Bab 54

Drama Series 136190

"Allah! Allah! comelnya... siapa nama ni?"

"Ibrahim"
"Ismail"

"Salam atok dengan nenek." Husna arah Ibrahim dan Ismail bersalam dengan sepasang suami isteri warga emas yang menegur mereka.

"Pandainya. Umur berapa?"

"Berapa mak?" soal Ibrahim mendongak memandang Husna.

"Bulan satu tahun depan masuk empat tahun Acik." Husna tolong jawab bagi pihak anak-anaknya.

"Nak ke mana?"

"Sini aje cik, bawak budak-budak ni ambil angin. Acik nak pergi mana?"

"Tak ada mana jugak. Saja pusing-pusing bosan duduk rumah. Acik tinggal berdua je dengan Pakcik. Anak-anak semua kerja luar... Nama siapa? selalu Acik nampak awak dekat sini. Duduk mana?"

"Senah Acik... menyewa bilik kat atas tu." Husna tunjuk asrama unit rumah kedai yang didudukinya. Senah tu nama glamer Husna di kejiranan sini.

"Ayahnya mana ni?... eh! maaf kepoh pulak Acik ni." soalan itu pasti kerana warga emas itu tahu unit itu adalah asrama perempuan yang duduk menyewa.

"Tak apa... suami saya ikut kapal. Makan tahun baru balik." see... expert kan. Dah bertahun, taraf legend dah skill Husna.

"Mak!" Ismail tarik baju Husna. Dalam hatinya tadi Mak janji nak bawa jalan-jalan bukan diam setempat tengah jalan di kaki lima kedai ni.

"Ye..oh! okay okay. Maaf acik, dah janji dengan budak-budak ni nak pusing-pusing tadi." Husna minta diri.

"Oh! maaf ye. Mak Tok kacau ye?... kalau Mak Tok dengan Tok Abah belanja KFC boleh tak? Boleh tak Senah?"

Makcik itu menyoal Husna dengan pandangan mengharap. Budak berdua juga turut mendongak memandang Husna, teruja dengan perkataan KFC. Husna serba salah nampak kasihan dengan muka empat orang di sekelilingnya ini.

"Okaylah boleh Acik."

"Alhamdulillah... terima kasih Senah."

Begitulah permulaan perkenalan Husna dengan Acik Enon dan Pakcik Karim. Kemudiannya menjadi bertambah rapat.

Oleh kerana sekarang Husna sudah bekerja di butik bukan lagi menjahit di bilik, jadi Ismail dan Ibrahim Husna daftarkan bersekolah di Tadika Perpaduan di belakang deretan rumah kedai ini. Tadika itu pula berseberang dengan rumah Pakcik Karim dan Acik Enon jadi apabila mereka tamat waktu sekolah pada jam 11:30 pagi Pakcik Karim akan mengambil dan menjaga kembar Husna sehingga Husna datang mengambilnya sekitar jam enam petang.

Senang hati Husna kembarnya menumpang kasih ke dua Atok itu yang nampak amat menyayangi anak-anaknya dengan ikhlas. Umpamanya seperti cucu mereka sendiri. Memandangkan anak cucu mereka sendiri tinggal jauh di Sarawak, Sabah dan Brunei.

Adakalanya jika butik mendapat terlalu banyak tempahan dan Miss April meminta Husna bekerja lebih masa, Pakcik Karim dan Acik Enon dengan bersenang hati menerima budak kembar tidur di rumahnya.

Pakcik Karim dan Acik Enon yang juga pesara guru selalu mengendeng dengan Husna membenarkan mereka meminjam kembar untuk di bawa pergi bercuti. Husna tidak sampai hati menghampakan mereka memandangkan anak-anaknya gembira dengan kasih sayang ke dua atok angkat itu.

Biarlah... dia tidak dapat memberi keluarga yang sempurna kepada Ibrahim dan Ismail. Syukur Allah datangkan kasih sayang keluarga melalui Pakcik Karim dan Acik Enon.

Kepada mereka Husna berterus terang latar belakangnya yang sebatang kara. Cuma tentang suaminya Husna berbohong mengatakan suaminya adalah anak yang tinggal di rumah kebajikan sedari kecil yang tidak mempunyai keluarga.

Biarlah begitu. Dia bimbang kemunculan Idris. Seorang penghuni baru asrama tempat tinggalnya seorang janda yang dipisahkan daripada anak-anak oleh bekas suami yang berduit. Dia bimbang jika Idris memperlakukannya seperti itu kerana telah lari daripada suaminya itu kemudian merahsiakan pula kandungannya.

Sekarang biarlah jalan hidupnya begini. Dia suka hidup begini. Bertiga dengan kembarnya sahaja. Walau jauh di sudut hatinya dia sudah mula rindukan Idris.

*****************

"Nana... I'm really sorry but I have to."

"It's okay. Don't worry I'll be alright." Apa lagi yang mampu Husna jawab. Dia tahu Miss April juga serba salah. Miss April sendiri sayangkan butik ini kerana ini adalah perniagaan pertamanya. Tapi dia terpaksa mengikut suaminya berpindah ke Pulau Pinang.

Apabila butik telah bertukar tangan Husna hanya mampu bekerja sekejap sahaja dengan majikan baru kerana perempuan itu amat cerewet dan kuat cemburu. Menuduhnya cuba menggoda suami majikannya itu yang sememangnya kerap kali menunjukkan muka miangnya kepada Husna.

Akhirnya Husna mendapat pekerjaan sebagai seorang pekerja pembersihan di sebuah syarikat pembinaan dan hartanah di Kajang. Masalahnya dia harus menaiki bas sekitar 35 minit perjalanan ke tempat kerja baru. Tapi dia harus bersyukur beroleh kerja walau hanya mempunyai sijil tamat sekolah darjah enam.

Kembarnya memang dia berharap kepada Pakcik Karim dan Acik Enon untuk tolong menjaganya sekarang ini, memandangkan tempat kerjanya yang agak jauh dan bergantung kepada bas awam sebagai kenderaan. Untung sahaja pasangan guru pencen itu amat baik hati bersetuju kerana telah amat menyayangi Ibrahim dan Ismail.

****************

16hb Januari

Hari lahir Husna yang ke 21 tahun dan juga hari lahir Ismail dan Ibrahim yang ke 4 tahun. Mengenangkan masa yang berlalu Husna kira sekitar hampir lima tahun dia lari meninggalkan Idris.

Husna meraikan hari lahir kembarnya dengan membelanja Tok Abah dan Mak Tok makan malam di sebuah kompleks membeli belah. Cadangan daripada Acik Enon kerana ada taman permainan kanak-kanak berdekatan restoran mereka makan. Sangat sesuai untuk meraikan anak-anak secara bersederhana.

Hidupnya ringkas sahaja sekarang ini. Dia sudah cukup bersyukur dengan apa yang mereka miliki seadanya.

**************

"Na! seronok tak kerja sini? Akak tengok Na cekap aje kerja ni "

"Seronok Kak Lin. Kawan ramai... saya dulu dah pernah kerja cleaner."

"Ooo ye ke?... eh! eh! dia datang Na. Buat-buat tak nampak!, buat-buat tak nampak!"

"Siapa?!"

"Haii..."
"Dah makan semua?"

"Belummm... Encik Rizal nak belanja ke?"

"Boleh aje... jomlah."
"Jom Husna."

"Eh! tak apalah. Saya dah makan. Saya bawa bekal. Encik Rizal dengan Kak Lin pergilah."

"Kita berdua ajelah Encik Rizal. Na takut boyfriend dia cemburu."

"Husna dah ada boyfriend?"

"Mestilah Encik Rizal. Orang cantik!"

"Eh! maaf handphone saya vibrates..."
"Hello! ha! ha! okay! okay!" panggilan ditamatkan.
"Maaflah Lin... Boss panggil saya pulak. Urgent katanya."

"Ye ke... okaylah kalau macam tu. Hari lain boleh tak Encik Rizal?"

"Offcourse! hari lain okay. Saya gerak dulu ye. Bye!"
"Bye Na!"

Husna sekadar mengangguk kecil dan memandang sekilas Encik Rizal yang berlalu pergi.

"Oh! seronoknya! Kau nampak tak tu Na? Dia dah mula syok kat aku. Tak pernah-pernah dia tegur aku ajak makan hari ni dia ajak pulak. Kau jangan caras dia tau Na! Encik Rizal tu aku punya!"

"Okay Kak Lin! Na kan dah ada boyfriend mana boleh layan orang lain."

"Betul juga kan. Okaylah aku nak pergi tandas. Bye!"

Di tempat baru ini dia biar orang panggil dia Husna. Husna tersenyum panjang memerhati gelagat Kak Lin kawan sekerja barunya ini. Sikap perasannya itu melucukan tapi sebenarnya Husna jatuh kasihan kepada Kak Lin. Kenapa Kak Lin tidak dapat menangkap yang Encik Rizal hanya berpura-pura mendapat panggilan telefon sebentar tadi. Tapi Husna fikir semula bagus juga begitu. Dia tahu Encik Rizal cuba mendekatinya sama seperti beberapa kakitangan lelaki yang lain.

Tapi dia mewar-warkan dirinya telah mempunyai teman walaupun sebenarnya dia telah bersuami. Jika dia cakap sudah bersuami dan sudah punya anak dua bimbang semakin banyak soalan yang mungkin boleh menyebabkan dia mendedahkan persembunyian dia kepada Idris.

Tenang, tenang jangan ribut-ribut. Buat relax sudah.

******************

Oleh kerana pejabat hartanah dan pembinaan ini di dalam sebuah kompleks membeli belah kepunyaan syarikat hartanah tersebut jadi pekerjanya sangat ramai, termasuk pekerja pembersihan juga.

