Bab 10

Drama Series 136190

"Sedapnya."

"Macam mana Na bancuh tepung."

"Kalau akak buat mesti jadi leper tak fluffy macam ni".

"Eleh korang ni macam-macam tanya. Tak pernah nak buat memang la tak jadi bendanya".

"Tapi memang ye Na. Luar crispy dalam isi gebu".

Husna sekadar tersenyum berdiri di jenang pintu masuk ke pantry. Memerhatikan rakan sekerja makan jemput-jemput ikan bilis yang dibawanya.

Sudah bulan ke empat Husna bekerja di syarikat pengangkutan ini. Husna gembira di sini. Rakan sekerja yang baik. Boss yang semestinya sangat baik. Hanya Cik Sheila sahaja yang semedang berwajah ketat dengannya tapi Husna ambil itu sebagai ujian dalam hidupnya untuk mencari rezeki yang halal.

Dua minggu lepas baru sahaja semua umat Islam menyambut hari raya. Seminggu pertama semua bercuti raya dan seminggu kemudian penuh pantry dengan biskut raya dibawa oleh rakan setugas. Oleh kerana Husna dan Tok Udin menyambut ala kadar sahaja maka tiada biskut raya yang fancy-fancy seperti orang lain dapat Husna bawa. Kerana itu hari ini Husna bangun awal membancuh tepung, menggoreng cucur bilis.

Walaupun raya Kali ini Husna sedih kerana tidak dapat menyambutnya dengan Mek tapi Husna pujuk hatinya supaya kuat. Begitulah kehidupan di dunia bertemu berpisah adat berkasih sayang.

Telefon bimbit hadiah dari Ehsan memudahkan dirinya menguruskan Tok Udin. Tidak perlu lagi Mary menelefon pejabat atau menelefon Ehsan untuk mencari Husna. Memudahkan juga Husna untuk berhubung dengan Mek yang jauh di Labuan.

Hari raya tahun ini juga meriah Husna dengan duit raya daripada rakan sekerja. Maklumlah Husna umpama anak-anak buat rakan sekerja yang kebanyakan jauh lebih dewasa.

***************

"Hello! Abang Daus!"
"Selamat hari raya!"
"Lamanya tak jumpa Abang" Jerit Husna teruja apabila mendapat panggilan daripada lelaki itu.

"Nak jumpa? Ok. Boleh je. Na habis kerja pukul tiga. Kat restoran yang dekat pam minyak? ok ok"

"Ha! Jangan cakap Abang Ehsan? Kenapa?".

"O... Ok! Na tak cakap. Promise. Ok... bye!

Husna simpan semula telefon bimbit ke dalam kocek belakang seluar hitamnya. Pelik! Diaorang gaduh ke? Kenapa Firdaus mahu berjumpa dengannya seorang sahaja.

"Dah habis berangan! Dah tak ada kerja! Nak jadi Mem besar?" bertubi-tubi soalan dari Cik Sheila yang menyergahnya secara tiba-tiba. Bagai mahu terkeluar roh Husna dari jasad akibat terperanjat.

"Maaf Cik Sheila" Tertunduk-tunduk kepala Husna menuturkan maaf. Sampai sekarang sumpah Husna tidak tahu apa kesalahannya menyebabkan Cik Sheila sentiasa bersikap sebal. Hanya pula dengan dia seorang!

Sememangnya betul ke firasat Husna. Husna berfikir-fikir. Cik Sheila itu ada hati pada Ehsan. Sambil tertunduk-tunduk pura-pura menyapu lantai yang memang sudah bersih Husna kerling-kerling juga Cik Sheila yang belum sudah menjegilkan matanya memandang Husna sambil melangkah meninggalkan kawasan pantry. Fuh! seram.

Apabila kelibat Cik Sheila hilang Husna kembali ke persoalan asal, kenapa Firdaus mahu bertemu dengannya seorang.

Husna tahu tentang perpindahan Firdaus ke Terengganu. Ehsan telah maklumkan kepadanya minggu lepas tapi Husna belum berkesempatan bertemu Firdaus. Bagus benar dapat berjumpa Firdaus untuk mengucapkan selamat jalan dan Selamat maju jaya. Firdaus memainkan peranan besar atas kegembiraannya sekarang ini. Dia banyak terhutang budi kepada Firdaus dan Ehsan juga.

"Jom makan!"

Tersentak bahu Husna kerana terperanjat.

Sekali lagi!
Tangkai jantung kuat kan, tak mudah terlucut kan.

Husna pusing menghadap Ehsan yang tersengih bagai kerang busuk. Gembira kerana dapat memeranjatkan Husna. Melihat pada gegaran bahu Husna dia tahu gadis itu terperanjat besar.

"Sehati sejiwa kan!"

"Apa?"

"Perangai Abang la!"

"Kenapa? Abang tak faham"

"Abang dengan girlfriend Abang tu sama je perangai suka menyergah, suka terperanjatkan Na"

"Aik?!! bukan girlfriend Abang... Na ke?

Husna buat tak dengar dengan lawak Ehsan. Hatinya masih sebal kerana dua kali terperanjat besar.

Ehsan masih tersengih-sengih kambing. Dia tahu marah Husna, rajuk Husna tak akan lama.

"Apa tu?"

Betul tak? Husna sudah menegur semula dengan nada manja keanak-anakannya.

"Favorite Na"

"Apa?"

"Roti Jala Abang Rahim guard"

Ehsan malas berteka-teki dengan Husna. Nanti kesuntukan masa.

"Alaaa... tak boleh la. Na nak kena balik. Nak tengok atok"

"Ye la. Kita balik la sekarang. Nanti masa rehat habis. Kita kena jalan laju-laju. Mesti kurang sepuluh minit jalan".

"Ok! Jom!"

Begitulah ceritanya. Bagaimana untuk Ehsan menidakkan hari-harinya bertambah gembira dengan si comel Husna.

*********************

"Aunty Mary!"

"Ye"

"Yang dalam bekas purple ni Aunty dengan Sam punya ye. Na letak atas fridge"

"Ok Sayang, Thank you very much"

Ehsan yang baru keluar dari bilik Husna kerana sudah solat Zuhur dan Tok Udin yang duduk santai di hadapan meja makan sekadar memandang dan mendengar Husna di ruang makan dan Mary yang berada di dalam biliknya berbalas cakap tentang roti jala yang Husna asingkan sebahagian untuk Mary dan anaknya Sam.

"Abang... kalau Na solat dulu sempat kan"

"Solatlah. Nanti Abang tolong cakap dengan boss Na lambat sikit. Boss tu baik... handsome pulak tu"

Nampak bibir Tok Udin yang senget sebelah seakan tersenyum dengan lawak Ehsan. Husna sekadar menjulingkan matanya ke atas kemudian mengangkat ke dua tangan ke bahu. Husna tinggalkan ruang makan dan masuk ke bilik air untuk mengambil wudhuk.

"Tok nak air lagi?"

"Tak pe a dah ukup" susah payah Tok Udin membalas soalan Ehsan. Selepas lebih kurang setengah tahun pergi balik terapi di hospital Tok Udin sudah mampu bercakap dengan susah payah.

"San uke Na?"

Ehsan rapatkan dirinya dengan Tok Udin meminta Tok Udin mengulang kembali soalannya.

"San uke Na?"

Ehsan rasa bagai disiram air yang dingin di hari yang sangat panas. Bagai orang mengantuk disorong bantal. Peluang baik tak datang selalu. Ehsan tidak punya masa lebih untuk berbasa basi. Keterbatasan Tok Udin untuk berkata-kata peluang dia untuk bercakap hal yang penting sahaja.

"Suka Tok"

"Ikah Na. Olong Tok age Na. Ian ia". (Nikah Na. Tolong Tok jaga Na. Kesian dia)

Tok Udin cakap satu-satu dan lebih kuat dari biasa supaya dia tidak perlu mengulang.

"Tok percayakan saya?"

Tok Udin angguk dua kali.

"Baik Tok. InsyaAllah saya akan jaga Husna semampu daya saya". Tegas Ehsan menjawab dengan yakin.

"Anti Tok juk Na. Tok ah tak ame. esebum Tok ak de Tok ak ngok de ang aik age Na" (Nanti Tok pujuk Na, Tok dah tak lama. Sebelum Tok tak ada Tok nak ada orang baik jaga Na)

Sekali lagi Tok Udin sehabis tenaga bercakap sepanjang yang boleh meluah rasa hatinya.

Dia banyak buat salah pada arwah anaknya dan Husna. Dia mahu menebusnya tapi dia sudah tiada daya dan mungkin juga kekurangan masa. Ehsan sahaja yang dia nampak satu-satunya cara untuk memastikan Husna di bawah jagaan orang yang betul, orang yang baik.

Sepanjang dia mengenali Ehsan sejak peristiwa amokan si lintah darat, sosok inilah yang membantunya. Membantu cucunya. Memberi pekerjaan kepada Husna. Menjadi sahabat kepada cucunya yang kasihan itu. Dia yakin sosok ini juga mampu membahagiakan Husna sebagai suami.

Dalam hati Ehsan menjerit girang. Ibu! Bong dah ada calon!.

***************

"Abang dah orderkan air Na. Asam Boi"

"Eh! Salahlah Abang"

"Eh! kan selalu Na order Asam Boi"

"Saja je... dah lama tak gurau dengan Abang" Husna tergelak suka melihat muka Firdaus yang terkulat-kulat kerana lambat menangkap gurauannya.

"Nakal eak budak kecik ni"

"Na bukan budak kecik la"

"Oh! ye la. Na dah besar dah boleh kahwin" Firdaus ketawa besar melihat muka Husna yang masam mencuka seperti biji Asam Boi di dalam gelas air minumannya.

Tapi Firdaus tak risau kerana dia tahu Husna sekadar berlakon merajuk. Dia sudah masak sangat dengan perangai si comel ini yang tebal telinganya. Bukan setakat tahan bergurau kasar Husna juga tahan maki.

"Selamat Hati Raya Abang, dah dua minggu raya baru dapat wish Abang. Busy Abang kalah Perdana Menteri" Husna ketawa lagi.

"Selamat Hari Raya Na" Ehsan keluarkan dari belakang casing telefon bimbitnya sampul duit raya yang dilipat dua dan menghulurnya kepada Husna.

"Terima kasih Abang" Merah muka Husna teruja mendapat duit raya daripada Firdaus. Husna terjerit suka sehingga bertepuk tangan setelah melihat isi di dalam sampul itu. Tiga keping Not Ungu!

"Eleh... tak payah nak propa sangat. Abang Ehsan bagi Na lagi banyak kan" Firdaus bukan serkap jarang dia tahu Ehsan menyediakan seribu ringgit duit raya untuk bahagian Husna. Ehsan kata berbaloi bagi Husna sebanyak itu kerana Husna gunakan duit itu untuk keperluan kesihatan Tok Udin. Semoga pahalanya mengalir kata Ehsan lagi.

"Ye... banyak sangat kan. Segan Na. Tapi Abang Ehsan cakap boleh tambah duit belanja Tok. Dia suh ambil juga duit tu" Husna terus mengaku sebab dia tahu Firdaus dan Ehsan tiada rahsia. Mereka berkawan rapat.

"Rezeki jangan ditolak Na. Musuh jangan dicari. Tak pe la, kalau bukan Na dengan Abang yang tolong menghabiskan duit Ehsan siapa lagi. Ehsan tu duit tak tau nak buat apa".

"Na cakap Abang Ehsan, Abang Daus nak perabis duit dia" Tergelak-gelak Husna mengugut Firdaus.

