Bab 21

Drama Series 136190

17hb Januari Hari Jumaat 5:00 am

Husna terjaga apabila terdengar pintu bilik di buka kemudian di tutup. Husna duduk di birai katil cuba mengecam keberadaan dirinya. Baru dia teringat cerita semalam. Hatinya kembali merintih. Akal dan hatinya penat.

"Eh! did I disturb you Sayang."

"No Aunty. Na rasa macam dah lama sangat Na tidur. What time is now Aunty."

"Five o'clock in the morning Na. Sam just left to work. He has to bring his soccer team to a game in Perak this morning. That's why he's early."

"Oh! Mesti dia penat kena tolong jaga Tok semalam. Pagi ni kena bangun awal."

"No lah. He is strong like a bull."

Aunty Mary dan Husna tertawa. Sam seorang jurulatih kecergasan bertauliah dan dia juga mempunyai lesen sebagai jurulatih bola sepak menyediakan remaja sekolah untuk latihan dan perlawanan.

"Na balik bilik Na Aunty... Nak solat."

"Oh sure dear. Do you want me to help you?. Did you feel better today?" soal Aunty Mary prihatin.

"Yes... I'm good. Thank you very much Aunty."

Aunty Mary tersenyum senang mendengar jawapan Husna. Menolong memapah Husna yang pada awal melangkah sedikit melayang.

Husna tuju ke biliknya. Tok Udin sudah bangun. Husna tolong Tok Udin membersihkan dirinya, menyalinkan lampin pakai buang dan menolong mengambil wudhuk. Husna salin juga alas katil Tok Udin kerana Tok solat baring di atas katil. Siap urusan Tok Udin barulah giliran Husna pula mengambil tuala dan peralatan mandi.

Husna tunaikan solat subuh kemudian qada Isyak, Maghrib, Asar dan Zuhur. Gugur lagi air matanya. Kerana gagal menangani masalah dunia dia lalaikan urusan akhiratnya. Lemah!

"Na Sayang... Are you done dear". Kedengaran di sebalik pintu suara Aunty Mary memanggil namanya.

6:55 am. Semalam di klinik Na dapat cuti sakit untuk hari semalam dan hari ini. Ehsan yang bersungguh-sungguh meminta cuti sakit itu untuk Husna.

"Yes Aunty. I'm coming."
"Yes Aunty." Husna buka pintu dan Aunty Mary menunggu di hadapan pintu dengan wajah penuh persoalan.

"Datin Hasiah waiting for you."

"Sorry..."

"Datin Hasiah... your future sister in law is waiting for you." Aunty Mary ulang sekali lagi, nadanya berbunyi pelik.

Husna yang masih bertelekung juga keluar dari bilik cuba memaham duduk perkara. Kenapa? Apa dah berlaku? Tiba-tiba jantung Husna berubah rentak. Ada urusan apa ye. Seawal ini dan berita apa?. Penting ke?.

Kenapa tidak bertelefon. Oh! baru Husna ingat telefon bimbitnya yang kehabisan bateri baru sahaja Husna cas sebelum solat subuh tadi.

Husna ke ruang hadapan. Rumah Aunty Mary tiada ruang tamu kerana telah diubahsuai supaya bilik bertambah untuk disewakan. Bilik Aunty Mary dan Husna yang bersebelahan berada di bahagian belakang berdekatan dapur dan bilik air.

Datin Hasiah berdiri di hadapan pintu yang terbuka daunnya. Mendengar derap langkah Husna dan Aunty Mary segera dia menoleh. Husna tergamam melihat raut wajah Datin Hasiah yang sembab dan matanya merah kerana tangisan.

"Husnaaaa..."

Hanya itu yang keluar dari mulut Datin Hasiah kerana Datin Hasiah sudah menyembam wajahnya ke bahu Husna kemudian terhinggut-hinggut tubuhnya menangis. Kenapa? Ibu sakitkah? Ibu sudah tiadakah?

"Na jangan tanya apa-apa dulu. Na kena ikut Kak Yong sekarang, nanti baru Kak Yong cerita."

Arahan itu yang keluar dari mulut Datin Hasiah apabila dia berjaya mengawal perasaannya.

"Puan Mary, boleh ye tolong uruskan atok Husna untuk hari ini." Sempat lagi Datin Hasiah bertitipan kepada Aunty Mary walaupun dalam keadaan seperti tidak mampu berfikir lagi.

"Of course Datin. I can I will." Aunty Mary juga menjawab kelam kabut seperti nada Datin Hasiah.

"Let's go Husna." Datin Hasiah paut tangan Husna. Cepat-cepat keluar dari rumah Aunty Mary dan memaksa Husna untuk menuruni tangga dengan cepat juga.

