“Disebabkan Fatihah ni kecik molek orangnya, jadi Fatihah boleh jadi leader guide anak-anak sepupu untuk bagi goodies dekat budak-budak.. Okey tak?” Fazliana memberi cadangan ketika mereka sekeluarga sedang menyiapkan goodies bag untuk tetamu.
Fatihah mengangguk setuju.
“Yang lelaki kena jadi tukang pantau tetamu. Mama papa tuan rumah, Kak Iza jadi pembantu mama papa untuk hulur goodies bag” sambung Julia pula. Haliza isteri kepada Johari hanya memberi isyarat Okay tanda setuju.
**
Tetamu mula memenuhi ruangan khemah yang disediakan untuk makan. Pasangan pengantin pun baru diarak masuk ke Pelamin.
“Assalamualaikum…” Sapa Encik Zamarul sambil hulur tangan pada Encik Fakhrul Razi.
“Waalaikumsalam..laa zamarul,jauh datang ni..” balas Encik Fakhrul Razi, mereka berjabat tangan. Amal menghulur tangan bersalaman dengan Puan Jamilah.
“Eh! Amal. Mama kamu mana?” soal Puan Jamilah teruja dengan menantu tak jadinya.
“Mama tak ikut, Amal datang dengan abah jak” jawab Amal sambil mencuri pandang kawasan sekeliling mencari sosok tubuh Faizal.
Faizal yang ternampak dari jauh segera mencari Fatihah dan membawa segelas air seolah-olah nak menunjuk yang dia suami paling romantik dan ambil berat tentang isteri.
“Awak,minum dulu.. panas tu” ujar Faizal sambil menghulurkan minuman untuk Fatihah. Fatihah mengambil gelas minuman dari tangan Faizal.
“Sini bakul tu, saya tolong.”
“Eh! Saya kan dah ramai anak-anak ikan tolong” balas Fatihah sambil menunjuk dua tiga orang budak-budak yang membantunya.
“Takpe lah,bukan selalu pun boleh merasa semua ni” Faizal mencuit hidung Fatihah dan segera membantu Fatihah dari meja ke meja tetamu.
Dari jauh Amal hanya memerhati tingkah laku Faizal yang langsung tidak memandangnya. ‘Benci betul dia dengan aku, sepatutnya aku yang dapat layanan tu!’ Getus hati Amal yang panas.
**
“Kau tahu iza, tadi si Amal datang dengan abah dia” Puan Jamilah mula bersuara ketika diruang tamu bersama Haliza dan Fatihah.
“Oo..ye ke” balas Haliza sambil memandang reaksi Fatihah. Nampak Fatihah macam tidak tahu tentang kewujudan Amal.
“Faizal dah lama bercinta dengan si Amal tu” sambung Puan Jamilah seperti sengaja.
“Dah tak da jodoh kan” balas Haliza yang cuba mengelak ibu mentuanya berlebih-lebihan. Fatihah hanya mendengar tanpa memberi sebarang reaksi sambil menatap telefon bimbitnya.
“Ye lah,takda jodoh. Dua orang anak jantan mama dah kawin dengan pilihan masing-masing. Sekarang mama cuma nak tunggu cucu . Jangan pulak mama dengar ayat belum ada rezeki lagi sekali” ujar Puan Jamilah berbaur ugutan lantas bangun meninggalkan ruang tamu, dia tidak puas hati dengan respond Haliza.
Tujuan awalnya nak cari geng untuk sakitkan hati Fatihah, memandangkan kehadiran Amal membuka peluang lagi sekali untuknya berbesan dengan orang kaya.
Haliza hanya diam tidak membalas. Sudah lima tahun mereka berkahwin tapi masih belum dikurniakan zuriat sendiri.
“Biarlah Fatihah. Orang tua kurang kasih sayang memang macam tu” bisik Haliza pada Fatihah. Fatihah hanya tergelak perlahan.
**
“Awak” Fatihah bersuara perlahan setelah baring disebelah Faizal dalam bilik mereka.
“Ya?” jawab Faizal pendek yang masih menatap handphone.
“Sapa Amal?” soal Fatihah yang hanya memandang siling.
Jari Faizal terhenti saat mendengar nama Amal.
“Kenapa?awak kenal ke” Faizal bertanya kembali.
“Tadi mama cakap awak penah bercinta dengan dia”
“Kisah lama tu, dah tak da kaitan dah pun” balas Faizal yang meletak telefon diatas dadanya.
“Satu lagi pasal cucu pulak” Fatihah masih memandang siling seolah-olah sedang bercakap dengan siling.
“pasal cucu? Lagi 6 bulan dapat la dia cucu” balas Faizal lantas berpaling kearah Fatihah dan meletakkan tangannya diatas perut Fatihah.
Fatihah baru saja tahu yang dirinya sudah mengandung hampir 3 bulan seminggu sebelum kenduri. Dia sendiri tidak sedar kerana tempoh haidnya kadang kala tidak menentu hinggalah hari dia sakit perut dan muntah seharian.
“Tapi.. kesian dengan kak iza bila mama cakap jangan bagi alasan tak da rezeki” Hati perempuan mana yang tidak terguris dengan kata-kata tu.
“awak jangan ambik port sangat dengan apa mama cakap, mama kalau cakap bukan fikir dulu” Faizal memberi peringatan pada Fatihah tentang sikap Puan Jamilah yang kadang kala menjadi punca pergaduhan.
“Yang penting awak jaga diri baik-baik, kalau rasa tak larat tak perlu paksa diri” sambung Faizal lagi .
Faizal sebenarnya sudah mula sayangkan isterinya, namun kehadiran Amal mengganggu kembali perasaannya. Apa lagi dikhabarkan yang Amal sudah pun bercerai sebulan selepas berkahwin.
Share this novel