EMAN berjalan kearah Mikail yang asyik berborak dengan ibunya dikerusi rehat berhampiran kedai bunga. Fatihah segera berjalan kearah Puan Rosma bimbang membuat mereka tertunggunya untuk ke tempat lain.
Eman melutut sebelah kaki hadapan Mikail dan mengeluarkan sekuntum bunga mawar dari belakang yang siap dibalut. “Nah for you my love” ucap Eman seraya menarik pipi anaknya.
Mikail pantas melompat dari kerusi dan menolak tangan Eman yang memegang bunga untuk berpusing ke belakang.
“For ummi !” Ujar Mikail tersengih.
Fatihah sedikit kaget dengan perbuatan dua beranak dihadapannya. Wajah Eman sudah mula merona menahan malu. Puan Rosma sempat curi-curi merakam memori tidak terjangka itu.
“Ummi! Ambik” arah Mikail yang sedang bercekak pinggang ala-ala tuan director filem.
“Ha?” Terangkat kening Fatihah dengan arahan anak kecil dihadapannya. Ewah! Pandai pulak dia jadi agen cari jodoh.
“Tak pe lah, ambik je.. tuan director dah marah ni” ujar Eman seraya menarik pipi Mikail. Fatihah segera menyambut bunga mawar dari tangan Eman. Eman bangun berdiri semula dan mengangkat anaknya terus berjalan. Mikail mengangkat ibu jari mengajuk kembali jika berjaya melakukan sesuatu .
****
ZOO NEGARA
“Korang nak berjalan or naik tram?” soal Puan Rosma sebaik saja mereka melepasi pintu masuk.
“Err.. saya nak jalan tapi kalau aunty, Eman and Mika nak naik pergi la. Saya rindu pulak nak berjalan, teringat masa praktikal dekat Zoo Taiping dulu” ujar Fatihah tersengih. Nak pergi sana entah bila pula ada peluang.
“Ye lah.. kami naik tram je, aunty tak larat pulak nak jalan jauh-jauh” Puan Rosma tersenyum dan beralih kearah check point untuk naik tram.
Fatihah mula melangkah mencari sangkar pertama haiwan untuk diteliti. Dia tersenyum sendiri memerhati tingkah laku haiwan-haiwan dalam kandang pameran.
“Cepatnya awak sampai sini” ujar Eman saat mendekati Fatihah dikandang pameran buaya. Fatihah beralih kearah suara yang menegurnya.
“Eh! Bukan join mama ke?” soal Fatihah berpaling semula kearah buaya yang sedang beristirehat.
“Tak adalah, awal-awal lagi kena halau dengan mama” jawab Eman mendekati Fatihah yang mula berjalan meninggalkan buaya-buaya darat itu!Eh!
“Kira terpaksa ke tu?” Fatihah sempat menjeling kearah Eman yang sedang membetulkan topi yang dipakainya.
“Eh! Tak ada la terpaksa pun. Dengan berbesar hati saya sudi teman awak!” balas Eman seraya menarik tangan Fatihah ketepi untuk mengelak kumpulan dihadapan mereka yang sedang berlari secara songsang.
“Sekarang masih ada panggilan untuk rescue kucing ke?” soal Fatihah mencari topik untuk berbual.
“Ada. Masih ada” Eman terdiam sejenak. Keningnya mula Berkerut memikirkan sesuatu.
“Kejap!” dia menarik lengan Fatihah yang berlapik blouse lengan panjang yang dipakai Fatihah. Fatihah memandang Eman dengan tanda tanya.
“Masih?” ulang Eman sekali lagi.
“Ya… why?” Fatihah memilih untuk tidak menatap anak mata Eman. Mata itu sering membuat hatinya berdebar-debar.
“Awak ingat lagi ke pasal saya?” soal Eman ingin kepastian. Fatihah hanya mengangguk.
“ Sebelum saya pengsan hari tu, masa tu saya ingat balik. Ajaib kan?” terang Fatihah yang memandang kearah tapir. Eman tersenyum. Dia melepaskan tangan Fatihah apabila telefonnya berbunyi nyaring mintak dijawab.
“Hello.. Ya mama, dekat depan dah? Okay..” Eman menyimpan kembali telefonnya.
“Nak tahu tak apa yang best masa bertugas dekat zoo?” Soal Fatihah mengimbau zaman belajarnya.
“Apa?”
“Oh mak! Katak” Fatihah pantas melompat dan berpaut pada lengan Eman akibat terkejut dengan katak yang entah muncul dari mana. Tersenget badan Eman dibuatnya.
“Sebab katak ke?”
“Hah? Eh! Bukan. Tak guna punya katak!” bebel Fatihah tidak puas hati dengan katak. Eman tersengih dengan gelagat spontan Fatihah yang masih berpaut pada lengannya.
“yang best masa praktikal dulu, boleh masuk kandang harimau and singa. Boleh dengar ngauman jarak dekat tu buat kita rasa puas hati seolah-olah masalah kita tu hilang pergi bersama ngauman tu” terang Fatihah mengimbau masa lalu. Dia tersenyum pahit.
Eman menjeling melihat perubahan air muka Fatihah.
“Ingat pesan mama.. kalau ada masalah jangan simpan sorang-sorang. Eman okey je nak tadah telinga untuk Fatihah.” Bisik Eman perlahan cukup hanya didengari Fatihah disebelah yang tersenyum.
Mereka terus berjalan hingga ke check point terakhir. Fatihah segera melepaskan tangannya selepas tersedar dia masih berpaut pada lengan Eman.
“Mesti tak nak mama nampak kan?” soal Eman sengaja mengusik Fatihah.
“Ee..sengaja kan biar Fatihah pegang lama-lama? Bukan nak tegur” balas Fatihah muncungkan bibirnya.
“nanti kita beli payung sangkut dekat mulut muncung tu okey?” sakat Eman lagi. Fatihah tertawa perlahan, mereka segera menuju kearah Puan Rosma yang ralit melayan kerenah Mikail.
****
SEAWAL jam 3 pagi Eman menghantar Puan Rosma bersama Fatihah dan Mikail ke Lapangan terbang.
“Thank you aunty dah banyak bantu saya. Jaga diri baik-baik” ucap Fatihah saat bersalaman dengan Puan Rosma.
Puan Rosma memberi pelukkan sayang pada Fatihah. “Tolong jagakan dua hero aunty ya”
“insyaAllah”
“Take care mama. Call Eman kalau ada apa-apa” pesan Eman mencium tangan Puan Rosma. Ditarik anaknya itu ke dalam pelukkannya.
“Mama harap ada berita gembira nanti. Mama dah bantu buka peluang,tinggal Eman nak bertindak dengan tak saja” bisik Puan Rosma pada telinga Eman. Eman tersengih mengerti dengan pesanan ibunya.
Mikail masih lena dalam stroller. Dikucup perlahan dahi cucunya sebelum melangkah masuk ke balai berlepas.
“Mengantuk ke?” soal Eman sambil melipat stroller untuk masuk ke dalam bonet kereta.
Fatihah masih berdiri dengan mata terpejam selepas merapikan Mikail didalam carseat. Kepalanya terasa pening. Semalam dia pulang lewat sebab membantu Amsyar menyiapkan kerja, baru sempat tidur sejam dia sudah bangun untuk menghantar Puan Rosma.
Eman pantas menadah belakang Fatihah yang hampir tumbang. Dia segera membuka pintu tempat duduk penumpang hadapan.
Eman menghidupkan enjin kereta. Selepas bantu Fatihah pasangkan seat belt, dia menggengam tangan Fatihah.
“Fatihah okey ke tak? Nak ke hospital ke?” soal Eman perlahan khuatir Mikail terjaga. Fatihah tidak beri respond, genggaman tangan pun tidak berbalas.
“Kalau macam tu hospital sajalah”
Belum sempat dia alihkan tangan, Fatihah segera menggengam kembali.
“it’s okey.. kepala pening sikit sebab tak cukup tidur” ujar Fatihah yang masih memejamkan mata.
“Sure?”
“Yaa..”
“Mc je lah hari ni okey?” Eman memberi arahan. Fatihah hanya tersenyum lemah. Eman meneruskan pemanduannya pulang ke rumah.
EMAN meletakkan kembali Mikail dalam stroller untuk mudahkan dia pimpin Fatihah untuk naik ke tingkat atas.
Eman bantu Fatihah membuka pintu masuk rumahnya. Ditolak stroller Mikail masuk untuk dia pastikan Fatihah selamat.
“Fatihah nak tidur dekat ruang tamu saja” Fatihah melabuhkan punggungnya disofa. Dia terus bersandar dan meletakkan kepalanya diatas penyandar sofa.
“nak tarik keluar ke?” soal Eman tentang tempat duduk yang boleh ditarik untuk dijadikan katil. Fatihah menggeleng.
“Ubat makan tak semalam?” soal Eman . Fatihah menggeleng lagi sekali. Eman mengeluh dengan kecuaian Fatihah untuk patuhi jadual pengambilan ubat.
Dia segera mengangkat Mikail dan dibaringkan atas sofa bed bertentangan Fatihah.
“Ubat letak dekat mana?” soal Eman sebelum mencari.
“Bilik”
Eman segera memasuki bilik Fatihah yang tersusun rapi. Dia mengambil ubat yang berada dimeja sisi katil dan terus ke dapur untuk mengambil air.
“Fatihah..” kejut Eman setelah berada disisi Fatihah. Fatihah lena dengan memeluk bantal.
“Bangun makan ubat dulu, nanti sakit kepala tak hilang” bebel Eman.
Fatihah gagahkan diri untuk membuka mata. Dia mencapai ubat dan gelas minuman. Sekali teguk ubat selamat mendarat dalam perut.
“Thanks. Eman balik la rehat, Fatihah okey je ni” ucap Fatihah tersenyum.
Eman hanya memandang Fatihah yang sudah melabuhkan kepalanya dibahu Eman. Suruh aku balik tapi dia landing dekat bahu pulak. Ujar Eman dalam hati.
“Fatihah” seru Eman perlahan.
“Hmm”
“Kita kahwin”
“Hmm”
“sudi ke tak?”
“Hmm”
“Boleh percaya ke jawapan Hmm tu?”
“Hmm”
Eman tertawa perlahan. Macam-macam dia berfikir hingga akhirnya dia sendiri tertidur hinggalah matahari terbit dan Mikail melompat -lompat disamping Eman.
jangan lupa tinggalkan jejak anda ye . Big love
Share this novel