Hari ke tiga kepulangan Idris.
Encik Salim duduk di sofa ruang tamu. Menyandar. Sesekali kepalanya hampir terkulai kerana tertidur. Mengantuk sungguhlah menunggu sahaja begini. Mahu minta diri tidak boleh kerana ada tanggungjawab perlu dilaksanakan untuk pelanggan terpenting firma guamannya.
Idris berdiri di tepi pintu. Menyandar lengan ke jenang pintu. Matanya memerhati pegawai penyiasat dari balai polis Dang Wangi melakukan kerja siasatan mereka.
"Baju dia, barang dia semua ada... yang tak ada beg dia guna untuk keluar jalan hari-hari dan duit rm1K saya letak dalam peti sejuk untuk emergency sebelum pergi London. Duit dalam laci meja tepi katil dan bilik air masih ada."
Idris ulang lagi kenyataannya untuk kali yang entah ke berapa sejak laporan dibuat di balai polis semalam.
Idris sudah agak akan jadi begini jika laporan dibuat. Dia dahulu yang akan disoal terus terusan. Kerana itu semalam Idris merayu-rayu pihak apartment menolongnya tanpa melibatkan pihak polis.
Encik Salim sudah bangun berdiri di sebelah Idris apabila terdengar perbualan tersebut.
"Encik Idris ada ambil insuran atas nama isteri?"
"Tidak. Dan tolong cepat cari isteri saya boleh tak? Saya risaukan keselamatan dia."
"Pegawai kami sedang buat kerja kami Encik Idris."
"Dia ada penyakit?"
"Tidak. Dan sebelum pergi saya sudah pesan kepada dia kalau tidak sihat pergi kepada klinik panel syarikat kami. Saya sudah bertanya kepada klinik tu... sepanjang empat bulan ini isteri saya tidak pernah mendapatkan rawatan di situ."
"Encik Idris ada pasangan lain?"
"Tidak!" Idris sudah mahu marah.
"Isteri Encik ada teman lain sebelum Encik?"
"Tidak!"
Idris beritahu semuanya supaya masa dapat di pendekan. Urusan ini semua dapat dipendekkan dan segera mencari di mana keberadaan Husna. Peristiwa malam raya pertama tahun ini adalah salah satu contoh ketakutan Idris. Hal itu juga sudah Idris beritahu kepada pegawai penyiasat.
"Baik urusan kami di sini sudah selesai. Pegawai kami sedang melakukan pencarian. Mohon Encik Idris bersabar."
Idris rasa mahu marah yang amat. Tapi pada siapa?
****************
Sudah setengah jam Idris di atas treadmill. Basah lencun bajunya kerana berlari di atas mesin itu. Dia terpaksa berlari. kehilangan Husna menyebabkan dia mengalami anxiety attack. Jika dia tidak melakukan sesuatu dia mungkin boleh hilang kesabaran.
Pencarian menggunakan Cctv mengambil masa kerana harus di mula pada masa terakhir panggilan telefon Idris kepada Husna. Hari di mana dia membohongi Husna tarikh kepulangannya. Cctv apartment pula tidak semua sudut berfungsi dengan baik.
Idris sudah ke bangunan lama kediaman Husna. Tiada bukti Husna ke sana. Semua saksi memberi maklumat yang sama. Kali terakhir Husna di situ pada hari Rabu pagi minggu pertama hari raya Aidilfitri sebelum dia membawa tiga buah beg kecil dan besar berpindah ke rumah kawannya. Apartment Idris.
Allahuakbar! di mana Husna?
*****************
Hari ke empat kepulangan Idris.
Masih mencari. Itu sahaja kata pengawai penyiasat yang bertanggungjawab mencari keberadaan Husna.
Idris berpusing sekitar Kuala Lumpur menunjukkan kepada pejalan kaki secara rambang gambar Husna di dalam telefon bimbitnya. Gambar yang semuanya Idris ambil secara curi-curi.
Bukan maklumat yang Idris dapat ketika menunjukkan gambar Husna tapi pujian kerana kecantikan semulajadi isterinya itu.
Ya Allah! tolong Ya Allah di mana Husna?!
*****************
Hari ke lima kepulangan Idris.
9:30am
"Ummi!"
"Maaf... waalaikummussalam."
"Ada Mi"
"Ummi kat bawah!?"
"Okay Mi... kejap Ris turun."
Allah! Ummi datang!. Mudah-mudahan tiada soalan yang akan memerangkapnya dengan rahsia besar ini. Sekarang musibah pula sedang berlaku ketika Ummi datang.
"Ummi nak pergi mana?"
"Nak ke sinilah. Kenapa Ris nampak kusut sangat ni? Hari ni tak kerja kenapa?"
Kalau cakap tak sihat nanti panjang ceritanya.
"Saja Ummi. Balik dari London terus masuk kerja. Hari ni rasa nak rehat. Ummi dari mana?"
"Dari office Ris. Husna dah tak kerja sana kenapa?"
Idris hanya memandang wajah Umminya. Tiada bunyi yang keluar kecuali halkum Idris yang bergerak-gerak kesukaran walau mahu menelan air liurnya.
"Staff Ris kata Na tak datang kerja dah empat bulan."
"Ris... tak sure Mi. Masuk office Ris tak perasaankan Husna. Banyak sangat kerja."
Allah... Idris sudah pening. Banyak sangat berahsia sekarang memakan dirinya. Bahu kirinya semakin rebeh dengan penipuan. Dia memang mahu berterus terang tentang pernikahannya tapi dalam keadaan sekarang bagaimana?. Dia mesti menunggu sehingga Husna ditemui dan dalam keadaan selamat.
"Ris buat air kejap."
"Ummi rindu Na. Lama tak jumpa dia. Ummi telefon tak dapat. Takut pulak dia cakap Ummi tak kisahkan dia. Budak tu tak mungkin cari Ummi dulu. Dia kan pemalu penyegan. Tok Ibu pun cakap rindu Na. Balik dari Moscow Tok asyik tak sihat je. Ummi risau. Kalau dapat jumpakan Tok dengan Na. Alhamdulillah!"
Allah. Macam mana ni.
"Teh O boleh Mi?"
"Tak apelah Ris. Ummi rasa nak pegi rumah Na. Kot dia ada."
"Eh! Jangan! tak salah Ris dia dah pindah. Sebab tuan rumah dah pindah. Owner lama dah jual rumah tu."
"Mary dah pindah!?"
Allah! Allah! Ummi kenal pulak tuan rumah lama Husna.
"Ye." Idris rasa dia sekarang bagai anak kecil tertangkap buat eksperimen guna tepung Ummi. Sangat serba salah!
"Na pindah mana!?"
"Ris... tak sure. Nanti Ris tanye HR kalau Husna dah update alamat baru."
"Ummi bukan apa... rasa macam bertanggungjawab nak jaga budak tu. Dia kan yatim piatu. Kesian Na."
Itu tanggungjawab Ris, Mi. Hanya dalam hati.
"Ummi nak air?"
"Air kosong jelah Ris. Pagi tadi dah ngeteh dengan Walid."
"Mary pindah mana?"
"Tak pasti pulak Mi."
Allah Allah... Australia Mi. Macam mana ni. Cepatlah Ummi balik supaya dia tidak terus membongek Ummi tersayang. Idris hulur gelas air kosong.
"Memang kusut benar muka Ris... kenapa?. Banyak sangat kerja ke?"
"Gitulah Mi."
"Kahwinlah Ris.Ada yang tolong jaga. 26 dah. Nak tunggu bila?"
"InsyaAllah Mi."
"Nak Ummi carikan. Ummi ada calon."
"Ummi ni. Siapa ajelah tu." Gelak canggung sambil gosok tengkuk. Aduhai!
"Husna."
Allahuakbar. Tepat perkiraan Idris. Dia tidak akan ada masalah jika mahu mengenalkan isterinya. Masalah sekarang di mana Husna?.
"Ummi kasihankan dia. Kalau Ris ada calon lain Ummi setuju aje. Yang penting Ris nikah. Ummi tak nak asyik cakap belum sedia, belum nak kahwin tapi rupanya belakang ada cerita lain."
Allahuakbar!. Mengena sungguh ni.
"Waalaikummussalam".
"Ye Bang."
"Kat rumah Ris."
"Cermin mata patah?"
"Ye ye Yah datang sekarang."
"Assalamualaikum."
"Cermin mata Walid patah. Minta tolong Ummi teman pergi kedai cermin mata... Nah gelas."
Alhamdulillah. Terima kasih Ya Allah.
Idris sambut gelas yang di hulur Datin Hasiah. Sekadar meletak di meja kopi kemudian turut serta bangun mengiringi Datin Hasiah keluar rumah dan turun ke bawah.
******************
11:30am
"Waalaikummussalam."
"Ye Tuan Inspektor."
"Khaby Lame? Dari Senegal?"
"Tak kenal!"
"Ye saya pasti!"
"Lobi?"
"Sekarang? Baik! Baik! saya turun sekarang."
Idris capai t-shirt di kepala sofa. Menyarung segera. Tidak lupa kad akses dan kunci. Cepat-cepat buka pintu, keluar dan menutup kembali. Pantas!.
"Encik Idris kenal lelaki ini?"
Idris turut membongkok memandang skrin komputer yang memaparkan imej bergerak seorang lelaki kulit hitam di dalam lift. Idris geleng.
Rakaman video Cctv dengan kualiti imej yang rendah, menayang pula pintu lift yang terbuka dan lampu butang lift yang menyala di nombor lima. Masuk seorang perempuan memakai t-shirt besar... Husna!? pakai baju Bong? Patutlah semua pakaiannya ada.
"Itu Puan Husna kan?"
"Ye itu isteri saya."
Imej menunjukkan pula Husna yang semakin 'berisi' berdiri di hadapan pintu lift. Lelaki kulit hitam di belakang. Husna kelihatan tidak sihat. Sebelah tangan memegang perut dan sebelah lagi memegang dinding lift. Kelihatan lelaki kulit hitam menegur sesuatu apabila lift berhenti di aras lobi, lelaki kulit hitam menutup kembali pintu dan lift bergerak turun ke 'basement'.
Idris sudah berpeluh. Ada sesuatu yang buruk berlaku pada Husnakah? Adakah angkara lelaki di dalam lift ini.
"Mana rakaman di basement?" Idris sudah tidak sabar.
"Malangnya Cctv di basement ada masalah teknikal."
"So! what happened to my wife? Where is she?"
Seorang lelaki memakai seragam polis masuk ke bilik pengurusan apartment.
"Tuan dah dapat. Tingkat tujuh unit nombor 714."
"Kita bergerak ke sana sekarang."
Ke mana!?
**********************
"Good afternoon sir"
"Good afternoon".
"My name inspector Haslam. This is my assistant sargent Lingam and this is Encik Idris your neighbor from fifth floor."
"I'm Khaby Lame."
"If you don't mind I have couple of questions to ask?"
"Yes of course. I'm ready to help. You all want to come in."
"Sure. Thank you very much."
Idris sudah mengepal genggaman tangan. Beristighfar di dalam hati untuk kekal tenang walau urat perutnya rasa bersimpul kecut untuk bersedia mendengar berita tidak baik untuk Husna. Dengupan jantungnya juga laju kerana gemuruh yang amat.
Mereka semua masuk ke dalam unit kediaman lelaki kulit hitam itu. Hanya ada sebiji sofa tiga tempat duduk. Sarjan Lingam beralah tidak mahu berhimpit, dia sekadar berdiri. Idris duduk di sebelah Inspektor Haslam.
"Do you know this lady Mr Khaby?" Inspektor Haslam mengunjuk telefon bimbitnya kepada Khaby Lame.
Khaby Lame mengambil telefon bimbit itu. Mukanya berkerut-kerut cuba mengingat sesuatu.
"Ooo yes of course. I helped her earlier this week. She was sick in the elevator. I helped send her to the hospital."
Inspektor Haslam dan Idris saling berpandangan.
"Which hospital Mr. Khaby?"
"HKL... She said she had a referral letter from that hospital."
"Did she tell you what's wrong with her?"
"No sir."
"Okay Mr Khaby... thank you very much. Sorry to bother you."
"It's okay. I don't mind at all."
Inspektor Haslam dan Idris sudah berdiri. Sarjan Lingam sudah membuka pintu unit apartment.
"Oh! I almost forgot. She left her bag in my car. I just realized today because this bag at back seats."
Mr Khaby Lame masuk ke dalam bilik dan keluar semula dengan sebuah beg di tangan. Idris capai beg yang di hulur kemudian membuka zip beg. Di dalamnya semua t-shirt Bong dan seluar Bong yang sudah diubahsuai di bahagian pinggang. Hanya seluar kecil miliknya dan selama beberapa hari ini dia tidak perasan kehilangan beberapa helai. Mangkuk tipuware yang masih berisi duit berjumlah rm1K juga ada di dalam beg itu. Husna ada duit belanjakah di tangannya sekarang? Idris kebimbangan.
Husna sakit apa?
Allahumma yassir walaa tu'assir.
Tolong kami Ya Allah.
Share this novel