BAB 44

Romance Completed 34761

“ Bad, jom lepak dekat air terjun” Eman mengangkat kening memandang Badrul yang sedang menonton TV. Sepantas kilat Badrul bangun dari baringnya disofa dengan teruja.

“Elok jugak tu,cuaca pun makin panas ni, kalau boleh berendam syok woo” ujar Badrul membayangkan kesejukkan air terjun. Eman tertawa seraya kepalanya digeleng.

Eman bangun menuju ke bilik ibunya. Pintu diketuk perlahan sebelum daun pintu ditolak. Puan Rosma sedang menyarung baju untuk Mikail.

“Mama, Eman bawak Badrul jalan-jalan sebentar ya” bisik Eman perlahan. Puan Rosma hanya mengangguk faham. Pintu ditutup kembali.

“Dah! Jom.” Ajak Eman mencapai kunci kereta dimeja. Badrul segera mengekori Eman dari belakang.

“Jauh ke ?” soal Badrul sebaik saja mereka berada dalam kenderaan.

“Ada la dalam 15 minit macam tu” Eman memerhati kenderaan lain sebelum bergerak keluar dari simpang.

“Eh! Man.. aku tiba-tiba teringat dekat sorang awek ni lah” ujar Badrul yang memandang keluar tingkap.

“Awek mana pulak dah? Kau tu dah nak kawin, jangan macam-macam” Eman beri peringatan kepada Badrul.

“Bukan…ni awek yang kau penah frust suatu ketika dulu tu…” Badrul cuba mengingatkan Eman.

Eman terdiam.

“Tu kan bini orang. Tak ada kerja betul kau ni” tiba-tiba jantungnya berdebar bila memikirkan wanita yang pernah disukainya beberapa tahun lepas.

“Aku tanya je.. mana la nak tahu kan?” sengaja Badrul menguji perasaan Eman. Eman tertawa kecil dengan andaian Badrul.

***
Sekumpulan pendaki dilihat berkumpul ditanah lapang untuk sesi taklimat jungle tracking dalam kawasan Air terjun Sarawak seperti yang mereka rancang.

“Saya nak pesan sikit, jaga langkah masing-masing bila sampai dikawasan batu sekitar air terjun.. risau batu licin,ada yang terjun dalam air pulak” pesan ketua kumpulan sebelum mereka memulakan perjalanan.

“Hang okey tak Fatihah?” soal Amsyar memandang Fatihah yang tidak banyak bersuara. Fatihah hanya menunjuk tanda bagus dengan soalan Amsyar.

Seramai 10 orang memulakan perjalanan dari check point bawah, mereka bergerak dalam barisan menuju ke check point akhir.

Masing-masing menghayati permandangan kawasan sekitar yang dikelilingi pelbagai jenis pokok terpelihara. Adakalanya mereka akan berhenti untuk mendengar penerangan ketua kumpulan tentang pokok-pokok yang ada disekitar.

Kelihatan juga hanya Badrul dan Eman yang sedang menikmati keindahan alam ciptaan Ilahi itu. “Perghh! Sejuknya air. Tak kan surrender dah Eman?” laung Badrul yang masih berendam didalam air. Eman hanya tersenyum sambil duduk diatas batu berhampiran.

Entah kenapa jantungnya masih terasa berdebar semenjak Badrul mengingatkan dia pada Fatihah.

“Hati-hati ya semua, kita dah sampai kawasan air terjun tapi kita tak singgah. Masa patah balik nanti baru singgah” Pesan ketua kumpulan yang berhati-hati dalam membuang langkah.

“Amsyar..aku rasa macam nak pitam la” Fatihah bersuara perlahan dibelakang Amsyar. Amsyar menggalas begnya dihadapan dan beg Fatihah dibelakang .

“Hang jangan Fatihah..tak sesuai ni nak landing tang ni, satg kita stop dekat depan tu sat” bebel Amsyar perlahan , dia berpaling dan memandang Fatihah yang berjalan dibelakangnya.

Splash!! Amsyar segera menjerit kuat mengejutkan ahli kumpulan lain yang berada dihadapan.

“Tolong! Ada orang jatuh dalam air! Dia pengsan! Tolong!!” jerit Amsyar sekuat hati. Nak terjun dia sendiri tidak pandai berenang.

Splash! Kedengaran ada bunyi terjunan ke dalam air. Masing-masing terkesima mencari kedudukan Fatihah yang masih belum timbul.
Eman segera mencapai Fatihah yang hampir sampai ke dasar, tudung Fatihah sudah tercabut.dia menarik naik keatas sambil dibantu Badrul yang berada dipermukaan air dan segera mengangkat Fatihah untuk diletakkan dikawasan lapang.

“Call pasukan perubatan cepat!” Badrul menjerit kuat pada kumpulan Fatihah. Eman mengambil alih membuat bantuan kecemasan (CPR).

“Aaa!! Kawan aku! Matila aku kalau jadi apa-apa dekat dia!” jerit Amsyar berlari mendapatkan mereka.

Fatihah?setelah mengamati wajah wanita yang diselamatkan,Eman baru sedar wanita itu adalah Fatihah! Patutlah terasa familiar semasa memerhati kumpulan mereka melalui kawasan air terjun.

Tekanan dada dilakukan berkali-kali, Fatihah masih tidak memberi tindak balas. Hidung Fatihah dipicit sebelum dia menghembus nafas dari mulut ke mulut.

Eman mengulangi kembali menekan dada Fatihah. “Fatihah! Wake up!” Eman menjerit perlahan dalam kegusaran. Amsyar mengerutkan keningnya memandang Eman. Eh! Lain macam mamat jepun ni. Getus hati Amsyar.

Uhuk!Uhuk! Fatihah terbatuk,air bersembur keluar dari mulutnya. Eman segera mengiringkan Fatihah kekiri. Fatihah masih terbatuk-batuk mencari nafas .

“Allahuakbar! Fatihah!” Amsyar mengurut dadanya. Dalam masa yang sama pasukan perubatan tiba dan mengambil alih tugas dengan membawa Fatihah segera ke hospital.

“Ter..Eh! Mana pulak mamat jepun tadi” Amsyar tercari-cari Eman dan Badrul yang membantu Fatihah. Tanpa melengahkan masa Amsyar terus berlari mendapatkan Fatihah yang diusung turun, dia turut bersama Fatihah menuju ke hospital.

***
“Kita nak pergi mana pulak ni?” Soal Badrul memecah keheningan semenjak mereka bergerak pulang.

“Balik rumah dulu, petang nanti la kalau nak keluar pun” balas Eman yang hanya memandang ke hadapan.

Badrul mengerutkan keningnya. “Tapi simpang masuk rumah kau dah lepas” ujar Badrul seraya memandang ke belakang. Eman tersentak .

“Kau berangan apa sampai tak sedar ni?” matanya dikecilkan saat memandang wajah Eman yang memberi signal untuk membuat pusingan U. Eman tidak mengendahkan pertanyaan Badrul, dia meneruskan pemanduan tanpa kata. Fikirannya terganggu dengan kejadian sebentar tadi.

***
Fatihah yang baru tersedar dari pengsan, memandang ke kiri dan kanan yang asing baginya. Tangannya dicucuk dengan jarum Drip. Amsyar masih khusyuk memandang dengan telefon pintar.

“Amsyar. Macam mana aku boleh ada kat sini?” soal Fatihah hairan.

“Tanya pulak..kan hang p lena dalam ayaq tadi. Mujoq ada orang tolong, kalau dak ka jenuh aku nak menjawab dengan pak hang tau” leter Amsyar yang risau dengan kesihatan Fatihah. Mujur sahaja tiada masalah lain timbul.

“Aku tak sedaq langsung,tau-tau pandangan gelap saja” jawab Fatihah bangun bersandar dikatil.

“Tapi tu lah. Kacak jugak mamat jepun tadi tu..” Amsyar ketawa halus.

“Jepun mana pulak?”

“Orang yang selamatkan hang la.. tapi tu la, aku rasa dia kenai hang kot” Amsyar menggosok jari jemarinya didagu.

“Hah??” melopong mulut Fatihah. Setahu dia,tidak pernah pula ada kawan lelaki lain apa lagi warga luar.

“Aku tengok sendiri okey macam mana dia punya risau masa tengah buat CPR dekat hang, siap sebut nama lagi” Amsyar bercerita dengan penuh semangat. Fatihah masih tidak henti berfikir siapakah yang dimaksudkan Amsyar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience