"Kau ni bukan aje bawa malang pada keluarga kau!... dengan orang lain pun kau nak jangkitkan malang kau kan!"
Husna di dalam tandas perempuan yang bertutup dan berkunci pintunya dari dalam. Cik Sheila di hadapannya sekarang dengan kata-kata nista dan hinaan. Dia di kunci di dalam tandas ini oleh Cik Sheila yang mahu menghinanya kerana sekarang Encik Onn berada di dalam bilik Idris sedang di soal siasat.
"Kau yang gatal goda Encik Onn!... kemudian kau nak buat keadaan macam kau mangsa!"
"Shame on you Husna!... you are whore!"
"Encik Onn tu have a family to feed! stupid!"
Cik Sheila berhenti memaki hamunnya kerana daun pintu di ketuk daripada luar.
"What!"
"Boss cari Husna." terkulat-kulat wajah Kak Jun menerangkan kedatangannya.
"Dengar sini ye betina! kalau sampai Onn kena buang kerja... aku akan pastikan hidup kau akan merana. Aku akan aibkan kau sampai kau tak boleh cari kerja luar sana! kau dengar tak!?"
Husna mengangguk.
Dia melangkah lemah menuju bilik pejabat Idris. Kalau dia membela diri sekalipun Idris tidak akan percayakan dirinya. Tadi dia tidak tahu reaksi Idris bagaimana kerana dia terus melarikan diri bersembunyi di tangga kecemasan. Mana dia tahu Cik Sheila dapat mencarinya dan mengheretnya masuk ke dalam tandas untuk dihamun.
***************
"Betul Boss... I tak tipu. Nothing happened. She misunderstood my good intention."
"There is a cockroach on her shirt. Please Boss you have to trust me."
"Tak kan I nak tabur pasir dalam periuk nasi I sendiri.
"I have been working here for a long time. Please Boss."
Idris tahu, dia nampak dan dia dengar semuanya yang berlaku di dalam pantry. Kalau dia pecat Onn dia harus menunjukkan bukti. Dia juga pasti Onn akan membela diri dengan mengadu ke Pejabat Buruh bahawa dia terinaya. Bayangkan jika Pejabat Buruh melakukan siasatan dan rahsia pernikahannya terbongkar, cerita akan lebih panjang lagi. Daripada sikap dan personaliti Onn dia yakin Onn tidak akan melepaskan peluang mencari keuntungan. Contohnya saman malu.
Husna terpaksa beralah. Itu sahaja caranya. Dia tahu Husna akan malu dan seolah-olah Husna pula yang bersalah dalam konflik ini. Tapi dia terpaksa.
Dia harus ke pulang ke London untuk urusan kerjasama perniagaan dengan Syeikh Hussein. Kerjasama ini membawa keuntungan yang besar. Dia tidak boleh meninggalkan perniagaan di sini dengan konflik. Lebih-lebih lagi dengan Pejabat Buruh. Imejnya mungkin rosak untuk empayar perniagaannya yang sedang berkembang, termasuk perniagaan luar negara yang baru dia laburkan.
Ketukan pada pintu pejabat menyedarkan Idris dengan timbang tara pro dan kontra konflik yang berlaku.
"Tuan." Lemah sahaja suara Husna di hadapan pintu bilik pejabat.
"Duduk!" Idris bersuara tegas. Husna nampak muram dan wajahnya sembap kerana menangis.
"Onn. Please just say sorry to Husna for this misunderstanding." Idris bersuara datar. Dia ralat dengan kata-katanya sendiri.
"Husna. I'm so sorry. You have misunderstood my good intention. This not going to be happened again. Trust me." Suara Onn lebih kepada gembira daripada rasa bersalah dengan apa yang berlaku. Hati Idris membuku geram.
Husna sekadar mengangguk. Dia semakin menunduk dan semakin kelihatan amat sedih. Idris turut merasa sedih bagi pihak isterinya tapi buat masa sekarang dia tidak mampu berbuat apa-apa. Dia berjanji suatu hari nanti dia akan ajar Onn cukup-cukup.
****************
"Esok tak payah pergi kerja."
Suara Idris perlahan sahaja kerana Idris bercakap betul-betul di cuping telinganya. Pelukan Idris erat. Husna ralat dengan nasib dirinya di pejabat siang tadi. Tapi rasa ralat itu tidak setebal rasa pelik dengan sikap Idris terhadapnya sejak akhir-akhir ini.
Pulang dari pejabat tadi Husna sudah bersedia untuk di hamun oleh Idris seperti Cik Sheila menghamunnya di dalam tandas perempuan. Sudah lama Idris tidak terlalu berkasar dengannya sejak cerita malam pertama. Tapi pulang dari pejabat petang tadi dia sudah menyediakan dirinya mental dan fizikal untuk sebarang bentuk hukuman.
Tapi Idris biasa sahaja. Mereka makan malam bersama dalam keadaan tenang. Makanan malam pula Husna tidak perlu memasak kerana Idris sudah membungkus dari luar. Selepas makan mereka mandi bersama, jemaah Maghrib bersama selepas itu mengaji bersama beberapa muka surat Al Quran di akhiri dengan solat Isyak pula berjemaah.
Dan sekarang jam sembilan malam Idris sudah menarik Husna ke katil. Memeluk Husna erat dari belakang hingga tubuhnya seolah-olah melekat dengan tubuh Idris. Husna tidak mampu menipu dia suka. Suka dan bahagia yang amat. Namun ada persoalan yang gagal di halau. Layakkah dia? Untuk berapa lama semua ini? Siapa dia di hati Idris? dan pertanyaan-pertanyaan lain menjadi semakin banyak jumlahnya.
"Dengar tak?" Idris picit dadanya ketika bertanya.
"Arghhh!" Husna terjerit.
"Ingat dah tidur."
"Dengar." Husna mula mengeliat apabila Idris tidak berhenti memicit dan bibirnya menyusur-nyusur sepanjang cuping telinga, ke pipi dan dagu Husna. Nafas Husna mula sesak kelemasan.
"Duduk aje rumah. Tak payah kerja." Idris sambung lagi cakapnya sambil bibir yang sama mula menyusur ke leher pula. Tangan tetap memicit tempat yang sama.
Idris terlentangkan Husna. Sekarang Idris berada di atasnya. Merenung ke dalam mata Husna sedalamnya. Sesekali di pagut bibir mugil Husna. Husna diam tidak bersuara hanya melawan tindakan Idris. Bila Idris pagut bibirnya dia juga memagut bibir Idris kemudiannya. Idris tersenyum dengan tindakan Husna. Isterinya yang naif ini semakin pandai sejak pernikahan mereka empat bulan lepas.
Dia mabuk teruk dengan candu di bawahnya ini. Bagaimana mahu dia tinggalkan Husna untuk tempoh empat bulan. Jika di bawa Husna dia pasti isterinya akan keseorangan di tempat asing. Pada peringkat ini dia akan sangat sibuk. Dia bukan hanya akan berada setempat di kota London. Dia akan ke beberapa buah negara di Eropah. Tak mungkin Husna yang tidak pernah keluar walau di paling jauh Kuala Lumpur mampu menyesuaikan diri ditinggalkan di negara asing.
Idris pagut lagi bibir Husna. Dia fikir dia mahu melepaskan giannya dengan candu di bawahnya ini dahulu kemudian barulah dia bercerita kepada Husna pemergiannya untuk urusan perniagaan baru ke London dan Eropah.
****************
Idris tidak meminta banyak posisi daripada Husna malam ini. Itupun Husna tergigil sebanyak tiga kali. Itu sudah cukup memuaskan hatinya dapat membawa Husna ke Bintang Jauh. Kemudian barulah dia pula beri hentakan terakhir untuk dia pula ke Bintang Jauh.
Mereka sama-sama terbaring kelelahan. Husna baring terlentang di sebelahnya dengan mata terkebil-kebil.
"Saya minta maaf cerita siang tadi. Saya tak ada niat nak buat Tuan marah."
Idris toleh ke kiri memandang Husna yang masih dalam posisi terlentang dengan matanya yang terkebil-kebil memandang ke atas.
"Macam mana kau tau aku marah?"
Giliran Husna pula menoleh ke kanan
"Malam ni... saya masih sedar lepas bersama."
Idris tegakkan kepala memandang ke atas. Dia tersenyum. Husna sudah faham caranya. Biasanya Idris akan minta semua posisi dan berakhir dengan Husna akan kelelahan hingga apabila dia selesai menghentak, Husna sudah tertidur keletihan tidak bergerak.
"Aku ada benda nak cakap dengan kau." Idris berhenti bercakap sebentar. Mengangkat kepala Husna daripada bantal dan membaringkan ke dadanya.
"Aku kena balik London... empat bulan." Idris terasa pergerakan Husna mendongak memandangnya.
"Sebab tu aku cakap mulai esok kau tak payah pergi kerja. Aku tak nak perkara macam tadi jadi lagi selama aku tak ada. Faham?"
Husna terdiam. Dia sedang berfikir-fikir macam mana dengan dirinya tidak berteman. Sekarang dia cuma ada Idris. Walaupun Idris garang dengannya tapi sepanjang empat bulan ini dia nampak Idris banyak berlebih kurang dengannya.
"Faham tak!?" Idris soal lagi dan kali ini memicit lagi dadanya.
"Arghhh! faham! faham!"
Share this novel