KRING! KRING!
Telefon Fatihah berbunyi. Eman menatap skrin handphone,tertera ayat private number.
“Hello” ucap Eman pendek
“Hello! Boleh saya bercakap dengan Fatihah?” Soal pemilik private number. Lelaki.
“Boleh saya tahu ini siapa?” Soal Eman kembali. Dia berjalan pantas untuk kembali ke wad.
“Saya ex classmates dia, can I speak with her?”
“Oh.. ada urusan apa? Nanti saya sampaikan” balas Eman acuh tak acuh.
“Ada urusan penting sikit nak bincang. Kalau dia busy, I will call back” ujar si jejaka pan asian itu.
“Okey sure. Nama kau apa? Senang nak tinggal pesanan nanti” Soal Eman berbasa basi.
“Kennedy. Okey, bye!” jawabnya sebelum menamatkan panggilan.
Eman menolak daun pintu wad. Dia melihat Fatihah tekun memandang skrin telefon pintarnya, langsung tidak sedar akan kehadiran suaminya itu.
“Sayang?” panggil Eman pelik sambil meletakkan bungkusan makanan atas meja.
“wait!” Fatihah bersuara sedikit tegas. Berkerut dahi Eman, dia lantas pusing duduk disisi Fatihah untuk melihat apa yang isterinya tekun memandang.
“Ya Allah.. abang ingat apa la yang serius sangat.” Ucap Eman yang melihat Fatihah tekun bermain game.
“Okey done win! Nah ambik balik” balas Fatihah lalu menghulur telefon kepada Eman. Eman mencapai dan meletak diatas meja.
“Berdebar-debar betul abang dengan sayang sepanjang pregnant ni”
“Kenapa?”
“Mood tu lain macam..” Eman bangun membuka bungkusan makanan.
“Abang beli apa?”
“Nasi ayam hainan. Okey ke tak?” Eman memandang Fatihah, risau tiba-tiba cakap tak lalu pulak.
“Okey” jawab Fatihah pendek.
“Jap ek abang cuci tangan”
Selesai mencuci tangan, Eman bantu suapkan Fatihah untuk makan.
“Kenapa tak makan?” Soal Fatihah mengunyah perlahan nasi yang disuap.
“Suap sayang makan dulu”
“Kenapa nak tunggu? Suap sayang lepas tu suap abang pulak”
“Tak pe ke?” soal Eman tersengih.
“Haih! Yang cium mulut tu tak fikir pulak ye” tempelak Fatihah mengecilkan matanya. Meletus tawa Eman mendengar kata-kata Fatihah .
Akhirnya mereka sama-sama makan dan menghabiskan dua bungkus nasi ayam.
“MALAM ni keluar ke?” soal Fatihah duduk menyandar disofa sambil menonton TV.
“Keluar? Pergi mana?”
“Siang tadi kan ada yang ajak abang keluar” ujar Fatihah seolah-olah tiada perasaan.
“Tak nak lah. Merepek je..tadi tu pun dah buat hati abang tak tenteram tengok sayang merajuk.mesti baby dekat dalam pun ikut merajuk” jawab Eman sambil mengusap perut Fatihah yang sudah ketara membesar.
Fatihah hanya tersenyum. Dia sendiri tidak pasti dengan perasaannya. Nak kata tidak cemburu tu mustahil lah tapi dia memilih untuk tidak terus beremosi selagi dia tidak nampak sendiri Eman melayan berlebihan perempuan lain.
“Oh ya! Tadi kawan sayang ada call”
“Siapa?” Soal Fatihah memandang Eman.
“Nama dia Kennedy kot” jawab Eman
“Ha? Sapa pulak dah..” Fatihah mengerutkan keningnya. Eman tersenyum senang apabila melihat Fatihah yang masih tidak ingat tentang ex classmates tempoh hari.
“Nanti dia call balik kot, dia kata ada hal nak bincang” sambung Eman yang melekapkan telinga dan tapak tangan diperut Fatihah. Eman tersentak.
“Kenapa?” Soal Fatihah.
“Hmm..rasa macam ada dua movement yang berbeza” balas Eman mengusap perut Fatihah.
“Kaki dengan tangan kot..” ujar Fatihah walaupun dia sendiri merasakan ada perbezaan pergerakkan.
“Twins?” tebak Eman memandang Fatihah.
“Tak mungkinlah. Risiko tinggi. Bawak sorang pun sayang dah risau, apa lagi nak bawak dua orang” Ucap Fatihah bertentangan mata dengan Eman.
Cervix incompetent atau cervical insufficiency adalah ketidakupayaan servik untuk kekal tertutup saat usia kandungan mula membesar. Normalnya servik akan tertutup rapat hingga sampai tempoh kandungan matang berbeza dengan individu yang mempunyai masalah servik lemah, apabila sampai satu tempoh masa servik akan terbuka perlahan-lahan walaupun belum sampai tempoh masa matang.
Bagi yang mempunyai masalah ini, agak mustahil untuk membawa dua janin dalam satu masa.
“Tak kisahlah.. asalkan sayang & baby selamat” balas Eman meramas tangan Fatihah.
“Abang ada bagitau Ayah dengan mak ke pasal ni?”
“Belum..abang risau kalau bagitau nanti mak datang kidnap sayang balik kampung” jawab Eman tersengih sambil menggaru kepalanya. Fatihah tersenyum menggeleng kepala. Takut sungguh kena tinggal dengan isteri.
Semalaman bermalam dihospital, Fatihah dibenarkan discharge selepas keadaannya dan kandungan berada dalam keadaan baik.
*****
Fatihah menyemak checklist barang yang perlu dibawa pekerja-pekerja butik untuk majlis pada hujung minggu ini.
“Aku tengok macam teruk sangat ja hang ni” ujar Amsyar yang sedang mengangkat barang letak dalam kotak.
“Awat?” berkerut dahi Fatihah seraya melihat diri sendiri.
“Tengok perut hang tu macam berat sangat saja. Hang jangan duk berdiri berjalan sangat lah. Duk saja atas kerusi yang ada roda tu,lepas tu tolak la kalau nak gerak” balas Amsyar yang sedang cekak pinggang mencari idea.
“Tu lah. Aku pun letih sebenaqnya. Tapi tu la, duk rumah tak buat apa pun bosan jugak” Ujar Fatihah lalu duduk dikerusi.
“Hmmm..macam ni lah, hang work from home sajalah. Bab dokumen and marketing hang handle, bab lain yang melibatkan fizikal ni bagi aku dengan team saja. Bukan apa, sat lagi jadi apa-apa pak hang ligan aku jenuh” bebel Amsyar, tangan dengan mulut sama laju. Fatihah ketawa perlahan dan bersetuju dengan cadangan Amsyar.
“Eh! Macam mana dengan blind date hang? Tak kan sorang pun tak sangkut?” soal Fatihah yang teringat dengan calon-calon bakal isteri Amsyar. Amsyar tersenyum malu-malu kucing.
“Ada la sorang tu” jawab Amsyar tersengih.
“Apa yang special pasal dia?”Fatihah memandang Amsyar yang sedang tersenyum-senyum.
“ So far sikap dia dengan aku tak jauh beza sangat..dia jenis kasar-kasar sikit gitu” cerita Amsyar dengan mata yang bersinar-sinar.
“Alhamdulilah..kan aku dah kata hari tu, tapi kalau nak kahwin tunggu la aku bersalin dulu” ujar Fatihah tersengih.
“Eeee…gelojoh la hang ni, kami baru nak kenal-kenal rapat lah” balas Amsyar menjeling manja gitew. Fatihah ketawa dengan jawapan Amsyar.
“Aduh!” Fatihah terjerit seraya memegang perutnya.
“Hah! Awatnya?” soal Amsyar risau.
“Kena flying kick dari dalam” jawab Fatihah menarik nafas.
“Tu la, hang gelak kuat sangat. Baran la kawan tu nak tidoq” balas Amsyar slumber.
****
KELIHATAN kelibat seorang anak kecil sedang membawa air minuman dalam gelas menuju ke arah ruang tamu.
“Ummi..” Mikail menghulur gelas minuman jus buah kearah Fatihah yang sedang leka menonton kartun diTV.
“Eh! Untuk ummi ke?” Soal Fatihah membesarkan matanya memandang Mikail yang tersengih. Dia hanya mengangguk menanti Fatihah mengambil gelas minuman itu.
“Thank you sayang!” Fatihah mengambil gelas minuman itu dan menghirup perlahan.
“You are welcome..” Mikail melompat duduk diatas sofa.
“…ummi nak Mika urut bahu?” sambung Mikail menyentuh bahu Fatihah.
“Okey.. rajinnya anak ummi” puji Fatihah seraya mengelus pipi gebu Mikail.
“I saw abi do this for you!” balas Mikail dengan petahnya. Fatihah tersenyum mendengar jawapan anaknya itu. Memang selalu Eman yang akan buat macam tu untuk dia, tidak disangka Mikail akan buat perkara yang sama ketika suaminya tiada dirumah.
Fatihah mencapai telefonnya dan merakam aksi Mikail dan terus kirimkan kepada Eman.
‘My boyfriend already take your routine ;)’ tulis Fatihah bersama video yang dikirimnya.
Eman yang kebetulan sedang berehat selepas selesai aktiviti, tersenyum melihat telatah Mikail dan caption bersama video yang dikirim Fatihah.
‘untung la ada boyfriend...’ balas Eman bersama icon love. Dia menyimpan kembali telefonnya dan meneruskan tugas hingga habis waktu kerja pada lewat malam.
Pimpinan melalui teladan..
Share this novel