"Ris ambil je banglow ni. Ummi dengan Walid nak duduk Muar." Ummi
"Kak Izzah tak nak ke duduk sini?" Idris
"Anuar kan dah beli rumah kat Nilai. Business butik pakaian Kak Izzah tu bagus kat sana. Anuar nak pergi mengajar pun dekat." Ummi
Selepas pulang dari Moscow, Rusia Abang Anuar mengambil tawaran mengajar di sebuah universiti swasta di Seremban Dua.
"Ummi dah tanya Idrus dia memang nak duduk Skudai aje. Dekat nak balik Muar. Lepas tu adik beradik Roza ramai kat JB."
"Sayang rumah ni Ris."
"Ummi tau kamu banyak duit boleh cari rumah lain yang modern tapi... tulah... sayangnya rumah ni."
Mengharap sangat bunyi suara Ummi.
"Na okay duduk sini?"
Idris toleh pada Husna yang duduk senyap di sebelahnya dari tadi.
"Na ikut aje. Alhamdulillah ada rumah."
Ikhlas dari lubuk hati Husna. Seumur hidupnya dia hidup menumpang rumah orang. Menyewa bilik. Sekarang juga dia masih menumpang rumah suami.
"Ibrahim dengan Ismail nak main bola pun senang. Ada tanah... duduk apartment nak main kena teman turun bawah."
"Okaylah Ummi."
Idris beri kata putus. Nak senangkan hati Ummi dan Walid. Dia banyak berdosa pada Ibu bapanya dan semua orang. Terutama pada Husna dan anak-anak.
"Majlis tu macam mana?" Ummi
"Majlis yang bertunang tu..." Idris angkat dua tangan ke atas dan gerakkan dua jari kemudian ketawa segan. Husna ikut ketawa.
"Tahu pulak malu." sakat Ummi turut ketawa.
"Padan muka Ris. Ingat anak kucing main cekut macam tu aje... kan Mak dia dah marah."
"Majlis tu kita buat kat sini aje... seminggu sebelum majlis wedding tu." Idris
"Venue wedding kat mana?" Ummi
"Hotel Syeikh Hussein kat KL." Idris
"Five star tu?" Ummi.
"Ye Ummi."
Idris sudah menelefon Syeikh Hussein, asalnya sekadar menjemput tapi berakhir dengan Syeikh Hussein berkeras mahu majlis perkahwinan Idris dan Husna diadakan di hotel lima bintang miliknya di tengah bandaraya Kuala Lumpur.
Idris tahu dengan waktu yang suntuk tidak mungkin ada kekosongan dewan lagi di hotel tersebut. Pasti Syeikh Hussein akan membatalkan tempahan lain dengan ganti rugi yang tinggi semata-mata untuk memberi laluan kepada majlisnya.
Syeikh Hussein turut terperanjat apabila diberitahu dia sudah berkahwin untuk tahun yang ke enam dan sudah mempunyai sepasang anak kembar.
Tapi rakan kongsi perniagaan itu kedengaran gembira dengan berita yang disampaikan. Sebagai hadiah perkahwinan Syeikh Hussein mahu menanggung segala perbelanjaan majlis yang akan diadakan di hotel miliknya itu.
Syeikh Hussein berbesar hati untuk datang ke majlis pertunangan di rumah Datuk Idham seminggu sebelum majlis perkahwinan kerana mahu merasai suasana majlis pertunangan masyarakat melayu walaupun Idris sudah menerangkan majlis itu sekadar majlis makan-makan keluarga.
"Izzah kata dia nak uruskan majlis Ris, dia nak belajar. Lepas ni dia nak buat butik pengantin pula macam April. Adillah dah setuju nak tolong Mama dia business." Ceria sahaja suara Ummi sekarang.
"Na jangan risau. Ramai boleh tolong ye Sayang."
"Terima kasih Ummi."
Husna senyum sayu. Terharu yang amat dia disayangi ramai orang yang tiada hubung darah dengannya. Idris paut Husna kemudian cium sekilas tepi kepala Husna.
*****************
"Sayang..."
"Ye"
"Tengoklah Abang"
"Sekejap Na susun ni aje."
Husna mahu segera menyelesaikan kerja menyusun baju yang telah dilipat ke dalam almari. Kemudian semua sudah siap kerjanya dan sudah boleh masuk tidur.
"Okay! dah siap. Abang nak air ke?"
"Abang nak Sayang."
"Eeiii... manjanya! macam kucing Walid."
Idris cempung terus tubuh Husna dan campak lembut atas katil kemudian menindih tubuh isteri itu supaya tidak lagi bangun dan buat kerja rumah itu ini. Husna sekadar mengekek ketawa. Dia tahu Idris sebal kerana dia tidak mengendahkan Idris sejak beberapa jam yang lalu.
"Anak-anak dah tidur?"
"Dah Sayang. Sekarang nak tidurkan Mak anak-anak pula". Lebar senyuman Idris.
"Tuan ada apa-apa lagi nak tak sebelum tu?"
"Tuan... tuan... siapa tuan?"
"Abanglah tuan! dulu kan Na panggil Abang tuan."
"Jangan cerita benda dululah."
"Di lupa jangan Sayang... jadikan pengajaran."
Idris elus lembut wajah dan ubun-ubun Husna. Sesal mengenang cerita dulu. Kenapalah dia jadi macam itu. Pendek sangat akalnya. Syukur Husna penyabar.
"Kenapa Na tanggalkan cincin tunang dengan Bong dulu? sampai semua orang salah faham dan salahkan Na?"
Idris sudah lama mahu tahu tapi dia bimbang membuka cerita dulu akan hanya melukakan Husna.
Husna pusing tubuh jadi dia membelakangkan Idris. Bukan dia marah dengan soalan itu cuma dia tahu Idris suka posisi sebegitu dan sama-sama baring dalam keadaan selesa.
"Tadi Abang cakap tak payah cerita benda dulu." Husna gelakkan Idris.
"Abang cuma nak tahu aje. Cerita tu yang bawa pada semua salah faham Abang."
Husna berkira-kira patut atau tidak dia bercerita. Akan hanya membuka aib Ehsan yang telah tiada. Tapi Husna rasa biarlah sekali ini dia cerita dan terakhir kali juga. Mudah-mudahan rumahtangganya akan aman rukun damai selamanya.
"Na... Na nampak Abang Ehsan kissing."
"Oh!"
Jeda... tolonglah sambung Sayang bisik Idris dalam hati.
"Ermm... dengan siapa? Sheila ke?" Idris tidak boleh sabar lagi. Dia mahu tahu.
"Tadi Abang kata nak tahu kenapa aje... ni dah siapa pulak."
"Semua orang fikir Bong tak ada couple. Abang susah nak percaya tapi bila Ummi cerita Bong mengaku sendiri dia terkhilaf jauh macam tu..."
Kasihan sungguh bunyi suara Idris. Ralat yang amat bagi pihak Bong. Husna juga rasa yang sama.
"Abang janji jangan cerita sesiapa okay. Ni rahsia kita berdua je."
"Okay..."
"Abang Daus." Amat perlahan suara Husna dan hampir tidak kedengaran.
"Firdaus!!!?"
Husna terperanjat dengan suara Idris yang terjerit kuat di tepi telinganya dari arah belakang. Segera Husna berpaling dan mencakup bibir Idris kemudian melepaskan.
"Abang ni! orang dah tidurlah."
"Sorry, sorry... Abang terperanjat.. tak.. tak sangka"
Allah! rupanya Firdaus bukan cemburukan Ehsan kerana mendapat Husna seperti yang dia sangka pada awalnya tapi cemburukan Husna kerana berjaya merampas Ehsan dan meninggalkan dunia gelap mereka. Kasihannya Bong selama ini.
Huhu... dia benar-benar tidak sangka.
**************
Hari Sabtu. Tiba hari kenduri di rumah Datuk Idham. Sengaja Idris buat malam selepas Maghrib. Kalau buat malam tidaklah terlalu panas dan lagi majlis tidak akan berlangsung lama kerana semua akan pulang cepat. Majlis perkahwinan pada Sabtu yang akan datang. Seminggu lagi.
Dia sebenarnya agak malu kerana majils pertunangan untuk perkahwinan yang telah lama berlangsung tapi dia tidak berani mempertikaikannya. Tidak mahu mengundang marah Ummi dan Aunty Mary. Akan juga hanya menyebabkan Husna berkecil hati. Pandaikah Husna berkecil hati?
Masakan tidak! bukankah kerana itu Husna lari meninggalkan dia selama lima tahun.
Tidak! Husna lari bukan kerana tiada majlis tapi sikapnya yang dayus, cemburu buta, suka marah-marah dan suka menengking Husna.
Mujurlah jemputan untuk majlis ini sekadar ahli keluarganya. Bagi pihak Husna diwakili Aunty Mary, Acik Enon, Acik Yem, Uncle Wong, Miss April dan suami, Kak Badriah dan anak-anaknya, dan juga kawan Husna, Fadzlin. Orang luar yang ada cuma sahaja Syeikh Hussein yang datang bersama pembantu peribadinya sejak sekian lama bernama Mr Akbar, lelaki keturunan Mamak berasal daripada Pulang Pinang tapi telah lama tinggal di Dubai.
Meriah juga majlis yang di susun atur sepenuhnya oleh Kak Izzah dan Adillah. Aunty Mary seboleh-bolehnya mahu acara berpantun. Tapi kebanyakan pantun semua mengenakannya. Idris hanya mampu bersabar. Dia mengaku semua masalah berpunca daripadanya yang tidak bertanya-tanya langsung sahaja membuat keputusan sendiri.
Hidangan ala kampung menjadi pilihan semua orang. Kata mereka nanti semasa majlis perkahwinan barulah makan nasi Biryani Batu Pahat seperti yang telah dipilih dan diuruskan oleh Kak Izzah.
Paling gembira Ibrahim dan Ismail. Seronok sungguh kerana baru tahu ada saudara mara yang ramai. Selama ini mereka fikir mereka cuma ada Mak, Mak Tok dan Tok Abah.
Syeikh Hussein juga gembira dijemput memeriahkan majlis Idris. Dapatlah seluruh ahli keluarganya berkenalan dengan Syeikh Hussein yang terkenal di dalam dunia perniagaan dunia.
Nampak di situ Uncle Wong dan Aunty Mary berbual bertiga dengan Syeikh Hussein di satu sudut dengan tekun dan serius sahaja wajahnya. Pasti mengambil ilmu berniaga daripada tycoon perniagaan dunia itu.
Paling Idris bersyukur melihat wajah Husna yang sentiasa ceria dan nampak sangat bahagia. Tidak putus Husna mengucapkan terima kasih kepadanya kerana perkahwinan mereka.
Sebak rasa hati Idris. Tidak tahukah Husna dialah yang sebenarnya harus berterima kasih kepada isteri itu untuk hampir tujuh tahun ini. Jika bukan kerana Husna kerap menghilangkan diri pasti dia tetap dengan rasa ego tidak mengaku yang dia sebenarnya sudah sangat cinta dengan isteri comel itu.
Sayang ku Siti Husna Binti Abdullah, bisik hati Idris.
Share this novel