3:43 am.
Samsudin bin Marwan. Nama lelaki tua itu ketika pihak ambulan tiba dan bertanyakan kepada cucunya.
Oleh kerana ambulan yang membawa Tok Udin ke hospital, dan dia tidak sedarkan diri ketika itu dengan pendarahan yang agak teruk serta faktor umur dengan penyakit sedia ada maka Tok Udin dikategorikan sebagai pesakit zon merah di wad kecemasan itu.
Kereta Firdaus mereka tinggalkan di pam minyak bersebelahan perhentian bas dan mereka ke hospital menaiki kereta Ehsan.
Ehsan dan Firdaus duduk di bangku menunggu yang disediakan. Firdaus diam sahaja sambil melayari media sosial di telefon. Manakala Ehsan duduk bersandar dan memejam mata. Pastinya sudah tertidur kerana bosan menunggu lama.
Mereka sedang menunggu budak perempuan itu mendapatkan rawatan kerana bibirnya luka dan dahinya bengkak di sebelah kiri. Kemungkinan akibat dihentak pada tiang perhentian bas. Manakala tapak tangan hingga ke siku, tangan kiri dan kanannya bengkak dan melecet. Entah bagaimana kuat dia memeluk tiang perhentian bas tadi.
Firdaus angkat kepala apabila perasan pintu bilik rawatan dibuka dan kelibat seseorang keluar.
"Husna!... sini!" gamit Firdaus. Budak perempuan itu menoleh dan melangkah perlahan mendekati Firdaus.
"Macam mana abang boleh tahu nama saya?" soal budak perempuan itu pelik.
"Husna tak ingat abang ke?. Aritu abang yang borong kerepek Husna". jawab Firdaus sambil tersenyum.
"Maaf saya lupa" Husna jawab dengan nada bersalah kerana tidak mengingati Firdaus. Orang berbudi kita berbahasa tapi mana bahasa Husna kerana lupakan orang yang berbudi dengannya.
"Tak pe" balas Firdaus menenangkan Husna.
"Husna ok?" soal Firdaus perihatin.
"Ok... tapi Tok Udin tak ok. Doktor cakap sebab Atok ada darah tinggi jadi keadaan Atok teruk. Diaorang tumbuk Atok kat muka ada urat kat hidung yang pecah. Ada pendarahan. Salur jantung pun dah sempit sebab merokok dan arak" dengan airmata yang mengalir Husna bercerita perlahan. Suara Husna bergetaran. Pandangannya lurus ke hadapan menembusi dinding wad kecemasan itu.
Firdaus mati tingkah. Bagaimana ye untuk dia menenangkan Husna. Firdaus paut lembut bahu Husna dan menepuk perlahan.
"Husna sabar ye... abang dengan abang Ehsan ada. InsyaAllah mana yang kitaorang boleh tolong kitaorang akan tolong". Firdaus memujuk Husna.
"Oh ye!... ni abang kenalkan hero yang tolong Husna tadi ni nama dia Ehsan" Firdaus mengubah cerita supaya Husna lebih bertenang. Mereka tidak berkenalan tadi kerana Husna menaiki ambulan menemani Tok Udin. Sebelum ambulan sampai Husna terlalu trauma sehingga tidak mampu bercakap.
Tapi apabila mereka menoleh ke arah Ehsan yang duduk di bangku paling tepi rupanya Ehsan sedang lena tidur.
Patutlah tak menyampuk.
Ketika Firdaus mahu bangun untuk mengejut Ehsan, Husna menegahnya. Husna yakin pasti Ehsan kepenatan kerana berjaga lewat dan terlibat pula dengan masalah orang asing yang tidak langsung dikenali.
"Tak pe la abang, biar abang Ehsan tidur sekejap. Kalau dah terjaga takut tak boleh tidur semula. Ermm atau... abang dah nak balik ke?" soal Husna bersalah.
Pastinya Husna benar-benar rasa bersalah melibatkan Ehsan dan Firdaus dalam masalah dia dan Tok Udin.
Belum sempat Firdaus menjawab pertanyaan Husna keadaan yang tenang tiba-tiba bertukar kecoh apabila sepasang suami isteri yang baru tiba sambil mengendong seorang anak kecil menjerit memanggil petugas perubatan.
Daripada isi perbualan mereka anak kecil itu diserang sawan kerana demam panas. Petugas perubatan dengan segera membawa anak kecil itu ke dalam bilik rawatan kecemasan untuk diberi bantuan awal.
Suasana kecoh sebentar tadi menyebabkan Ehsan terjaga dari tidurnya. Terpisat-pisat Ehsan bangun kerana terperanjat.
"What happened!?" soal Ehsan mamai.
Firdaus tidak menjawab tetapi sekadar tersenyum. Dia menunggu Ehsan benar-benar berada di alam nyata.
"Kau ok tak San?" sapa Firdaus.
Ehsan berdiri, kemudian mengangkat kedua tangannya sambil memusingkan badan ke kiri dan kanan.
"Aku pergi toilet kejap basuh muka" jawab Ehsan kemudian terus melangkah. Firdaus dan Husna sekadar memandang.
Husna semakin diserang rasa bersalah melihat Ehsan yang mengantuk dan kepenatan.
"Husna jangan susah hati... abang rasa abang Ehsan tu bukan penat sangat. Mungkin sebab menunggu tu yang buat dia tertidur". Firdaus tetap cuba menenangkan kegelisahan Husna.
Firdaus pasti Ehsan bukan kepenatan, kerana siang hari tadi mereka berdua sudah tidur pulas. Tidur untuk menyediakan tenaga supaya dapat berjaga malam bagi majlis yang telah dirancang lama untuk seorang sahabat.
Husna sekadar mengangguk kemudian menundukkan kepala. Sebenarnya dia yang lelah. Lelah berkerja dari celik mata subuh semalam sehingga sekarang. Masuk sahaja waktu subuh sekejap lagi Husna telah berjaga 24 jam!.
Husna benar-benar kepenatan tapi dia harus berada di hospital ini sehingga urusan Tok Udin selesai.
"Sorry dik... abang tertidur. Adik ok?" Husna tersentak apabila Ehsan yang baru kembali dari tandas menyapa dirinya.
"Oh! saya ok bang" pantas Husna membalas. Lebih kepada terlatah sebenarnya sebab disapa dengan tiba-tiba.
"Nama abang Ehsan, nama adik siapa?" soal Ehsan mesra.
"Husna"
"Kau ingat tak dodol yang kau cakap sedap aritu... aku beli dengan Husna lah" sampuk Firdaus pantas.
"Ooo ye ke. Jadi dah kenal abang Daus la ni?" Soal Ehsan sambil tertawa kecil.
"Abang Daus yang ingat saya... saya dah lupa. Maaf bang" Husna menerangkan dengan rasa bersalah.
"Tak pe Husna. Don't worry. Husna kan tengah ada masalah" balas Firdaus sambil menepuk perlahan bahu Husna. Ehsan sekadar memerhati dan terangguk-angguk setuju.
"Abang minta maaf tapi boleh abang tau apa cerita sebenarnya hantu empat ekor tu? betul ke Atok Husna pinjam duit dengan diaorang?" Ehsan soal Husna berhati-hati selepas keadaan sunyi untuk seketika.
Husna pandang Ehsan sekilas kemudian tunduk memandang jari-jemari yang diramas. Husna tahu dia kena bercerita semuanya kepada Ehsan yang secara tidak langsung telah terlibat dengan kumpulan lintah darat itu. Mereka pasti akan mengganggu Ehsan selepas ini kerana Ehsan telah berjanji untuk melangsaikan hutang Tok Udin itu. Nombor telefon Ehsan juga telah mereka ketahui.
Husna pun memulakan ceritanya.
Dia habis berkerja di restoran Mek sekitar jam 12 tengah malam. Oleh kerana ibu dan ayah Mek baru sampai dari kampung jadi Mek dan adiknya Sukri pulang awal dan meminta Husna untuk menyelesaikan rutin terakhir kedai seperti menyapu dan membuang sampah serta mengunci pintu belakang kedai.
Tiga orang lagi pekerja Mek warganegara Thailand. Mereka tinggal bersama Mek jadi mereka harus pulang bersama Mek.
Selesai sahaja mengunci pintu dan baru sahaja mahu melangkah pulang Husna dikejutkan dengan kedatangan empat orang samseng itu sambil mengheret Tok Udin yang sudah pecah bibirnya.
Husna benar-benar terperanjat dengan situasi itu. Bukankah hutang Tok Udin tidak pernah Husna culas untuk membayarnya. Perkara seperti ini yang Husna mahu elakkan sebab itu hutang Tok Udin kepada samseng itu perkara pertama Husna agihkan ketika hari gaji.
Tetapi apabila samseng itu memberitahu Husna yang Tok Udin telah menambah jumlah pinjaman daripada mereka fahamlah Husna duduk perkara.
Husna cuba berbincang dengan mereka untuk tetap membayar secara ansuran bulanan dengan jumlah yang sama tetapi jangkamasa bayaran ditambah.
Mereka tidak mahu menerima rayuan Husna kerana hutang Tok Udin bukan lagi dalam kiraan ribu tetapi telah menjadi puluh ribu.
63k!!!
Tak tercapai dek akal Husna hutang untuk berjudi dan minuman keras Tok Udin telah menjangkau jumlah tersebut.
Mereka tidak mahu berunding lagi dan tidak peduli dengan rayuan Husna. Keputusan muktamad mereka mahu Husna ikut mereka dan dipaksa menjadi perempuan club.
Mendengarkan itu Husna menjadi panik lalu cuba melarikan diri. Adegan kejar mengejar itu berakhir di perhentian bas kerana dua orang daripada mereka dapat menangkap Husna di situ.
Apabila dua orang lagi tiba bersama Tok Udin berlaku pula pergelutan. Tok Udin cuba menolong Husna dengan melawan mereka, tapi apalah kudrat tua Tok Udin dapat lakukan. Sekali tolak sahaja Tok Udin sudah terbaring di lantai perhentian bas.
Usaha terakhir Husna hanyalah dengan memeluk tiang perhentian bas sekuat yang boleh. Sehinggalah datang Ehsan membantu dia dan Tok Udin.
Sesungguhnya Husna sangat bersyukur, Allah SWT membantunya dengan menggerakkan hati Ehsan untuk menolongnya di saat genting tadi.
Habis basah baju tshirt yang Husna pakai dengan airmata dan hingus kerana menangis. Sudah tiada rasa malu ketika Husna bercerita. Dia sedikit lega dapat menceritakan masalahnya pada Ehsan dan Firdaus ketika itu.
Tapi sejujurnya Husna tidak yakin Ehsan akan menolongnya membayar hutang Tok Udin. Husna memujuk hatinya untuk bertenang. Itu Husna boleh usahakan kemudian, mungkin siang nanti dia akan mencari Mek dan Kak Intan untuk meminta buah fikiran dan pertolongan dari mereka berdua.
"Pasal hutang tu tak pe la abang Ehsan... nanti saya usahakan macam mana. Abang tolong saya dapat lepas dari diaorang tadi pun... saya dah cukup berterima kasih" Husna pandang Ehsan yang bulat matanya mendengar cerita Husna sehingga episod dia datang berunding dengan hantu empat ekor tadi. Begitu juga dengan Firdaus yang diam mentafsir cerita sedih penuh suspen Husna.
"Abang dah janji kan. Abang tunggu diaorang call esok siang" balas Ehsan tegas.
"Tapi jumlah tu besar sangat bang" Husna pintas Ehsan.
"Waris kepada pesakit Samsudin bin Marwan... waris kepada pesakit Samsudin bin Marwan... Sila masuk bilik B" interkom wad kecemasan itu berbunyi.
Tegak leher Husna dengan mata yang bulat memandang Ehsan dan Firdaus sambil bibirnya sudah tercebir-cebir.
"Kenapa dia cakap 'waris'?" soal Husna panik.
Firdaus genggam jari-jemari Husna yang sejuk umpama daging dari pembeku.
"Nooo... don't panic Husna. Kalau kat hospital memang diaorang sebut waris. Relax ok" Firdaus pujuk Husna yang salah faham.
"Betul ke?" Husna pandang Firdaus tunak mohon kepastian.
"Ye" Firdaus tekan tegas tapi lembut suaranya sambil terangguk-angguk.
"Kami teman Husna ok!?" Ehsan yang sedari tadi membiarkan Firdaus memujuk Husna bersuara.
Husna mengangguk. Mereka bertiga kemudiannya beriringan ke bilik B.
Ketika Azan Subuh berkumandang pada jam 5:57 minit pagi Tok Udin telah pun di tempat kan di wad lelaki Anggerik di aras dua hospital.
Atas saranan dan nasihat daripada Ehsan dan Firdaus, Husna bersetuju untuk pulang dahulu. Dia bercadang akan datang semula ketika waktu lawatan tengah hari nanti. Husna perlu rehat sebab dia keletihan.
Ehsan dan Firdaus dengan senang hati menumpangkan Husna pulang ke bilik sewaannya. Husna sungguh terharu dengan kebaikan dan bantuan yang mereka berdua berikan.
Tidak putus-putus Husna ucap Alhamdulillah di dalam hatinya kerana Allah uji dirinya tapi masih datangkan bantuan juga kepadanya.
@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@
boleh kwn2 tolong follow Sy. tqvm in advance :)
Share this novel