BAB 36

Romance Completed 34761

AMIN…

Selesai mereka sekeluarga solat isyak diruangan khas solat dalam rumah Encik Abdul Rahman.
Faizal menghulur salam pada ayah dan ibu mentuanya, diikuti Fatihah. Dicium dahi Fatihah selepas Fatihah bersalam dengannya.

“Aaaa..Mak ayah, bulan depan family Faizal nak datang boleh ke?” Soal Faizal minta izin risau jika Encik Abdul Rahman dan Puan Aida tidak selesa selepas apa yang terjadi.

Fatihah pura-pura tidak dengar, dia segera mencapai Al-Quran di atas rak.

“Boleh, kenapa pulak tak boleh.. confirm awal, senang prepare makanan nanti” jawab Encik Abdul Rahman lalu bangun untuk turun ke bawah. Puan Aida hanya mengangguk setuju dan berlalu keluar bersama suaminya.

Faizal memerhati Fatihah yang sedang menyemak helaian Al-Quran dihadapannya dengan tekun. Dia bergerak mendekati Fatihah.

“Sayang..” panggil Faizal.
Tiada sahutan.

“Sayang, saya panggil awak ni” Faizal memegang dagu Fatihah dan mengangkat sedikit wajah Fatihah menghadapnya.

“Awak panggil saya ke?” soal Fatihah sengaja.

“Jadi? Ada orang lain ke dekat sini?”

“mana la nak tahu awak tengah jawab call ke kan?” duga Fatihah.

Faizal tersengih. “Ada-ada je lah sayang ni” Fatihah tersenyum.

Dia berdehem.

“Abang nak tanya sayang sikit ni” Faizal tersengih memandang Fatihah, terasa janggal sebab pertama kali menggunakan panggilan itu.

“Tanya apa?” Fatihah menutup kembali Al-Quran yang baru sempat dibaca helaian pertama.

“Sayang okey ke family abang datang sini?” Faizal memandang tepat anak mata Fatihah. Fatihah hanya memberi isyarat okey dan bangun menyimpan kembali Al-Quran dirak. Dia terus bergerak menuju kebiliknya. Faizal turut bergerak mengikut Fatihah.

Fatihah menyangkut telekung dirak penyidai. Dia terus menghempas badan ke katil dengan kain yang masih belum dilucutkan. Faizal meletakkan songkok diatas meja solek, dia merebahkan diri disisi Fatihah.

“Sayang risau tentang mama ke?” soal Faizal mengiring mengadap Fatihah yang masih memandang siling biliknya. Diam tidak memberi jawapan.

“Jangan risaulah. Abang tak izinkan” dia mencapai tangan Fatihah yang berada diposisi atas perut Fatihah.

Fatihah melemparkan senyuman hambar. Fatihah pusing mengadap Faizal. Dia membelai lembut pipi Faizal.

“Berapa berat abang dah turun ni?”

“tak tahu pulak.kenapa? Dah tak handsome ke?” soal Faizal sengaja walaupun tahu Fatihah tidak pernah memandang paras rupa seseorang.

“Sama je..” Jawab Fatihah menarik hidung mancung Faizal.

“Sayang..”

“hmmm”

“I love you”

Fatihah memandang Faizal tanpa membalas kembali. Kali pertama Faizal menyebut perkataan itu padanya.

“Tak sudi ke terima cinta abang?” mereka masih saling bertentang mata.

“Bukan tak sudi Cuma takut”

“takut apa?” Faizal pantas bangun duduk bersila mengadap Fatihah. Fatihah turut bangun duduk bersama Faizal.

“Takut kehilangan lagi sekali”

“Abang janji, kita takkan berpisah lagi kecuali ajal.. yang tu abang tak boleh nak elak la” janji Faizal bersungguh.

Fatihah senyum mendengar jawapan Faizal walaupun hatinya risau saat mendengar perkataan Ajal.

“Sayang tak tengok Tv ke?”

Fatihah segera mencapai telefon bimbit untuk melihat jam.

“Alamak!” Fatihah segera bangun dari katil. Sebelum melangkah keluar untuk menonton drama TV episod akhir,sempat dia berpaling semula merapatkan bibirnya dipipi Faizal dan terus berlalu keluar. Faizal tergamam dengan tindakkan Fatihah, pelan-pelan dia tersenyum sendirian.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience