SEMINGGU berlalu, Faizal dibenarkan keluar dari hospital. Dia banyak menghabiskan masa dengan Fatihah dirumah atau di Private Riding Horse.
Farhan dan Furqan yang mula bercuti semester selalu juga menemani Faizal seolah-olah tiada siapa yang akan pergi.
Malam, selepas selesai makan malam. Faizal kembali ke bilik tidurnya untuk menghubungi Puan Jamilah.
“Assalamualaikum mama..” Faizal mula bersuara saat panggilan disambut.
“Waalaikumsalam.. ada apa call mama malam-malam ni?” Soal Puan Jamilah pelik.
“Ma..minggu depan jadi datang kan?”
“Jadi. Kenapa?tak bagi mama ikut sekali ke?”
“Bukan..nak confirm ja,senang kami nak prepare jamuan makan.”
“Ohh..Okey, kau ni demam ke?lain suara” soal Puan Jamilah risau.
Faizal berdehem membetulkan suara. Fatihah menolak daun pintu dan melangkah masuk, pintu ditutup perlahan. Dia mengambil tempat disebelah Faizal yang sedang memicit kepala sendiri sambil berborak ditelefon.
“Faizal sihat saja,Cuma demam sikit sebab cuaca sekarang tak menentu” balas Faizal yang masih cuba sembunyikan tentang penyakitnya. Fatihah mengambil alih memicit kepala Faizal.
“Aaaa..mama, Faizal nak minta maaf kalau selama ni Faizal banyak melawan mama. Faizal tak ada niat pun nak sakitkan hati mama, Cuma nak mama sedar apa yang mama buat tu salah..” ucap Faizal mengerdipkan matanya berkali-kali menahan air mata. Fatihah menggengam tangan Faizal tanda memberi kekuatan pada Faizal.
Puan Jamilah hanya diam mengeluh.
“Faizal harap mama maafkan. Faizal Cuma nak pesan, kalau Faizal dah tak ada nanti.. mama anggapla Fatihah sebagai pengganti Faizal” dia menangis tanpa suara. Fatihah memeluknya sedih dengan hakikat yang bakal terjadi.
“Apa yang kau merepek ni? Kalau nak mama suka Fatihah pun jangan la sampai buat drama sedih pulak” ucap Puan Jamilah yang mula rasa sesuatu dalam hatinya.
“Janji dengan Faizal yang mama tak akan sakitkan hati Fatihah lagi” Masih cuba bersuara dalam menahan sebak.
“Ya..mama janjilah” balas Puan Jamilah beralah.
“Alhamdulillah.. Faizal harap mama pegang janji tu. Faizal mintak diri dulu. Bye!” ucap Faizal pantas menamatkan talian kerana tidak dapat menahan tangis lagi.
Fatihah melepaskan pelukkannya, dia mengesat air mata Faizal walaupun air mata sendiri sedang mengalir. Faizal cuba untuk menahan tangis namun tidak berjaya. Dia menurunkan kepalanya dibahu Fatihah. Malam yang sedih seolah-olah dia tahu, jodohnya dengan ajal semakin dekat.
***
“Abang long nak join kami p tengok bola tak petang ni?” soal Farhan kepada Faizal ketika mereka diruang tamu.
“Dekat mana?” Faizal memandang Farhan yang duduk dikerusi bertentangan.
“Dekat pekan tu je..
“Sayang nak ikut tak?” soal Faizal mengalih pandangan kearah Fatihah yang khusyuk menonton TV disisinya.
Fatihah hanya membuat isyarat jari telunjuk kiri ke kanan berkali-kali.
“Jom la kak long teman abang long” ujar Furqan pula.
“Tak minat !” balas Fatihah pendek. Faizal hanya tersengih.
“Abang long nak tau tak? Kak long ni nampak ja macam lembut tapi dia pernah belasah orang dulu zaman sekolah” Farhan sengaja membuka cerita lama Fatihah.
“Haaa! Mula lah tu” Fatihah merenung Farhan menyampah. Farhan dan Furqan tergelak.
“Sayang belasah siapa?” Faizal menepuk peha Fatihah.
“Dia belasah samseng sekolah” Furqan ketawa jahat.
“Padan la muka dia, dia ingat semua orang takut dengan dia.” Jawab Fatihah puas hati mengenang kejadian lama ketika disekolah menengah. Mujur budak yang dibelasah mengaku salah, kalau tidak dia pun akan diambil tindakkan.
“Lebam mata budak laki tu kena tumbuk” Farhan menahan tawa.
“Lelaki?” Farhan dan Furqan mengangguk laju.
“Uish! Mujur kak long tak tumbuk abang long hari tu” ucap Faizal mengenang saat awal pergolakkan rumah tangganya dahulu. Fatihah menampar lembut bahu Faizal.
Mereka saling ketawa mengenangkan masa lalu.
***
“Sayang.. Ooo sayang” Faizal memanggil Fatihah dimuka pintu bilik yang tertutup. Diam tidak menyahut. Dia menolak daun pintu perlahan untuk memastikan keberadaan Fatihah.
Faizal membeliakkan matanya memandang Fatihah yang menyumbat earphone kedalam lubang telinganya, dia menyandar dan memejamkan mata. Faizal berdiri cekak pinggang dihujung katil.
“Sayang..”
Diam tiada respond.
“…sayang”
Masih tidak dilayan.
“Nurul Fatihah binti Abdul Rahman”
Serentak itu Fatihah membuka matanya seolah-olah mendengar namanya diseru.
“Eh! Abang..” ucap Fatihah terkejut dengan kehadiran Faizal.
Faizal berpeluk tubuh memandang Fatihah.
“Dah lama ke masuk?” Tersengih sambil menarik keluar earphone.
“Nak abang merajuk ke?” soal Faizal yang mula melabuhkan punggungnya dibirai katil membelakangkan Fatihah.
“kenapa pulak?” dahinya berkerut mencari salah.
“Banyak kali abang panggil, sayang buat tak tau saja” tunduk menghadap lantai sengaja menimbulkan sebak. Fatihah merangkak perlahan mendapatkan Faizal. Dirangkul pinggang Faizal dari belakang.
“Sorry… Tak dengar la” ucap Fatihah serba salah.
Faizal tersenyum. Diam.
“Abang..alaaa, sorry la” dia cuba mencari wajah Faizal yang sengaja ditunduk memandang ke lantai. Melihat Faizal yang tidak beri respond, dia segera baring dan meletakkan kepalanya diatas riba Faizal. Mata bertentang mata.
“Haaa! Tu senyum-senyum ja” Fatihah mengecilkan matanya tidak puas hati. Faizal ketawa dengan tingkah laku Fatihah yang tidak dijangka.
“Ee..saja la tu nak bagi orang serba salah!” ujar Fatihah memandang Faizal ketawa. Faizal segera mencuit hidung isterinya. Fatihah bingkas bangun.
“Sayang,pusing sini kejap”
Fatihah yang membelakangkan Faizal segera beralih pusing menghadap Faizal.
“Cuba pejam mata”
Fatihah hanya menurut tanpa soal.
Faizal tersenyum dan merapatkan wajahnya ke wajah Fatihah. Ditarik perlahan dagu isterinya sebelum memberi kucupan mesra dibibir Fatihah.
“Okey dah”
Fatihah mengerutkan dahinya.
“Tu je?”
“haip! Nak lebih-lebih kena tunggu malam nanti” ucap Faizal tersengih memandang Fatihah.
“Ish abang ni..kalau nak kiss tak payah la nak buat drama” perlahan-lahan dia merapatkan badannya hingga Faizal baring terlentang. Mujur la pintu ditutup.
Faizal hanya memerhati Fatihah dengan senyuman yang tidak lekang dari bibir.
“Jadi?” Faizal menyelit rambut Fatihah dibelakang telinga.
“Jadilah coco crunch..” sambut Fatihah ketawa dan cuba untuk bangun namun sempat ditarik Faizal kembali ke pelukkannya. Fatihah ditolak lembut ke katil bertukar posisi dengannya. Bibir isterinya dikucup sekali lagi.
Share this novel