"Cakap la... ada nampak Abang kisah ke?" Berlagu ayat Firdaus membalas ugutan Husna. Sudahnya mereka berdua ketawa bersama menjadikan Ehsan subjek umpatan.

"Kenapa Abang tak bagi Na cakap kat Abang Ehsan nak lepak dengan Abang?" dari tadi Husna simpan soalan itu. Tapi Husna mahu kelihatan santai-santai sahaja ketika bertanya.

"Nanti dia jealous Abang nak dating dengan Na"

"Apo!?" Selar Husna dengan nada begurau, menyampah dengan jawapan Firdaus.

"Tak de la... Na perasan tak Ehsan dah banyak berubah?" Serius ton suara Firdaus.

Hmmm, Husna ketuk jari telunjuk ke dagu berfikir-fikir. Husna nampak tapi dia tiada masalah dengan perubahan itu. Adakah apa yang Husna nampak berlainan dengan Firdaus nampak kerana Husna baru setengah tahun berkenalan dengan mereka berdua. Sedangkan Firdaus dan Ehsan rapat sejak zaman persekolahan.

"Ni yang Na nampak ye. Na tak kenal Abang Ehsan macam Abang Daus kenal dia. Abang Ehsan sekarang dah tak minum".

"Mana Na tau Ehsan minum sebelum ni. Dia pernah minum depan Na ke?" Soal Firdaus tersentak. Ehsan yang dia kenal sangat menyimpan sisi gelap perangai buruknya. Serapat manakah Ehsan dan Husna sehingga Ehsan menayang dirinya yang sebenar kepada Husna.

"Selama ni Abang tak tau ye?"

"Tak tau apa?" Firdaus cuak. Apa juga budak kecil ini berahsia.

"Na ni sebenarnya Detektif Conan" Jawab Husna sambil berbisik kemudian ketawa berdekah-dekah.

Firdaus baling Husna dengan kerak pisang goreng yang bersisa di dalam piring sambil menjeling.

"Abang tu bertanya macam Jebon. Lawak la. Na mana boleh serius macam tu" Husna lap air mata di tubir mata. Penat ketawa.

"Na kan selalu naik kereta Abang Ehsan. Boleh nak kata hari-hari naik. Dulu kereta tu ada satu bau. Sekarang dah tak de."

"Tak kan sebab bau Na nak cakap Ehsan minum?"

"Abang... Na ni dari lahir duduk kat tempat sekarang. Bilik-bilik kat rumah Aunty Mary tu macam-macam orang pernah sewa. Pintu depan rumah Uncle Wong pun sama juga. Na tau la bau arak macam mana."

Cekap budak ni Firdaus puji dalam hati.

"Sekarang bau tu dah tak de. Ada bau pewangi kereta je. Lepas tu Abang Ehsan dah solat"

Ye Firdaus nampak itu. Dia sekadar mahu pengesahan dengan meminta sudut pemerhatian Husna pula. Kerana dia juga nampak bertapa rapatnya Ehsan dengan Husna sekarang ini.

Ehsan pernah memberitahunya yang dia mahu berubah. Mahu meninggalkan segala sikap buruk. Ehsan kata sudah sampai masanya. Firdaus fikir Ehsan sekadar bercakap kosong. Kerana ini bukan pertama kali Ehsan kata mahu berubah.

Kali ini Firdaus nampak Ehsan mengotakan katanya. Kerana apa ye? Adakah kerana Ibu? Adakah kerana perpindahannya tidak lama lagi? atau kerana si comel di hadapannya ini?!

Yang pasti Firdaus bakal hilang partner in crime!

mcm mne org lain tu jd penulis kn. senangnya dpt idea. Sy sedih ni tulis novel baru ada tajuk je. tp tk jln-jln. ce kwn2 tiup ckit kt sy spy Sy ada idea bnyk2. yg follow Sy pn dh tarik follow diaowg. huhu sedey =(

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience