Bab 17

Drama Series 136190

"Alhamdulillah Mek, dah selamat cerita hari ni. Risaukan majlis nikah je lagi"

"Alhamdulillah. InsyaAllah Na Allah permudahkan."

"Tapi entah la Mek..."

"Kenapa? Janganlah fikir yang bukan-bukan. InsyaAllah baik-baik aje. Kau ni suka nak cemas je kerjanya."

"Agak-agak Mek keluarga Ehsan boleh terima Na tak?"

"Masa majlis tadi kau ke mana?. Badan je kat situ, roh kau dah lari keluar. Kenapa? ada yang bercakap bukan-bukan ke Na?"

"Taklah gitu... tapi kalau tengokkan diaorang semua tadi... Na ni dah macam rusa masuk kampung pulak."

"Aku tengok video si Mary hantar tadi cantik aje kau, tak de rupa rusa pun."

"Alaaa Mek ni. Buat lawak pulak. "

"Kau ada terdengar saudara mara Ehsan komen tak best ke?"

"Diaorang semua baik. Tapi tu lah... yang Na dengar Komen depan Na sebab umurlah."

"Tak pelah Na. Yang part umur tu memang kau dah tak boleh buat apa. Tapi part perangai tu kau kena buat yang terbaiklah depan diaorang. Jadi dapatlah menutup hal umur kau di kemudian hari. Lagipun aku tau anak aku baik. Yang penting mak Ehsan adik beradik Ehsan okay dengan kau. Saudara mara yang lain tu kan jarang jumpa tak payah nak risau sangat."

"Dari majlis tadi Na rasa macam tak boleh nak telan air liur. Dia punya takut risau tu lain macam. Mek tau kan kalau Na berdebar-debar je mesti ada benda nak jadi. Dari dulu kan macam tu."

"Heh! Tak ada apa la. Dulu tu zaman atok kau jadi Jebon. Memang la nak jadi benda."

"Tapi Mek...."

"Hush! Istighfar banyak-banyak Na. Kau ni macam la kecik kau aku tak mengajar benda baik. Kalau rasa tak best je cepat-cepat istighfar. Lepas tu baca Bismillah Lima. Baca selalu... bukan time seronok kau lupa pulak."

"Ye Mek..."

"Cuba kalau bertelefon dengan aku tu ceria sikit Na. Ni kalau dengan aku asyik sedih je. Bilanya yang kau suka? time ada pakcik tunang kau ke."

"Mek ni... Mana ada." Husna tergelak kuat

"Haaa... macam ni kan bagus. Ni asyik fikir nak ada masalah je. Cuba cakap dalam kepala otak kau tu tak nak ada masalah. Barulah masalah takut dengan kau."

"Ye betul. Mek memang pandai. Sebab tu Na sayang Mek."

"Berani kau tak sayang aku."

"Hahaha... tak berani, tak berani."

"Ermmm... pandai...tau kau takut...Ye Abang? Ha ye ok. Kejap lagi ni... Eh! Na, Acik Bahari kau dah panggil mintak kopi. Aku nak sudahkan karipap ni lagi sikit. Esok nak bangun awal. Okay ye budak kecik."

"Okay Mek. Sorry kacau Mek. Kirim Salam semua ye. I love you Mek. Assalamualaikum."

"Waalaikummussalam."

Husna masih duduk di aras tiga bangunan lima tingkat itu walaupun panggilan kepada belahan jiwa Husna telah ditamatkan. Husna naik kaki memeluk lutut duduk di mata tangga. Termenung dalam cahaya samar lampu kaki lima aras tiga. Duhai hati tolonglah berkerjasama. Janganlah macam ni. Ya Allah Na takut. Tolonglah Na Ya Allah.

****************

"You!!!"
"How could you! I left my husband because of you. And this is how you repaid me!"
"Who is she!?. she's the whore right!? Ehsan you can't do this to me. You promised me you're going to love me forever."

Bergaung-gaung bunyi suara perempuan itu melengking-lengking di parking bawah tanah pusat membeli belah itu.

Ehsan buka pintu kereta dan larikan Husna dari berhadapan dengan perempuan yang nyata sangat tidak berpuas hati dengan Ehsan. Sebelum tutup pintu Ehsan beri amaran supaya Husna menekan lock pintu kereta dari dalam dan jangan membukanya sehingga urusannya dengan perempuan itu selesai dan perempuan itu dapat Ehsan nyahkan dari pandangan.

Husna hanya dapat melihat tapi butiran perdebatan Ehsan dengan perempuan itu tidak dapat Husna dengar dengan jelas kerana tingkap yang tertutup rapat dan suara perempuan itu yang menjerit-jerit marah bergaung di parking bawah tanah.

Apabila Ehsan masuk kereta wajahnya mendung dan kusut. Husna jadi serba salah melihatnya. Bukankah dia yang sepatutnya berwajah seperti itu dan Ehsan seharusnya masuk ke dalam kereta dengan penjelasan paling logik.

Apabila Ehsan telah mampu berkata dia bawa sekali air mata lelaki penuh penyesalan menemani bicaranya. Ehsan minta Husna tolong untuk memahami, dan minta sepenuh hati Husna mempercayainya. Perempuan itu cerita lama dia. Cerita sisi gelap rahsia hidupnya penuh dosa yang Ehsan telah tinggalkan.

Semua itu cerita dua hari lepas.

Hari ini, pagi ini ketika mereka baru mahu masuk ke dalam kereta selepas sudah bersarapan datang lagi rahsia penuh dosa Ehsan menuntut penjelasan. Untungnya mereka bagai ada perjanjian serangan hanya boleh dilakukan di tempat meletak kenderaan yang tidak ramai orang. Husna berterima kasih untuk itu. Atau mereka mahu menjaga imej diri mereka yang rata-rata melihat pada penampilan bukanlah orang melata seperti Husna.

Perempuan kali ini tidak bercakap menjerit-jerit. Nadanya perlahan tapi penuh sinis. Terlihat bagai watak psychopath dalam cerita-cerita barat penuh suspen.

"So 'this' is your new toy. Not bad."
"I don't know if you already changed your taste"
"But I know you too well dear you will be back to me. I don't mind if you want to keep her for your pleasure only. Just make sure she's clean, than should be no problem with me. Let's just think like we 'bermadu'. I love you so much Ehsan. It's been too long. How about my home tonight just you and me..."

Sekali lagi Ehsan tolak Husna masuk ke dalam kereta dan meninggalkan pesanan yang sama seperti dua hari lepas.

Dan sekali lagi juga Husna sekadar melihat perdebatan mereka. Melihat juga perempuan kali ini tidak marah-marah tetapi berani lagi dengan wajah tersenyum manis mengelus-ngelus dada Ehsan dengan jari jemarinya yang runcing dan bercat cantik. Aksi itu tamat apabila Ehsan menepis tangan perempuan itu dan meninggalkannya dengan wajah yang telah berubah tidak puas hati penuh dendam.

Kali ini Ehsan tidak berbicara walau sepatah. Hanya raut wajah yang tegang menemani perjalanan mereka menuju ke pejabat. Husna juga hilang kata-kata. Rasa debaran di dadanya bagai sudah tidak terbendung dengan drama Ehsan dan skandal-skandalnya dahulu.

Belum lagi sebelum-sebelum itu jika telefonnya berbunyi Ehsan akan minta diri untuk menjawab panggilan. Husna tahu ada rahsia yang Ehsan sembunyikan daripadanya. Kerana jika urusan kerja Ehsan tiada masalah Husna turut serta. Kadang kala Ehsan sendiri yang meminta Husna menemaninya menyudahkan segala urusan kerjanya. Jadi panggilan jenis apakah yang menjadi sangat rahsia sehingga Ehsan tidak mampu berkongsi dengan Husna.

Ketika di dalam lift naik ke aras empat yang menempatkan pejabat Ehsan dan 'pejabat' Husna, Ehsan dengan tiba-tiba pegang kedua-dua bahu Husna dan menolak Husna rapat ke dinding lift. Merenung sayu ke dalam mata Husna dengan air muka yang pada pendapat Husna paling sedih pernah di lihat.

Ehsan tekan butang kecemasan. Dan lift terhenti serta merta.

"Semua ni ujian Abang. Ujian sebab Abang nak berubah jadi baik. Ujian sebab nak tinggalkan segala kemungkaran. Satu aje Abang minta dari Na walau apa pun Na lihat lepas ni disebabkan kesilapan Abang satu masa dulu tolonglah...tolong jangan pernah tinggalkan Abang. Tolonglah bertahan di sisi Abang. Na sahaja kekuatan Abang." Bisik Ehsan ke telinga Husna dengan nada yang amat sayu. Dengan genangan airmata di tubirnya.

"Siapa dalam lift okay ke tu. CCTV rosak ni tak nampak siapa dalam."

Jeda seketika.

"Na ni Abang Rahim... Na okay. Sorry Na tertekan kat butang kecemasan"

"Okay. Abang Rahim gerakkan semula ye"

Ketika lift bergerak semula Ehsan lepaskan bahu Husna. Mengesat air matanya yang menitis satu-satu.

Husna hilang kata tidak pernah dia melihat raut wajah Ehsan yang sebegini kecundang. Husna raih pinggang Ehsan memeluk lelaki itu dari sisi. Menyandarkan sisi kepalanya ke lengan Ehsan.

Husna pujuk hatinya bertenang. Mungkin inilah punca debaran di dadanya yang tidak surut-surut. Bukan disebabkan ujian untuk dia tetapi ujian berat untuk Ehsan. Mungkin kerana dia telah menjadi sebahagian Ehsan maka segalanya terasa bersama.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience