Hajjah Hassanah kekal dengan posisinya sejak tadi, sejak kurang lebih hampir setengah jam yang lalu. Posisinya menghadap sinki. Sesudah membasuh pinggan mangkuk yang tidak banyak mana Hajjah Hassanah siang pula ikan bilis sambil berdiri. Hajjah Hassanah telah merangka dalam kepalanya selepas ini untuk menyiang pula sebungkus taugeh berharga rm dua ringgit di dalam peti sejuk. Bukan apa Hajjah Hassanah mahu membunuh waktu.
Hajjah Hassanah juga tahu di belakangnya, di meja makan berhadapan sinki tempatnya berdiri ada Ehsan yang masih setia di situ, tapi sudah tidak bersuara sejak hampir 15 minit yang lalu. Sebelum itu Ehsan merayu-rayu kepadanya.
Sebelum itu juga mereka dua beranak elok saja minum pagi bersama. Berselera waktu sarapan Hajjah Hassanah pagi itu kerana ditemani si anak yang lazimnya sentiasa sibuk jika hari berkerja. Bertambah ria hati tua Hajjah Hassanah apabila Ehsan menyuarakan hasrat hatinya mahu beristeri. Sudah ada calon katanya. Pagi yang indah.
Bila ditanya nama apa, anak siapa, asal orang mana, duduk mana elok sahaja telinga tua Hajjah Hassanah menerimanya. Tapi apabila ditanya umur berapa jawapan yang diberi Ehsan disangkakan salah dengar disebabkan faktor umurnya yang sudah senja. Rupanya tidak. Telinga Hajjah Hassanah walaupun tua elok-elok sahaja.
15 tahun!
Sudah kenapa dengan bujang tuanya. Dahulu disuruh kahwin apabila umurnya sudah menjangkau afdal beristeri dijawab belum bersedia. Kemudian apabila umurnya sudah sepatutnya menghantar anak ke sekolah alasan yang diberi kepada Hajjah Hassanah belum bertemu yang sesuai dihati. Sekarang ini calon yang mahu dihadiahkan Ehsan sungguh tidak terfikir di benak fikirannya. Lupakah Ehsan untuk bercermin diri.
Andai sahaja Ehsan kata calonnya berumur 20 tahun masih boleh diterima akal tuanya. Tapi apabila dijawab Ehsan 15 tahun... sungguh! mujur sahaja tiada ambulan yang datang mahu membawanya ke hospital.
Ye, sekejap lagi siang taugeh rm dua ringgit!
"Ibu..."
"Bu..."
"Ibu... please Ibu. Tolonglah San Bu."
Ehsan sambung lagi merengek apabila melihat pergerakan ibunya daripada sinki menghala ke peti sejuk di hujung kabinet dapur. Sudah gaya anak-anak kecil meminta mainan sahaja lagaknya.
"Kamu dah rosakkan budak tu ke San?" langkah Hajjah Hassanah terhenti apabila fikirannya tiba-tiba berkalau pula ke situ.
Ehsan tersentak. Ye dia memang jahat tapi tidak pada Husna. Dengan Husna sekadar berpegangan tangan melintas jalan atau mencucuk pinggang gadis itu untuk memeranjatkannya yang suka mengelamun.
"Tak Bu... mana ada San buat macam tu". Bersyukur tiba-tiba yang Ibu tanya itu Husna, kalau orang lain pasti Ehsan dapat satu calit berbohong pula. Tapi dengan yang lain itu tidak bolehlah di kata dia yang merosakkan, perempuan yang lain itu semuanya sudah ada jalan masuk.
"Habis tu kenapa!?" bentak Hajjah Hassanah tidak puas hati.
"Mula-mula San cuma tolong je. Mana nak sangka dari ikhlas tolong jadi macam ni"
"Budak tu ngikis kamu ke!?"
"Eh! tak lah Bu... Husna budak baik" Cepat pantas Ehsan membela Husna. Buah hati tu!
Kemudian Ehsan cerita dari A hingga Z kisah perkenalannya dengan Husna. Dari cerita lintah darat kemudian cerita Tok Udin masuk hospital, cerita Mek ke Labuan dan akhir sekali rayuan Tok Udin agar Ehsan tolong jagakan Husna untuknya.
"Kamu berbudi kemudian kamu memaksa ke budak tu terima kamu?"
"Ibu janganlah cakap San memaksa... San cuma merayu aje kat Husna supaya beri peluang kat San untuk jaga dia"
Hajjah Hassanah tarik satu bangku kemudian duduk merehatkan diri. Sakit lutut dan tubuh tuanya kerana lama berdiri. Ehsan ini sedari kecil jarang sekali meminta sesuatu yang berlebihan. Apa sahaja orang sediakan dia akan terima tanpa kerenah atau drama. Anak yang mudah dijaga. Seolah dia membalas budi Haji Hassan dan Hajjah Hassanah membesarkannya dengan perilaku elok.
Jatuh kasihan pula Hajjah Hassanah melihat raut wajah Ehsan yang mengharap restu darinya sebagai ibu.
"Bawa dulu Husna jumpa Ibu. Ibu nak temuramah dulu budak tu". Putus Hajjah Hassanah apabila semakin kasihan melihat Ehsan seakan ayam berak kapur lagaknya.
"Baik Ibu... tapi Ibu janganlah tegas sangat dengan Na. Takut dia nanti. Lagipun dia budak lagi Bu." Rayu Ehsan.
"Tahu pun kamu!!!"
***********************
"Na memang nak ke!?"
Husna terdiam dengan soalan Mek. Boleh ke jawab ye memang Husna mahu bersuamikan Ehsan.
"Tapi Mek... Abang Ehsan baik orangnya."
"Na terpaksa kan?"
Husna terkebil-kebil lagi memikirkan jawapan yang sesuai. Dengan Tok Udin tiada sesi post mortem perasaan hatinya, Husna hanya menjawab 'Na setuju Tok' kemudian Tok Udin sudah diam sambil mengalirkan air mata.
"Pendapat Mek macam mana? sebab tu Na telefon Mek ni". Mentang-mentang bersuamikan polis. Mek boleh pula dari tadi soal siasat rasa hatinya tapi masih tidak memberi pendapat ikhlas Mek seperti dulu-dulu jika Husna dalam masalah.
"Nikah kahwin ni bukan main-main Na. Sebenarnya pendapat aku tak penting pun. Yang nak hidup serumah, makan sepinggan, tidur sebantal tu kau. Sebab tu aku suruh tanya hati kau sendiri. Atas sebab apa kau boleh terima Ehsan. Kalau kau jawab sebab cinta memang aku ketuk kepala kau kalau kau depan aku sekarang ni. Orang macam kita jangan nak propa sangat sebab cintalah konon. Nak membongek pasal hidup jangan dengan aku. Aku dulu dengan Badrul sebab cintalah konon sanggup buang emak buang saudara kahwin lari... kemudian apa jadi kat aku? mujur aje si Badrul tak lacurkan aku. Setakat dikebulurkan aku dua tiga hari tu dah tak heran aku. Sepak terajang dia je sampai kebal badan aku ni. Sebab tu aku suruh kau fikir baik-baik sebab paling munasabah untuk kau terima Ehsan. Dia tua dari kau 20 tahun ye Na. Jangan kau lupa tu. Tanya hati kau... ke na pa!"
Panjang lebar Mek bercakap dari sebelah sana Labuan. Sesudah solat isyak terus sahaja Husna menelefon Mek meminta buah pandangan. Husna duduk di mata tangga tingkat tiga bangunan rumah Aunty Mary sebab tingkat tiga tuan punya unit jadikan pejabat maka apabila malam tiada orang di situ. Selesa sedikit Husna mahu meluah rasa kepada Mek. Di dalam biliknya Tok Udin sudah tidur selepas solat dan diberi ubat.
"Na terhutang budi dengan Abang Ehsan".
"Bagus kau jujur dengan hati kau. Lagi!"
Husna garu kening, tak gatal pun sebenarnya cuma Husna sedang memujuk hati luahkan apa sebenarnya yang di rasa.
"Abang Ehsan baik. Na yakin Na akan selamat dan baik-baik je kalau pilih dia. Hidup Na terjamin. Tok pun akan baik-baik je".
"Alhamdulillah! Bangga aku Na. Berjaya didikan aku bagi ilmu hidup kat kau. Itu yang aku nak dengar dari mulut kau sendiri. Kau fikir untuk diri kau sendiri. Hidup ni kita jangan jadi jahat. Kita cuma perlu dulukan kebaikan kita baru fikir orang."
"Mek setujulah ni kan" Husna bertanya lagi polos.
"Selama aku kat sini Na... tak ada satu hari yang aku tak risaukan kau. Aku tahu Ehsan tu baik tapi berhati-hatilah beri hati kat orang ye. Agak-agak satu hari nanti ada perkara Ehsan buat memudaratkan kau tolong tarik diri. Jangan nak fikir pasal terhutang budi ke dulu dia baik ke atau satu hari nanti dia boleh berubah. tidak ye! jangan sesekali! faham Na?"
"Okay Mek. InsyaAllah."
"Kau nak dengar cerita best tak?"
"Nak!... Nak! Apa dia?"
"Lagi lapan bulan kau dapat adik"
Husna terdiam sesaat cuba memaham kenyataan Mek.
"Haaaaa!!! Waaaa bestnya! Alhamdulillah!"
Husna terlompat-lompat gembira.
Share this novel