Namanya tiba-tiba naik mendadak dalam kalangan usahawan Malaysia. Semuanya kerana usahasama perniagaan dengan Syeikh Hussein.
Sebuah majalah perniagaan dan ekonomi Islam dunia beribu pejabat di Dubai menemuramah taikun perniagaan Timur Tengah itu dan kemudian memetik namanya sebagai rakan usahasama yang terbaik dari Malaysia. Maka dia tiba-tiba dikejar wartawan tempatan untuk menemuramahnya.
Syeikh Hussein mengatakan ini adalah peluang terbaik untuk mengenalkan jenama rangkaian hotel mereka kepada pelawat dari dalam negara Malaysia yang mahu mencari penginapan di Eropah. Pengiklanan tanpa modal.
Syeikh Hussein juga mengajarnya agar menjaga perilaku dan maklumat peribadi agar tidak terlibat dengan apa-apa skandal yang boleh merosakkan peluang keemasan ini.
Rasanya tiada.
Tapi...
Husna sahaja yang mungkin akan menjadi cerita. Pertama kerana pernikahan rahsia. Ke dua cara kematian Bong dan Husna itu tunangan Bong. Ke tiga anak kecilnya Ahmad meninggal ketika lahir hanya tujuh bulan dari kandungan isteri yang ditinggalkan berseorangan melalui fasa kehamilan. Ke empat pernikahan rahsia ini belum diberitahu kepada keluarganya, dan jika ahli keluarganya tahu berita ini terkemudian dan dari orang ketiga pula maka masalah besar dalam hidupnya.
Kerana keluarga besar Idris lazimnya tidak pernah berahsia. Apatah lagi sesuatu perkara sepenting urusan perkahwinan.
Tapi dia tidak boleh memudaratkan Husna, itu cinta hatinya. Dia tidak mampu lagi menipu tentang perasaannya itu. Dia juga tidak boleh memudaratkan perniagaannya, sudah ke angka ribu kakitangan dari seluruh jenis perniagaannya yang bergantung gaji dengan kejayaan perniagaannya. Idris harus menyelamatkan keduanya.
Maka rahsia akan kekal rahsia. Sehingga suatu masa kelak. Sehingga projek hotel mesra Muslim ini beroperasi sehingga dia telah menceritakan kepada keluarganya tentang Husna kesayangannya.
******************
Idris mahukan Husna tapi selalu berebut masa. Walaupun begitu persembahan Idris tetap gagah apabila sahaja menyentuh Husna.
"Ubat Na makan tak!?"
"Makan..."
"Jangan lupa makan. Jangan jadi lagi macam dulu. I'm not ready yet!"
Rutin soalan Idris setiap pagi. Idris ingatkan lagi tentang ubat pada setiap kali.
'I'm not ready yet'.
Idris tak sedia atau Idris tidak mahukan zuriat dari dia sebagai Ibu. Husna ingat lagi Idris pernah kata begitu ketika Idris begitu yakin dengan teknik merancangnya yang pertama kali supaya Husna tidak mengandung.
"Perempuan macam kau tak layak jadi Ibu pada keturunan aku!" Husna ingat ayat itu. Datang dari mulut Idris sendiri suatu masa dahulu. Kerana ayat itu juga dia menjalani tempoh kehamilan tanpa dirancang dalam tekanan perasaan. Sentiasa dalam ketakutan menunggu kepulangan Idris memaki hamun dirinya.
Semerta Husna sugul. Adakah dia memang ditakdirkan hidup tidak bersaudara. Tidak dikasihi dan boleh mengasihi.
Teringat semalam Kak Siti membawa bayinya yang sebaya arwah Ahmad. Husna rasa amat teruja dapat memegang bayi Kak Siti yang comel dan montel. Dia diserbu rasa rindu yang amat sangat kepada Ahmad. Sedih kerana dia tidak berpeluang melihat wajah arwah anaknya apalagi memegangnya.
Perasaannya sangat merindui saat-saat bahagia merasa si kecil Ahmad di dalam rahimnya. Membelai si kecil dari perutnya yang membukit. Merasa pergerakan Ahmad berguling-guling manja dengan sentuhannya. Allah... rindunya!.
Tiba-tiba Husna rasa tidak sabar untuk memiliki seorang bayi. Dia rasa badannya sudah cukup sihat, walaupun doktor tidak menggalakkan dia hamil dalam waktu terdekat tapi doktor juga mengatakan Husna sudah cukup sihat tidak memudaratkan jika termengandung sekali lagi. Maklumat itu dia dengar ketika Idris bertanyakan soalan itu kepada doktor pakar O&G yang merawatnya.
Maka Husna mahu mencuba memiliki cahaya mata sekali lagi. Beranikah dia melawan arahan Idris?.
Masalahnya sekarang sememangnya hanya Idris.
Idris kerap kali mengingatkan Husna jangan lupa jadual makan ubat yang satu itu. Idris juga sangat sibuk sekarang ini. Sudah tidak lagi melayan Husna seperti ketika Husna tidak sihat.
Adakah layanan baik Idris hanya kerana dia tidak sihat. Atau Idris sebenarnya hanya rasa bersalah, dan rasa bersalah itu semakin terhakis dengan masa yang semakin bergerak ke hadapan.
Benarkah Idris memaksudkan kata-katanya dahulu, dia bukan calon yang layak yang terpilih untuk menjadi Ibu kepada anak-anak Idris?.
****************
Idris sudah membawa Husna membuat passport antarabangsa, Idris sedang mengukur masa yang sesuai untuk urusan membuat visa pula. Mereka akan berhijrah ke kota London sehingga projek usahasama rangkaian hotel bersama Syeikh Hussein berjaya beroperasi.
Oleh kerana sikap Husna yang menurut sahaja apa yang Idris arah atau lakukan dia tidak tahu perancangan Idris itu. Pada Husna, Idris memberi izin dia menumpang tinggal, menyediakan keperluan zahir dan batinnya dia sudah cukup bersyukur. Kerana itu dia tidak pernah mahu bertanya untuk apa itu dan ini.
*****************
Husna tersentak dan terundur dua langkah ke belakang.
Apabila berpaling sahaja sesudah mencuci tuala mengelap di sinki pantry Encik Onn berdiri di muka pintu memandangnya.
Selama hampir tiga minggu bekerja kembali di syarikat ini Husna berjaya mengelakkan diri daripada berada berdua setempat dengan lelaki ini. Hari ini Husna yakin Encik Onn sengaja mencari peluang untuk mendekatinya.
Idris sudah berpesan jangan berada berduaan dengan lelaki dari Jabatan Akaun ini. Tapi lelaki ini berdiri di tengah muka pintu. Satu-satunya jalan masuk dan keluar.
Bagaimana sekarang!?.
"Encik Onn nak minum ke?"
"Nope!"
Husna tercegat di situ. Dia takut dengan ulah lelaki ini dan dia juga takutkan pesan Idris yang terngiang-ngiang di telinganya.
"Sa..saya nak tumpang lalu."
"Sila." tapi lelaki itu tetap di situ tidak bergerak dari menghalangi laluan di muka pintu.
Sekarang waktu selepas makan tengah hari. Lazimnya kakitangan tidak akan masuk ke pantry di waktu begini. Encik Onn masih di situ memandangnya dengan pandangan yang tidak sukar untuk di tafsir.
Dendam!.
Bulat mata Husna merenung Encik Onn. Memikirkan cara untuk melarikan diri dari ruang pantry yang dirasakan semakin kecil menghimpit.
Ya Allah tolong Husna dari masalah ini.
"Apahal you tercegat tengah pintu ni?"
"Oh! you better don't Onn. Not now. There is reporter in Boss office. I don't wants you to risk this company good name. I need this job badly and on what reason in this world you choose this stupid girl to be your crush?"
Apa dan siapa pun cara menolongnya terlepas dari situasi janggal seram ini Husna benar-benar bersyukur. Cik Sheila berdiri di belakang Encik Onn yang menghalangi pintu pantry.
"Move Onn!. I have urgent thing to do."
Encik Onn memberi satu jelingan menakutkan sebelum bergerak meninggalkan ruang pantry. Sambil melangkah pergi jemari tangan kanannya yang terkepal menumbuk-numbuk tapak tangan kirinya.
Husna lepas panjang nafasnya kelegaan, yang tertahan-tahan selama Encik Onn berdiri menghalangi pintu pantry. Tidak pernah dia merasa sesyukur ini dengan kehadiran Cik Sheila selama dia mengenali perempuan cantik ini.
"make milk coffee for Boss and iced coffee for the guests, then send it to the boss's office"
"Baik Cik Sheila."
"Faster! terhegeh-hegeh macam penagih!"
Husna terangguk-angguk bagai burung belatuk di sergah begitu oleh Cik Sheila. Cepat-cepat dicapainya serbuk kopi untuk membancuh kopi seperti yang diarahkan Cik Sheila.
****************
Husna ketuk perlahan daun pintu yang tertutup rapat.
"Masuk".
Husna buka pintu dengan tangan kanan. Tangan kiri memegang dulang berisi segelas kopi sejuk dan secawan kopi panas, dan juga sepiring kecil blueberry cheese tart yang dibuatnya malam semalam.
"Since you suddenly become popular because of Syeikh Hussein interviewed... ramai nak tahu you dah kahwin ke belum?" soal wartawan perempuan daripada majalah mingguan wanita yang berambut perang dan duduk cantik bersilang kaki di hadapan meja kerja Idris.
"Belum... belum kahwin 'lagi' ".
Hampir berterabur blueberry cheese tart dari dalam piring yang di angkat Husna ke atas meja kerja Idris.
Husna angkat muka memandang Idris yang juga memandang wajahnya. Bersahaja wajah kacak itu airmukanya menuturkan kata-kata yang menyiat tangkai hati Husna.
Benarlah telahan Husna, kata-kata cinta dan sayang yang Idris ucapkan ketika dia berada di bawah Idris hampir setiap malam hanya kerana Idris sedang kecanduan sebahagian nikmat dunia.
Husna di serbu rasa pilu dan sayu. Dia bukan sesiapa pada Idris untuk terasa dengan kata-kata yang menyiat tangkai hatinya.
Jadi benarlah jika Idris memaksudkan kata-katanya dahulu Husna itu tidak layak untuk Idris. Benarlah Idris memaksudkan dia hanya mahukan Husna sebagai hamba yang tidak akan melawan kerana tiada daya dari segala segi. Idris memaksudkan apabila pernah berkata Husna tidak layak untuk menjadi Ibu kepada zuriat lelaki kacak ini.
Impiannya untuk menjadi Ibu kepada anak-anak yang comel tidak akan tercapai kerana Husna hanya hamba pada mata Idris, yang hidup atas ihsan majikannya itu.
Share this novel