Bab 64

Drama Series 136351

Acik Enon dan Acik Yem sudah pulang. Tinggal Ummi dan Walid bertiga dengan Idris. Sembab mata semua orang dengan cerita Idris.

Jika tidak mengenangkan Idris sedang sakit dan anak bertuah itu nampak sangat menyesal, mahu rasanya Datin Hasiah beduk-beduk Idris buat melepaskan rasa marah dan geram yang amat. Puas Datuk Idham menenangkan isterinya selepas habis Idris bercerita tadi.

Sekarang semua orang sedang risaukan Husna, Ibrahim dan Ismail. Kemana anak cucu itu bersembunyi bekorban diri kerana ugutan Sheila. Rasa bersalah memberat dalam hati Datin Hasiah. Sebegitu baik isteri itu sanggup Idris memperjudikan tuah.

"Lepas Bong jatuh tu... dia masih boleh bercakap."
"Sebab Bong jatuh atas timbunan kotak kat dalam lori bawah apartment tu."
"Tapi memang dia dah nazaklah"
"Dia cakap dia bukan terjun. Dia terjatuh masa tukar mentol lampu dekat balkoni tu."
"Pakar forensik pun sahkan yang sama untuk tuntuntan insuran Bong".
"Dia jatuh bukan dia terjun!"
"Asik disebutnya dia nak jumpa Husna Kali terakhir nak berterima kasih. Nak minta maaf."
"Kata Bong sebab Husna dia ada kekuatan untuk berubah".
"Sebab Husna dia mahu pulang ke pangkal jalan. Nak kuat semangat macam Husna."
"Tinggalkan perangai buruk dia. Mulanya kami tak faham."
"Tok Ibu pun tak faham dia asyik minta ampun pada Tok Ibu..."
"Lepas laporan darah keluar baru kami faham... Acu Hasry kata Bong ada HIV"
"Bong tunang yang pergi pun sempat minta maaf dan berterima kasih pada Husna... kamu Ris! suami... dapat isteri sebaik itu habis Ris nayekan budak yatim piatu tu."
"Sekarang ni! mana anak isteri kamu Ris!"

Semasa bercakap Ummi menangis, habis bercakap semakin mengongoi-ngongoi Ummi menghambur tangisan sedih.

Idris juga sejak dia berjaya meluah segala rahsia yang disorok selama enam tahun ini memang menangis sahaja tidak berhenti. Sesal yang amat. Selama ini Husna derita hidupnya. Semakin derita berkahwin dengannya yang menuduh isteri itu pembunuh. Berdendam untuk suatu yang bukan seperti yang dia fikirkan.

"Ummi tau kamu makan bubur ni! habiskan! cepat-cepat sihat! keluar sana cari anak-anak dan isteri Ris!"

Ummi tolak kuat sedikit mangkuk tingkat di atas meja makan pesakit di hadapan Idris.

"Jom Bang! tak bolehlah saya nak berlama kat sini. Sakit hati! nak di beduk bagi puas hati orangnya sakit! Baliklah jom Bang!"

Walid hanya diam. Memandang belakang tubuh Ummi yang sudah menonong menolak pintu untuk keluar.

"Kali ni... minta maaf Ris. Walid setuju dengan Ummi."
"Cepatlah sihat... cari anak isteri yang entah macam mana kat luar tu."

Kedengaran bergetar suara Walid ketika mengungkapkan kata-kata itu. Walid juga bangun menuju pintu dan keluar dari bilik ward.

Idris di atas katil hanya tertunduk lemah dengan linangan air mata. Ralat yang amat menuduh Husna yang tidak-tidak. Pisau cukur, pembunuh hanya layak menjadi hamba... membayangkan kesakitan perasaan Husna semakin laju air matanya menitik membasahi selimut hospital.

Isteri itu yang di tuduhnya bukan-bukan sanggup pula merisikokan diri pergi tiga beranak di luar sana entah di mana demi memastikan dia tidak di apa-apakan si gila Sheila yang mengugut akan menyantaunya.

Idris tarik mangkuk tingkat yang Ummi tinggalkan. Idris bukan penutup dan menyudu laju-laju bubur ayam ke dalam mulutnya.

Dia mahu cepat sihat.

Cepat sihat supaya dapat mencari Husna, Ibrahim dan Ismail.

Menitis lagi air mata Idris.

*****************

"Mak..."

"Ye Sayang."

"Ibrahim rindu Atok Abah rindu Mak Tok dengan Pakcik Ayah."

"Ismail pun sama!"

Husna yang sedang menggunting kain langsung terhenti kerjanya. Dipandang wajah anak-anak yang sedih. Husna letak gunting atas meja, mendepang tangannya meminta Ibrahim dan Ismail masuk dalam pelukan.

"Mak minta maaf ye. Nanti kerja Mak yang dekat sini dah sudah kita balik rumah Tok Abah dengan Mak Tok okay."

Ibrahim dan Ismail sekadar mengangguk yang lemah.

"Kenapa Mak kena kerja dekat sini? Dulu kan Mak dah ada kerja?"

Bagaimanalah dia dapat memahamkan anak-anak sekecil ini dengan masalahnya. Jika boleh dia juga tidak mahu pergi sejauh ini ke tempat yang dia tidak pernah sampai dan bekerja dengan orang yang langsung dia tidak kenal.

Dulu masa bekerja dengan Miss April lain ceritanya kerana Miss April itu anak saudara Uncle Wong. Dan Uncle Wong dan Miss April menyediakan keperluannya A hingga Z kerana ketika itu dia sedang mengandungkan kembarnya ini.

