Hari terakhir sekolah pada minggu itu, Mikail ke sekolah seperti biasa walaupun hampir seminggu dia tidak dapat tidur dengan baik. Setiap kali waktu rehat dia mencuri peluang untuk tidur namun pada hari itu, tidurnya terganggu dengan provokasi Zikir.
“Woi! Kenapa kau tak on game dah?” Soal Zikir menguis kepala Mikail yang sedang tidur.
“Kau ni apa hal main tolak-tolak kepala?” Soal Mikail mendongak kearah Zikir.
“Ada masalah ke? Apa la sangat setakat tunjal-tunjal kepala ni? Takkan tak pernah kena tunjal dengan mak tiri kau?” jawab Zikir sengaja menolak kepala Mikail.
“Disebabkan kau! Aku dah lukakan hati orang yang tak bersalah tau tak!” Mikail mula meninggikan suara. Zikir tersengih sinis. Dia mendekatkan wajahnya ditelinga Mikail.
“Jangan-jangan kau dengan bapak kau dah kena guna-guna agaknya! Sebab tu lembik!” ujar Zikir dengan sinis.
“Kurang ajar!” ujar Mikail geram.
BUK! Melayang satu tumbukkan mengenai mata Zikir. Berlaku pergelutan antara mereka berdua hingga Alif dan rakan-rakan lain terpaksa meleraikan.
“Cukup! Zikir! Kau ni dah kenapa? Apa yang kau tak puas hati sangat dengan Mikail ni?” Tinggi suara Alif yang berada ditengah-tengah antara Zikir dan Mikail yang dipegang pelajar-pelajar lain.
“Aku tak puas hati, disebabkan dia team aku kalah! Dah besar pun masih kena control dengan mak!” tengking Zikir merentap tangannya.
“Alasan bodoh apa yang kau cakap ni? Hey! Kau ni memang jenis ego tak bertempat ke? Kalau betullah mak tiri kau tu jahat, mak kandung kau baik. Sekarang aku nak tanya kau! Mana mak kandung kau? Kenapa dia nafikan kewujudan kau? Kenapa dia boleh hidup senang lenang dengan laki kaya tanpa hirau sikit pun pasal kau? Tu! Mak tiri yang kau benci konon rampas tempat mak kau tu, dia yang jaga urus kau dengan baik selama ni! Sudah-sudahlah tu Zikir! Penat aku tengok kau ni!” Akhirnya terluah juga apa yang dipendam selama ini oleh Alif. Alif dan Zikir adalah sepupu yang rapat sejak dari kecil lagi, dia yang menyaksikan perjalanan hidup Zikir sejak sekian lama.
“SORRY susahkan nenek untuk hari ni” ucap Mikail sebaik saja mereka berada didalam kereta.
“Mika..Mika.. nenek pun tak tahu nak cakap apa. Mujur la parents dia pun tak nak panjangkan kes” balas Puan Rosma mula memandu keluar dari perkarangan sekolah.
“Siapa suruh kurang ajar sangat cakap yang bukan-bukan pasal ummi” Tisu ditekap perlahan-lahan dihujung bibirnya.
“Kita singgah klinik ambik ubat” ujar Puan Rosma terus fokus pada pemanduannya. Mikail menyandar seraya menutup matanya.
*****
“Assalamualaikum kak long” ucap Encik Abdul Rahman melalui telefon.
“Waalaikumsalam…” balas Fatihah yang sedang berjalan ditepi pantai seorang diri berhampiran bilik penginapannya.
“Bila nak balik kampung ?”
“Rasa dua tiga hari sebelum raya.. kenapa?”
“Tak ada apa-apa.. tak habis bercuti lagi ke?”
“Aik! Mana ayah tahu kak long tengah bercuti?” soal Fatihah hairan.
“ Si kembar yang bagitahu ayah baru ni” jawab Encik Abdul Rahman. Dia duduk beristirehat dibawah pokok melayan angin petang.
“Ohh..rasa esok lusa balik la, kak long teman Eman ada kerja dekat sini”
“Hmm..Kak long masih terasa hati dengan Mikail ke?” soal Encik Abdul Rahman. Fatihah terdiam sebentar dengan soalan ayahnya. Budak-budak ni memang tak boleh simpan rahsia, getus hati Fatihah.
“Mikail tu baru nak masuk alam remaja. Remaja ni macam tu la, darah tengah panas lagi. Ayah percaya dia tak sengaja pun..” ujar Encik Abdul Rahman memujuk Fatihah supaya berlembut hati.
“Kak long tak kisah pun, dah memang betul kak long bukan mak kandung dia kan.. Kalau dia rasa dia perlukan kak long, pandai-pandai dia lah cakap sendiri” balas Fatihah.
“Hmm..Ye lah, Cuma janganlah sampai bermasam muka. Dah la nak raya lagi” ucap Encik Abdul Rahman akur.
“Tak ada apa lah ayah..nanti lama-lama biasa la” Fatihah tersenyum hambar.
“ESOK lepas Zohor kita bertolak balik” ujar Eman ketika mereka berdua jalan bersama dipantai pada waktu malam.
“Okey..” balas Fatihah pendek. Dia merangkul lengan Eman sepanjang perjalanan.
“Tadi mama ada call” Eman diam menanti reaksi Fatihah.
“Kenapa? Ada apa-apa yang jadi ke?” Soal Fatihah mendongak kearah wajah suaminya.
“Hmm.. Mika gaduh dekat sekolah” Jawab Eman. Pada mulanya dia ingin marah tetapi selepas mendengar pengakuan Mikail dan cerita Puan Rosma, dia hanya diam tidak mampu berkata-kata.
“Gaduh? Lepas tu?” Soal Fatihah acuh tak acuh.
“Tak ada apa-apa.. mama dah uruskan” jawab Eman kecewa. Dia mengeluh dengan reaksi Fatihah. Agaknya Fatihah betul-betul frust dengan sikap Mikail tempoh hari.
“Sayang tak nak maafkan Mika ke?” Soal Eman mengusap tangan isterinya.
“Kenapa?”
“Hati abang yang tak tenang tengok sayang macam ni..” jawab Eman yang berhenti memandang laut malam. Hanya deruan ombak yang jelas kedengaran.
“Masa… biar masa yang tentukan” ujar Fatihah mendongak ke langit yang dihiasi bulan dan bintang.
TING TONG!
“Assalamualaikum..” ucap Fatihah sebaik sahaja pintu dibuka.
“Waalaikumsalam!” sambut Melur Aina memeluk Fatihah. Eman menolak masuk bagasi beroda ke dalam bilik.
“Eh! Mama pun ada?” Fatihah segera bersalaman dengan Puan Rosma. Dia melabuhkan punggung disebelah ibu mentuanya itu.
“mama tunggu korang balik, risau nak tinggal budak-budak ni” jawab Puan Rosma dengan lemah lembut.
“Mika kan ada” balas Fatihah memandang anak-anaknya.
Puan Rosma mengeluh berat.
“Sebab risaukan Mika jugak la mama dekat sini”
“Kenapa?” Fatihah mengerutkan dahinya.
“Semalam mama tak tidur sini, Aisya call mama bagitau Mika tak keluar dari bilik langsung, sahur tak makan, berbuka pun tak makan. Sepanjang mama dekat sini, mama tengok dia tak tidur malam pun..gelisah saja. Makan minum semua Mika yang urus. Dari tadi mama ketuk pintu dia menyahut cakap okay . Dengar suara macam lemah saja.Mama dah buatkan bubur untuk Mika tapi dia tak nak keluar makan” terang Puan Rosma dengan kerisauan.
“Rindu ummi lah tu…” sampuk Melur Aina tersengih.
Fatihah bangun menuju ke biliknya untuk mengambil kunci pendua sebelum kembali ke dapur untuk mengambil bubur yang dimasak Puan Rosma. Dia memulas tombol pintu sebaik sahaja kunci bilik dibuka.
Gelap. Hanya sinar cahaya lampu tidur sahaja yang menampakkan wajah Mikail. Fatihah meletak mangkuk bubur dimeja, dia melabuhkan punggungnya disisi Mikail yang sudah tertidur. Ditekap dahi Mikail dengan tangannya. Panas.
“Ummi.. maafkan Mika” ucap Mikail yang mata masih terpejam. Mimpi agaknya. Fatihah tersenyum. Dia menarik turun selimut Mikail sebelum menepuk lembut pipi anaknya itu.
“Mika..bangun makan” Fatihah bersuara lembut. Mikail membuka matanya perlahan-lahan mencari suara yang dia rindui.
“Bangun makan dulu, lepas tu makan ubat” ujar Fatihah seraya bangun menekan switch lampu utama. Mikail terkebil-kebil memandang Fatihah.
“Nak ummi suap ke?” Soal Fatihah kembali duduk dibirai katil. Dia memandang hujung bibir Mikail yang luka dan lebam.Mikail hanya diam menahan tangis.
Fatihah mencapai mangkuk bubur dimeja dan mula menyuap Mikail makan. Mikail sedaya upaya mengunyah sambil menahan sakit.
“Kenapa kena bergaduh?” soal Fatihah memandang anaknya.
“Sebab dia burukkan ummi” jawab Mikail perlahan.
“Kenapa kalau dia burukkan ummi? Ummi bukan ibu kandung Mika pun” soal Fatihah sengaja mahu melihat reaksi Mikail.
“I’m sorry..ummi satu-satunya ummi yang Mika ada. Mika salah. Tolong maafkan Mika. Mika tak boleh hidup dengan tenang tanpa ummi” rayu Mikail teresak-esak menangis sambil menyembamkan wajahnya di atas peha Fatihah. Fatihah meletak kembali mangkuk bubur diatas meja. Dia mengusap lembut rambut Mikail dan menolak bangun badan Mikail untuk memandangnya.
Fatihah mengesat air mata Mikail dengan kedua tangannya.
“Ummi maafkan Mika tak?” Soal Mikail yang masih tersedu sedan.
“Ye..ummi maafkan, ummi tak marah pun. Ummi Cuma nak Mika sedar dengan perbuatan Mika saja” jawab Fatihah tersenyum. Mikail segera peluk erat Fatihah dalam tangis.
Eman yang memerhati dari pintu tersenyum melihat hubungan dua insan kesayangannya kembali jernih.
“So.. lepas ni nak buat lagi ke?” Soal Eman yang sudah berdiri dibelakang Fatihah. Mikail hanya menggeleng kepala.
“Sorry Abi..” ucap Mikail dengan suara yang tenggelam timbul .
“Dah lah tu sikit-sikit..bengkak dah mata tu, makan ubat lepas tu tidur” ujar Eman menggosok rambut Mikail.
“Okey” Balas Mikail melepaskan pelukkannya dan mengambil ubat diatas meja segera telan bersama air kosong.
“Kalau ada apa-apa panggil saja” pesan Fatihah sambil membetulkan selimut Mikail. Eman mencapai mangkuk bubur diatas meja dan membawa ke dapur. Pintu bilik ditutup rapat, Fatihah menuju ke ruang tamu semula.
“Dah setel?” soal Puan Rosma tersenyum.
“Dah..” balas Fatihah mengangguk seraya tersenyum.
“Ummi maafkan along tak?” Soal Melur Aina yang simpati dengan abangnya.
“Ummi tak marah pun, saja nak tengok along boleh terima ke tak kalau ummi betul-betul tak hiraukan dia” balas Fatihah menyandar disofa.
“Kesian along tau” ucap Melur Aisya. Puan Rosma tersenyum.
“Budak-budak nak membesar zaman sekarang macam tu la. Zaman ummi dengan abi sekolah dulu walaupun handphone dah wujud tapi dorang still boleh pilih untuk keluar berhubung dengan alam, sekarang ni bahaya ada di mana-mana.” Ucap Puan Rosma menepuk peha Fatihah.
“Mama tidur sini ke?” soal Fatihah melihat jam ditangan.
“Tak lah. Mama nak balik lah ni sementara awal lagi.” Puan Rosma melihat jam yang menunjukkan pukul 9:30 malam.
“Mama nak Eman hantarkan ke?” Soal Eman dari dapur.
“Eh! Tak payah lah, bukan jauh sangat pun. Eman rehat la, tadi dah drive jauh” Puan Rosma bangun dan mencapai kunci kereta dimeja.
“Hati-hati drive tu” pesan Eman sebelum kelibat ibunya hilang dari pandangan.
“PANDAI ye sayang berlakon, sekali dengan abang terkesan tau” ujar Eman sewaktu mereka sudah berada didalam bilik. Fatihah hanya tersengih memandang wajah Eman.
“Sayang dah baca Whatsapp budak tu selalu provok Mika,kawan kelas Mika pun pernah cerita pasal budak tu dekat sayang hari tu. Jadi memang sayang dah jangka Mika akan termakan jugak. Budak lelaki kan, ego tak sama dengan budak perempuan” balas Fatihah panjang menjelaskan situasi sebenar.
“Kenapa sayang tak masuk badan beruniform je dulu?” usik Eman.
“Nak buat macam mana, tak cukup tinggi” balas Fatihah seraya ketawa, disusuli ketawa dari Eman.
“Sayang pun satu, bukan nak share dengan abang.”
“Kena share ke?" Soal Fatihah mengangkat keningnya.
“Ish!sayang ni, nak kena tanya dulu baru nak cakap” ucap Eman menarik pipi Fatihah. Geram dibuatnya.
Share this novel