"Kalau Bong sudi...Ibu tak paksa. Kalau Bong rasa yang ni tak sesuai dengan Bong... Bong carikan lah untuk Ibu yang sesuai."
"Kalau Bong tak dapat cari Ibu tak sayang Bong ke?"
"Eeeehhhh! budak ni, tak kan Bong nak compare kasih sayang Ibu dengan perkara ni. Sayang Ibu pada Bong level Infiniti tau. Sebab tu Ibu cakap kalau Bong sudi."
Ehsan garu kening, gosok-gosok pangkal tengkuk dan meraup kepala ke belakang beberapa kali. Ehsan tahu kali ini Ibu serius. Jika tidak mana mungkin berserta sekeping foto di atas meja kopi. Ibu sudah guna reversed psychology.
Sebelum ini Ibu sekadar bertanya. Jika Ehsan sekadar menjawab dengan ketawa kecil sahaja sekalipun topik ini akan berakhir. Tapi hari ini lain benar caranya. Sejak kurang lebih 40 minit yang lepas ianya berlarut! Ibu mula dengan jumlah umurnya. Ditambah pula dengan taraf kesihatannya. Disulam pula dengan harapannya. Sempurna jalan cerita daripada guru pencen ratu hati Ehsan itu.
Kalaulah Ehsan dapat beritahu Ibu siapa dirinya yang sebenar. Kesalahan dalam perjalanan hidupnya. Masih setujukah Ibu untuk dia menjadi khalifah kepada sebuah takhta kecil hidup berkeluarga!
"Bong cari sendiri ye Bu. Bong tak berapa suka sangat yang bijak-bijak ni. Bong nak cari yang nak duduk rumah yang dengar kata yang tak berani melawan."
"Amboi! banyaknya yang... Orang bela kucing pun kucing pandai melawan kalau tuan jaga tak betul inikan pulak bela orang. Kalau segala cukup insyaAllah tak melawan." Ibu bidas Ehsan sambil ketawa kecil.
"Ibu cakap macam tu pulak. Lagilah Bong takut nak kahwin". Ehsan sakat Hajjah Hassanah apabila Ibunya itu mula berceramah.
"Bila nak bawa?"
"Nanti Bong bawa empat orang sekaligus!"
"Ibu nak satu je...buat lepas kempunan."
"Ok! baik! boleh! tapi siapa pun Bong bawa Ibu jangan reject ye. Pinky promise!"
"Pinky promise!"
Perbincangan petang dua beranak itu berakhir dengan mereka berkait jari, tersenyum dan ketawa sambil menikmati secangkir kopi dan sepiring cucur badak air tangan Hajjah Hassanah.
***************
"Confirmed transfer!"
"Ke mana?"
"Terengganu"
Ehsan diam sahaja mendengar jawapan balas Firdaus. Perkara ini sudah pernah diceritakan Firdaus sebelum ini. Pekerjaan Firdaus sebagai jurutera sebuah syarikat carigali sebab untuk perpindahan itu.
"Terengganu KL satu jam... Chill" Ehsan cengkam bahu Firdaus memberi semangat. Dia tahu best friend forever nya itu tidak mahu perpindahan tersebut. Firdaus tidak gemar pekerjaan di lapangan dia lebih suka kerja di pejabat.
Jauh disudut hati Ehsan dia gembira dengan berita perpindahan ini. Dia sedar peranan besar Firdaus dalam hidupnya terutama ketika zaman sekolah dengan beberapa siri buli. Ehsan bukan mahu menidakkan pertolongan Firdaus. Dia sekadar mahu menamatkan kebergantungan dirinya kepada lelaki itu. Lebih-lebih lagi apabila dia telah memberi janji kepada ibunya.
***************
Dari dinding kaca Ehsan renung Sheila yang sedang berdiri mengasingkan beberapa kertas report yang lebar kepada beberapa bahagian.
Tinggi, berkulit cerah, mata sedikit sepet, rambut yang diwarnakan perang, potongan pada dada dan punggung yang menarik. Perfect seksi! Suka Friday Night, suka pakaian yang menampakkan sebahagian besar kulitnya yang putih mulus. Ciri-ciri wanita pilihannya satu masa dahulu.
Tapi sekarang tidak lagi. Ehsan mahu berubah. Mahu meninggalkan sisi gelap yang hanya kawan-kawan rapat yang sama-sama tersasar sepertinya sahaja yang tahu. Dia mahu menjadi lebih baik. Mahu menjadi seperti Husna, gadis kecil yang hebat yang menerima segala kekurangan dan kesulitan sebagai ujian.
Sheila... dari bahasa tubuhnya sahaja Ehsan tahu perempuan itu subjek mudah untuk menyelesaikan masalahnya. Buka sahaja mulut utarakan buah fikirannya semua pasti selesai.
Ehsan tahu semua orang ada kekurangan termasuk dirinya. Bukan sahaja kekurangan fizikal tetapi juga tersilap membawa diri. Semua orang mahu berubah, semua orang mampu berubah hanya perlu masa. Itu yang Ehsan tidak mahu, berurusan dengan masa. Jika dia pilih Sheila dan gadis itu perlu masa untuk berubah, bagaimana janjinya dengan Ibu?. Bagaimana dengan dirinya yang juga perlu dibimbing?.
Dia tidak mahu lagi bergaduh dengan kekurangan nya. Dia mahu berdamai sementelah usianya menjangkau 35 tahun. Hajjah Hassanah ibunya dan arwah bapanya Haji Hassan telah memberikan dunia penuh warna warni. Ehsan mahu membalas yang serupa... tidak! Ehsan mahu membalas yang lebih tapi tak mungkin dia dapat melakukannya. Tiada anak walaupun anak kandung sekalipun yang dapat membalas segala jasa ibu bapa mereka.
Ibunya sekadar meminta seorang menantu maka menantu itulah yang akan Ehsan adakan untuk ibunya. Masalahnya sekarang siapa calonnya.
Wanita rapat yang ada disekelilingnya adalah yang serupa seperti Sheila kerana jenis itu yang memang dikejarnya untuk keseronokan. Bagai satu kemenangan jika mendapat yang sebegitu kerana itulah satu cara Ehsan cuba memadam segala babak-babak buli akibat kekurangan fizikal dirinya.
******************
"Abang ok?"
"Ok... kenapa Na cakap bisik-bisik."
Husna ketawa geli hati. Bergegar-gegar dan terbongkok-bongkok Husna menekan perut kerana ketawa yang tidak berbunyi. Merah padam wajahnya. Husna geli hati kerana Ehsan menyoalnya dengan berbisik juga sepertinya.
"Sudah gaharu cendana pula"
"Sudah ada Ehsan mesti nak ada Na juga"
"Kih Kih Kih"
"Ha Ha Ha"
"Janganlah buat lawak Abang!"
"Siapa buat lawak?."
"Nanti girlfriend Abang marah" apabila ketawanya reda barulah Husna mampu menjawab. Masih berbisik.
"Siapa girlfriend Abang?" Sekali lagi Husna ketawa tidak berbunyi, sehingga merah muka kerana Ehsan masih berbisik sepertinya, tapi tidak segalak tadi.
"Cik Sheila, dia kan tak bagi Na panggil Abang kena panggil Tuan Ehsan."
"Patut Na jawab... biasa saya tak panggil Abang saya panggil Sayang"
Nah gitu... kedua mereka ketawa tak berbunyi bersama-sama. Berbunga-bunga hati Ehsan. Tersenyum bahagia dengan hanya melihat ketawa Husna yang pada mata Ehsan adalah perkara paling cantik dalam hidupnya.
"Tak berani Na. Nanti girlfriend Abang bunuh Na macam mana"
"Na cakap la bunuh Abang sekali. Cakap Abang tak boleh hidup tak de Na."
"Pick up line Abang macam Jep Sepahtu".
"Pertama kali orang puji Abang. Terima kasih Na".
Mereka masih lagi bertukar kata dalam nada berbisik-bisik sambil ketawa tak berbunyi. Sampai tertumpah-tumpah air minuman dalam cawan yang Ehsan pegang. Manakala Husna masih terbongkok-bongkok menekan perut kerana geli hati tapi kerana ketakutan kepada Cik Sheila sanggup Husna bercakap berbisik-bisik seperti itu.
"Jangan main-main lah Abang. Na serius ni Abang ok tak? Kenapa termenung? putus cinta ke?"
"Orang serius mana ada tanya ketawa-ketawa"
Ehsan tatap si putih melepak yang merah padam wajahnya kerana banyak ketawa. Ehsan memang sudah tidak mampu menipu hatinya memang hatinya sudah jatuh pada gadis kecil yang comel ini. Dia bahagia dapat membuat Husna ketawa. Bila Husna gembira Ehsan rasa sudah mendapat sebahagian dunia.
Beza 20 tahun tu tak banyak sangat kan?
Ada lg ke org nk bce cite ni? huhu
Share this novel