"Encik Salim!"
Encik Salim yang sedang menghirup teh tarik tersentak. Tertumpah setitis dua teh itu ke atas kertas di dalam fail kerja yang sedang diteliti sebentar tadi.
"Sorry Encik Salim, I tak sengaja. Excited sangat nampak you."
Encik Salim angkat kepala memandang si empunya suara yang menghulurnya sehelai tisu untuk mengelap kertas yang sudah dititis teh tarik.
"Cik Sheila! you buat apa kat sini."
"See... you pun tak sangka I ada kat sini kan. I kerja sini sekarang. Human resources officer."
"Oh! I see. Good for you. Minum?" Encik Salim mempelawa Sheila minum bersamanya walau dia tahu selera gadis high class ini. Sheila pandang sekelilingnya. Medan selera di pusat membeli belah kepunyaan syarikatnya bekerja.
"Maybe next time, I..." kata-katanya terhenti apabila Encik Salim mencelah kerana mendengar bunyi loceng dari salah satu gerai berbunyi nyaring.
"My food dah siap. Boleh you tolong tengokkan my thing. I nak pergi ambil makanan I order sekejap."
Sheila pandang di atas meja makan Encik Salim duduk. Beberapa keping kertas dan dua buah fail di atas meja, cermin mata, kunci dan telefon bimbit. Di atas bangku di sebelah bangku yang Encik Salim duduk ada sebuah beg bimbit.
"Sure Encik Salim. You pergilah I tolong jagakan barang you."
"Thanks Cik Sheila. You ada nak makan apa-apa I orderkan sekali...air apa nak minum."
"It's okay. I jumpa kawan tadi, saja lalu sini. I dah makan."
"Oh! Kalau macam tu kejap ye. I laju-laju pergi ambil makanan I."
Encik Salim menonong pergi ke arah gerai yang sudah membunyikan lagi loceng di atas meja. Sheila ikut memandang belakang tubuh Encik Salim yang berjalan laju.
Sheila alih pandangan ke sekitar ruang medan selera. Orang mula ramai. Mungkin sebab itu Encik Salim minta tolong dia jaga barang supaya senang bergerak. Pandangan Sheila terhenti pada fail di atas meja.
Dokumen yang terkeluar dari fail dan tertitis teh tarik adalah dokumen syarikat pengangkutan dan milik Idris. Oh, Patutlah Encik Salim berada di kawasan ini dia mahu bertemu Idris rasanya.
Sheila pandang pula fail di sebelah. Fail plastik keras berwarna biru laut dengan tajuk fail tertulis Muhammad Idris bin Muhammad Idham menggunakan pen marker berdakwat hitam. Tangan Sheila terasa gatal untuk membaca isi fail.
Sheila kuis sedikit fail supaya senget ke arahnya. Sheila buka kulit fail dari plastik keras itu.
Tak mungkin!.
Dia tarik terus tidak sabar dan membaca setiap helai dokumen itu cepat-cepat. Tak mungkin!
Tak mungkin!
Tak mungkin!
Tak mungkin!
Arghhh! Siallah!!!
*****************
"Letih ye?"
"Errmm".
"Na jangan bunyi macam tu. Abang bukan boleh dengar bunyi macam tu."
Husna tepuk sekali kekura tangan Idris yang memeluknya dari belakang. Posisi kegemaran Idris apabila baring di atas katil bersama Husna.
"Terlanjur..."
"Ha! terlanjur!. Mana ada."
Husna tepuk sekali lagi kekura tangan Idris lebih kuat.
Idris balas dengan memicit dada Husna.
"Abang ni!"
"Okay! okay!... sayang cakap."
"Terlanjur bercakap hal ni... boleh tak Abang tu... janganlah satu masa nak buat semua posisi. Na penatlah. Bagi bagilah Isnin dengan Khamis. Abang tu dahlah ganas."
"Boleh ye Abang".
"Okay... Abang cuba." ketawa
"Na cakap betul ni."
"Ye Sayang. Abang cuba. Na tu macam dadah tau tak? addicted!"
Husna sorok senyum. Suka dipuji suami tersayang begitu.
"Abang pun ada benda nak cakap. Tapi Na jangan ambil hati jangan risau. Abang cuma ajak bincang aje..."
Husna sudah cuak. Apa Idris ni!?
"Oookayyy..." lambat-lambat dan amat perlahan okay Husna.
"Kita dah bersama semula tiga bulan kan Sayang..."
"Ye..."
"Kenapa Sayang belum mengandung lagi kan. Allah masih marah Abang agaknya kan. Jadi suami tak jaga isteri baik-baik."
"Abang..."
"Kejap let me finished, Abang memang mengharap sangat Sayang pregnant. Abang nak bawa Sayang jumpa Ummi. Tapi Abang takut Ummi marah Abang sebab tak jaga Sayang baik-baik sebelum ni. Kalau Sayang pregnant mudah-mudahan Ummi tak marah sangat."
"Ummi tu Mak Abang!?"
"Na rindu sangat kat Ummi."
"Ye la."
"Maaf Abang tak pernah cerita keluarga Abang pada Na dulu. Abang salah sebab buruk sangka pada Na. Tu yang Abang kahwin paksa kat Na. Abang minta maaf Sayang. Tapi sungguh... Allah dah balas dengan bolak balikkan semula hati Abang, akhirnya Abang juga macam orang gila bila Na tinggalkan Abang."
"Ummi banyak kali tanya pasal Na. Ummi pun rindukan Na".
Husna diam. Dia tiada rasa mahu marahkan Idris atau berkecil hati lagi. Dia sendiri ada rahsia besar sedang disembunyi daripada suaminya yang mungkin akan buat suaminya ini berkecil hati dengannya seperti dia pernah jauh hati dengan Idris dahulu.
Pertama sejak bertemu Idris dia ambil pil perancang kerana dia mahu hati dia benar-benar yakin dengan Idris kedua juga mahu hatinya benar-benar yakin untuk mempersembahkan kembar berdua kepada Idris.
"Abang..."
"Ye."
"Abang nak pergi Jepun bila?"
Idris ada konvensyen perniagaan Asia di Jepun yang Husna lupa bila tarikhnya.
"Lagi dua minggu. Sayang nak ikut ke?" soal Idris teruja.
"Eh! taklah."
"Na ada nak bagi Abang hadiah tapi... kalau bagi lepas Abang balik dari Jepun kan macam best. Sebab masa tu dah lama tak jumpa."
Kalau bagi sekarang baru sahaja teruja Abang kena pergi pulak walaupun sekejap fikir Husna dalam hati.
"Baik Na ikut Abang. Kita honeymoon Sayang."
"Errmm... bukan sekarang ek. Kawan serumah Na tu kesian dia baru berpisah dengan husband dia. Na nak temankan dia takut dia buat something bad."
Husna tidak tipu tentang itu. Teman seasrama itu baru diceraikan suami yang berkahwin lain. Agak emosi dan selalu terlihat sedih, hanya gembira bila Ibrahim dan Ismail berkawan dengannya. Suaminya menuduh dia mandul.
"Tak sabarnya Abang, Sayang."
Idris rasa Husna mahu beri dia pregnancy test kit bergaris dua di dalam kotak. Dia akan pura-pura terperanjat dan terharu masa tu.
Semakin erat pelukan Idris pada Husna.
*****************
"Nanti Ayah tak ada ye Sayang. Ayah nak pergi Jepun."
Ibrahim dan Ismail berhenti menyusun permainan Lego dan memberi perhatian kepada Idris.
"Lama ke Ayah pergi?" soal Ismail.
"Ayah rasa dalam dua minggu macam tu, tapi kalau kerja settled cepat ayah terus balik."
"Bila Ayah pergi?" Ibrahim pula menyoal.
"Jumaat rasanya. Jumaat ni pergi solat dengan Atok Abah, jaga atok tau. Anak-anak Ayah good boy kan. Jangan susahkan Atok okay."
"Okay Ayah."
"Give me hug."
Idris depangkan tangan supaya kembar berdua masuk dalam pelukannya. Erat pelukan Idris dan kembar berdua. Idris rasa macam kembar berdua benar-benar miliknya.
Balik dari Jepun dia mahu bawa Husna jumpa Ibrahim dan Ismail. Mahu kenalkan best friend dia pada Husna. Lagipun Husna suka budak kecil. Husna penuh sifat keibuan. Mana tahu berkat melihat kembar berdua mereka dikurniakan Allah anak kembar juga seperti Ibrahim dan Ismail yang bijak. Amin Ya Allah.
Mesti Husna suka.
***************
Jumaat tiba.
Semalam Khamis Husna tidak ke rumah Idris seperti jadual. Dia tukar ke hari Jumaat sebab Idris mahu berangkat ke Jepun. Penerbangan malam.
Pagi seperti selalu Husna sudah sampai ke rumah Idris. Idris memang sudah menunggu Husna buka pintu, terus diheretnya isteri itu ke dalam bilik. Dikerjakan bersungguh-sungguh buat bekal berpergian selama dua minggu.
Agak petang baru Husna mampu bangun. Idris sudah pulang dari solat Jumaat dan Idris sudah siap memasak hidangan makan tengah hari. Idris ajak Husna mandi dahulu, solat, kemudian baru makan tengah hari.
Apabila Husna mahu ikut menghantar Idris ke airport, suaminya bilang tidak perlu. Bimbang Husna bersendirian apabila dia sudah berangkat. Idris tidak mahu Husna sampai rumah lewat malam.
Husna Salam tangan Idris. Memeluk erat suaminya. Idris tidak mahu lepas Husna jika boleh. Kalaulah Husna mahu mengikutnya ke Jepun alangkah baiknya. Tapi Idris tidak mahu menjadi suami seperti dahulu. Suami yang suka memaksa dan mendera emosi kesayangannya. Dia belajar dari cerita lepas. Idris mahu Husna yakin diri, bersedia memberitahu apa yang dia mahu atau tidak mahu. Bukan isteri yang sentiasa dalam ketakutan.
Pulang dari Jepun dia sudah bersedia menghebahkan pernikahannya. Bersaing dengan hadiah hebat yang mahu Husna berikan kepadanya seperti dijanji.
Tak lama Sayang. Dua minggu sahaja. InsyaAllah.
Share this novel