"Umur minimum berkahwin untuk perempuan Islam Malaysia mesti 16 tahun. Sekarang kena isi borang permohonan semua online. Cari SPPIM kat situ ada borangnya. Mohon dulu baru pejabat agama panggil untuk temuduga"
Ehsan dengar elok-elok penerangan Encik Salim. Dia menelefon Encik Salim semalam untuk mengetahui cara dan syarat-syarat pernikahan bawah umur dan wali hakim memandangkan dalam surat beranak Husna tiada maklumat bapa.
"Tuan nak saya tolong isikan ke borang online tu?" soalan Encik Salim menyedarkan Ehsan yang mengelamun. Sebabnya Husna belum cukup 16 tahun. 16 Januari tahun hadapan barulah Husna genap 16 tahun.
"Tak pe. Nanti saya google sendiri. Tapi Encik Salim ingat ye ini rahsia jangan ada sesiapa yang tahu"
"Baik Tuan"
Ehsan tamatkan panggilan. Mengetuk-ngetuk sebatang pen ke muka meja. Banyak dokumen nak disediakan. It's ok! Demi Husna tersayang apa-apa pun boleh.
Ketukan di daun pintu sekali lagi menyedarkan fikiran yang jauh ke sana sini. Tubuhnya sahaja berada di dalam bilik pejabatnya.
Sheila melangkah masuk membawa beberapa buah fail keras. Hari ini memakai kebaya nyonya berwarna merah dan berkain batik hitam. Tidak Ehsan nafikan memang cukup menggoda.
Dengan bibir merahnya yang tersenyum manis Sheila melangkah mendekati Ehsan kemudian berdiri di tepi meja. Posisi yang sama Sheila akan berdiri setiap kali masuk menghadap Ehsan. Rapat.
Semerbak mewangi ruang pejabat Ehsan. Sengaja Sheila menunduk menerangkan kepada Ehsan dokumen di dalam fail. Leher baju yang luas menayang lurah dada. Ehsan telan liur. Lama sudah dia berpuasa meninggalkan perangai buruknya.
"Apa kat kolar baju you ni. Semutlah Boss. You ni handsome sangat semut pun miang nak pegang you." Sheila bersuara manja dengan jarinya yang sudah menyelusuri bahagian dalam kolar baju hingga tersentuh leher Ehsan. Pagi ini Ehsan terlewat sedikit jadi tidak sempat mengikat tali leher.
Ehsan terlalai, membiarkan sahaja jari runcing Sheila membelai batang lehernya kemudian naik ke rahang dan belakang telinga. Di ulang-ulang belaian jari-jemarinya apabila tiada penolakan daripada Ehsan. Sheila tukar pula posisi dari menonggeng dia duduk di birai meja menghadap Ehsan sepenuhnya.
"I miss you so much. It's been so long since you touched me last time" Dengan kata-kata yang keluar dari bibir merah Sheila barulah Ehsan tersedar di bumi nyata. Di tangkap tangan Sheila yang mengelus pipi dan bibirnya.
"Oh! maaf... saya ingat tak ada orang" Husna terperanjat besar melihat Ehsan dan Sheila ada di dalam ruang pejabat. Bukankah Ehsan kata pagi ini dia tidak masuk pejabat kerana terus ke Pelabuhan Klang.
Ehsan yang terperanjat terus berdiri meraup rambut ke belakang. Sheila tetap dengan posisinya yang duduk di birai meja kerja Ehsan.
Kacau! bentak Sheila dalam hati.
Husna kutip kain pengelap dan spray pencuci yang terjatuh ketika dia terperanjat tadi. Tanpa menoleh lagi Husna lari keluar. Lari laju menuju pintu utama. Kak Jun di kaunter hadapan juga tersentak dengan kelibat Husna yang tiba-tiba. Husna tekan butang lift tapi Husna tak boleh tunggu lagi. Air matanya tidak mahu berkerjasama dengan pintu lift yang lembap.
Husna lari menuju pintu kecemasan. Buka pintu dan berlari turun tangga sepantas yang boleh. Kepalanya seiring berfikir mahu ke mana. Ke mana tempat yang tiada makhluk kakitangan syarikat ketika ini.
Husna berhenti apabila tiba di hadapan bilik stor tingkat satu. Biasanya di sini hanya Abang Bob tukang cuci bagi tingkat satu dan dua sahaja yang akan masuk. Atau sekali sekala Abang Rahim guard yang akan melakukan rutin kawalan.
Husna petik lampu dan kemudian duduk di atas tong cat terbalik yang telah Abang Bob jadikan baldi untuk mencuci. Oh! ada kipas mesti Abang Bob punya. Husna petik sekali suis kipas. Sememeh muka Husna dengan peluh, air mata dan hingus.
Tok! Tok! Tok!
Daun pintu bilik stor di ketuk dari luar. Husna matikan diri. Tidak berbunyi. Tangisannya juga tidak berbunyi. Hanya air mata berlinangan tidak mahu berhenti.
Tok! Tok! Tok!
Ketukan berbunyi lagi di daun pintu.
"Na please. Buka pintu ni Na" Kedengaran suara Ehsan dari luar. Bagaimana Ehsan boleh sepantas itu dapat mengesan Husna yang bersembunyi di dalam bilik stor ini.
"Na please sayang. Nanti orang lain tahu Abang kat sini."
Husna buka daun pintu yang di selak dari dalam. Kelihatan Ehsan berdiri di depan pintu bilik stor dengan wajah yang keruh.
"I'm sorry sayang"
"Macam mana Abang tahu Na kat sini"
"Hati bila dah sayang mesti boleh rasa kat mana sayang dia." Ehsan bagi pick up line memujuk Husna. Sedangkan ianya kerana telefon bimbit Husna yang Ehsan hadiahkan. Segera Ehsan masuk ke dalam bilik stor menutup pintu dan menguncinya dari dalam.
Ehsan raih jari-jemari Husna dan meramas perlahan. Memandang tunak gadis manis yang comel di hadapannya tetapi sememeh dengan air mata dan hingus. Ehsan keluarkan sapu tangan dari kocek kanan seluarnya dan mengelap bersih wajah Husna.
"Abang tak buat apa-apa. Na kena percayakan Abang." Ehsan bersuara lirih. Dia sendiri tidak menyangka ketika dia tersedar dari godaan Sheila bersaing pula dengan kehadiran Husna. Ehsan memang cuak ketika ini. Janganlah Husna membuangnya ketika dia sudah berjaya meyakinkan Husna rasa hatinya.
"Na pun tahu kan dari dulu Sheila nak kat Abang. Kalau Abang nak kat dia, sebelum Na ada kami dah bersama."
Terkebil-kebil mata Husna memandang Ehsan, mencerna kata-kata Ehsan. Boleh atau tidak Husna nak Mek sekarang ini. Biar Mek buat keputusan untuk Husna.
Ehsan ramas lagi jari-jemari putih melepak itu. Husna masih diam, dia sedih, dia berperasangka tapi... kalau tiada Ehsan bagaimana dengan dirinya. Dia tiada kawan lain sejak Mek pergi dia cuma ada Ehsan. Ye maafkan sahaja.
Ehsan tarik Husna masuk ke pelukannya. Menggosok perlahan belakang Husna. Kemudian tangan kanan Ehsan beralih memegang dagu Husna. Mendongakkan Husna yang lebih rendah darinya. Apabila bibirnya mahu memagut bibir mugil itu Husna toleh ke sisi. Ciuman Ehsan mendarat di pipi Husna. Husna tolak perlahan dada Ehsan yang memeluknya.
"Na maafkan Abang?"
Husna angguk dua kali buka selak pintu dan berlalu keluar meninggalkan Ehsan termangu di situ sendirian.
********************
"Kenapa suara Na tak best ni. Abang kacau Na ke?".
"Taklah. Na tak de buat apa pun. Baru lepas bagi Tok ubat. Tok dah tidur pun."
"Semua sihat-sihat je kan Na"
"Sihat Alhamdulillah. Abang sihat?"
"Abang sakit ni".
"Ya Allah... ye ke Abang? Abang sakit apa? Dah jumpa doktor? Dah makan ubat?"
"Sakit rindu... Abang rindu Na"
"Eeiii! Bikin suspen je Abang ni!"
Firdaus ketawa suka dapat mengenakan Husna. Kerana sudah agak lama tidak mendengar berita tentang gadis itu, Firdaus melapang masa malam ini menelefon Husna.
"Na okay ke? Kenapa suara Na macam tak ceria je."
"Abang Ehsan tu la!"
"Kenapa dengan dia?"
"Geram Na tau! Na tak nak tuduh tapi... apa yang Na nampak kat office tadi memang something sangat."
"Dia berdua dengan Cik Sheila dalam office." Husna mengadu lurus. Dadanya hari ini bagai mahu pecah kerana peristiwa siang tadi. Lagi pula dia tiada sesiapa untuk mengadu kesedihan hatinya. Mujur Firdaus menefonnya malam itu. Dapatlah Husna meluah rasa.
"Aik! memang la Sheila masuk office dia. Abang tak faham."
"Abang Daus ni... mentang-mentang Abang Ehsan tu best friend Abang... Abang bela dia." Husna merentan sebal. Baru dia merasa lega ada kawan untuk meluahkan buku di hati tapi Firdaus tidak menyebelahinya.
"Kejap.. Cuba Na cakap satu-satu, perlahan-lahan bagi Abang faham. Kenapa Sheila masuk bilik Ehsan jadi masalah pula".
"Masalahnya Abang Ehsan kata sayang Na, nak tunang bagai tapi kenapa pegang-pegang Cik Sheila macam tu". Husna sambung tangisan siang tadi. Dia benar-benar sedih kerana dia sedar diri, tiada apa yang lebih pada dirinya. Cerita siang tadi menakutkannya. Layakkah dia dengan Ehsan.
"Ehsan nak bertunang dengan Na?"
"Abang Daus ni... tak kan Abang Ehsan tak cerita dengan Abang?".
"Tak... dia tak cerita."
Selama dia di Terengganu boleh di kira berapa kali Ehsan menelefonnya itu pun cuma sekejap. Panggilannya yang kerap ke telefon Ehsan juga di sambut ala kadar atau langsung tidak di jawab.
Sekarang Firdaus pula yang sebal.
Share this novel