Kenapa ni?

Tiba di bawah, di parkir hadapan bangunan rumah Aunty Mary sudah ada sebuah kereta menunggu. Pemandu yang sudah bersedia segera membukakan pintu dan pantas menutupnya apabila Datin Hasiah dan Husna selamat masuk ke dalamnya dan segera juga memandu pergi.

Perjalanan sedikit lambat kerana kenderaan telah mula banyak di atas jalan. Pemandu memberhentikan kereta di hadapan pintu masuk sebuah hospital swasta. Husna sekadar diam mengikut arahan awal Datin Hasiah. Tapi dalam hatinya penuh tandatanya dan lagi Datin Hasiah tidak berhenti mengalirkan air mata. Kenapa dengan Ibu?

Husna sekadar membuntuti langkah laju Datin Hasiah menuju ke lift naik ke tingkat tiga. Ketika sampai di hadapan pintu masuk sebuah bilik ward Datin Hasiah berhenti. Menoleh memandang Husna dengan linangan air mata.

"Na sabar ye, istighfar banyak-banyak ye Sayang."

Kenapa?

Datin Hasiah raih jari Husna yang sejuk umpama air batu. Memimpin perlahan Husna masuk ke ward ICU berpintu warna putih.

Nah... di atas katil sekujur tubuh Ehsan yang berselirat dengan pelbagai wayar yang menghubungkan wayar itu dengan beberapa mesin yang berbunyi.

Hajjah Hassanah duduk di bangku bersebelahan katil Ehsan menggenggam tangan anak kesayangan dengan linangan air mata. Sebelah tangannya memegang surah Yassin.

"Mari Na... sini kat Ibu." gamit Hajjah Hassanah memanggil Husna yang tergamam berdiri tegak bagai tiang bendera.

Ehsan meruit jarinya yang di dalam genggaman tangan Hajjah Hassanah dan Ibunya segera faham. Menarik Husna dan memberi ruang kepada gadis itu agar merapat ke katil Ehsan.

Husna tatap wajah Ehsan yang berbalut penuh. Tompok-tompok darah kelihatan di balutan itu. Hanya mata dan bibirnya yang sedikit kelihatan. Mata Ehsan merenung sayu ke wajah Husna. Terima kasih Tuhan kerana memberinya kesempatan bertemu Husna buat kali terakhir.

"Ma..af..yang..Na. Me..ka..sih..Na"

Dengan susah payah Ehsan tutur satu-satu.

"San... "La ila ha illallah".
"Baca San... "La ila ha illallah"
"Jangan sebut perkataan lain lagi ye nak.. "La ila ha illallah".

Hajjah Hassanah di sebelah Husna memujuk Ehsan membaca kalimah zikrullah itu dengan linangan air mata. Mata Ehsan masih memandang Husna dengan sangat sayu.

"Abang tak ada salah dengan Na. Kalau ada pun Na maafkan semua salah Abang. Maafkan Na juga dan halalkan semua makan minum dan bantuan Abang pada Na dan Tok ye."

Husna tidak tahu dari mana datangnya ketegasan dalam hatinya. Melihat Hajjah Hassanah yang merayu-rayu dengan rasa kasih seorang ibu agar Ehsan yang kelihatan nazak mengucap zikrullah itu menarik kewarasan fikirannya untuk segera berfungsi.

"Sekarang Abang ikut kami ye... "La ila ha illallah".
"La ila ha illallah".
"La ila ha illallah".

Beep
Beeeep
Bep Beep Beep
Sebuah daripada mesin berdekatan Ehsan berbunyi kuat.

Datin Hasiah di sebelah sana katil yang sedang membaca perlahan surah Yassin segera menekan loceng kecemasan memanggil jururawat dan doktor segera datang.

Seorang doktor lelaki dan dua orang jururawat menghampiri katil Ehsan. Memeriksa Ehsan dan mesin yang berbunyi kuat. Tapi mereka tidak meminta keluarga pesakit beredar dari bilik itu sementara doktor membuat pemeriksaan.

"Ibu ajak aje San berzikrullah." ucap doktor itu kepada Hajjah Hassanah yang sudah lencun dengan air mata. Baru Husna ingat doktor ini ialah salah seorang anak kembar bongsu Hajjah Hassanah.

"San baca ye San...La ila ha illallah".
"La ila ha illallah".
"La ila ha illallah"
"La ila ha illallah"
"La ila ha illallah"
"La ila ha illallah"
"La ila ha illallah"

Mereka berempat sama-sama berzikrullah agar Ehsan yang sedang nazak ikut menyebutnya bersama di dalam hati.

Beeeeeeeeeeeppppppppppp

Mesin yang berbunyi bising akhirnya mengeluarkan bunyi akhir yang nyaring dan panjang.

***************

Husna duduk menunduk kepala di sofa berwarna maroon. Baru sebentar tadi Kak Azni isteri Abang Ngah Hasman abang ke dua Ehsan memberinya sebuku roti dan secawan air kosong. Kak Azni pujuk Husna makan supaya Husna boleh menelan dua biji Panadol. Kata Kak Azni kalau panas badannya tidak kebah dia tidak boleh turut serta ke kubur. Husna telan juga sebuku roti itu dengan susah payah.

Sekarang, di sini di sofa maroon di ruang solat rumah Hajjah Hassanah ini Husna duduk menunggu sambil membaca surah Yassin. Hajjah Hassanah ada di dalam biliknya. Diminta oleh anak-anaknya supaya merebahkan diri dahulu sementara menunggu jenazah Ehsan pulang ke rumah.

Tadi semasa di hospital Husna dengar Acu Hasry memberitahu Datin Hasiah supaya membawa pulang dahulu Hajjah Hassanah kerana urusan post mortem mengambil masa yang lama dan jenazah Ehsan akan di uruskan sehingga sempurna di hospital juga.

Dan lagi urusan post mortem itu perlu untuk Kes kemalangan seperti Ehsan.

Tiada siapa yang memberitahunya secara terperinci jenis kemalangan yang membawa kepada kematian Ehsan. Mereka sekadar memberitahu Husna bahawa Ehsan kemalangan di apartmentnya.

Datin Hasiah yang sembab mata dan mukanya sibuk ke hulu hilir rumah menyambut kunjungan ziarah dari keluarga dan teman. Menyediakan keperluan menyambut kepulangan jenazah Ehsan sebentar nanti.

Kepada mereka yang datang berziarah juga diberitahu kematian Ehsan kerana kemalangan tidak lebih dan tidak kurang.

Di luar rumah Abang Ngah Hasman dan suami Kak Uda Hasidah bernama Abang Jalil sudah bersiap ke masjid untuk Solat Jumaat kemudian apabila jenazah Ehsan tiba nanti akan pulang singgah sekejap sahaja ke rumah sebelum mereka berdua uruskan untuk bawa pula ke masjid untuk solat jenazah. Begitulah susun atur yang Husna dengar.

Di hospital sudah ada Acu Hasry dan Acu Hairy yang menguruskan jenazah Ehsan. Mereka berdua doktor di hospital yang sama jenazah Ehsan berada.

Datin Hasiah juga sudah menelefon Aunty Mary menerangkan duduk perkara dan meminta tolong untuk menjaga Tok Udin kerana Husna akan bermalam di rumah Hajjah Hassanah. Husna bersetuju sahaja. Dia tidak berdaya berfikir. Otaknya tepu, fikirannya kosong tapi kenapa Husna rasakan perasaannya sangat sakit.

Apa yang meremuk perasaannya dan berlegar mengganggu adalah cerita hari Khamis. Kenapa hari Khamis terakhir bersama Ehsan harus begitu sejarahnya. Sepanjang membaca surah Yassin fikirannya berkalau-kalau. Kalaulah Husna tidak lari. Kalaulah dia mampu bertenang setelah melihat babak Ehsan di bilik mesyuarat. Kalaulah dia memberi peluang kepada dirinya sendiri mendengar cerita Ehsan. Kalaulah...

***************

Langit cerah sahaja tidak panas dan tidak juga hujan lebat seperti semalam. Husna duduk di tikar yang dibentang di hadapan kubur Ehsan. Sebelah kanannya Hajjah Hassanah dan di sebelah kirinya Datin Hasiah. Kakitangan syarikat juga memenuhi perkarangan kubur Ehsan, sanak-saudara dan rakan taulan.

Bismilla hir rahma nir rahim.

Mahasuci Allah yang bersifat dengan Baqa' dan Qidam, Tuhan yang berkuasa mematikan sekalian yang bernyawa, Mahasuci Allah yang menjadikan mati dan hidup untuk menguji siapa yang baik dan siapa yang kecewa. Mahasuci Allah yang menjadikan lubang kubur, sebesar-besar pengajaran untuk menjadi iktibar kepada orang yang lalai, dan sebesar-besar amaran kepada orang yang masih hidup. Ingatlah! Bahawa sekalian mahluk Allah akan hancur dan binasa, melainkan zat Allah Taala. Dialah Tuhan yang Maha besar dan mempunyai kuasa menghukum, manakala kita sekalian akan kembali menghadap hadirat Allah swt.

Wahai Ehsan bin Hawwa, wahai Ehsan bin Hawwa, wahai Ehsan bin Hawwa, hendaklah kamu ingat akan janji-janji Allah yang kamu bawa bersama-sama dari dunia ini. Sekarang kamu telah menuju masuk ke negeri Akhirat. Kamu telah mengaku bahawa tiada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah, dan bahawasanya Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah. Ingatlah wahai Ehsan bin Hawwa, apabila datang kepada kamu 2 orang malaikat sebagai wakil Allah menemui kamu, iaitu Mungkar dan Nakir, maka janganlah kamu berasa gentar dan takut, janganlah kamu berdukacita dan risau serta janganlah kamu bersusah-hati dan terkejut. Ketahuilah wahai Ehsan bin Hawwa, bahawasanya Mungkar dan Nakir itu hamba Allah swt, sebagaimana kamu juga.

Apabila mereka menyoal kamu dengan berkata: Siapakah Tuhan kamu? Siapakah Nabi kamu? Apakah agama kamu? Apakah kiblat kamu? Siapakah saudara kamu? Apakah pegangan dan iktikad kamu? Apakah kalimah yang kamu bawa bersama-sama kamu?.

Di masa itu hendaklah kamu menjawab soalan-soalan mereka dengan cermat dan terang, tepat dan betul. Janganlah berasa gementar dan janganlah bergopoh-gapah, hendaklah kamu jawab dengan tenang dan berhati-hati.

Hendaklah kamu menjawab : Allah Taala Tuhanku, Nabi Muhammad saw nabiku, Islam agamaku, kitab suci Al-Quran ikutanku, Baitullah itu kiblatku, sembahyang, puasa, zakat dan mengerjakan haji diwajibkan keatas aku. Semua orang Islam dan orang yang beriman adalah saudara aku, bahkan dari masa hidup sehingga aku mati aku mengucap: "La ila ha illallah Muhammad dur rasulullah".

Wahai Ehsan bin Hawwa tetapkanlah hatimu, inilah dugaan yang paling besar. Ingatlah bahawa kamu sekarang sedang berada di dalam alam Barzakh, sehingga sampai ke satu masa yang dijanjikan kelak, kamu akan dibangunkan semula untuk berkumpul di Padang Mahsyar dan akan diadili di Mahkamah Allah Rabbul Jalil.

Ketahuilah wahai Ehsan bin Hawwa, bahawasanya mati itu adalah benar, soalan malaikat Mungkar dan Nakir di dalam kubur adalah benar, bangun dari kubur kemudian kita dihidupkan semula adalah benar, berkumpul dan berhimpun di Padang Mahsyar adalah benar, dihisab dan dikira segala amalan kamu adalah benar, minum di kolam air nabi adalah benar, syurga dan neraka adalah benar. Bahawasanya hari Kiamat tetap akan berlaku, Kami ucapkan selamat tinggal dan selamat berpisah, kami menyerahkan kamu kepada Allah s.w.t. Semoga Allah s.w.t akan memberi kesejahteraan dan keselamatanNya kepada kamu.

Semoga Allah jualah yang menetapkan hati kamu. Kami sekalian berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t menaruh kasihan belas kepada kamu yang berdagang seorang diri di dalam kubur ini. Mudah-mudahan Allah akan memberi keampunan dan memaafkan kepada kesalahan kamu serta menerima segala amal kebajikan kamu.

Ya Allah, Ya Tuhan, kami merayu dan bermohon kepada Mu supaya tidak disiksa mayat ini dengan kemegahan penghulu kami Nabi Muhammad SAW.

Subha na rabbika rabbil izzati amma ya sifun, wasalamun alal mursaliin walham dulillahi rabbil alamin.

Al-Fatihah

*******************

Perkarangan kubur sudah mula lengang. Pelawat yang tadi ramai memenuhi sudah pulang satu per satu. Hajjah Hassanah dan Husna masih duduk di atas tikar.

Datin Hasiah, Kak Uda Hasidah dan Kak Ngah Azni sudah berdiri di pinggir kubur. Isteri Acu Hasry dan Acu Hairy sudah pulang awal kerana mereka ada anak kecil. Manakala saudara lelaki Ehsan masih di situ bersama mereka menemani Hajjah Hassanah yang mahu pula menemani Ehsan buat kali terakhir.

Ketika Hajjah Hassanah sudah bersedia melangkah pulang Husna berhenti sekejap memberi salam terakhir.

Terima kasih Abang untuk satu tahun terakhir ini mengasihani Na. Na bersaksi Abang sahabat terbaik.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience