Bab 4

Drama Series 136318

"RM63k ye!" Firdaus bersuara tiba-tiba dengan nada tidak percaya.

Ehsan diam sahaja, tapi kepalanya terangguk-angguk mengiyakan kata-kata Firdaus.

"Budak lagi dah kena tanggung masalah sebesar tu" Firdaus masih tidak dapat mengeluarkan cerita sedih Husna dari kepalanya.

Mereka baru pulang dari menghantar Husna ke bilik sewanya. Bilik sewa di tingkat lima sebuah lot bangunan rumah kedai yang kawasannya itu terkenal dengan aktiviti kupu-kupu malam, gelandangan dan masalah sosial yang lain.

Semasa dalam perjalanan sebelum sampai ke bilik sewanya sempat Husna bercerita dia telah tinggal di situ dari lahir sehingga sekarang dan sedikit kisah latar belakangnya yang tidak seceria anak-anak seusianya.

"Kau betul ke nak tolong bayar rm63K tu?" soal Firdaus lagi. RM63K bukanlah jumlah yang sedikit. Walaupun Ehsan bergaji besar tetapi jumlah rm63K untuk menolong membayar hutang seseorang yang bukan ahli keluarga malah tidak dikenali bunyinya sesuatu yang janggal.

"Jam tangan arwah abah hadiah kat aku lepas konvo aku dah letak buat cagaran" Ehsan akhirnya bersuara.

"Rolex tu?!!!" tinggi nada Firdaus kerana terperanjat. Jam itu kesayangan Ehsan. Arwah Haji Hassan hadiahkan ketika majlis graduasi Ehsan yang cemerlang dengan anugerah dekan.

"Yup".

"Gila kau... kira nekad la ni kau tolong budak tu" tergeleng-geleng kepala Firdaus menoleh Ehsan yang memandu.

"Malam tadi kalau kau tengok sendiri keadaan Husna aku rasa kau pun tolong dia" balas Ehsan. Pertama kali melihat dengan mata kepala sendiri bertapa kejamnya lintah darat. Masih terbayang rambut Husna direntap dan tangan halus budak perempuan itu ditendang lelaki dengan susuk badan yg besar dan memakai but hanya supaya Husna melepaskan pelukan pada tiang perhentian bas itu.

"Tapi... aku tak la cadang nak guna duit aku" Ehsan sambung kata.

Terus tegak badan Firdaus yang asalnya duduk melorot kerana sudah mula rasa mengantuk. Apa maksud Ehsan? Adakah Ehsan mahu meminjam simpanannya atau adakah Ehsan mahu dia menolong membayar separuh daripada jumlah rm63K itu.

"Kau nak bayar macam mana?" soal Firdaus tidak sabar.

"Anak saudara kesayangan aku la" jawab Ehsan sambil tersenyum.

Firdaus lepas nafas. Lega! Ehsan ni bikin suspen sahaja.

"Si Deris?..." soal Firdaus. Dia kurang berkenan dengan anak saudara Ehsan yang itu kerana lelaki itu sentiasa sinis dengannya.

"Semalam ibu cerita akak aku ada balik, dia cakap anak saudara aku itu untung besar lagi. You Tube baru bayar duit upload video. Kau tau berapa?"... soal Ehsan. Firdaus tergeleng-geleng kepala supaya segera Ehsan teruskan cerita.

"USD57k!"

"Fuyoooo!!!... biar betik" sahut Firdaus teruja. Ehsan pula terus-terusan tersenyum senang. Bangga dengan kejayaan anak saudara kesayangannya itu.

"Lepas itu ibu cerita akak aku minta tolong carikan orang susah sebab Ris nak sedekah sebahagian duit tu" Ehsan cerita sambil senyum gembira.

"Ni kejap lagi sampai rumah aku nak call dia cerita hal Husna. For sure dia akan tolong" Ehsan bersuara yakin.

Anak saudaranya itu sememangnya kebanggaan keluarga. Beradab dan tinggi budi bahasa yang baik. Arif dan taat beragama, berjaya dari segi pelajaran dan bijak mengurus kewangan. Ketika masih bersekolah dia sudah terlibat dalam pembikinan video untuk You Tube. Video berbentuk ilmiah, pelajaran kanak-kanak, permainan kanak-kanak dan pengetahuan am.

Dia juga celik saham. Melabur wang simpanannya dalam pasaran saham tempatan dan asing. Menjual untuk mereka yang berminat mempelajari tentang saham. Akak dan abang ipar Ehsan pula sejenis yang sentiasa menyokong aktiviti anak-anak selagi ianya sesuatu yang positif. Ketika remaja dia yang telah faham tentang pasaran saham turun naik dan cara memilih stok-stok saham yang baik untuk dibeli. Dia menggunakan nama ibunya untuk membeli saham.

Menjelang umurnya di universiti dia telah mempunyai beberapa syarikat perniagaan atas nama ibunya. Seperti syarikat pengiklanan, penerbitan dan syarikat penghantaran. Jutawan senyap! Gelaran yang paling sesuai untuk anak saudaranya itu.

Syarikat pengangkutan yang Ehsan terajui sekarang ini juga adalah milik anak saudaranya itu. Daripada idea penubuhan sehinggalah ke modal mula. Jawatan Ehsan di syarikat itu ialah CEO tapi dia sebenarnya hanyalah makan gaji sahaja.

Ketika berunding dengan lintah darat itu malam tadi dia telah terfikirkan cara bayarannya. Sebab itu dia berani berjanji untuk membayar hutang Tok Udin.

Selama ini dan sehingga kini anak saudaranya itu tidak pernah berkata tidak akan usulnya dan permintaanya.

"Aduhhh... pukul berapa nak sampai ni" rungutan Firdaus menyedarkan Ehsan ke dunia nyata. Mereka tersekat dalam kesesakkan lalulintas yang teruk.

Rutin pagi untuk jalan-jalan utama Kuala Lumpur.

"Depan tu je pam minyak tu" Ehsan memujuk. Mereka sedang menuju pam minyak tempat Firdaus tinggalkan keretanya malam tadi.

****************************************************

Ehsan sampai rumah sekitar jam 9:30 pagi. Dia telah memberitahu setiausahanya dia mungkin sampai lewat atau tidak hadir langsung.

Ehsan cepat-cepat bersarapan yang dibeli bungkus di gerai berdekatan pam minyak semasa menurunkan Firdaus. Tujuannya supaya dia dapat segera menghubungi anak saudaranya Idris.

Walaupun Ehsan tahu beza masa 11 jam antara Malaysia dan United Kingdom tapi dia tetap harus segera menghubungi anak saudaranya itu. Dia kesuntukan waktu kerana telah berjanji dengan lintah darat hutang Tok Udin harus dibayar hari ini.

Seperti yang Ehsan jangka ketika Ehsan menghubungi anak saudaranya itu waktu di United Kingdom sekitar jam empat pagi. Lelaki itu sedang tidur tapi mendengarkan sahaja suaranya, dia dengan senang hati menyediakan masa untuk mendengar cerita Ehsan dari mula sehingga akhir.

Oleh kerana jumlah wang yang diminta Ehsan besar dan melibatkan pindahan matawang asing Idris membenarkan Ehsan agar menggunakan dahulu duit syarikat.

Ehsan uruskan segalanya dengan pantas kerana tidak mahu ketika lintah darat itu menghubunginya dia belum bersedia.

Peguam syarikat juga telah Ehsan hubungi bagi meminta menyediakan dokumen hitam putih untuk pembayaran hutang itu nanti. Berurusan dengan lintah darat harus dibuat dengan teliti dan berhati-hati. Ehsan mahu selepas pembayaran dibuat baik dia mahupun budak perempuan itu tidak akan terlibat dengan lintah darat lagi.

Menjelang jam satu petang semua perkara penting berkaitan wang dan dokumen perjanjian berjaya Ehsan uruskan. Ehsan ambil keputusan untuk tidur dahulu sementara menunggu panggilan daripada lintah darat itu.

***********

Ehsan tersedar ketika sayup-sayup telinganya terdengar bunyi deringan telefon. Apabila dia mahu menjawabnya panggilan itu telah pun dimatikan.

Melihat daripada nombor yang tertera di skrin telefon bimbitnya Ehsan tahu lintah darat itu yang menghubunginya.

Ketika panggilan masuk sekali lagi, pantas Ehsan menjawabnya.

"Hello bro... mahu lari ke?" sinis suara lintah darat itu kedengaran.

"Aku dah sediakan duitnya... petang nanti pukul lima jumpa kat restoran tomyam budak tu kerja" Ehsan terus menjawab sebal.

"Wah! banyak bagus ye. Tapi aku tak pelik budak tu cantik kan. Mesti kau dah deal baik dengan dia" lintah darat itu ketawa berdekah-dekah dengan tuduhannya.

Ehsan malas membalas dia sekadar mendiamkan diri.

"Okay! okay! bagus!, yang penting hutang orang tua tu settle. Jumpa kat sana nanti" sambung lintah darat itu sambil ketawa jahat apabila tidak mendengar suara Ehsan. Kemudian menamatkan panggilan.

Ehsan letak telefon bimbitnya perlahan di atas meja. Ada satu perasaan menyelinap. Rasa yang sudah lama tiada di dalam hatinya. Rasa bersyukur.

Buat pertama kali untuk tempoh yang sangat lama, dia melakukan sesuatu dengan sebenar-benar ikhlas.

Dia sedar diri, wang yang digunakan memanglah bukan miliknya dan selama tempoh yang sangat lama itu juga jika dia melakukan amal jariah juga bukan semuanya milik dia. Selama tempoh yang lama itu dia berbuat baik untuk pujian dan nama baik di pandang tinggi orang sekeliling.

Tapi kali ini berbeza. Perasaan dari hatinya yang paling dalam terjentik untuk menolong gadis malang itu dengan sebenar-benar ikhlas.

Jauh di sudut hatinya dia malu dengan gadis itu, walau gadis itu tidak tahu latar belakangnya, cerita hidupnya. Bagaimana Siti Husna yang se muda itu mampu untuk berdikari sendirian dalam keadaan serba kekurangan. Mampu kekal bertahan tanpa kasih sayang.

Dia mahu berubah. Itu tekadnya.

hari ni Sy happy NP dh pulang coin Sy. kwn2 follow Sy ye. tqvm

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience