Bab 50

Drama Series 136190

"What happened!?"
"Kenapa ni?"
"Apa dah jadi?"

Ramai cuba masuk ke dalam ruang pantry apabila sebelum itu mendengar bunyi rengusan, bunyi tumbukan dan bunyi mengerang kesakitan sebelum terdengar bunyi suatu yang besar jatuh ke lantai. Kemudian Husna pula berlari keluar daripada ruang pantry.

"Angkat Bob sampah ni! Bawak bilik meeting! Kau jaga dia kat situ!"

"Baik Boss."

"Kak Jun! call Encik Salim, panggil Encik Mislan, manager HR dan manager akaun suruh berkumpul kat bilik meeting and call police. Now!"

"Baik Boss" tergocoh-gocoh Kak Jun membawa badannya berlari keluar dari pantry untuk melakukan arahan Idris.

Hampir semua kakitangannya sudah ada di ruang pantry untuk mengetahui cerita sebenar. Sebahagian lagi yang tidak muat untuk masuk ke dalam pantry bersusun di sepanjang laluan menuju masuk ke pantry untuk mengetahui cerita panas yang baru berlaku.

"Semua yang ada, I nak ingatkan ye... jangan sampai cerita ni keluar dari bangunan pejabat syarikat. Siapa-siapa yang ingkar boleh packing barang siap-siap berhenti kerja. Jangan sampai nama syarikat buruk. Faham semua!?"

"Faham Boss." hampir serentak semua yang mendengar menjawab segera.

*****************

Semua yang Idris panggil untuk berada di bilik mesyuarat telah ada di situ. Encik Mislan selaku CEO syarikat, Pengurus Jabatan Kemanusiaan, Pengurus Jabatan Akaun, Encik Salim selaku peguam syarikat serta Inspektor Haslam dan sarjan Lingam daripada Jabatan siasatan jenayah PDRM.

Turut serta dipanggil menjadi saksi Abang Bob, Kak Jun, dan dua orang kakitangan pelatih Juli dan May. Onn duduk di hadapan bersebelahan Idris di apit oleh Abang Bob yang mengikat tangan Onn ke belakang bangku. Sheila juga berada di situ selaku setiausaha Idris.

"Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua."

"Waalaikummussalam." Semua yang beragama Islam di situ menjawab hampir serentak salam Idris.

"Saya tak akan buang masa. Mereka yang penting semua dah ada di sini. Semua Pengurus diminta catat sendiri setiap minit daripada mesyuarat ini. Jangan ada yang tertinggal supaya boleh buat satu laporan untuk mesyuarat seterusnya yang akan menyusul untuk semua kakitangan"

"Saya akan tayangkan beberapa klip daripada Cctv syarikat kemudian kita akan serahkan Encik Onn kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya."

Dengan bantuan Kak Jun, Idris menayang beberapa klip daripada rakaman Cctv syarikat. Bermula daripada ruang pantry. Rakaman menunjukkan individu iaitu Encik Onn membawa sebuah beg kitar semula kemudian mengambil stok untuk pantry seperti susu pekat manis, nescafe, gula, biskut, air mineral, teh dan bahan pencuci. Klip berulang beberapa kali dengan situasi yang sama tapi di waktu yang berlainan.

Kemudian ruang rakaman berubah di lorong menuju ke tandas. Kelihatan di situ Onn berdiri di tepi dinding melihat kakitangan wanita keluar daripada tandas kemudian melakukan aksi tidak senonoh bersendirian. Di waktu berlainan di ruang yang sama juga Onn menyentuh punggung Juli dan satu klip yang lain pula menyentuh dada May.

Rakaman sekali lagi berubah ruang. Kali ini di bahagian logistik menempatkan kenderaan syarikat. Kelihatan Onn naik ke ruang belakang lori membawa bungkusan. Seperti tadi kejadian berulang-ulang beberapa kali untuk waktu yang berlainan.

Idris menamatkan tayangan setelah lebih satu jam.

"Ada sesiapa lagi nak tambah? sebelum syarikat buat laporan rasmi ke balai."

Abang Bob angkat tangan.
"Dia tuduh cleaner yang last sebelum Husna masuk kerja semula tu, pasang kamera intip kat tandas perempuan tapi sebenarnya dia yang pasang. Boss buka laci dia nanti Boss jumpa bukti. Cleaner yang last tu sepupu saya dia oku dan dapat kerja atas recommend dari JKM."

Idris sudah tahu tentang itu. Sebelum memulakan mesyuarat dia telah mengerjakan dahulu telefon bimbit Onn. Bimbang gambar Husna ada di situ seperti yang di ugutnya kepada Husna. Tapi Alhamdulillah itu hanya ugutan supaya Husna mendengar cakapnya.

"Jabatan Akaun nanti sediakan laporan ketirisan tu dan salinan lengkap mesti disediakan juga untuk pihak polis."

"Baik Boss." Pengurus Jabatan Akaun cepat pantas menjawab.

"Inspektor Haslam... pihak syarikat akan mewakilkan Encik Mislan dan Encik Salim untuk membuat laporan rasmi atas salah laku Encik Onn. Dan Inspektor juga nampak di situ segala penglibatan dia menggunakan kenderaan syarikat untuk tujuan yang salah adalah tanpa pengetahuan kami."

"Baik Encik Idris. Sarjan Lingam sila bawa suspek".

Idris berjabat tangan dengan Inspektor Haslam yang mengundur diri pulang ke balai bersama suspek iaitu Onn.

"Encik Mislan sila pastikan perkara ini tidak keluar daripada bangunan syarikat untuk menjaga nama baik syarikat."

"Baik Tuan."

"Semua boleh bersurai."

Tidak sia-sia Idris memasang Cctv secara sembunyi tanpa pengetahuan kakitangan. Puncanya kerana lebih kurang setahun yang lalu Sheila mengadu kepadanya bekalan di pantry cepat sangat habis, dan menuduh Husna mencurinya. Sedangkan Husna ketika itu sudah menjadi isterinya.

Kebetulan juga Jabatan Akaun menghadapi ketirisan, kemudian ada desas desus daripada pesaing syarikat menuduh syarikat pengangkutan Idris berjaya kerana menjalankan kerja yang menyalahi peraturan undang-undang. Idris kemudiannya menyiasat perkara itu dengan perkara pertama yang dilakukan ialah memasang Cctv tersembunyi yang bersambung terus ke telefon pintarnya.

Satu demi satu rahsia terbongkar hanya kerana seorang kakitangan iaitu Onn tanpa penglibatan orang lain.

Idris sebenarnya bercadang mahu memerangkap Onn dengan ulah jahatnya apabila dia dan Husna sudah berada di London. Dia sudah merangka rancangan bersama Encik Salim dan Encik Mislan. Tapi apa yang Onn lakukan kepada Husna hari ini menyebabkan dia hilang kesabaran dan langsung membuka rahsia gelap Onn pada hari ini juga.

Sakit hatinya melihat Onn menarik dan memaksa Husna kesayangannya masuk dalam pelukan lelaki itu. Hatinya terbakar!

Kerana Cctv itu juga Idris melihat bagaimana Onn sentiasa mengejar Husna isterinya. Bukan salah Husna tapi Idris gagal meredakan rasa cemburu melihat cinta hatinya dikejar-kejar orang lain.

****************

Pukul sembilan malam.
Kuliah ringkas selepas Isyak juga sudah tamat di masjid ini.

"Na! Na okay? Masjid dah nak kunci. Jom balik."

Husna tayang senyum nipis. Dia kenal akak yang sama-sama solat dengannya ini tapi terlupa nama. Masjid ini adalah masjid yang dia selalu datang bersama Acik Radiah untuk mengajar mengaji.

Mereka bersaing keluar daripada masjid dan berpisah apabila tiba di pintu pagar utama. Husna tidak tahu mahu membawa diri ke mana. Mahu pulang dia takutkan Idris. Masih terbayang raut wajah Idris yang bengis mencekak leher dan memiuh tangan Onn di pantry tengah hari tadi.

Susuk Idris yang sebegitulah menyebabkan lidahnya gagal menukar panggilan daripada Tuan kepada Abang. Ada masanya Husna gerun dengan Idris. Ye, kebanyakan masa Husna gerun dengan suaminya itu. Idris yang kacak itu sentiasa berwajah serius dan keras. Idris tidak seperti Ehsan yang sentiasa menjaga nada suaranya apabila dengan Husna. Sentiasa berwajah manis apabila memandang Husna.

Astaghfirullah hal 'azim!
Husna kenapa membandingkan suami dengan lelaki lain! Berdosa Husna! Tapi... itulah hakikatnya.

Adakah Idris masih marah? Itu sudah pasti. Sudah lebih setahun usia pernikahan mereka. Husna sudah boleh membaca bahasa tubuh dan raut wajah Idris. Husna mengeluh resah. Dia tetap terpaksa pulang. Dia tiada tempat lain untuk pergi.

***************

Husna buka pintu dan masuk ke dalam rumah perlahan-lahan bagai pencuri. Mudah-mudahan Idris sudah tidur. Ruang dalam rumah sudah gelap. Hanya lampu kecil di dapur sahaja menyala.

Husna tolak pintu bilik perlahan. Lampu bilik juga telah dipadam. Seperti biasa Idris akan memasang lampu di dalam bilik air tetapi pintunya tidak ditutup rapat.

Husna masuk bilik perlahan-lahan supaya Idris tidak terjaga daripada tidur. Sekarang sudah jam sepuluh lebih malam. Waktu biasa untuk Idris tidur. Bergantung kepada cahaya di dalam bilik air Husna pandang atas katil. Matanya yang salah atau Idris memang tiada tidur di atas katil.

Husna pusing tubuh mahu menuju ke bilik air tetapi lampu besar bilik yang menyala tiba-tiba menyebabkan Husna terjerit kecil dan terlompat kerana terkejut yang amat.

Idris berdiri menyandar bahu di jenang pintu. Sebelah tangan masih di suis lampu di dinding bilik.

"Kenapa baru balik!?"
"Dari petang tadi Na ke mana!?"

Husna meramas-ramas jari-jemarinya. Dia gugup teruk. Nak jawab apa pun dia takut dan tak tahu. Apa yang Husna pasti walau apa yang dia jawab Idris tetap akan marah-marah dan menengkingnya seperti kelmarin.

"Sini!!!"
Idris rentap tangan Husna menarik isterinya mahu dibawa masuk ke bilik air. Idris mahu memandikan Husna. Idris mahu membasuh bersih tubuh Husna dari bekas pelukan si keparat Onn. Membayangkan imej Onn memeluk Husna siang tadi membuat darahnya mendidih teruk.

Tidak pernah seumur hidupnya cemburu tenat seperti ini. Tidak pernah Idris sangka dia akan jatuh cinta pada perempuan yang berbinti Abdullah ini sehingga menggoyahkan kewarasannya.

Husna terperanjat besar. Meronta-ronta dalam pegangan Idris. Husna fikir malam ini adalah pengakhiran hidupnya. Idris akan menamatkan riwayatnya sebentar lagi kerana melanggar arahan lelaki itu.

Rontaan Husna berjaya melepaskan pegangan Idris tapi menyebabkan Husna terundur dua tiga langkah ke belakang dan terduduk di birai katil. Idris mara kepada Husna tetap mahu menarik Husna masuk ke dalam bilik air. Idris paut pinggang Husna supaya isterinya itu bangun. Husna yang panik capai jam digital di atas meja kecil bersebelahan katil kemudian melibas sembarang tangannya.

Idris pegang tengkuknya yang diketuk Husna dengan jam digital, memandang sebentar wajah Husna sebelum melorot jatuh ke tepi katil. Husna bernafas kasar masih terperanjat dengan apa yang terjadi. Dadanya berombak kuat.

Allah! Allah! apa dia sudah lakukan?

Husna jatuhkan tubuhnya duduk di sebelah Idris yang terpejam rapat matanya. Husna rasa kepala Idris jika ada darah seperti babak dalam drama television. Tiada, hanya sedikit benjol.

Husna letak jari di hidung Idris, masih terasa hangat nafas Idris di situ. Kemudian Husna turunkan kepalanya ke dada Idris mendengar degupan jantung Idris, juga baik-baik sahaja rentaknya.

Husna lepas nafas lega.

Macam mana ni. Husna panik. Bagaimana dia mahu menangani masalah besar ini. Tidak sanggup Husna membayangkan apabila Idris bangun dia harus menerangkan tindakan yang dilakukannya. Dia tiada niat mahu mencederakan Idris. Husna tidak sengaja.

Husna kerah segala kudrat yang ada cuba mengangkat Idris yang sasa naik ke katil, yang berjaya Husna angkat hanya sebelah tangan Idris. Macam mana ni?

Takutnya... matilah dia bila Idris sedar semula. Husna sudah membayangkan Idris menjualnya ke Thailand.

Husna buka laci meja kecil bersebelahan katil. Cuba mencari minyak angin. Husna nampak di situ dua keping passport Malaysia, beberapa dokumen dan tiga ikat not rm100. Tiada minyak angin.

Husna capai bantal di atas katil dan letak di bawah kepala Idris. Nasib baik ada karpet di bawah Idris jadi tidaklah Idris kesejukan akibat lantai mozek. Husna capai pula selimut di hujung tilam kemudian menyelimutkan Idris.

Husna buka almari pakaian. Ini sahaja penyelesaian yang dapat difikir akal singkatnya. Dia ketakutan. Mana beg untuk dia isi pakaiannya. Oh! di bilik kecil sebelah dapur. Husna tuju ke dapur masuk ke bilik kecil. Segala saiz dan jenis beg Idris susun di situ.

Husna kesuntukan masa. Dia risau kalau-kalau Idris terjaga dan menyerangnya. Husna nampak satu bunjut beg plastik bersusun paling hujung. Di dalam beg plastik itu Idris simpan baju arwah Ehsan. Husna capai pantas. Husna tarik sebuah bagasi beroda, buka dan humban cepat beg palstik berisi baju arwah Ehsan. Husna zip semula.

Apa lagi! apa lagi! Husna paksa akalnya berfikir cepat-cepat apa lagi yang harus dibawa. Beg kanvesnya di dalam bilik. Husna masuk semula ke dalam bilik Idris dan capai beg yang melepak di atas lantai. Apa lagi? oh! beg dokumen. Husna pergi ke almari bahagian pakaiannya. Di laci bawah Husna ambil beg fail berisi dokumen peribadi miliknya.

Husna terhenti di muka pintu. Di dalam beg kanvesnya hanya ada rm50 dua keping. Ke mana sahaja dia mampu lari dengan duit sebanyak itu. Husna tuju ke laci meja kecil. Husna capai satu ikat not rm100. Husna tidak tahu berapa jumlahnya tapi yang pasti lebih banyak dari not rm50 di dalam begnya yang hanya ada dua keping. Husna ambil satu sampul bersaiz A4 dan masukan duit di dalamnya dan rodok masuk ke dalam beg kanvesnya.

Husna capai juga sehelai kertas kosong dan sebatang pen.

'Tuan,
saya minta maaf. saya tak sengaja. saya sayangkan Tuan. tapi Tuan garang sangat. saya sentiasa takut dengan Tuan. tolong maafkan saya. halalkan makan minum saya. terima kasih sebab jaga saya masa sakit. bagi saya tumpang tinggal rumah tuan. saya ambik satu ikat duit rm100 Tuan ni. pinjam dulu. InsyaAllah satu hari nanti saya ganti semula.

Na.'

Husna letak surat atas meja kecil bersebelahan katil dan tindih dengan jam digital. Husna buka beg kanvesnya mengambil telefon bimbitnya, juga Husna letak di atas meja kecil.

Husna turunkan badan memeluk Idris erat dan mengucup kening Idris lama. Husna capai beg yang berisi baju Ehsan dan beg kanvesnya kemudian menuju pintu utama.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience