"Kaki Acik Yem macam mana?"
"Dah banyak juga baiknya Ris."
"Budak berdua tu asyik bertanyakan Ris aje."
"Ye ke? saya pun rindu diaorang. Diaorang balik sekolah 11:30 kan Acik?"
Soal Idris memandang pula ke arah Acik Enon yang sedang menyiang pucuk paku yang Idris bawa sebagai buah tangan sebentar tadi.
"Ye Ris, kejap lagi. Ris nak pergi ambil ke?"
"Boleh juga."
Acik Enon letak dulang berisi pucuk paku di hadapan Idris kemudian mencapai telefon bimbitnya di atas meja. Terdengar Acik Enon berbual sesuatu kemudian menyudahi perbualan dengan salam.
"Acik dah cakap cikgu. Dah bolehlah ni Ris pergi ambil."
"Saya bawa diaorg pergi ngeteh kat mamak boleh tak Acik?"
"Mamak mana?"
"Depan ni."
"Ha yelah Ris."
"Acik Yem nak ikut."
Soal Idris kepada Acik Yem yang sedang menonton televisyen.
"Tak pelah Ris. Ris aje pergi dengan budak-budak."
Acik Yem menyahut dari sofa dia duduk.
"Acik Yem nak tengok Wanita Hari Ini kat tv3 pukul 12. Mana boleh pergi ngeteh"
Acik Enon bersuara menyakat Acik Yem dan mereka bertiga ketawa.
**************
"Kereta Pakcik Ayah best la."
"Terima kasih."
"Mak bawak kereta apa?"
"Tak ada kereta. Naik bas aje. Nak naik kereta kena naik kereta Atok Abah."
"Ooo... mak kerja apa?"
"Tailor."
"Ye ke. Mak pandai jahit la kan."
"Ye. Baju raya semua Mak jahit."
"Nak lepak mamak ke McDonald's?"
"McDonald's boleh tak Pakcik Ayah. Nak aiskrim Kon."
"Mestilah boleh untuk anak-anak Ayah ni."
Idris gembira dapat meluangkan masa dengan kembar berdua. Lagipula keduanya pandai berbual dan sentiasa ceria. Beza lebih kurang setahun sahaja kembar berdua dengan arwah Ahmad. Hatinya rindu dan serasa kembar berdua mengubat rasa rindu itu.
Mereka bukan setakat ke McDonald's sudahnya. Lepas McDonald's dan selepas mendapat keizinan Tok Abah dan Mak Tok mereka pergi jalan-jalan pula sehingga ke Berjaya Times Square Theme Park Kuala Lumpur. Oleh kerana tengah minggu dan hari bekerja puas kembar berdua dapat bermain untuk permainan anak seusia mereka.
Sudah petang baru mereka pulang ke Bangi. Mereka minta Idris datang lagi keesokan harinya. Idris yang sekarang banyak waktu senggang bersetuju sahaja jika dapat mengembirakan kembar berdua.
Acik Enon dan Acik Yem suka juga kembar berdua dapat menumpang kasih seorang ayah daripada Idris.
**************
"Husna!"
Husna terhenti di tengah kaki lima menuju ke tandas menunggu Miss Lim yang menyeru namanya dari jauh datang menghampiri.
"Ye Miss Lim."
"Boss dah agreed pinjamkan you for Monday and Thursday to clean up Encik Idris houses like he asked."
"This Thursday morning you start okay. You came early and wait at mall entrance for drivers sent you there. Okay?"
"Baik Miss Lim. Thank you."
"You're so lucky girl!"
Miss Lim bergerak ke arah pintu keluar setelah memberi arahan. Tenang Husna, jangan panik. Wahai hati tolong bertenang ye. Kita mesti lalui semua ini. Kita kena hadapi semua ini supaya apa juga keputusan akhir masalah ini dapat diselesaikan segera.
Husna fikir dia tidak mungkin dapat sembunyikan rahsia kembar berdua selama-lamanya. Baik dia mendekati Idris yang berjanji mahu menyelamatkan rumahtangga mereka, mahu berubah.
Hanya selepas dia benar-benar memastikan selamat untuknya dan anak-anak.
Jika benar bagai dikata bolehlah Husna menemukan kembar berdua dengan Ayah mereka. Mudah-mudahan Allah menolong mempermudahkan urusannya ini.
Amin Ya Allah.
****************
"Pakcik Ayah tu kereta dia besar."
"Ye ke? Ibrahim dengan Ismail cakap terima kasih tak?"
"Cakap Mak."
"Mak! Ayah kita baik macam Pakcik Ayah tak?"
"Offcourse lah Sayang."
Tiba-tiba Husna rasa bersemangat untuk berusaha memulihkan hubungannya dengan Idris supaya dia dapat segera mengenalkan kembar berdua kepada Ayah mereka. Sejak dia pulang daripada kerja petang tadi mulut ke dua mereka tidak berhenti bercerita tentang Pakcik Ayah.
Kedatangan anak saudara Acik Enon yang bernama Pakcik Ayah ini benar-benar membawa pengaruh yang besar kepada kembar berdua. Dia bimbang jika kembar sudah tidak peduli sama ada ayah kandung mereka hadir atau tidak dalam hidup mereka jika Pakcik Ayah ini benar-benar telah mencukupkan kekosongan watak ayah dalam hati mereka.
Mudah-mudahan Idris benar-benar boleh menerima Husna dalam hati lelaki itu.
***************
"Tuan."
"Ye Sayang! Sayang dah ada kat bawah ke?"
"Ye."
"Okay tunggu kejap. Abang turun."
***************
"Sayang dah sarapan?"
"Dah"
"Errmm... saya kemas dululah ye. Nanti ada rumah lain pulak kan nak kemas."
Husna ingat lagi Idris kata ada beberapa rumah yang mahu di kemas. Miss Lim pun kata beberapa rumah.
"Mana ada nak kemas... Abang saja je. Kan Abang kata nak pulihkan hubungan kita so kita kena ada masa bersama untuk saling mengenali. Macam orang bercinta tu... ada hari pergi dating kan."
"Ermmm... habis tu saya nak kena buat macam mana ni?"
"First... jom teman Abang breakfast. Abang belum sarapan. Sayang nak makan kat rumah ke nak makan luar?"
"Tak... tak taulah."
"Okay... apa kata untuk hari ni kita duduk rumah je dulu. Next week kita outdoor pulak okay?
"Oo..okay"
Sudahnya satu hari itu Husna terperap sahaja di rumah baru Idris. Berkemas rumah pun tidak. Kerana Idris sudah membersihkan rumah sebelum kedatangan Husna.
Idris juga yang memasak sarapan pagi dan makan tengah hari. Idris cuma mahu Husna ada di sisi menemankan dia memasak dan berbual kosong. Walaupun sebenarnya Idris sahaja yang banyak bertanya itu ini dan bercerita tentang dirinya sepanjang lima tahun terakhir ini.
Duduk di sofa berehat selepas makan Idris cerita penyesalan dia sepanjang lima tahun kehilangan Husna. Harapan dia selepas pertemuan ini.
Cerita pertemuan pertama selepas lima tahun juga Idris terangkan penyesalannya. Dia sangat terkejut dapat bertemu Husna. Tiba-tiba sahaja jadi marah kerana Husna sampai hati tinggalkan dia tanpa pamit. Idris minta maaf atas ketelanjurannya mengasari Husna pada malam terakhir lima tahun lalu dan cerita di pagi Sabtu itu.
Idris minta Husna bantu dia menangani rasa cemburu dan cepat panasnya apabila sesuatu berkaitan dengan Husna. Idris minta maaf kerana dia bukan lelaki yang romantik.
Husna yakin Idris mahu berubah tapi dia tidak mahu terburu-buru. Dia mahu Idris benar-benar menerimanya tanpa syarat dan rahsia lagi.
Bercakap tentang rahsia. Husna bimbang juga kerana yang punya rahsia besar sekarang ini adalah dirinya bukan Idris.
Buat sementara waktu ini Husna minta masa daripada Idris untuk memberi hati dan perasaan mereka berdua bertenang. Husna minta Idris rahsiakan dahulu hubungan mereka sehingga Husna benar-benar bersedia untuk kembali dalam hidup Idris sepenuhnya.
Hari Khamis pertama mereka meluangkan masa bersama berakhir petang seperti waktu bekerja.
Sebelum pulang Idris beri kad akses dan kunci rumah apartment baru kepada Husna. Husna pulang ke Bangi dihantar pemandu syarikat yang menghantarnya ke rumah Idris.
Tak lama lagi mudah-mudahannya. Detik hati Husna.
*****************
"Atok Abah tak pergi Solat Jumaat?"
"Minggu ni tak, Kaki Atok belum baik betul. Ibrahim dengan Ismail ikut Pakcik Ayah okay."
"Okay Atok Abah."
"Terima kasih Ris... tolong cucu Acik ni ke masjid. Diaorang memang belum wajib tapi nak biasakan dengan masjid. Walaupun Jumaat aje dulu. Jangan bimbang... budak-budak ni dah bersunat dari kecik. Mak dia yang minta macam tu."
"Tak apa Acik Yem. Ris okay je. Ada kawan pergi masjid. Budak-budak ni tak lasak, dengar kata... tak ada masalah bawa pergi masjid."
"Balik dari masjid saya bawak diaorang ronda-ronda ye Acik Enon?"
"Nak ke mana?"
"Cadangnya Bangi Wonderland"
"Ris nak terus pergi lepas Jumaat ke nak balik rumah makan dulu.?"
"Kalau terus pergi boleh tak Acik?"
"Boleh aje. Tapi Ris tolonglah jaga baik-baik cucu dua orang ni. Buah hati pengarah jantung ni. Jangan sampai jadi apa-apa. Pengsan Acik nak menjawab dengan mak dia nanti."
"InsyaAllah Acik. Ris pun Sayang sangat dengan budak berdua ni. Best friend Ris ni."
"Alhamdulillah kalau rasa macam tu. Kejap Acik kemas baju untuk budak-budak ni. Sebelum pukul enam dah balik ye Ris".
"Okay Acik... InsyaAllah."
Gembira sungguh kembar berdua kerana habis sahaja solat Jumaat bersama Pakcik Ayah dapat pula berjalan ke Bangi Wonderland. Menyengih memanjang sahaja muka keduanya.
Sebelum pergi dapat makan nasi ayam makanan kegemaran. Makan nasi ayam pula di Chicken Rice Shop. Heaven sungguh kata Ibrahim dan Ismail. Ketawa besar Idris mendengarnya.
Ibrahim dan Ismail tidak banyak kerenah dan sangat mendengar kata. Kalau cakap tidak boleh mereka akan turut sahaja tanpa bertanya kenapa atau mempertikaikan atau buat secara senyap-senyap.
Memang sangat mudah diurus. Pandai sungguh Ibu kembar berdua mendidik mereka. Maklumlah anak kembar tapi mampu ibunya mendisiplinkan mengikut arahan.
Idris tidak pernah pula dapat bertemu Ibu kembar berdua. Kerana Acik Enon kata Ibu kembar bekerja di Kajang dan akan hanya tiba di rumah sekitar jam tujuh malam. Idris juga tidak pernah bertanya Ibu kembar anak Acik Enon yang nombor berapa.
Semasa Acik Enon bercerita tentang anak-anaknya dahulu tiba-tiba sahaja dia mendapat panggilan dan cerita itu habis begitu sahaja.
Idris fikir tak mengapalah. Lagipun dia selalu datang ke rumah Acik Yem untuk berkawan dengan kembar jadi pasti satu hari dapat bertemu muka dengan Ibu kembar berdua dan mahu berterima kasih kerana membenarkan Idris menumpang kasih dengan anak-anaknya.
******************
Dia nampak tapi...
Patut atau tidak dia pergi menegur Idris? Bagaimana kalau selepas pemergian dia dahulu rahsianya terpecah?
Tapi rasanya biar sahaja dia memunculkan diri di hadapan Idris. Lelaki itu seorang yang profesional. Dia tidak akan mencampurkan hal kerja dengan urusan peribadi staff. Bukannya dia bergumpal dengan skandalnya di dalam ruang pejabat syarikat.
Arghhh... dari tertapi-tapi baik dia menegur sahaja. Kalau Idris mengungkit kembali cerita dahulu dia beralasan sahaja dia juga mangsa.
"Hai boss! Good morning."
"Good morning!"
"Eh! Sheila! what a surprise! What are you doing here?"
"I'm working here Boss. Human resources department."
"I tak perasaankan you masa briefing my first day aritu."
"You pun tak approach I"
"Seganlah Boss. You're busy that day."
"Yeah that day... Okay Sheila... see you around later."
"Yeah! okay Boss. Nice to see you sir. Bye!"
See!
Settle!
Maknanya rahsia gelap skandal dia dengan si laknat Onn itu, Idris dan kakitangan syarikat lama dia bekerja dahulu tidak tahu.
What a luck girl!
Share this novel