Bab 45

Drama Series 136190

Suatu hari yang lain.

Bilik dalam keadaan hampir sepenuhnya gelap jika tidak kerana lampu di bilik air yang Idris pasang dan pintunya tidak ditutup rapat.

Idris di sebelah tidur pulas. Baring mengiring dan menghadap kerana memeluknya. Husna alih tangan sasa Idris ke tepi supaya dia boleh bangun dan duduk berlunjur di atas katil itu. Husna pasang telinga baik-baik. Dia mahu memastikan apa yang di dengarinya.

Husna pasti sebentar tadi dia mendengar bunyi tangisan. Tangisan anak kecil. Sepertinya sedang lapar susu. Husna pegang dadanya sudah tidak basah lagi seperti sepanjang dua bulan yang lepas. Masih ada susu tapi sudah hampir kering.

Tapi Husna rasa jika bayi yang dia dengar menangis sebentar tadi mahu susu dia boleh menyusukan bayi itu. Husna turunkan kaki mahu turun dari katil mencari arah datangnya bunyi tangisan bayi tadi.

"Na... haus ke? Nak air?"

"Tak..."

"Nak pergi toilet?. kejap..." Idris pasang lampu meja di sisi kanannya. Jam digital menunjukkan pukul tiga pagi.

"Bukan!"

"Abis tu. Nak ke mana?"

"Tuan dengar tak tu!? baby menangis!"

Allah! Allah! jadi lagi. Idris cuba bertenang. Ya, dia harus bertenang untuk menangani Husna yang ini.

"Tak ada bunyi apa-apa... tu mimpi aje. Come sini, nak tolong peluk tak?"

Idris raih dan tarik tangan Husna supaya naik kembali ke atas katil. Husna hanya menurut. Idris paut Husna masuk ke dalam pelukannya. Idris baca perlahan surah Ayatul Kursi, surah An Nas, surah Al Ikhlas, surah Al Falaq dan surah Al Insyirah. Idris ulang-ulang semua ayat sehingga Husna tertidur kembali dalam pelukannya.

Idris kucup dahi Husna lama berdoa semoga Allah angkat perasaan menidakkan kehilangan yang telah berlaku. Supaya Allah tiupkan rasa reda dengan kehilangan ini dalam hati dan fikiran Husna.

**************

Dua bulan Idris tidak ke pejabat. 'Work from home'. Urusan syarikat telah Idris berikan kuasa kepada Encik Mislan. Balik asal seperti ketika Bong masih ada, tapi kali ini jawatan penting itu Idris beri kepada Encik Mislan. Dia harus melepaskan dan mempercayai jawatan itu kepada pegawai yang di lantik sama seperti syarikatnya yang lain.

Husna belum pulih sepenuhnya. Jiwanya cedera dan masih memerlukan rawatan doktor Psikiatri. Juga masih mengunjungi hospital untuk masalah tekanan darah rendahnya.

Idris uruskan semua demi isteri tercinta.

****************

Suatu hari yang lain.

Barang dapur banyak yang sudah habis. Biasanya dia meminta tolong Ijal untuk membelikan keperluan rumah. Tapi sekarang dia mahu masak. Cadangnya mahu memasak menu singgang ikan merah. Bahan lain semua sudah ada cuma dua bahan penting rupanya sudah kehabisan stok. Garam dan asam keping.

"Nak turun bawah beli garam dengan asam keping. Na tinggal kejap boleh ye. Sekejap aje."

Idris duduk di sebelah Husna yang sedang mengait sambil menonton televisyen cerita kartun Upin dan Ipin. Idris tanggalkan 'earphones' di telinga Husna. Idris raup ke belakang rambut panjang Husna yang jatuh ke muka. Idris capai getah rambut di atas meja kopi dan tolong mengikat rambut coklat gelap sama seperti warna mata Husna.

"Nak turun bawah beli garam dengan asam keping. Na tinggal kejap boleh ye. Sekejap aje." Idris ulang sekali lagi apa yang diberitahu kepada Husna sebentar tadi.

"Lama ke?"

"Tak... kejap aje. Kedai mini bawah ni. Nak beli garam dengan asam keping je."

Husna tenung wajah Idris sambil berfikir-fikir. Idris kucup dahi Husna kemudian pipi kiri dan kanan menunggu Husna memberi kebenaran.

"Okay tapi kejap aje ye... saya takut."

"Okay Sayang."

Idris pakaikan semula 'earphones' ke telinga Husna. Idris capai t-shirt di kepala sofa menyarungnya kemudian keluar pintu utama.

*****************

Idris letak kunci dan kad akses di atas meja kecil. Televisyen masih menayang kartun Upin dan Ipin cuma sudah bertukar episod lain.

Rumah senyap sahaja. Mana kesayangannya?

Idris tuju ke bilik tidur mereka. Katil kosong. Bilik air kosong. Idris keluar dan buka pintu bilik sebelah, juga kosong!.

Di dapur juga tiada Husna. Pintu balkoni belakang bertutup rapat. Idris pasti Husna tiada di situ kerana dia telah mengunci pintu itu supaya tidak boleh di buka. Bilik kecil dan bilik air dapur juga kosong.

"Na.."
"Na Sayang..."

Idris menyenyapkan diri. Menunggu sahutan. Tiada. Mana Husna?

Baru Idris mahu melangkah keluar dapur, Idris terdengar esakan kecil. Sayup-sayup sahaja. Di mana Husna?

"Na..."
"Na kat mana?"

Tak mungkin! tapi Idris buka juga pintu kabinet. Allahuakbar! Husna duduk mengerekot di dalam kabinet di bahagian bawah yang sememangnya kosong. Berpeluh tubuh dan wajah yang tergigil kecil itu basah dengan air mata.

"Na! Kenapa Sayang? Kenapa sembunyi dalam ni?"

"Tuan... baby datang. Baby marah saya. Baby cakap saya buang dia. Baby cakap saya mak jahat." Husna bercerita dalam tergigil dan berlinangan air mata.

"Come... keluar sini." Idris bantu Husna keluar dari ruang bawah kabinet yang sempit dan hanya muat-muat Husna yang kecil.

"Tuan cakaplah kat baby... bukan salah saya."

Idris raih Husna dalam pelukan yang erat. Idris goyang-goyangkan perlahan tubuh mereka berdua. Menenangkan Husna yang menggigil dan menangis teresak-esak. Gugur juga air mata Idris dengan keadaan Husna.

"Istighfar Sayang. Kita istighfar sama-sama ye." "Astaghfirullah hal 'azim al lazi laa ilaha illa huwal hayyul qayyum wa atubu ilaih"
"Astaghfirullah hal 'azim al lazi laa ilaha illa huwal hayyul qayyum wa atubu ilaih"
"Astaghfirullah hal 'azim al lazi laa ilaha illa huwal hayyul qayyum wa atubu ilaih"

*****************

Suatu hari yang lain.

"Na..."

Husna sedang duduk di sofa, mengait sehelai baju. Kecil sahaja bajunya. Matanya sudah layu mahu tertidur. Mendengar sahaja suara Idris segera Husna mendongak memandang Idris yang berdiri di hadapannya.

"Kena turun bawah sekejap. Ijal datang hantar barang dapur dengan dokumen office. Kejap aje boleh ye."

"Okay" Husna menjawab sebarang. Dia mengantuk dan sudah mahu hilang.

Idris cium sekilas dahi Husna dan capai t-shirt di kepala sofa kemudian hilang di sebalik pintu utama.

*****************

"Na..."
"Na..."
"Na!"

Husna terpisat-pisat bangun. Rasanya baru sekejap sahaja dia memejam mata. Husna raup mukanya dua tiga kali membuang kelat mata.

"Eh! Abang!"
Husna terus duduk tegak.

"Jom!"

"Pergi mana?"

"Jalan-jalan."

"Tapi... nak jalan mana?"

"Na kan tension, boring. Marilah kita jalan-jalan. Tempat yang kita nak pergi ni seronok. Lepas tu..."

"Lepas tu apa?"

"Ada baby. Na boleh jumpa baby."

"Ye ke?"

"Ye... betul."

Husna capai getah rambut dan mengikat tinggi rambut panjangnya.

"Cepat Na."

"Kenapa ikut situ."

"Ikut sini cepat sampai."

Husna cepat-cepat berdiri takut ditinggalkan. Cepat juga Husna melangkah agar dapat bersaing. Tangan sudah menolak pintu sliding.

"Husna!"

"Tuan!"

"Na nak ke mana? Pintu tu kan kunci."

"Tuan bukakan boleh tak? Cepat sikit tuan Abang dah turun bawah!"

"Abang mana!?"

"Abang Ehsan!"

Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar!
Alhamdulillah Allah gerakkan hati Idris untuk mengunci semua pintu ke balkoni depan dan belakang.

****************

"Begitulah cerita dia Ustazah. Saya mati akal nak menolong isteri saya. Dah nak masuk tiga bulan dia belum baik."

Idris ceritakan semuanya. Latar belakang Husna sebelum mengahwininya, situasi perkahwinannya, kisah malang yang terjadi. Semuanya! tiada yang tertinggal mengikut pengetahuannya.

Ustazah Radiah memandang Husna yang tidur nyenyak kerana pengaruh ubat yang doktor berikan.

"InsyaAllah Encik Idris, saya cuba tolong. Tapi jangan cakap dengan dia saya kat sini nak mengubat. Cakap je saya pembantu rumah nak meneman dia sebab Encik Idris nak kena kerja."

"Alhamdulillah. Terima kasih Ustazah. Saya terhutang budi dengan Ustazah kerana sudi menolong kami."

Idris pandang Husna kembali. Berdoa agar usaha barunya ini dapat menolong memulihkan semangat Husna yang hilang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience