"Janganlah risau sangat Na".
"Entahlah Mek... setiap kali memikirkan keadaan sekarang, dengan urusan majlis lagi mesti Na berdebar-debar. Macam nak luruh jantung Na."
"Eh! kau ni Na buat relax sudah. Karang lepas majlis nikah menduda terus si Ehsan sebab bini dah mati sakit jantung."
Mereka berdua sama-sama ketawa. Bahasa Mek memang kasar tapi Mek sahaja pujaan hati Husna belahan jiwa Husna. Kasih Mek sahaja yang Husna tak pernah ragu. Dulu dengan Tok Udin yang sedarah dengannya sahaja selalu dipertikaikan rasa itu. Dengan Mek tidak sekali.
"Tapi tu la... Aku minta maaf banyak-banyak Na. Aku memang tak dapat join majlis kau. Majlis tunang tak dapat majlis nikah pun tak dapat".
"Ye Mek. Tak pe Na faham. Mek doakan semua baik-baik je untuk Na ye Mek".
"Amin Ya Allah"
"Amin ya Allah"
Mek dan Husna sama-sama mengaminkan kata-kata Husna. Kemudian keadaan jeda seketika.
"Kau pun jangan lupa doakan keadaan kat sini pun baik-baik juga".
"Ye Mek. Na doakan Mek Bah dengan Tok Mok sihat selalu. Mek pun sihat selalu. Acik Bahari, Sukri dan anak-anak semua sihat. Jauh dari segala penyakit. Dipermudahkan segala urusan. Berjaya dunia dan akhirat."
"Amin ya Allah".
"Amin ya Allah".
Sekali lagi kedua mereka sama-sama mengaminkan doa Husna. Kemudian keadaan kembali jeda seketika. Mek menahan sebak di dada. Pada Mek, Husna anaknya. Anak sulungnya. Dari kecil, bukan... dari lahirnya Husna tangan Mek sendiri yang menyambut Husna ke dunia ini dari rahim ibunya.
Sayangnya Mek pada Husna setara sayangnya ibu pada anak kandung. Kalaulah Tok Udin dahulu tidak seburuk itu sikapnya dan ekonomi mereka lebih baik dengan keadaan mereka ketika itu pasti Husna itu menjadi miliknya mengikut urusan rasmi.
Allah lebih mengetahui. Lihat sahaja sekarang ini Tok Udin yang sakit itu ada yang menolong menjaganya. Mek sendiri juga ada yang tolong bertanggungjawab. Kalau Husna itu miliknya dan mengikutnya ke Labuan Tok Udin itu entah apa khabarnya.
Ibu Mek, Mek Bah matanya sudah tidak nampak jelas. Katarak kata doktor. Perlu menjalani pembedahan. Tok Mok bapanya juga ada cerita, kerap diserang semput. Jika dia tidak berjodoh dengan Bahari payah juga rasanya. Tanggungan Bahari seisi rumah sekarang ini seramai sembilan orang campur Bahari sendiri sudah sepuluh orang.
Untung sahaja Mek berkebolehan memasak. Dapatlah dia menolong Bahari menambah duit dapur. Cuma masalah Mek sekarang pergerakannya terbatas. Oleh kerana Mek mengandung sulung di usia yang banyak jadi kandungannya berisiko. Mek perlu lebih berhati-hati menjaga kandungannya.
Bahari itu pula anak-anaknya dengan arwah isteri semuanya lelaki dan semuanya remaja. Bayangkan kalau rumah empat bilik dengan anak dara secantik Husna.
Perancangan Allah sudah cantik. Bakal ibu mertua Husna dan bakal ipar duainya juga baik. Apalagi yang mahu Mek minta. Jika selepas ini ada rintangan, harungi sahaja sebab hidup ini berkaitan bagaimana sabarnya kala diuji.
"Mek ada bertelefon dengan Aunty Mary?".
"Ada".
"Jadi Mek dah tahulah. Aunty Mary dah cerita?"
"Masa tu bukan ke kau dah jadi isterinya Ehsan."
Walaupun Mek tak nampak kepala Husna terangguk-angguk perlahan. Meraup muka dengan sebelah tangan. Apa yang nak dibuangnya. Bukan boleh pun masalah pergi dengan meraup muka begitu. Kenapa jauh di sudut hati Husna dia susah hati. Dulu jika dia susah hati begini pasti ada yang datang mencarinya kerana ulah Tok Udin. Ya Allah tolonglah Na. Na takut, Na risau, Na sedih ya Allah.
"Na kat sini dah tak ada siapa-siapa dah. Mek dah pergi Labuan, Kak Intan dah pindah Melaka ni Aunty Mary pulak nak berhijah ke Australia."
"Lepas ni lagi ramai saudara mara kau Na. Orang ada ada pulak tu. Janganlah buat suara macam tu. Kau sedih aku pun sedih. Kau memang nak suruh aku nangis ke?".
"Takkk...." Meleret suara Na berkata tidak tapi sudah mengongoi menangis.
"Karang budak dalam perut aku ni gembeng macam akak dia".
Husna tahan tangis. Tersentuh pula rasa hatinya Mek berkata bergitu. Tiba-tiba mengebu suka rasa hati mengingatkan dalam perut Mek ada adiknya.
"Mudah-mudahan muka dia ikut Na"
"Eh! jangan buat perangai Na. Habis nanti semua Pakistan jual karpet dekat Labuan ni diharuknya Acik Bahari kau".
Mek dan Husna sama-sama ketawa. Terlupa seketika kesedihan mereka sebentar tadi.
"Untuk majlis tunang tu semua dah siap Na?"
"Na tak tau Mek. Semua Kak Yong Abang Ehsan yang uruskan."
"Buat kat hotel kan"
"Ye Mek. Abang Ehsan cakap anak saudara dia sponsor. Dia cakap sekali-sekala ahli keluarga dapat kumpul ramai-ramai datang makan je. Tak payah risau masak ke basuh pinggan ke. Nanti masa majlis kahwin pun dia juga nak sponsor."
"Amboi! kayanya! Patut kau kahwin dengan budak tu".
Ketawa lagi mereka dua beranak dengan lawak Mek.
"Macam ni kan bagus. Kau kena banyak ketawa kena happy selalu Na. Barulah nampak berseri, nanti Ehsan tak cari lain."
Husna sekadar ketawa kosong. Dia tidak menceritakan kepada Mek kisah Ehsan dengan Cik Sheila. Dia tidak mahu Ehsan nampak buruk di mata Mek. Husna kenal Mek, jika dia tahu Husna terhiris sebegitu, pasti Mek tidak tergelak seperti sekarang.
Tidak mengapalah. Mek sendiri baru dapat mengecap bahagia. Husna kena beralah dengan perasaannya yang bersimpang siur. Dia tidak mahu memberatkan Mek yang sedang mengandung anak sulung dengan masalahnya. Mungkin benar kata Mek dugaan orang yang mahu mendirikan rumahtangga beginilah ujiannya.
***************
"Perghh! beza 20 tahun ye?"
"Kau hado?"
"Aku beza 20 tahun tu ok lagi... umur 16 tu yang cannot brain tu".
"Korang ni tak baik la. Boss kan orang baik hati, dia nak tolong Na tu".
"Ye kan. Diaorang ni jealous."
"Gila kau tak jealous. Na tu macam patung barbie".
"Nak jealous kenapa. Kau bukan berduit macam boss".
"Budak tu dah hidup susah. Tak kan dia nak cari yang macam kau. Makin susah hidup dia. Bini kau je dah dua".
"Ye la bagi chan la kat Boss. Dia baru nak kahwin".
"Mana kau tau dia belum pernah kahwin. Entah-entah dia belum pernah nikah je. Kahwin mesti dah".
"Amboi mulut... tak de insuran".
"Alaaa... gurau pun nak marah."
"Tunang hari Ahad ni nak kena beli baju baru ni."
"Kau jemputan! bukan kau bertunang!".
"Eh! Suka akulah. Bukan aku minta duit kau pun".
Tiba-tiba suasana jadi senyap. Tiada siapa berani berbunyi. Kata orang tua-tua jika tiba-tiba senyap begitu ada malaikat lalu. Tapi kes di pantry ini lain sikit tiada siapa berani menoleh ke muka pintu pantry.
"Aku blah dulu la. Boss suruh service motor pagi tadi."
"Aku pun ada kerja ni".
"Tiba-tiba sakit perut pulak".
Seorang demi seorang meninggalkan ruang pantry. Sudahnya ruang pantry kosong daripada kakitangan yang tadinya riuh berkumpul di situ.
Sheila tarik nafas panjang cuba menenangkan hatinya yang terbakar. Di ambil sebiji cawan kemudian menadah air bersuhu sejuk dari mesin air berpenapis. Meneguk perlahan.
Gagal. Total gagal menyejukkan hatinya yang terbakar hangus.
Apa lebihnya Husna itu. Bukan... bukan begitu sepatutnya. Apa kurangnya dia. Kenapa Ehsan pilih untuk bersama si pengemis itu. Sakitnya rasa membuku di dada Sheila.
Kenapa dia kalah?.
Dia cantik juga
Dia putih juga
Dia ada pelajaran
Dia pandai bersosial
Apa kurangnya!?. Adakah kerana dia bukan si manis 16 lagi. Tapi usia yang lebih itu bermakna dia lebih berpengalaman. Di atas katil juga dia berpengalaman. Dia boleh membahagiakan Ehsan zahir dan batin.
Arghhh pasti sialan yang ramai-ramai tadi mentertawakan dirinya. Dia tahu semua orang tahu rahsia hatinya yang menginginkan Ehsan menjadi kekasih. Dia tidak pernah menyembunyikan perasaannya kepada Ehsan supaya kakitangan perempuan lain sedar saingan mereka siapa.
Tapi dia kalah. Kalah pada budak hingusan itu.
Sheila hempas cawan ke dalam sinki. Bunyinya kuat berdentum tapi tidak pecah bederai sekadar retak yang tak belah. Sheila merengus marah, dengan cawan sahaja dia kalah. Cawan itu seolah mengejeknya... yang pecah dan berderai itu hatinya, yang retak dan terbelah itu air mukanya.
Huh!
Share this novel