Idris dan Firdaus duduk di meja sebelah dalam restoran mamak. Kerana meja di kaki lima restoran basah dek tempias hujan yang lebat menggila. Restoran sederet dengan hotel yang Idris telah daftar masuk, meninggalkan bagasinya di situ kemudian keluar semula mendapatkan Firdaus yang menunggunya di sini, di restoran mamak ini.
Orang tidak ramai di waktu itu. Pasti sahaja kerana waktu bekerja dan hujan yang turun dengan lebat.
Di kubur tadi selepas selesai menyapa kubur arwah Ehsan dengan surah Al Fatihah dan beberapa surah ringkas lazim yang lain Idris membayar pakcik teksi, mengambil bagasinya dan kemudian menumpang Firdaus ke pusat bandar. Lagipun dia tidak boleh tinggal di rumah ibubapanya di Bukit Kiara. Terlalu banyak kerja menunggunya di pejabat. Dia tidak mahu membuang masa di atas jalan bergaduh dengan kesesakan waktu puncak.
"Budak tu penyebab Ehsan berubah."
Idris pasang telinga. Membiar Firdaus bercerita.
"Awalnya memang ikhlas kitaorang tolong dia. Budaknya pun nampak baik... macam baik. Kalau tengok muka memang kesianlah. Muka cantik nampak macam tak bersalah nampak naif."
"Ehsan kata dia guna duit kau kan tolong budak tu?" Firdaus menyentak Idris dengan soalan. Memastikan Idris yang diam sahaja turut serta dalam perbualan penting itu.
Idris sekadar mengangguk. Tok Ibu dan Ummi juga bercerita tentang tunangan Bong yang di bawah umur, cantik, baik dan nampak naif.
"Aku kenal dulu budak tu sebelum Ehsan kenal dia malam tu."
Cerita malam itu juga Idris tahu kerana Ehsan menerangkan kepadanya dengan panjang lebar sebelum dia memberi kebenaran kepada Ehsan untuk menggunakan duit syarikat yang kemudian Idris menggantikannya semula.
"Budak tu berniaga makanan ringan tepi jalan. Pandai bercakap, ramah sangat tu memujuk orang beli jualan dia."
Tapi dari cerita Ummi susuk tunangan Bong itu pemalu orangnya atau... itu sekadar lakonan.
"Lepas cerita kitaorang tolong dia tu memang kitaorang rapatlah dengan budak tu. Dia kerja restoran tomyam sebelah malam jadi selalu lepak tempat dia kerja. Tak lama lepas tu restoran tu tutup. Bankrupt ke apa tah macam tu la lebih kurang..."
"Aku nampak Ehsan berubah lepas dia bagi budak tu kerja kat ofis. Dia selalu ada dengan budak tu kan."
"Kau percaya tak kalau aku kata budak tu sebelum tu usya aku tapi aku tak layan."
"Agaknya sebab aku tak layan... dia usya Ehsan. Ehsan kan lembut hati mudah percaya kat orang mudah kasihankan orang."
"Masa tu pulak aku dah kena transfer Terengganu. Start tu yang aku telefon Ehsan tak jawab. Ehsannya pun tak pernah sekali telefon aku. Kau bayangkan hebat tak hebatlah budak tu. Aku yang berkawan rapat dari sekolah Ehsan boleh tendang macam tu aje."
"Tak lama lepas tu aku dengar cerita diaorang bertunang. Atok dia suruh Ehsan kahwin dengan cucu dia tu. Kau bayangkan di offer cucu umur 15 tahun pada lelaki umur 35. Gila ke tak gila tu?"
"Ehsan tu mungkin lebih pada kesian. Tapi... kau cuba pergi jalan depan ni depan lagi satu. Kat situ lorong sebelah belakang, tu bangunan tempat tinggal diaorang. Kau tanya orang dekat situ, nama atok dia Shamsudin bin Marwan... semua orang kenal lah. kaki kelentong tu".
"Entah apa dia pakat dengan cucu dia. Ehsan kan berduit."
"Kesimpulannya aku nak cakap dekat sini kau baik-baiklah dengan budak tu. Muka memang cantik, body pun lawa. Body tak macam budak 16 tahun, tahu pulak macam mana nak guna. Budak duduk lorong biasalah." Firdaus tamatkan cerita temberangnya kepada Idris dengan menghirup habis teh tarik yang sudah sejuk. Dia sakit hati dan geramkan Ehsan dan Husna. Ini cara membalasnya. Tolak belakang Ehsan yang telah arwah.
***************
"Assalamualaikum Boss. Selamat Pagi. Ingat lagi tak nama saya Junaidah. Panggil Kak Jun je Boss."
"Waalaikummussalam. Selamat pagi Kak Jun. Awalnya sampai. Office hours pukul sembilan kan." Idris angkat tangan kiri memandang jam di pergelangan tangan. 7:52 pagi.
"Lately Kak Jun memang awal, kereta ada satu. Hantar anak sekolah, pagi semua memang kena keluar sekali. Motor suami dah rosak."
"Owh... Bagus juga keluar awal kan Kak Jun. Tak gaduh jam."
"Betul tu Boss... Boss nak kopi. Kak Jun nak pergi pantry ni."
"Bukan kita ada tea lady ke?"
"Ada Boss... tapi Na masih cuti. Masuk hospital."
