun tak ada lebihnya Na ni Abang".
"Kalau Abang cakap Abang berterima kasih kat Tok... Na dapat faham tak?"
"Abang cuma kesiankan Na". Husna
"Mula-mula pun Abang confused. Sampai Abang fikir Abang ni pedophilia ke? Scary kan?. Tapi percayalah Na... Abang pernah nak cuba anggap Na seorang anak atau seorang adik tapi hati ni tak dapat buat macam tu. Sejak ada Na hidup Abang lebih bermakna. Pagi Abang lebih semangat nak bangun mulakan hari. Nampak Na setiap pagi hantar secawan kopi ke bilik Abang perkara yang Abang tunggu-tunggu setiap hari. Abang mengaku Abang bukan lelaki yang sempurna... fizikal aje tak sempurna. Abang banyak buat silap dalam hidup. Abang tau setengah perangai buruk Abang Na dah nampak. Abang nak berubah, dari dulu entah berapa kali janji Abang pada diri sendiri Abang nak berubah, tapi setiap kali Abang mula Abang tak berjaya. Abang yakin perkenalan kita bukan saja-saja. Allah hantar Na untuk tolong Abang. Mungkin ayat ni akan menakutkan Na tapi... mudah-mudahan perasaan dalam hati Abang buat Na ni semangat untuk Abang menjadi orang baik. Abang sayangkan Na. Sungguh!. Hari Tok minta Abang jaga Na hari paling gembira dalam hidup Abang. Percayalah Na."
Ehsan tahan debar di dada selepas meluahkan rasa yang tersimpan. Ada dua. Tolak atau terima. Atau mungkin Husna minta fikir dahulu. Tolak atau fikir dahulu itu akan membunuhnya. Dengar sahaja bunyi jantungnya bagaikan paluan kompang. Bagaimana mahu beristeri muda kalau begini jantungnya bekerja.
Tenang... tenang.
Husna terdiam dengan luahan hati Ehsan. Sebegitu sekalikah peranan dirinya kepada Ehsan. Sepanjang kurang lebih enam bulan ini Husna fikirkan hubungan ini hanya sehala. Hanya Ehsan yang membawa kebaikan buat dirinya.
Betapa bersyukurnya Husna, Allah datangkan Ehsan menjadi sanggah supaya dia tidak rebah. Jika tiada Ehsan di mana dia sekarang. Kupu-kupu malam? Di mana Tok sekarang ini jika Ehsan tiada. Enam kaki di bawah tanahkah?.
Yang pasti jika tiada Ehsan hari-hari Husna juga tidak gembira seperti sekarang ini. Hidupnya pasti hanya di sekitar lorong bangunan rumah Aunty Mary. Sejak ada Ehsan lihat sahaja hari ini minum cendol sahaja dia sampai ke Bangi.
"Na bukan siapa-siapa. Nanti Abang malu dengan Na."
"Abang tak paksa Na. Tapi Abang mengaku Abang sangat mengharap. Abang tau Abang macam orang tak sedar diri tapi rasa kat hati untuk Na ni tak pernah ada untuk orang lain. Abang dah cuba dengan orang lain sebelum Abang setuju dengan hati Abang yang Abang dah tak boleh tak ada Na".
Masing-masing jeda seketika. Saling bertatapan tapi di fikiran penuh dengan kalau masing-masing.
"Tok suruh Na kahwin dengan Abang".
"Ye. Abang tau dan Abang setuju. Boleh Na tolong setuju" Rayu Ehsan penuh mengharap.
"Mak Abang tak kisah ke?"
"InsyaAllah... mungkin akan ada argue here and there but Abang tahu Ibu Abang. Should be no problem at the end. Abang nak buat benda baik kan lagipun ini yang Ibu minta dari Abang and tunggu Abang buat."
"Na nak jumpa Mak Abang dulu. Kalau nak jadi masalah biar dari mula, dan... kalau mak Abang tak setuju Na minta maaf... Na tarik diri. Na nak Abang dan keluarga Abang sekali."
Ehsan senyum lebar. Lebar, lega dan bahagia. Lega sebab first step berjalan baik. Bahagia sebab Husna tak menolak kasih yang Ehsan hulur.
"Terima kasih Na sebab terima Abang" Ehsan nampak di sekelilingnya bagai musim bunga.
Blh tlg follow Sy. Mse Sy publish cite ni dlu mcm dh rmai follow, tbe2 hilang. sedey Sy. tlg follow ye, Sy tgh cari semangat nak tulis cite br ni. terima kasih kwn2
Share this novel