KRING! KRING!
Telefon pintar Eman yang ditinggal atas meja menjerit minta dijawab.
“Abang.. ada call!” Jerit Fatihah dari ruang tamu.
“Jawab kejap,abang nak buang sampah.” Arah Eman sebelum hilang dari sebalik pintu.
Fatihah segera mencapai telefon suaminya dan menolak icon hijau keatas.
“Hello” jawab Fatihah pendek.
“Hello. Ini number JL Eman kan?” soal pemanggil untuk kepastian.
“Ya betul. Ada apa-apa pesanan ke?” Jawab Fatihah yang sudah biasa dengan panggilan JL singkatan untuk Jurulatih.
“Boleh saya cakap dengan JL tak? Ada hal penting la” ujar pemanggil wanita itu mengharap.
“Kejap lagi saya suruh dia call balik ye?” balas Fatihah kehairanan , selalunya kalau ada bekas pelatih call mereka akan terus tinggalkan pesanan segera.
15 minit kemudian Eman kembali semula, dia mengambil tempat disebelah Fatihah.
“Siapa call?” soal Eman mengambil telefon diatas meja.
“Entah.. dia nak cakap sendiri dengan abang, jadi sayang bagitau abang akan call dia balik lah” jawab Fatihah tanpa memandang Eman.
Eman menekan butang call semula.
“Loudspeaker” ujar Fatihah ringkas sambil berpeluk tubuh ketika menonton TV. Eman hanya menurut tanpa soal.
“Hello, ini siapa ye?” soal Eman sebaik saja panggilan dijawab.
“Ini JL Eman kan?”
“Ya saya. Ada hal apa ye?” soal Eman lagi.
“Saya nak jumpa JL boleh tak malam ni?” kedengaran suara lunak manja yang sengaja dibuat-buat.
Eman memandang Fatihah yang masih menatap skrin TV dengan wajah tidak puas hati.
“Untuk apa? Awak ni siapa?” soal Eman memikirkan siapa gerangan si pemanggil.
“Saya ni bekas pelatih JL yang baru ni. Saya yang selalu bagi air botol dekat JL tu” jawabnya cuba mengingatkan Eman tentang kewujudannya.
Fatihah memandang tajam kearah Eman.
“Kan kadang tu kita makan sekali dekat dewan makan” sambungnya lagi. Berkerut dahi Eman berfikir, dia masih tidak dapat ingat siapakah wanita yang hubunginya itu.
“Sorry, saya tak ingat. Ramai sangat pelatih yang ada” balas Eman serius. Dia mula memicit dahinya.
“Tak kan tak ingat? Saya paling cantik kot masa tu, tak pe..kita jumpa dulu malam ni mana tahu JL boleh ingat. Pancing wanita itu lagi sedaya upaya mengajak Eman keluar.
Nafas Fatihah mula tidak teratur . Dia menarik nafas berkali-kali supaya pernafasannya kembali normal. Fatihah bangun berdiri sambil menampung bawah perut yang semakin membesar dengan tangannya.
Eman yang mula perasan perubahan Fatihah segera bangun merangkul pinggang isterinya. Fatihah menolak perlahan tangan suaminya.
“Aaa..sorry ya cik, saya tak boleh terima pelawaan cik tu sebab saya nak jaga wife saya yang tengah mengandung ni. Dia lebih perlukan saya. Terima kasih ya! Bye!” ucap Eman lantas menamatkan panggilan dan melempar telefon diatas sofa.
Eman merapatkan Fatihah dalam pelukkan. Diusap lembut perut isterinya sebelum menarik Fatihah untuk ke balkoni.
“Sayang okey ke tak?” soal Eman saat mereka sama-sama duduk disofa. Fatihah tidak mengendahkan soalan Eman, dia hanya pejamkan mata melayan tiupan angin petang.
“Sayang marah abang ke?”
Senyap tiada jawapan. Perang dingin bermula agaknya. Hanya air yang mengalir dihujung mata.
“Fatihah nak tidur. Tolong jangan halang” ujar Fatihah yang mula membahasakan diri dengan namanya. Dia bangun perlahan untuk ke bilik. Dia sendiri tidak pasti dengan rasa sakit dihatinya adakah patut atau tidak.
Eman hanya membiarkan Fatihah tenang terlebih dahulu, sejak mengandung perasaan Fatihah susah dijangka. Dia menurut perlahan Fatihah untuk masuk ke bilik.
Eman membantu menarik selimut untuk Fatihah walaupun isterinya langsung tidak memandangnya.
“MAMA, boleh tak malam ni Mika stay dengan mama?” soal Eman kepada Puan Rosma melalui telefon ketika dia kembali duduk diruang tamu.
“Boleh saja.. nanti balik mama singgah jemput Mika dekat sekolah dia.. Fatihah okey ke?”
“Okey je..tengah tidur tu, tak larat kot” jawab Eman menyembunyikan masalah sebenar. Cari nahas saja kalau cerita hal yang betul dekat Puan Rosma. Mau terpacak Puan Rosma didepan rumah, sayang betul dia dengan menantu mengalahkan anak sendiri.
“Kalau macam tu tak pe lah, Fatihah dah 22 minggu kan? Mama risau dia akan stress pasal pengalaman yang lepas, jadi jaga baik-baik” pesan Puan Rosma sebelum menamatkan panggilan.
Eman menarik nafas dan menghembus perlahan. Buntu dibuatnya.
LAMA dia termenung dihadapan TV menunggu masuk waktu asar. Sekejap duduk sekejap baring sampai kedengaran suara azan berkumandang. Tersentak dari lamunan, Eman segera bangun ke bilik tidurnya.
Pintu dikuak perlahan, Fatihah masih lagi tidur lena. Eman duduk dibirai katil .
“Sayang..bangun solat” kejut Eman lembut. Senyap tiada respond. Eman memerhati wajah isterinya,bintik-bintik peluh kelihatan dihujung dahi Fatihah. Dia memandang penghawa dingin yang dipasang.
“Elok saja suhu” ujar Eman yang melihat setting pada remote control. Diletak belakang tapak tangan ke dahi Fatihah.
“Panasnya!” dia segera menarik turun selimut comforter dari badan Fatihah.
“Sayang bangun!” kejut Eman menepuk pipi Fatihah. Masih tiada respond. “Sayang bangun!” kejutnya lagi sekali. Selepas beberapa kali Fatihah tidak beri tindak balas pada panggilanngya, Eman lantas menghubungi ambulance untuk segera ke hospital.
****
KEDENGARAN pintu bilik wad dibuka,muncul Doktor Hamidah bersama seorang jururawat menuju kearah katil Fatihah.
“Isteri saya okey ke doktor?” Soal Eman sebaik sahaja Doktor berada dihadapannya.
“Alhamdulillah..buat masa ni semua okey. Wife encik deman biasa saja, tiada sebarang jangkitan yang bahaya tapi disebabkan isteri encik mengandung jadi kami kena pantau kondisi ibu dan anak dulu lah sampai semuanya okey.” Terang Doktor Hamidah sambil menulis nota dalam file pesakit. Jururawat memeriksa tahap kelajuan air yang dimasukkan melalui jarum drip ditangan Fatihah.
Eman mengangguk mendengar penerangan Doktor Hamidah.
“Kalau ada apa-apa kecemasan boleh tekan butang dekat kepala katil ni saja ya encik” pesan jururawat sambil menunjukkan butang yang dimaksudkan.
“Baik.” Jawab Eman mengangguk. Doktor Hamidah dan jururawat bersamanya melangkah keluar dari bilik.
Eman memandang Fatihah yang masih tidur lena. Dia menggengam tangan Fatihah, dikucup berkali-kali hingga akhirnya diletakkan tangan yang masih digenggam itu didahinya.
Jari jemari yang digenggam mula digerakkan perlahan. Eman mengangkat wajahnya memandang Fatihah. Dia memberikan senyuman saat Fatihah mula memandangnya.
“Kenapa kita ada dekat sini?” soal Fatihah mengerutkan dahi. Dia cuba untuk bangun duduk, Eman segera membantu menyendal bantal dibelakang Fatihah . Fatihah segera memegang perutnya.
“Baby okey ke?” soal Fatihah berdebar-debar memandang Eman.
“Alhamdulillah anak kita okey je” jawab Eman memegang tangan Fatihah yang berada diperutnya. Dia menarik nafas lega.
“Abang ..” Fatihah memandang mata Eman yang duduk mengadapnya dikiri katil. Eman hanya mengangkat keningnya.
“Lapar” ujar Fatihah pendek. Eman tersengih. Hilang merajuk sudah agaknya.
“Nak makan ape?” soal Eman mencuit hidung isterinya.
“Apa-apa je lah yang sesuai” jawab Fatihah yang nampak malas berfikir sudah.
“Okey.. abang turun kejap” Eman mencapai handphone Fatihah dimeja sisi dan meninggalkan handphone sendiri.
“Kenapa tukar handphone?” soal Fatihah memandang Eman yang sudah berdiri.
“Hari ni abang off tak ada on call, kalau ada yang call nak ngorat abang. Sayang boleh marah siap-siap “ jawab Eman tersengih seraya mencium bibir Fatihah dan berlalu keluar untuk mencari makanan.
terima kasih utk semua pembaca & viewers. from DC with love ;-)
Share this novel