"Dah berapa hari dia tak masuk kerja?"
"Khamis Na ada... tapi setengah hari. Jumaat Boss... err Tuan Ehsan tu... Sabtu Ahad memang cuti. Semalam Isnin hari ni Selasa. Baru aje ni Na what's up Kak Jun dia masih kat hospital. Tekanan darah rendah doktor belum bagi keluar. Kalau doktor round pagi ni kata okay nanti tengah hari dia baru boleh balik. Esok kerjalah kot kalau tak dapat MC lagi."
Kak Jun terangkan sahaja apa yang dia tahu. Entah patut atau tidak dia juga tidak pasti. Mungkin Ehsan sudah tiada jadi keluarga Idris tidak lagi tahu perkembangan Husna.
"Okay..."
"Boss nak tak?"
"Apa tu?"
"Kopi... Nak kak Jun buatkan."
"Owh! boleh juga. Kopi susu kurang manis."
"Siap!" Mamak style Kak Jun jerit satu kali dan menonong ke pantry.
***************
Sheila betulkan kedut baju kebaya pendek yang dipakainya. Mengangkat cermin kecil yang di selit celah kalender meja. Memastikan bedak dan gincu di wajah masih berwarna cantik.
Sheila melangkah menuju pintu bilik yang dulunya milik Ehsan. Sekarang di dalamnya ada Idris yang kacak. Setiap kali berhadapan dengan Idris dia jadi gugup. Wajah kacak Idris dengan renungan mata cantik tapi tajam bak helang itu benar-benar menggoyahkan keyakinan dirinya.
Tok! Tok!
"Yes!"
"Boss... ni fail yang boss minta tadi. Report akaun syarikat. Report dari admin department, logistics dan human resources."
"Manager human resources tak ada hari ni sebab kena attend seminar perkeso. Buat kat hotel Kampung Baru dekat dengan wisma perkeso tu."
"But if you have any questions you can ask me because if humans resources on leave I will help her in charge."
"What happened with this contract agreement.. should be closed deal on Thursday right?"
Idris tolak sedikit fail berwarna biru tertulis dalam huruf besar tebal 'HeavyLight Resources Sdn Bhd'
"Sepatutnya Tuan Ehsan dah closed deal on Thursday but something came up that afternoon"
"What something...?" Malam itu Bong jatuh. Mungkinkah 'something' ini cerita siangnya yang membawa kepada apa yang berlaku malamnya? Idris merenyuk persoalan.
"He have to settle something came up between him and Husna his fiance."
Ah sudah! Husna lagi. Ada apa dengan tunangan si Bong ini. Berapa besar masalah perempuan ini bawa masuk dalam hidup Bong.
"You know the problem?"
"Not exactly... but on lunch hour I think they have argument in meeting room. Husna menangis keluar daripada bilik tu. Ehsan kejar dia, sampai depan pintu lift Ehsan dapat pegang dia but she pushed him. You tau kan Ehsan have a leg problem... he almost fell. Husna take off her engagement ring and throw on the floor then she run away."
"I tak pernah nampak Ehsan sesedih dan se down macam tu. Dia masuk office ni semula ambil his wallet, car key and handphone then dia keluar cari Husna."
"How do you know he's going out to find Husna?"
"Dari dalam bilik ni ambil barang tu he keeps trying to call Husna but she didn't answer his call."
"I cuba pujuk dia sabar dulu sebab after that lunch hour is the time to signed the agreement."
Sheila kembang kempis hatinya. Tak sangka semudah ini bercerita tentang bunga-bunga menuju kemenangan peribadinya. Padan muka kau pengemis. Kutuk Sheila dalam hati. Sama ada Idris percaya atau tidak belakang kira yang penting dia berjaya menceritakannya tanpa susah payah mencari masa menyusun masa mencari kata menyusun kata. So smooth! What a luck!
"Semenjak beberapa bulan terakhir ni... This not the first time Ehsan failed to complete his work"
"Every time in office hours the reason must be his fiance... he have to help her a lot. To fullfil what ever she asked... like... I don't know... watching movies maybe."
Masih terbakar rasa hati Sheila mengingat Ehsan memimpin tangan Husna masuk ke pawagam pada satu 'cuti hujung minggu'.
"I bukan nak jadi batu api but... I don't think she's suit with Ehsan."
"Ada satu kali tu Ehsan failed to attend important meeting with customer at Pelabuhan Klang because he wants to persuade a sullen fiance." Sorry but not sorry Ehsan walaupun kerana ulah dirinya sendiri yang terlupa menyiapkan draft dokumen untuk mesyuarat itu.
"Itu belum masuk how much Ehsan spend on her... lately she quite loaded. Jewelry and money to spend... all Ehsan provide for her "
Sheila tidak mampu berhenti menyesir bagai ular hatinya penuh dendam. Resit pembelian set lengkap barang kemas sebagai hantaran perkahwinan itu dia jumpa di dalam laci Ehsan. Berpinar matanya melihat berat keseluruhan set barang kemas itu. Dia juga jumpa account bank statement Ehsan bersama resit tersebut. Gaji Husna sebulan mungkin sama seperti gaji pekerja pembersihan yang lain rm1,100.00 yang berbeza adalah Ehsan tambah lagi duit belanja Husna rm2,000.00 lagi setiap bulan selepas hari gaji.
Huh!
Share this novel