"Mungkin tak sebab hari Khamis tu?"
"Mungkin..."
"Kenapa dengan hari Khamis?"
"Oh! Kau tak ada dekat tempat kejadian ye".
"Dia tingkat bawahlah. Orang tingkat empat aje saksi kejadian, orang tingkat tiga pun kalau diaorang bawak makanan turun bawah mesti tak tahu cerita tu."
"Apa ni bikin suspen... ceritalah."
"Cerita apa ni?"
"Ahh! lagi seorang!..."
"Boss..."
"Oh! ye la. Boss accident kenapa?. Aku pun tak faham"
"Someone said... he's jump!."
"Haaa!!!. Don't make assumptions lah. Not funny lah"
"Kau tak nak dengar silakan beredar ye."
"And from my source... thats what police said from their investigation."
"tapi kenapa?"
"Sebab tu lah aku tanya... mungkin tak sebab cerita hari Khamis."
"Kenapa dengan hari Khamis?"
"Arrgghhh!!! lagi seorang!"
"Tanya pun marah. Aku cuma nak tau apa cerita hari Khamis dengan cerita boss accident."
"We all waiting for the lift at forth floor. Suddenly Na running from inside and she's crying. Boss chased for her from behind and caught her in front that lift. Na pushed him and remove the engagement ring and put that ring on the floor then she run away using emergency stairs. Boss also crying that time."
"Boss dengan Husna hilang sepanjang petang. Meeting untuk new agreement contract pun Boss tak attend."
"Malam tu Boss accident."
"Tapi kenapa? They seem to love each other."
"Suddenly she realizes he's too old for her."
"No lah.."
"Something big..."
"Third party?"
"Maybe!"
"No lah. Only a few weeks left".
"Boss nak kurangkan hantaran kot!"
"Apa ni... Boss dah meninggallah. Patutnya you all sedekahkan Fatihah. Ni bantai gossip pulak!"
"Relaxlah... janganlah marah-marah. Kami cuma curious je."
"Kalau betulah boss terjun sebab Na kesiannya. Bunuh diri tu!"
"Budak tu pun merajuk main tanggal cincin macam tu pulak. Kecewalah kawan tu. Hati pulak dah berkobar-kobar nak bini bawah umur."
"Woi! woi!... ayat jahat tu."
"Betul apa... sebab tu jangan pilih budak-budak. Akal tak matang lagi."
"Yang tak matang yang terjun tu!".
"Suicide! are you sure?"
"Heh! dah la. Kalau Husna dengar sedih dia."
"Where is she?"
"Hospitalized."
"High fever. Shock!"
"Tapi... she's there."
"Where!!!"
"Funeral!..."
"Kau ni bikin suspen. Aku ingat dia datang tadi!"
"Padan muka! Bercakap tak toleh kiri kanan... Tapi betulah masa kebumi hari Jumaat petang tu Na ada. And Boss family allowed her there."
"Tu sebab family Boss tak tahu cerita hari Khamis."
"Confident aje you all cerita hari Khamis ada connection."
"Then why!?"
"Okay times up."
"..."
"I thought you want to reveal something."
"Taaakkk la! tu pukul sembilan. Dah waktu kerja."
"Who's going to run this company?"
"Big Boss."
"That Boss... the one tall, dark and handsome."
"Wow. Bestnya, mesti semangat nak kerja."
"Bila Boss baru nak datang."
"Miss Sheila said around next week."
"Bukan ke big Boss tu our late Boss nephew".
"So..."
"Aku tak nampak dia masa hari kebumi Jumaat tu".
"Somebody said he lost his passport."
"Laaa... ye ke."
"But he's more strict than our late Boss."
"Because this is his company his business."
"Baik buat kerja sekarang. Dia dah masuk... tengok Cctv semua duk gossip lagi dah pukul sembilan... dah bolehlah pakat minta kerja tempat lain."
"Okay! okay!"
Ruang belakang kaunter Siti, di lantai satu di lorong masuk ke Jabatan Logistics lengang apabila semua kakitangan yang berkumpul di situ bersurai untuk ke ruang kerja masing-masing.
Sheila yang berdiri di balik dinding menuju ke tangga kecemasan menunggu di situ sehingga pasti semua sudah beredar.
Dia tersenyum senang hati. Takdir juga menyebelahi dirinya. Budak kecil itu kalah juga. Senang hatinya bila pasti tiada majlis perkahwinan akan berlaku.
Bukankah adil begini. Tiada siapa yang memiliki. Walaupun arwah Ehsan memilih budak pengemis itu tapi ianya tidak berjaya. Sekurang-kurangnya dia berpuas hati perempuan itu tidak akan berada lebih tinggi dari arasnya.
Lebih gembira bila mendengar mereka yang lain bercerita bahawa kematian Ehsan ada kaitan dengan budak perempuan itu. Dia juga tahu cerita hari Khamis itu kerana dia ada di hadapan lift juga ketika itu. Mungkinkah benar ada kaitan?
Biarlah! sekalipun ada kaitan dia tidak kisah bagaimana terkaitnya. Yang penting dia merasakan dia tidak kalah. Selepas ini dia mahu singkirkan perempuan itu daripada berada dalam bangunan syarikat ini. Kelibatnya sahaja menyakitkan mata Sheila.
Tunggu Boss baru datang dan dia akan lakukan sesuatu!
***************
Ummi dan Walid sudah terbang ke Korea pada pagi Ahad. Idris maklum perkara itu. Dia yang mengaturkan temujanji dengan klinik pakar Ortopedik di Iteawon Korea itu.
Ummi kata Mak Ngah Azni bawa Tok Ibu Ke Muar Johor kerana tiada sesiapa di Kuala Lumpur boleh menjaganya. Acu Hasry dan Acu Hairy ke duanya doktor yang harus bertugas shift dan kebetulan pula isteri mereka juga doktor dan jururawat yang juga berkerja shift. Dahulu tidak pernah ada masalah tentang urusan kebajikan Tok Ibu kerana ada Bong.
Idris ralat sebenarnya. Sangat-sangat ralat kerana tidak dapat pulang awal ke tanah air untuk memberi penghormatan terakhir kepada Bong. Untuk menatap wajah Bong buat kali terakhir.
Sepatutnya dia sudah pulang ke tanah air ketika hari pertunangan Bong tapi dia bertangguh kerana mendapat peluang keemasan untuk menandatangani perjanjian kerjasama dengan seorang taikun perniagaan daripada Dubai.
Pulang dari Dubai dia bertangguh lagi untuk menyiapkan kertas kerja projek usahasama perniagaan membekalkan makanan halal ke Eropah yang telah berjaya di lobinya.
Kemudian pada awal minggu lepas tarikh sepatutnya dia menempah tiket penerbangan pulang ke tanah air barulah dia sedari dia kehilangan passport miliknya. Untuk membuat passport sementara di kedutaan Malaysia di Kota London dia harus menunggu seminggu masa untuk mendapatkan dokumen tersebut.
Dan inilah dia di hari Isnin ini barulah dia menjejakkan kaki ke tanah air. Ralat yang bukan sedikit. Dia benar-benar rasa bersalah kerana dia dan Bong amat rapat di waktu kecilnya.
Bong yang amat baik. Bong yang berbudi bahasa, Bong yang mengajarnya membaca, menulis dan mengira. Bong yang menjaga kebajikan dirinya. Bong yang sentiasa ada ketika Walid dan Ummi sibuk berkerja. Dan Bong yang... kasihan.
Ya. Bong yang kasihan. Dia tidak akan lupa kesakitan Bong, trauma, rasa rendah diri, dinafikan hak dan dimalukan. Di saat rakan sebaya sibuk beriadah, bersosial bersama rakan sebaya dan terjebak cinta monyet lain pula nasib Bong.
Dia saksi hidup untuk semua kesakitan perasaan Bong. Berapa kali datuknya Haji Hassan pergi ke sekolah Bong berurusan dengan pihak pentadbiran supaya mengambil tindakan yang tegas kepada mereka yang membuli Bong. Keadaan bukan menjadi lebih baik jika datuknya ke sekolah sebaliknya si pembuli lebih mencabar mereka dengan episod buli fizikal yang lebih teruk. Lebih menyedihkan tiada saksi untuk setiap kisah malang Bong kerana tiada siapa yang akan berani tampil untuk mempertahankan Bong.
Masa kanak-kanak dan awal remaja Bong lebih banyak berada di rumah daripada berada di sekolah menimba ilmu di sana. Bertukar sekolah juga bagai tidak menyelesaikan masalah Bong.
Sehinggalah apabila datuknya Haji Hassan mempunyai dana yang cukup hasil simpanannya dan sumbangan anak-anaknya iaitu Ummi dan Pak Ngah yang pada ketika itu telah stabil ekonomi keluarga mereka, barulah nasib Bong menjadi lebih baik. Dana itu digunakan untuk membiayai pembedahan terakhir kali ke wajah Bong yang sumbing bibir dan hidungnya.
Dia tak akan lupakan masa-masa sedih itu. Kerana itu apabila rezeki dia lebih hingga membolehkan dia berkongsi dengan keluarga, dia sangat tidak berkira dengan Bong. Apa sahaja untuk Bong dia sanggup sediakan. Dia mahu Bong yang sedih hidupnya dari lahir itu merasa bahagia. Dia juga tidak mahu siapa-siapa lagi merendah-rendahkan Bong atau membuli Bong atau mengambil kesempatan atas Bong walau dengan cara apa sekalipun.
Apabila Ummi menelefonnya memberitahu Bong kemalangan dan dalam keadaan kritikal dia benar-benar tidak percaya. Langsung tidak dapat menerima berita sedih itu. Bagaimana Bong boleh terjatuh daripada balkoni rumahnya. Dia tahu bentuk apartment Bong kerana dia yang menghadiahkannya kepada Bong. Jika tiada usaha tidak mungkin seorang individu dewasa boleh saja-saja terjatuh dari balkoni itu.
Fikirannya melencong jahat. Sama ada kerana di tolak atau di paksa terjun atau Bong berada di luar fikiran warasnya. Kenapa? yang mana satu daripada barisan fikirannya itu?
Apartment di tingkat lima dan Bong jatuh di atas ruang belakang sebuah lori milik kontraktor baikpulih bangunan yang di bayar oleh pihak pengurusan apartment yang di parkir di situ. Cerita Ummi lagi Bong sempat di bawa ke hospital dan di ajar mengucap buat terakhir kali.
Hatinya masih sedih dan masih menafikan kebenarannya. Dia tidak dapat menerima cakap-cakap beberapa individu seperti keluarga jauh dan kenalan Bong yang mengatakan Bong membunuh diri! Naudzubillah min dzalik!
Tidak!!!
Bong tidak akan buat begitu. Tidak akan!
Jika.... jika ianya benar sekalipun pasti ada dalang di sebalik keputusan berat tanpa akal waras yang menyebabkan Bong berfikir sesingkat itu. Bong sudah cukup trauma dengan kisah dulu dan ada sesuatu dari cerita sekarang mempengaruhi keputusan rasionalnya.
Idris akan siasat apa puncanya. Dan jika ada yang membuat onar dalam kehidupan Bong sehingga Bong mengambil keputusan sesingkat itu...nahas!!!
Share this novel