Dia ramai kawan di kalangan pekerja pembersihan. Mereka saling bertukar nombor telefon dan ada satu group untuk mencari kerja sampingan seperti mencuci rumah orang atau kedai atau pejabat luar.

Kerja Husna adalah di pejabat utama. Jadi dia bekerja dari hari Isnin hingga Jumaat lapan pagi sehingga lima petang. Husna bersyukur sangat kerana hujung minggu dapat meluangkan masa dengan anak-anak yang tidak bersekolah pada hari Sabtu dan Ahad.

Ada masanya dia mengambil juga kerja luar jika atok angkat anak kembarnya meminjam mereka untuk di bawa berjalan, atau jemputan kenduri atau bercuti supaya dia tidaklah rasa kesunyian dan dapat membunuh masa ditinggalkan berseorangan.

*****************

Sheila rasa dia tidak tersilap pandang. Dia yakin siapa yang dilihatnya. Walaupun perempuan itu sudah bertudung dan sedikit berisi sehingga semakin putih melepak tapi dia yakin dengan matanya.

Semalam dia baru melapor diri bekerja di syarikat ini sebagai pegawai exsekutif Jabatan Kemanusiaan. Selepas kisah Onn dia mengambil keputusan berhenti kerja dan menyambung pelajaran ke peringkat Ijazah dalam bidang Pentadbiran Awam. Puncanya dia takut dikaitkan dengan Onn kerana dia ada skandal gelap dengan lelaki beristeri itu. Hantu itu pula rupanya banyak rahsia gelap lain selain berskandal dengannya.

Lagipula dia takut dengan sikap Boss besarnya Idris selepas kisah Onn. Anginnya amat tidak baik sehingga tidak boleh langsung melakukan kesalahan. Idris sentiasa berwajah tegang, membuatkan dia takut untuk bekerja di bawah lelaki itu. Dia kemudian menyerahkan surat peletakan jawatan dengan alasan mahu menyambung pelajaran ke peringkat Ijazah.

Kali terakhir dia bertemu Husna pada hari Onn cuba berbuat jahat pada gadis itu di pantry sebelum tertangkap oleh Idris. Esoknya Husna langsung tidak munculkan diri yang Sheila kira kerana ketakutan dan tidak tahu Onn telah dibuang kerja dan dipenjarakan.

Bagus juga perempuan bodoh ini ada di sini. Bolehlah dijadikan hiburan jika dia kebosanan!. Sheila gelak jahat dalam hati.

*****************

"Boleh tak Na?. Akak tau dah lewat sangat baru akak cakap tapi please...Kalau Na setuju esok lepas subuh je akak terus datang ambil Na. Makcik akak dah bagi kunci dengan kad akses ni. Akak main setuju je, lupa pula anak akak suruh hantar barang sekolah dia. Makcik akak tak nak orang sembarang ganti sebab ni regular customer dia, selalu bayar lebih lepas tu tak banyak cekadak. Orang Arab. Boleh ye Na..."

Husna diam sahaja berfikir-fikir patut atau tidak dia mengambil kerja luar yang ditawarkan oleh seorang daripada rakan dari group what's up pembersihan. Sudah pukul 12 tengah malam menelefonnya meminta tolong kerana makcik akak ini yang juga mengambil upah membersihkan rumah terpaksa ke hospital kerana anaknya bersalin kecemasan.

Ismail dan Ibrahim memang tiada di rumah kerana atok angkat mereka mahu meminjam anak-anak itu untuk di bawa pergi kenduri di rumah saudara mereka. Pagi-pagi esok mereka akan bertolak ke Seremban Negeri Sembilan.

"Siapa nama tuan rumah?" Soal Husna sekadar berhati-hati.

"Nama dia Ishak, orang Arab baru datang Malaysia. Makcik akak cakap biasa kalau dia tengah cuci rumah, orang Arab tu tak nak duduk rumah. Alim orangnya tak nak berdua-duaan dengan perempuan."

"Okaylah kak. Bolehlah. Akak nak ambil Na pukul berapa?"

"Pukul lima boleh tak?. Nanti kita singgahlah mana-mana masjid area situ solat Subuh. Akak risau jem. Keluar pagi mudah-mudahan tak jem."

"Okay Kak. Pukul lima ye."

"Terima kasih Husna. Akak terhutang budi dengan Na."

"Sama-sama Kak. Assalamualaikum!"

Husna matikan panggilan. Tiba-tiba jantungnya berdenyut laju dan kuat. Sudah lama dia tidak masuk area bandaraya Kuala Lumpur. Sejak Uncle Wong menghantarnya ke Bangi untuk bekerja di butik Miss April.

Dia bimbang terserempak dengan Idris. Tapi tak mungkinlah begitu kebetulan, masuk sahaja kawasan bandaraya akan bertemu Idris. Lagipun lelaki itu sentiasa sibuk dan entah-entah sudah beristeri lain yang setaraf dan sepadan dengan suaminya yang kacak itu.

Ayat dalam fikirannya hanya membuat degupan jantungnya semakin laju dan kuat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience