Bab 20

Drama Series 136190

Husna dan Ehsan duduk senyap di dalam kereta. Sama-sama merenung ke hadapan, statik tidak bergerak. Merenung air hujan yang mencurah-curah menjirus kereta dan seluruh alam. Tiada apa yang dapat di lihat di hadapan selain curahan air sehingga berkabus wap di cermin kereta.

Kereta terpakir di hadapan sebuah klinik kerana tadi Husna di hantar Ehsan ke sini untuk mendapatkan rawatan. Doktor kata Husna stress, terlalu letih dan dihidrasi. Sempat Husna di berikan drip sebotol crystalloid jenis normal saline, tapi doktor tinggalkan pesan juga sebelum dibenarkan keluar klinik agar segera ke hospital berdekatan jika keadaan Husna membimbangkan.

Ehsan mati akal untuk membetulkan keadaan kerana sejak sedar daripada pengsan sehingga doktor melepaskan Husna keluar daripada klinik dan kini berada di dalam kereta, gadis itu tetap tidak bersuara...tidak juga menangis atau jika boleh Ehsan mahu Husna menghamunnya sekalipun tidak mengapa.

Dia fikir Husna faham apabila Ehsan mengaku sejujurnya dia adalah pendosa. Pendosa yang mendapat kekuatan dari gadis kecil itu sebagai semangat berhijrah.

Audio dan visual itu sesuatu yang berbeza. Mendengar sesuatu cerita dengan melihat cerita itu terang-terang adalah sesuatu yang sangat berbeza. Bukan dari segi perkataan tapi dari segi persembahannya. Lagipula Husna itu sekadar gadis kecil yang naif.

Beep.

Bunyi itu telah berlangsung sejak daripada Ehsan tinggalkan bangunan pejabat mencari keberadaan Husna. Dia tahu pukul tiga petang ada mesyuarat penting harus dihadiri. Dia juga tinggalkan mesyuarat dengan Jabatan Logistics yang di ketuai Encik Mislan, yang sepatutnya berlangsung selepas waktu rehat pada pukul dua petang.

Beep.
Ehsan capai telefon membaca pesanan mesej what's up daripada Sheila.
"Where are you Boss. The team already here since 40 minutes ago."

Pelanggan yang Ehsan berusaha meminangnya sejak beberapa bulan lepas untuk memilih syarikat pengangkutannya, telah datang untuk menandatangani dokumen perjanjian. Perjanjian bernilai ratusan ribu ringgit untuk kontrak selama dua tahun!.

Bagaimana boleh Ehsan menghadiri mesyuarat itu jika akalnya tidak berfungsi seeloknya. Ehsan kosong. Perasaannya jatuh merundun mengganggu kewarasannya. Menjatuhkan juga harga dirinya. Angkara dosa lalu yang cuba dikuburkan.

"Boleh tak..."

"Ye Sayang!?" Husna yang tiba-tiba bersuara menyentak fikiran Ehsan yang menggagau mencari pintu keluar.

"Na okay? Na ada nak apa-apa? Na lapar ke? kita pergi makan ye Sayang?."

Husna sekadar menggeleng, kemudian dia yang duduk tegak tidak bergerak sejak mula masuk ke kereta menoleh ke arah Ehsan di sisi yang teruja mendengar suaranya. Setitis air matanya jatuh. Wajah Husna pucat dan kusut.

"Boleh tak kita jadi best friend?. Na akan nikah dengan Abang seperti yang kita rancang tapi... boleh Abang lepaskan Na bila Na mampu berdikari?."

Ehsan jeda. Lama Ehsan jeda. Membuka mulut beberapa kali tapi kemudiannya tiada bunyi yang keluar. Sekadar merenung wajah Husna yang pucat dan kusut.

Inikah jawapan Tuhan atas doa-doanya. Beginikah caranya yang terbaik buat ke dua mereka. Kenapa dia juga merasakan saranan Husna itu paling logik, padanya gadis kecil ini satu-satunya jalan untuk dia meninggalkan segala sejarah silamnya yang penuh aib. Adakah kerana Husna tiada daya mempertikai, tiada daya mengusul dan dia sebenarnya sedang mempergunakan gadis ini untuk kepentingan dirinya. Zalimkah dia kepada Husna?.

"Sure Sayang". Ehsan sungguh tidak percaya itu suaranya. Tapi dia mahu berdamai dengan kekusutan ini. Ehsan mahu hidup tenang-tenang sahaja dengan Husna. Asal sahaja gadis ini di hadapannya.

"Maafkan Na sebab gunakan Abang".

"Tak... Na tak gunakan Abang. Abang yang tak boleh hidup tak ada Na."
"Maafkan Abang sebab tak mampu nak lepaskan Na pergi. Jadi apa sahaja keputusan Na Abang setuju cuma... untuk sekarang ini tolong jangan tinggalkan Abang." sehabis ayat itu setetes air mata Ehsan pula gugur.

Husna terangguk-angguk lemah. Sangat lemah. Kenapa dia yang berada di sini menghadapi kemelut perasaan seperti ini. Tidak layakkah dia menjalani usia remaja sewajarnya insan sebaya, yang seharusnya sedang gembira mencorak warna-warna pilihan sendiri.

Oh! dia hanya sekadar seorang Siti Husna. Berbinti pula Abdullah. Keturunan dia juga tidak tahu di mana hulunya.

Husna tunduk merenung jari.

"Na fikir... Na boleh terima cerita dulu Abang, tapi... maaf bila dua kali Na lihat dengan mata sendiri... Na tak kuat. Na takut... jadi maafkan Na."

"Ye Na, Abang faham."

Itu sahaja yang mampu keluar dari peti suara Ehsan. Kemudian suasana senyap kembali. Lama begitu.

"Boleh Abang tolong hantar Na balik. Na rasa tak selesa. Na letih sangat."

"Na nak makan dulu tak. Tadi dalam klinik staff tu cuma bagi Na sekeping roti dengan secawan Milo sahaja alas perut untuk makan ubat... Kita makan dulu ye Sayang."

Husna menggeleng. Lemah.

"Na tak ada selera. Rasa letih sangat... Na nak tidur."

"Okay. Abang hantar Na balik. Tapi kalau Na rasa tak sihat cepat-cepat call Abang okay!"

Husna mengangguk. Ehsan jatuh kasihan. Angkara dia Husna jadi begini di hari lahir.

*******************

"Thank you very much Madam"

"It's okay. Small matter. Ni semua ubatnya ke?" Soal Mary kepada Ehsan yang berdiri di hadapan pintu rumahnya. Husna telah masuk ke dalam kerana mahu ke tandas.

"Ya. That's all. Nanti Madam tolong ingatkan Na makan ubat ye."

"Of course. No need to worry." Untungnya Husna menambat hati lelaki sebaik Ehsan fikir Mary dalam hati. Anak gadis itu selayaknya mendapat lelaki sebaik ini. Sudah lama gadis itu hidup susah dan seadanya sahaja.

"I need to go. Please send my regards to Tok Udin and Sam. Thanks again Madam."

"Sure... have a safe ride."

Mary tutup pintu utama. Ketika dia berpusing Husna sedang memapah dinding berjalan keluar dari arah dapur. Perlahan dan sedikit melayang.

"Na sayang... you tidur dalam bilik Aunty. Sam ada dalam bilik Na jaga Tok Udin. Tadi dia tolong salin pampers Tok and feed him too. I think he's fall asleep in there now."
"You want to eat Sayang. I'll help you reheat the porridge first."

"No thank you Aunty. I just need to sleep."

"I don't think so dear. You have your dinner first, take your medicine than you go to sleep. Come... let me help you sit."

Mary menolong memapah Husna duduk di kerusi ruang makan dan dia berlalu ke dapur memanaskan bubur ikan yang memang telah Husna masak pagi tadi untuk Tok Udin. Seketika kemudian kembali semula kepada Husna bersama sebuah mangkuk berasap nipis dan secawan air kosong.

Sambil makan menitis air mata Husna sekali lagi mengenangkan ramai orang baik di sekelilingnya. Memang tidak dapat Husna nafikan. Cuma untuk ketika dan waktu ini doa Husna janganlah ada yang memintanya membalas budi mereka lagi. Dia tiada daya untuk membalas dan sudah sememangnya tidak berdaya lagi.

Sesudah makan bubur dan makan ubat, sekali lagi Mary menolong memapah Husna masuk ke dalam biliknya. Membaringkan Husna kemudian menyelimutkan gadis itu. Terasa badan Husna yang berbahang. Kasihannya gadis ini. Jarang sekali Husna jatuh sakit. Budak ini biasanya kuat dan lasak seperti arwah ibunya Salina dan seperti ibu angkatnya Sabariah.

Mary padam lampu bilik dan biarkan Husna hilang dalam lenanya.

***************

Ehsan tiba di apartmentnya sekitar jam enam petang. Sebaik menutup pintu rumah Ehsan meletakkan segala macam mak nenek perkara di atas meja kecil bersebelahan pintu seperti kunci rumah, kunci kereta, beg duit dan telefon bimbitnya.

Kosong dan ringan kocek seluarnya selepas mengeluarkan barang-barang tersebut. Kalaulah boleh hati dan fikirannya dapat Ehsan keluarkan segala perkara yang memberatkan kewarasannya seperti itu dia sanggup membayar walau berapa sekalipun harganya. Malangnya tiada magis seperti itu dalam realiti kehidupan.

Beep

Ehsan mahu melangkah pergi membiarkan sahaja bunyi mesej itu tapi tiba-tiba teringat kalau-kalau Husna atau Mary mencarinya kerana keadaan kesihatan Husna. Kasihan Husna jatuh sakit di hari lahirnya kerana Ehsan.

Ehsan capai telefon di atas meja kecil. Satu email masuk dari sahabatnya. Kenapa perlu beremail bagai. Email di sertakan dengan laporan dokumen berkepala rasmi. Ehsan baca ayat ringkas sahabatnya kemudian membaca laporan dokumen yang disertakan. Ehsan duduk tersandar di daun pintu yang bertutup. Dua kali, tiga kali dan kali ke empat membacanya tetap juga begitu isi laporan dokumen itu. Ehsan duduk mengongoi bagai anak kecil. Lama Ehsan begitu sehingga dia beristighfar beberapa kali barulah Ehsan mampu bertenang.

Ehsan tanggal kemeja dan seluar yang dipakainya kemudian mencampak ke dalam bakul dobi di dalam bilik tidurnya. Balingannya tersasar. Ke dua-dua di luar bakul. Ehsan biarkan dia tiada hati mahu membetulkan. Dengan hanya berseluar kecil Ehsan masuk ke dalam bilik mandi, membuka air pancuran dan membiarkan air itu membasahi seluruh tubuhnya. Ehsan tutup pili air apabila dia tidak lagi mampu bertahan dengan kesejukan air itu.

Ehsan sarung sepasang jubah berwarna putih hadiah dari Hajjah Hassanah ketika ibunya pulang dari menunaikan Haji. Ibunya pergi bersama arwah bapanya Haji Hassan. Pergi bersama tapi Hajjah Hassanah pulang bersendirian kerana Haji Hassan tidak pulang ke tanah air sebaliknya pulang ke negeri abadi ketika di tanah suci Mekah.

Tiba-tiba dia diserbu rasa rindu yang teramat pada Haji Hassan. Terlalu besar dirasakan dosanya kepada lelaki itu kerana hidup dengan dua rupa. Macam sesumpah berjaya menipu pesekitaran, yang tidak dapat Ehsan tipu hanya dirinya sendiri dan dia malu dengan sikapnya itu.

Shame on you Ehsan!.

Allahuakbar!
Ehsan angkat takbir menunaikan solat maghrib yang telah hampir di penghujung waktu. Ketika Ehsan sudah solat Maghrib kedengaran Azan Isyak. Ehsan terus tunaikan solat Isyak dan habis Isyak Ehsan sambung zikir istighfar sehingga basah jubah yang disarungnya. Ehsan sambung dengan solat taubat. Ketika sujud terakhir dalam solat taubatnya lama Ehsan berdoa semoga Allah mengampunkan dosa-dosanya. Ehsan ambil Al Quran di atas kabinet membacanya dengan bersungguh-sungguh. Kemudian memilih membaca surah Al Mulk. Ehsan tidak ingat berapa kali dia membaca surah itu dia berhenti apabila tekaknya terasa kering. Ehsan tutup Al Quran meletakkan kembali ke atas kabinet.

Ehsan bangun menuju ke dapur untuk minum air. Menadah air daripada mesin air berpenapis Ehsan minum habis secawan penuh. Kemudian menadah lagi secawan air tapi membawa cawan bergerak ke ruang tamu rumah.

Pintu sliding Ehsan buka membiarkan angin malam meniup dirinya. Rasa sedikit tenang ruang hatinya selepas solat,mengaji dan berzikir. Jam di dinding menunjukkan pukul 12:00 tengah malam.

Ehsan keluar ke balkoni. Baru Ehsan perasan lama dia tidak keluar ke sini kerana kekangan masa. Tanaman dalam pasunya hanya mendapat air daripada hujan yang sekali sekala tempiasnya membasahkan ruang balkoni. Ehsan petik suis lampu balkoni untuk melihat lebih jelas tanaman, tapi lampu di dinding balkoni itu tidak menyala.

Baru Ehsan teringat dia harus menggantikan mentol lampu. Kerana bertangguh sejak beberapa bulan dahulu dia jadi lupa. Lampu lama telah dia tanggalkan dahulu tapi seringkali terlupa untuk memasang lampu baharu yang sudah di beli. Ehsan masuk ke dalam mengambil sebiji mentol lampu. Keluar semula ke ruang balkoni.

Ehsan capai bangku plastik yang berada di balkoni. Air hujan bertakung di atas bangku. Ehsan condongkan bangku membuang air yang bertakung. Kemudian merapatkan pada dinding kiri balkoni berhadapan pintu sliding.

Bismillah... Ehsan panjat bangku berhati-hati. Selepas seketika lampu selesai di pasang baru. Tiba-tiba Ehsan silap langkah sehingga bangku tumbang. Kecut perut Ehsan apabila terasa melayang.

Allahuakbar! Lailahaillallah!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience