AUTHOR NOTE
(((Selama ni bila sis bce novel author lain bestnye. Selalu terfikir macam mana diaorang cari idea. Bestnye dapat luah apa yang dibayangkan pada ayat. Tapi bila sis dah mula baru sis tau susahnya nak karang walau seperenggan ayat. Dan lg bila dah mula sayanglah plk klw tak sudahkan apa yang dh ditulis. Kepada yang sudi bace tulisan sis ni tqvm. Please pls pls Komen dan tolong bagi bintang sikit ye. Tak sangka rasa teruja bila nampak ada yang sudi baca tu sampai tak tahu nak cakap macam mana sukanya. tqvm semua. sayang you all. Tapi sis mohon sgt2 kwn2 drop Komen ye)))
@@@@@@@@@@@
"Yang ni Na nak tak?"
"Kan Kak Yong kata semua dia tolong uruskan. Kak Yong dah beli pun dengan Ibu".
"Itu untuk hantaran, yang ni untuk Na simpan la boleh pakai tukar-tukar nanti."
"Na nak ke mana aje asyik nak tukar-tukar beg. Membazirlah Abang. Yang kat bahu Na ni pun jarang guna. Kalau pergi kerja baik Na bawak beg Kanvas. Tahan lasak beg yang Na bawak kerja tu."
Ehsan senyum sahaja. Rasa bangga tiba-tiba dapat menawan hati Husna. Ehsan berdoa dalam hati supaya sikap merendah diri ini kekal pada Husna. Bukan bermaksud dia mahu berkira dengan Husna tetapi kerana sikap itulah Ehsan jatuh hati kepada gadis comel ini.
Ehsan bertekad dia tidak akan berkira harta benda untuk Husna kerana Husna berjasa kepadanya. Kerana Husna dia jadi berani meninggalkan segala kemungkaran yang dilakukan. Kerana Husna dia berjaya tanggalkan topeng di sebalik wajahnya. Ehsan mahu buang cerita hitam dahulu. Moga Allah tolong hatinya untuk kekal istiqomah.
"Lepas kahwin Na tak payah kerja tau. Duk rumah je jaga Tok".
"Maaf Abang, Na dengan Tok susahkan Abang".
"Apa Na cakap macam tu. Yang patut minta maaf tu Abang"
"Kenapa pulak?"
"Ye la... kesian Na kahwin dengan orang tua. Terima kasih tau Na sudi terima Abang walaupun Abang tua."
"Tua handsome tak pe. Na ok je" Seloroh Husna kepada Ehsan.
"Abang handsome ye?"
"Boleh la". Husna tertawa dengan jawapannya. Ehsan tidak terusik sedikitpun. Menyengih sahaja Ehsan merenung wajah cantik Husna. Betul-betul angau.
"Tapi Abang cakap betul ni. Jangan nanti Na mintak nak kerja bagai. Na memang kena duduk rumah je, jaga Tok, jaga Ibu, jaga anak...."
Bulat mata besar Husna mendengar perkataan terakhir Ehsan. Merah mukanya. Husna renjis muka Ehsan dengan air minuman di tangannya menggunakan straw. Ehsan ketawa besar melihat wajah malu dan bengang Husna.
"Abang dah telefon Abang Daus?"
Ehsan geleng kepala.
"Abang gaduh ke dengan Abang Daus. Na telefon pun Abang Daus tak jawab".
"Na ada telefon Abang Daus?"
"Ada. Tak seronoklah tak jemput dia. Na telefon nak menjemput."
"Lepas ni Na tak payah call dia lagi tau. Biar Abang yang call."
"Abang Daus marah kita ke sebab rahsiakan hubungan kita."
"Abang tak tau."
"Na rasa dia merajuk. Sebab last sekali masa Na berbual kat telefon yang Na cakap pasal kita nak bertunang ni. Na tanya dia Abang tak bagitau ke... lepas je dia jawab tak de Abang tak bagitau terus dia matikan call. Sejak tu dia tak pernah call Na. Kalau Na call pun dia tak angkat."
"Lepas ni Na tak payah call dia lagi tau. Janji dengan Abang".
"Tapi kenapa. Tak mahu lah gaduh-gaduh Abang".
"Na please! Janji dengan Abang lepas ni Na jangan call lagi okay!"
"Okay Na!" desak Ehsan lagi.
"Okay. heh! tak faham la Na" rungut Husna perlahan.
"Dah jom. movie dah mula". Tak pernah Husna sangka dia akan berpeluang menonton wayang.
******************
Husna yang memakai busana kurung moden berwarna putih gading duduk di atas pelamin mini berwarna ungu samar. Sejuk kaki dan tangannya. Aunty Mary duduk di sebelah Husna menemaninya di atas pelamin. Aunty Mary juga berbaju kurung moden tetapi berwarna ungu pekat. Sewarna dengan baju melayu Tok Udin dan Sam yang duduk di meja paling hampir dengan pelamin mini.
Mereka itu sahaja keluarga yang mewakili Husna. Berbaur segala macam perasaan dalam hati dan fikiran Husna. Sesekali sahaja telinganya dapat menangkap perbincangan dua pihak tentang urusan pertunangan dan juga urusan nikah yang akan berlangsung dua bulan lagi dari tarikh pertunangan hari ini. 16hb Febuari tarikh nikah Husna sebulan selepas genap umurnya 16 tahun.
Oh ya! untuk urusan perbincangan, Mek dan Acik Bahari meminta bantuan rakannya dari balai polis Bukit Aman, namanya Imam Yaakob dan isterinya Ustazah Asmah.
Husna tersedar dari lamunan apabila mereka yang berbincang sudah mula berdiri. Mereka menolong memberi laluan kepada Datin Hasiah untuk memimpin Hajjah Hassanah ke pelamin.
Bagai ada perkumpulan yang berkompang di dalam dada Husna. Bagaimana hari nikah nanti begini juga ke gemuruhnya. Jangan masin cakap Mek hari itu sudahlah. Mudah-mudahan Allah panjangkan usianya. Sekurang-kurangnya sehingga nafas terakhir Tok Udin.
Hajjah Hassanah duduk di sebelah kanan Husna dengan bantuan Datin Hasiah. Seorang dari saudara perempuan sebelah Ehsan datang menghulur bekas cincin di dalam dulang kecil yang dihias cantik.
Datin Hasiah keluarkan cincin daripada bekas baldu berwarna ungu gelap kemudian menghulurnya kepada Hajjah Hassanah. Tangan tua Hajjah Hassanah berhati-hati memegang lembut jari putih melepak Husna dan kemudian menyarung sebentuk cincin belah rotan pilihan Husna.
Beberapa orang ahli keluarga Ehsan sibuk merakamkan detik gembira itu ke dalam kamera dan telefon bimbit masing-masing.
Husna salam hormat tangan Hajjah Hassanah dan kemudian menyalam pula tangan Datin Hasiah. Akhir sekali Husna menghadap pula ke kiri bersalam dengan Aunty Mary. Merah mata Aunty Mary sebak kerana menjadi saksi gadis cantik yang membesar di depan matanya telah menjadi tunangan orang.
Dia juga sedih mengingat tangisan ralat Mek ketika menelefonnya malam tadi mengucapkan terima kasih kerana mewakili dirinya menemani Husna. Jika Mek tidak meminta sekalipun dia dengan rela hati menemani Husna. Mary juga sayangkan Husna sebagaimana Mek.
Husna turun dari pelamin mini menuju kepada Tok Udin yang duduk di kerusi roda ditemani Sam anak Aunty Mary. Husna salam tangan tua Tok Udin dan mencium lama tangan itu. Berjuraian air mata Husna membasahi pipinya. Husna takut Tok. Husna ratib lagi ayat itu dalam hatinya.
Tok Udin juga sudah basah dengan air mata. Terlalu banyak dosanya dengan cucu yang hanya seorang ini. Cucu yang banyak berjasa tidak sebanding dengan umur. Jika di kira pengorbanan yang dilakukan Husna kepada dirinya dengan dia menjaga cucu itu umpama langit dan bumi. Jasa Husna itu umpama telah boleh menimbus dirinya dalam lubang yang dalam sedangkan apa yang pernah dirinya berikan kepada Husna sekadar menutup tapak kaki gadis itu.
Tok Udin berharap sangat tindakannya mengahwinkan Husna dengan Ehsan suatu keputusan yang tepat. Dia tidak boleh meramal masa hadapan tapi jika dicongak dari contoh kehidupan orang lain di muka bumi ini maka tepatlah keputusannya. Hati tua Tok Udin yakin Ehsan sosok baik yang boleh menjaga cucunya apabila dia check in ke alam lain.
Tok Udin regangkan pelukan ke tubuh Husna memegang wajah Husna dengan sebelah tangan. Terketar-ketar tangannya cuba menyapu air mata di pipi Husna. Cantiknya cucu seorang ini. Bertambah cantik hari ini apabila telah didandan sempena hari pertunangannya.
"Pakcik, Husna, Puan Mary dan Encik Sam Mari kita... jemput makan. Pakcik nak makan apa saya tolong ambilkan" Datin Hasiah mempelawa bakal keluarga Ehsan untuk menjamu selera. Dia tumpang sedih dengan babak air mata antara Husna dan datuknya yang lumpuh sebelah badan.
"Tak pe Kak Yong, biar Na aje tolong Tok makan".
"It's okay Na, Let me help Tok. You have to entertain the guest" Sam yang tidak banyak bercakap menawarkan dirinya untuk membantu Tok Udin.
"Ye Na. Biar Sam dengan Aunty tolong. Na kena layan tetamu lagipun Na kena berkenalan dengan keluarga Ehsan."
Husna mengangguk lambat-lambat. Menggenggam perlahan jemari Aunty Mary sambil berterima kasih dan tersenyum sayu. Syukur ada Aunty Mary yang baik. Memandang Aunty Mary menjadikan jauh di dasar hatinya yang paling dalam ketakutan untuk melangkah ke masa hadapan. Jika tiada lagi wajah-wajah ini bagaimana dengannya. Hari ini sahaja dia rasa kekurangan. Rasa tidak lengkap kerana ketiadaan Mek. Ya Tuhan ketakutan jenis apa yang menyebar di seluruh hati dan fikirannya.
"Maaf ye Puan Mary... saya pinjam Husna ye. Nak kenalkan dengan ahli keluarga."
"Ya Datin... silakan."
Datin Hasiah melekapkan tapak tangannya ke dalam tapak tangan Husna. Memandang wajah cantik itu yang terang-terang tidak gembira sepenuhnya. Menggenggam jari jemari sejuk Husna.
"Kita ambil makanan dulu. Lepas tu duduk kat meja Ibu jadi biar tetamu datang ke meja sementara Na makan. Kalau buat macam ni Na tak segan sangat nak jalan ke sana sini jumpa orang. Sebab diaorang memang akan kena jumpa Ibu kat meja tu."
Datin Hasiah yang faham dengan fizikal dan mental Husna yang sedang canggung menyarankan bantuan.
"Baik Kak Yong. Na ikut aje."
Datin Hasiah senyum manis cuba menyalurkan kekuatan kepada gadis kecil itu melalui senyuman mesranya. Kemudian Datin Hasiah memimpin Husna ke meja hidangan buffet.
Selepas selesai memilih juadah mereka tuju ke meja santapan Hajjah Hassanah dan beberapa ahli keluarga tua. Husna sedikit lega kerana Datin Hasiah tidak pernah meninggalkan dia sendirian di majlis itu.
"Ape ke comel benar si Ehsan pilih ni Senah? Dah serupa layak anak si Ehsan le pulak aku nengoknya."
"Baguslah comel Bedah oi. Pandang tak jemu. Tak de sibuk nak menambah cawangan."
"Kalau dah gaya gini comelnya si Ehsan tambah cawangan memang nak kena libas".
"Pepadah cantik budak ni. Dah serupa anak patung."
"Alang-alang kahwin lambat dicarinya yang serupa miss universe".
"Jangan bagitau Ehsan... tapi aku rasa lagi layak ke Deris budak ni."
"Iya la Siah. Padan jadi menantu kau ni."
"Mak Teh jangan la cakap macam tu. Dengar dek Ehsan kecik hati dia."
Hajjah Hassanah hanya mampu diam. Dia tuan punya majlis jadi dia serba salah mahu menegur sanak saudara yang teruja berkenalan dengan bakal menantunya yang cantik tapi di bawah umur ini.
Akhirnya Datin Hasiah juga yang berbunyi mengawal suasana. Silap percaturan rupanya dia memilih meja tempat Ibunya duduk bersama ibu saudaranya dan saudara mara perempuan seusia ibunya dan dia.
Melihat Husna yang mati tingkah dan seperti hilang selera Datin Hasiah jatuh kasihan. Husna sekadar menyuap dua tiga butir nasi ke dalam mulutnya ketika mereka yang lain menuturkan kata-kata tadi.
Apabila topik perbualan berubah kerana ditegur Datin Hasiah sebentar tadi barulah suasana jadi tenang.
"Na nak pindah meja lain ke?. Kak Yong minta maaf ye." bisik Datin Hasiah ke telinga Husna.
"Eh! tak pe Kak Yong. Na okay. Boleh aje duduk sini."
"Maaf ye Na"
Husna senyum canggung. Kenapalah Datin Hasiah sangat baik begini. Rasa serba salah Husna kerana menyebabkan Datin Hasiah terpaksa menegur perbualan saudara mara hanya untuk menyelamatkan dirinya dan Ehsan.
Ehsan sampai ke majlis agak lewat. Memang itu yang diarahkan ibunya dan Kak Yong. Kata ibunya tidak manis bakal pengantin lelaki berada di majlis pertunangan mengikut cara orang tua dahulu. Jadi ibunya menyuruhnya datang lewat hanya untuk makan.
Apabila Ehsan sampai dan jemputan telahpun berkurangan segera dia menjamu selera kerana dia tidak mahu melepaskan peluang mengambil gambar sebagai kenangan dengan Cik tunang yang cantik manis umpama bidadari itu.
Siapa nama sebenar mek. Sy lupa la. ada sesiapa dah jumpa tak klw Sy ada up nama sebenar mek =(
Share this novel