8:43 am
Idris jalan laju menuju lift. Jam di tangannya 8:43 pagi. Tidak pernah dia lambat ke tempat kerja kecuali lambat yang telah dirancang untuk lain-lain urusan. Biasanya Idris sampai sebelum pukul lapan pagi.
Di hadapan lift ramai kakitangannya menunggu untuk ke tingkat atas. Ini waktu normal untuk kakitangannya kerana waktu berkerja bermula pukul sembilan pagi.
"Morning Boss."
Mereka di hadapan lift ramai-ramai dan hampir serentak mengucapkan selamat untuk paginya yang kelam kelibut.
"Morning everyone." Idris sedekah senyum segaris.
"Boss nampak lain la pagi ni."
Idris sudah cuak. Adakah paginya yang kelam kelibut menyebabkan dia tersilap menyiapkan diri. Dia yakin sudah menyikat rambut walau tidak berapa sempurna seperti selalu.
"Ye la Boss... nampak lain."
"Lain macam mana?" Idris sudah tidak sabar. Bertanya juga dia akhirnya.
"Muka Boss glowing."
"Boss guna skin care ke?"
"Boss tak tinggal solat sebab tu muka Boss bercahaya."
"Tapi hari ni lain macam glowingnya."
"Senang cakap macam.. macam.. haa! macam seri pengantin baru boss."
Lepas seorang, seorang lagi memberi pendapat. Ayat-ayatnya pula buat dia jadi segan. Di puji-puji begitu bukanlah cara seorang Idris.
"Okay semua lift dah sampai."
Keluar dari pintu lift Abang Bob dengan sebatang mop dan sebiji baldi.
"Patutlah lift lambat Abang Bob tahan lift ye."
Abang Bob yang melangkah keluar hanya ketawa. Idris biar semua kakitangannya yang ramai itu masuk dahulu. Dia akan tunggu lift kemudian.
Dalam hati Idris terdetik juga pertanyaan betulkah mukanya nampak 'glowing' seperti kata mereka.
***************
"Sheila, where is my kopi susu."
"Tea lady hasn't come to the office yet boss. You want me to ask Kak Jun prepared for you?"
"No need. thanks Sheila."
Idris matikan panggilan intercom. Memandang jam digital di atas meja kerja 9:20 am. Di mana dia?
Pagi tadi dia terjaga ketika terdengar bunyi hon yang sangat kuat dari tingkat bawah. Mujur ada yang membunyikan hon bergaduh di awal pagi untuk keluar kawasan letak kereta jika tidak memang dia tidak sedar daripada tidur.
Husna tersepit tidur di bawah pelukannya. Tidur pulas tidak bergerak. Hanya dadanya yang terdedah nampak naik dan turun selepas Idris mengangkat tangan dari memeluknya yang menunjukkan Husna masih bernyawa.
Melihat dada yang terdedah itu ada anggota badannya yang bertindak balas. Cepat-cepat Idris pandang tempat lain dan menarik selimut menyelimutkan Husna.
Jam di atas meja sisi katil menunjukkan pukul tujuh suku pagi. Dia sudah lewat jadi segera dia bangun mandi dan solat subuh gajah. Dia mahu mengejut Husna tapi tidak sampai hati melihat gadis itu nampak sangat keletihan. Gadis ke?
Idris fikir tak mengapalah jika Husna bangun lewat sedikit untuk ke tempat kerja. Upah untuk malam pertama yang sangat indah. Ya! Idris bersetuju untuk mengatakan malam pertama yang sangat indah. Pengalaman hidup kali pertama yang paling terbaik dalam hidupnya.
Sekarang fahamlah dia mengapa sex boleh menjadi salah satu perniagaan tertua dalam peradaban manusia. Jika dia tahu hubungan badan boleh sehebat ini pengalamannya, awal dulu dia sudah berkahwin. Kemudian dia terfikir pula, adakah hubungan badan itu menjadi indah kerana pasangannya? atau adakah kerana pengaruh ubat yang didajjalkannya kepada Husna.
****************
10:40 am
"This is the agreement you asked Boss. And... tea lady still not in Boss." Sheila mengadu kepada Idris yang tunduk sibuk menyiapkan kerja.
Idris dongak memandang jam.
"Buat perangai lama dia. Suka hati nak masuk keluar pukul berapa." Sheila tambah lagi.
Idris memusing-musing pen di tangan. Lepak sangatkah kena hentak dan henyak dengannya malam tadi?.
Idris pula malam tadi bagai anak kecil baru pertama kali mendapat mainan yang telah lama diidam. Bersungguh-sungguh dia mengerjakan Husna yang memberi permainan terbaik kerana di bawah pengaruh ubat. Tiada malu dan segan sentiasa bersedia dengan apa jua posisi yang Idris teringin.
Mana dia? Okaykah dia.?
************
Husna kebil-kebil matanya. Hati mahu bangun menguruskan dan menyiapkan diri untuk pergi bekerja tapi tubuhnya dirasakan sangat tidak larat untuk bangun. Mahu mengangkat sebelah tangan pun dia rasa tidak bermaya. Husna golek sedikit tubuh ke kiri. Jam digital di atas meja sisi katil menunjukkan pukul 10:45 pagi.
Dia lambat! Kenapa dia rasa sangat letih dan kepalanya sangat sakit. Dia teringat permainan cinta malam tadi bersama majikannya. Cintakah?
Husna rasa tubuhnya dari dalam sangat sejuk tapi kulit badannya bagai sedang terbakar panasnya. Husna tongkat siku cuba melonjak badan untuk bangun dan duduk di birai katil. Letihnya bagai baru lepas berlari dari di kejar anjing gila.
Husna bangun berdiri. Melayang-layang dirasakan tubuh dan kepalanya pening teramat. Dia mahu muntah segera Husna paksa badan berlari ke tandas dalam bilik Idris. Husna muntahkan segala isi perut. Sambil berkuat pada sinki di depannya Husna pandang pantulan tubuhnya di cermin lebar di dinding bilik mandi Idris.
Bahagian dadanya penuh kesan gigitan. Tapi tiada di leher. Idris tahu dia tidak bertudung jadi kawasan itu tidak diganggunya.
Husna cuba melangkah pergi ke biliknya. Bahagian intimnya, kelengkang dan tulang pingul rasa sakit dan ngilu. Dia sendiri tidak tahu bagaimana dia hilang rasa malu dan mengiringi Idris sampai ke puncak kepuasan sebegitu. Akibat dari ulahnya baru kini dia rasa sakit di bahagian bawah tubuhnya.
Husna tolak daun pintu biliknya. Toto yang telah dia bentang malam tadi sebelum terjadi kisah di bilik Idris masih belum di kemas. Husna rebahkan badan. Dia tahu dia tidak berpakaian tapi dia benar-benar tidak larat. Husna pejam mata. Dunianya berpusing.
****************
"Kenapa air hari ni tak sedap?"
"Kau tanya Abang Bob. Dia yang buat."
"Na tak datang. Abang Bob bidan terjun je."
"Tak datang lagi!? Siapa pulak meninggal kali ni. Budak tu kesian sungguhlah."
"Siapa-siapa berhajat budak tu baik-baik ye. Kot tinggal sekali Jumaat je lagi."
"Oi! tak baik la!"
"Betul apa aku cakap!. Aku nasihat!"
"Tak baik. Tak baik."
"Onn... kau kan?!"
"Aku apa?"
"Berkenan kat budak tu lah."
"Gila kau tak nak. Perfect Ten tau!"
"Gatal!"
"Kau tengoklah nanti dapat punya kat aku. Tunjuk duit je budak duduk lorong ni. Confirm dapat."
"Jahatnya kau."
"Kak Jun! Husna ada call tak?!!!"
Semua di pantry terus berdiri tegak dan seorang-seorang keluar dari ruang pantry. Kak Jun letak cawan di atas meja.
"Tak ada Boss." Cuak sahaja bunyi suara Kak Jun menjawab. Muka Idris yang kelihatan tegang pertanda tidak baik.
"Akak telefon dia sekarang!"
Kak Jun keluarkan telefon di dalam kocek baju. Melekap telefon ke telinga dan menunggu nada dering di sahut.
"Tak jawab Boss. Masuk voice mail."
Idris genggam buku lima. Kenapa dengan Husna. Tak mungkin lari dari rumah. Dia boleh ke mana sahaja?. Idris tinggalkan Kak Jun terkulat-kulat takut di pantry.
Sekarang sudah pukul dua setengah petang! Orang pergi Solat Jumaat pun dah balik. Mana perempuan itu pergi!
*****************
Idris tolak daun pintu utama. Rumah senyap sahaja. Kipas di ruang tamu juga tidak berpusing. Idris masuk ke biliknya. Bilik di mana sejarah telah tercipta.
Katil bersejarah masih seperti pagi tadi berselerak tidak dikemas. Selimut telah melorot ke tepi katil tergumpal di situ. Di atas cadar satin yang berkedut seribu ada tompokan darah kering dan tanda-tanda cecair yang juga telah kering.
Idris tolak pintu bilik air. Kering sahaja seperti tiada aktiviti di dalamnya. Mana budak ni?.
Idris pergi ke bilik Husna. Menolak daun pintu yang tidak bertutup rapat. Husna baring mengerekot dan menggigil. Idris terpa pada Husna yang tidak berpakaian. Sekarang Idris sudah panik. Badan Husna yang tidak berbaju umpama cerek yang baru menggelegak. Panasnya!.
Husna menggigil kuat. Giginya terkancing rapat. Hanya mata putih kelihatan. Idris cepung Husna ke dalam dukungannya. Idris bawa Husna ke bilik air kemudian memandikan Husna dengan air sejuk. Lama Idris jirus badan Husna yang panas dengan air paip sehingga mata Husna tidak lagi terangkat ke atas. Idris ambil tuala dan mengelap Husna lebih kurang sahaja kemudian mencepung Husna kembali ke dalam bilik. Idris pilih sehelai t-shirt yang agak besar dengan sehelai seluar panjang. Idris sarung pada Husna tanpa pakaian dalam.
Baju kerja yang Idris pakai basah di bahagian hadapan kerana memandikan dan mencepung Husna yang basah. Idris tidak peduli lagi segera di angkat Husna dan digayakan cara agar Husna dapat di dukung di belakang badan. Idris capai segala kunci, kad akses dan telefon di atas meja kecil bersebelahan pintu.
Tolong Ya Allah!
Share this novel