Fatihah menghentikan enjin kereta Suzuki swift hitamnya dihadapan rumah. Dia keluar menuju ke tempat duduk belakang untuk mengeluarkan beg yang dibawanya sepanjang hiking.
“Balik dah Kak long” sapa Puan Aida yang baru siap menjemur pakaian.
“Awat kereta Faizal ada dekat sini?” Soal Fatihah terpandang kereta Suprema hitam milik Faizal digaraj rumahnya .
“Faizal datang semalam, pagi ni ikut ayah keluar sekejap”
“Datang buat apa?” Fatihah mengerutkan dahi sambil menggalas beg masuk ke rumah.
“Saja datang ziarah, dia pun ada cerita pasal kes dekat Sabah tu”
“Kes apa?” Fatihah mengambil gelas dan menekan butang air sejuk di water dispenser.
“Alahhh..kes dengan bekas isteri dia tu..” jawab Puan Aida berkias.
“Bekas isteri?” Fatihah bertambah bingung dengan kiasan ibunya. Dia melangkah duduk dikerusi.
“ Yaa.. depa dah cerai dah kes yang tidur sekatil tu pun idea mak mentua kak long dengan budak perempuan tu la” terang Puan Aida senafas.
“Ohhh..ingat kes apa” Fatihah meneguk air berkali-kali.
Puan Aida menarik kerusi duduk menghadap Fatihah yang masih meneguk minuman digelasnya.
“Kesian pulak mak tengok Faizal tu serabai macam orang tak betul ja”
Fatihah mengangkat bahunya.
“Mak tak kisah kalau kamu berdua nak berbaik balik”
Tersedak.
“Amboi mak! Sampai ke situ pulak”
Terbatuk-batuk Fatihah mendengar cadangan Puan Aida.
“Mak boleh nampak dia betul sayangkan kak long” ucap Puan Aida lembut.
Fatihah tidak menjawab. Dia mencapai begnya dan terus naik ke bilik.
Fatihah terus menghenyak badannya atas tilam. Membetulkan balik posisi belakangnya dengan selesa. Nafas ditarik perlahan. Terhidu bau wangi yang pernah dibaunya sebelum ini. Dia terpandang tuala yang disangkut ditombol almari baju.
“Ni mesti tidur dalam bilik aku ni”
Fatihah terus terlelap keletihan.
****
“Ayah memang selalu mancing ke?” soal Faizal duduk bersila diatas tanah berhampiran sungai tempat Encik Abdul Rahman membawanya untuk aktiviti memancing.
“Tak jugak. Ikut mood la”
Faizal memeluk kedua lututnya dan membuang pandang ke sungai yang masih cantik tidak tercemar. Encik Abdul Rahman memandang Faizal.
“Jauh sangat termenung tu” Encik Abdul Rahman bersuara perlahan menanti jawapan balas Faizal.
“Ayah.. Faizal ada benda nak cakap sikit”
“Apa dia?”
Faizal kembali duduk dalam posisi bersila dan menghadap Encik Abdul Rahman.
“Izinkan Faizal pinjam anak ayah lagi sekali” ucap Faizal serius.
Encik Abdul Rahman tersenyum sudah menjangkakan.
“Anak yang mana satu?” pura-pura bertanya.
“Jangan cakap ayah ada anak perempuan lain pulak selain Fatihah”
Faizal mengerutkan dahi menanti jawapan. Encik Abdul Rahman ketawa perlahan melihat reaksi Faizal.
“Tak dak aih.. sorang tu saja. Ayah dengan mak tak ada halangan tapi kena tanya tuan badannya la”
“Fatihah tak ada boyfriend baru ke?”
Encik Abdul Rahman ketawa dengan soalan Faizal.
“Kalau kamu nak tau, kamu la satu-satunya lelaki yang pernah datang kerumah ayah.. lepas tu mana ada lagi dah kecuali si amsyar tu.. yang tu tahu la bff Fatihah.”
Faizal tersenyum senang mendengar kata-kata Encik Abdul Rahman.
“Lagi pun dia penah cakap, dia masih trauma dengan keadaan dia untuk pregnant lagi kalau kahwin lain. Bukan semua orang boleh faham”
Faizal tersenyum hambar mengingati hinaan Puan Jamilah.
“Nanti kamu tanya Fatihah sendiri lah, mesti masih ada ruang tu.. barang-barang kamu pun dia tak pernah kutip buang. Maklumlah orang perempuan kalau dah meluat tu habis semua benda yang berkaitan dia boleh lupuskan”
Encik Abdul Rahman ketawa sambil menarik jorannya. Faizal memerhati dengan senang namun gejolak dalam hati tiada siapa yang tahu.
Share this novel