Sekarang ini berbeza sedikit ceritanya, walaupun majikan baru Husna ini kelihatan baik dan hampir seminggu ini dia selesa di sini dan keperluannya juga disediakan cukup, tapi dia ada Ibrahim dan Ismail yang harus diambil kira perasaannya. Anak-anaknya merindukan atok Abah dan Mak Tok yang sudah serasi bersama.

"Ibrahim! Ismail!"

"Ha! Abang Adib dah balik!"

Husna alih perhatian anak-anak yang sedang kerinduan Atok Abah dan Mak Tok dengan suara yang sedang memanggil mereka.

"Ibrahim! Ismail!"

Terdengar lagi nama kembar berdua diseru dari pintu hadapan butik pakaian.

"Cepat! kesian Abang Adib cari tu."

Cepat-cepat kembar berdua menuju pintu hadapan.

"Ibrahim! Ismail! Abang Adib belikan aiskrim ni. Nah!"

Adib yang sudah memunculkan diri di tengah butik menghulur kepada kembar berdua, dua batang aiskrim di kiri dan kanan tangannya sambil tersenyum lebar. Kembar berdua malu-malu mengambil aiskrim yang dihulur kemudian mengucapkan terima kasih.

Husna yang berdiri di belakang kembar berdua turut mengucapkan terima kasih kepada Adib anak majikan barunya yang baru pulang dari sekolah, berusia 16 tahun.

Terdengar loceng yang diletak di atas pintu utama butik berbunyi sekali lagi. Kali ini masuk pula Kak Izzah tuan punya butik pakaian dan merupakan majikan baru Husna.

"Masuk kereta pegang aiskrim kiri kanan tangan katanya khas untuk Ismail dengan Ibrahim."

Kak Izzah terus bercerita sambil ketawa.

"Dari dulu sibuk nak adik... hah! sekarang dapat dua terus. Lepas tu boleh terus buat main."

Adib dan Kak Izzah ketawa suka dua beranak. Husna tersenyum senang dengan sikap majikan barunya anak beranak yang amat periang.

"Ibu! Kak Na! Adib bawak Ibrahim dengan Ismail pergi bilik belakang boleh ye."

Kak Izzah pandang Husna minta kebenaran. Husna mengangguk sambil tersenyum.

"Jom gang. Kita main game."

"Eh! ni ambil ni dulu. Ajak adik-adik makan dulu baru main. Tengok tu... adik bukan untuk ajak main aje kena juga jaga makan pakai dia."

"Okay gang! jom kita makan dulu."

Ibrahim dan Ismail tersenyum malu. Suka dengan Abang Adib yang periang dan rajin melayan mereka. Lupa terus sebentar tadi kerinduan pada Atok Abah, Mak Tok dan Pakcik Ayah.

"Terima kasih Na sudi terima pelawaan akak kerja kat sini."
"Akak dulu ingat buka kedai ni nak main-main aje... mana tahu sambutan Alhamdulillah macam ni."
"Ni Na akak beli nasi ayam. Boleh ye nasi ayam?"

"Terima kasih Kak... tapi sebenarnya Na dah masak. Maaf Kak tak minta izin."

Husna tersenyum sumbing terkelat-kelat mukanya kerana berbuat sesuatu tanpa izin.

"Allah! ye ke?... kan akak cakap makan akak sediakan. Na tak payah masak. Akak lambat sangat ke balik?"

"Bukan... dah biasa masak sebelum kerja. Lepas ni akak tak payah beli pun tak apa. Na boleh masak. Kedai Aceh pun depan ni aje nak cari bahan."

"Okay... kita buat macam ni. Kalau Na tak sibuk, tak penat baru masak. Kalau tak beli luar aje. Akak bayar. Akak dah janji kan. Akak bersyukur sangat Na nak kerja dengan akak. Dari kerja dengan April dulu hasil kerja Na bagus."

"Tak adalah bagus akak. Bolehlah...."
"Okay... lepas ni kalau saya masak saya cakap akak."

"Alright! akak solat kejap ye. Nanti akak nak tunjuk Na kain yang untuk baju songket pengantin tu."

"Okay Kak."

Husna sekadar memerhati Kak Izzah yang memanjat tangga naik ke tingkat atas. Kemudian kembali semula ke meja kerjanya mahu menyudahkan menggunting kain.

Alhamdulillah dapat bekerja dengan Kak Izzah. Dahulu selepas Miss April berpindah ke Pulau Pinang dan dia bekerja dengan majikan baru yang membeli perniagaan Miss April dia rasa sangat tidak gembira kerana suami majikan baru itu menakutkan dengan aksi-aksi miang yang ditunjukkan.

Maka ketika itu Husna sibuk mahu mencari kerja lain sehinggalah dia berkenalan dengan Kak Izzah yang ditemui ketika membeli bekalan keperluan bahan untuk jahitan. Mereka bertukar nombor telefon dan Kak Izzah mempelawanya bekerja dengan Kak Izzah di butik pakaiannya. Masalahnya butik pakaian Kak Izzah jauh di Nilai Negeri Sembilan, kerana itu Husna menolaknya. Dia sudah serasi di Bangi dan ada Acik Enon dan Acik Yem untuk kembar berdua.

Syukur dia masih menyimpan nombor telefon Kak Izzah. Apabila Cik Sheila mengugutnya dia terus teringatkan tawaran yang Kak Izzah pernah tawarkan dan Kak Izzah sangat besar hati untuk menerima Husna.

Maka di sinilah Husna dan anak-anak akan bermukim.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience