EXTRA : RAMADAN RAYA PART 3

Romance Completed 34761

Hujan lebat mula membasahi bumi yang kering pada malam itu seolah-olah memahami rasa hati Fatihah. Dia berdiri dijendela kamarnya dan membuang pandang keluar memerhati cahaya lampu bersinar dari bangunan-bangunan tinggi.

Eman melangkah perlahan merapatkan dirinya dengan Fatihah. Dia merangkul isterinya dari belakang. Masing-masing terdiam melayan hujan.

“I’m sorry” ucap Eman ditelinga Fatihah.

“Abang tak buat salah kenapa nak minta maaf?” Soal Fatihah perlahan.

“Abang gagal didik Mika dengan baik” jawab Eman berbaur kecewa.

“Abang dah buat yang terbaik. Maybe sayang yang gagal jadi ummi yang terbaik untuk Mika” ucap Fatihah tersenyum. Tangan Fatihah bermain dengan jari Eman yang sedang memeluknya.

“Jangan cakap macam tu, sayang dah cukup perfect untuk anak-anak kita”

“Ye lah,tu kata abang tapi tak bagi Mika. Tak apa lah, nikmat sementara. Sekarang dia dah besar..dia dah tak perlukan sayang untuk jadi ummi dia” ucap Fatihah terasa sebak. Eman hanya mendiamkan diri tidak mampu untuk berkata-kata lagi.

“Dah mandi ke belum?” soal Fatihah memandang Eman.

“Belum” jawab Eman tersengih.

“P lah mandi” Fatihah pura-pura menolak Eman.

“Kena mandi ke? Bukan sayang suka ke kalau abang tak mandi?” usik Eman.

“Eee..jangan nak mengada sangat”

Eman tertawa kecil, dia melepaskan Fatihah dan berlalu ke bilik mandi.


“SAYANG.. lupa pulak abang nak bagitahu” ucap Eman sebaik saja dia baring disebelah Fatihah.

“Bagitahu apa?” Soal Fatihah meletak handphone dimeja.

“Abang ada kursus seminggu dekat Perak”

“Bila?”

“Minggu depan. Sayang nak ikut?” Soal Eman memandang Fatihah. Mungkin ini masanya untuk dia ajar anaknya erti kehilangan orang tersayang yang selama ini 24 jam bersama. Fatihah tersenyum .

“Boleh ikut ke?”

“Boleh je..” Hidung Fatihah dicuit.

“Tapi anak-anak siapa nak urus?” Fatihah bersuara risau.

“Biar Mika yang urus adik-adik dia. Biar dia tahu apa yang dia cakap tu mudah atau tak untuk dia handle.” Balas Eman membetulkan selimut sebelum menekan punat lampu supaya terpadam.

*****

“Mika, mulai esok Mika kena urus adik-adik sepanjang abi dengan ummi tak ada” Pesan Eman yang duduk di sofa single semasa menonton TV bersama anak-anaknya.

“Eh! Abi dengan ummi nak ke mana?” Soal Melur Aina hairan.

“Abi ada kerja sikit seminggu dekat Perak, so abi bawak ummi sekali.”

“Hah? Seminggu? Siapa yang nak jaga kami?” Muncung bibir Melur Aina.

“Eh! Kan along ada. Along la yang uruskan. Biar la ummi rehat pulak”

“Nak ikut jugak” sampuk Melur Aisya.

“Sekolah kan? Jangan nak ponteng pulak” ujar Eman . Mikail hanya mendengar. Sejak dari kejadian malam itu, Mikail sudah tidak pedulikan telefon pintarnya lagi. Fatihah pula banyak menghabiskan masa ditempat kerja dan membaca didalam biliknya.

Eman sudah pun menguruskan keperluan anak-anaknya sepanjang mereka berdua tiada. Dia juga menguruskan driver untuk mengambil dan menghantar anak-anaknya ke sekolah. Tidak lupa juga, Eman sempat untuk mengadu pada Puan Rosma berkaitan Mikail dan tentang ketiadaan mereka dirumah.


SAHUR pertama tanpa kedua ibu bapa. Mikail bangun seawal 4 : 00 pagi untuk menyediakan menu sahur mereka tiga beradik. Walaupun agak kekok membuat seorang diri namun dia tetap uruskan dengan baik. Dari kecil dia selalu bersama Fatihah setiap kali Fatihah menyediakan makanan untuk keluarga.

TOK!TOK!

“Aina!Aisya! Bangun sahur” laung Mikail sambil mengetuk pintu bilik.

Melur Aisya dan Aina bangun cuci muka sebelum mengambil tempat dimeja makan. Mereka duduk makan bersama tanpa mengeluarkan sepatah kata, masing-masing berada didalam dunia sendiri. Agaknya mereka mula terfikir jika betul-betul abi dan ummi mereka tiada lagi bersama mereka didunia.

Melur Aisya mula sedih sambil mengunyah.

“Kenapa?” soal Mikail.

“lagi 6 hari nak tunggu ummi” jawab Melur Aisya. Mikail hanya diam tidak membalas. Dia sendiri sudah menyesal menjauhkan hubungan dengan Fatihah. Setiap saat dia berfikir cara untuk mohon maaf pada Fatihah dan kembalikan suasana seperti dahulu.

****

TING TONG!

“Assalamualaikum…” ucap Puan Rosma apabila pintu dibukanya sendiri . Senyap sunyi.

“Tak balik sekolah lagi ke budak-budak ni?” bebel Puan Rosma lalu memulas tombol pintu bilik cucu kembarnya.

“Laaa…tidur rupanya,dengan baju sekolah tak buka” Puan Rosma menggeleng kepala. Dia menepuk lembut kaki Melur Aisya.

“Aisya…Aina.. bangun. Dah petang ni. Along mana?” soal Puan Rosma sebaik saja cucunya terjaga.

“Tak tahu la nenek. Biar la dia nak bebas” jawab Melur Aina kemalasan.

“Haishh! Tak baik cakap macam tu.” Tegur Puan Rosma.

“Betul la, itu yang Along nak sampai lukakan hati ummi” rungut Melur Aina lagi.

“Along tak sedar tu.. nanti nenek tegur along” balas Puan Rosma tersenyum.


TIT! Bunyi pintu utama dibuka. Mikail berjalan masuk bersama juadah berbuka puasa yang dibeli di bazar ramadan berhampiran kawasan masuk kondomium Selvia.

Puan Rosma yang duduk disofa ruang tamu menyedari kepulangan cucu pertamanya itu. Baru berusia 13 tahun tapi tinggi sudah hampir menyamai Eman, mewarisi mata ibunya mariam. Walaupun bukan Fatihah yang melahirkan Mikail, namun wajahnya sedikit sebanyak tetap ada iras Fatihah.

“Eh! Nenek bila sampai?” soal Mikail terkejut dengan kehadiran Puan Rosma. Dia segera meletak bungkusan makanan diatas meja makan dan terus memeluk Puan Rosma. Kedengaran hingus ditarik perlahan . Puan Rosma menggosok lembut belakang Mikail.

“Ada nak share apa-apa dengan nenek ke?” Soal Puan Rosma yang sudah tahu tentang cucunya itu.

“Nenek rasa ummi nak terima Mika lagi tak?” soal Mikail menahan tangis.

“Mika buat apa dekat ummi?” sengaja Puan Rosma menduga.

“Mika yang salah. Mudah terpengaruh dengan kata-kata orang luar. Mika memang menyesal sangat” teresak-esak dia mengatur kata.

“Dari kecik Mika hidup dengan ummi, macam mana Mika boleh percaya kata-kata orang luar?”

“Tak tahu. Mika terlalu ikutkan perasaan. Betul cakap abi.. Mika leka dengan handphone sampai hilang adab” dia mengesat air hidungnya yang mengalir bersama air mata.

Melur Aina dan Melur Aisya yang memerhati dari awal sempat lagi merakam tanpa Mikail sedar.

“Hmm..Kalau Mika sayang ummi, Mika kena buat sesuatu la” ujar Puan Rosma.

“Nak buat apa? Mika malu . Mika dah tinggikan suara macam orang gila” ucap Mikail yang tangisannya mula reda. Dia melepaskan pelukkan dan mengesat air mata dengan bajunya.

“Tak perlu buat apa-apa pun. Mika buat apa yang ummi dengan abi suka and kena la minta maaf. Perkataan maaf tu yang penting” cadang Puan Rosma menepuk pipi Mikail.

Melur Aina menamatkan rekod.

“Jangan lupa send dekat abi” bisik Melur Aisya perlahan.

“Ehem!” Melur Aina berdehem ketika berada di ruang tamu.

Mikail segera bangun menuju ke dapur untuk hidangkan makanan yang dibelinya tadi. Melur Aina dan Melur Aisya tersengih memandang Puan Rosma .

“Apa yang tersengihnya tu?” soal Puan Rosma hairan.

“Tak ada apa-apa. Nenek tidur sini kan?” soal Melur Aina menukar topik.

“Nenek nak tidur dekat mana?”

“Tidur bilik Mika, nanti Mika tidur dekat depan” jawab Mikail dari meja makan. Melur Aina dan Melur Aisya tersenyum gembira.

****

“Abang tengok apa yang sedih sangat tu?” Soal Fatihah yang baru keluar dari bilik mandi.

“Sayang nak tengok ke?” soal Eman menghulur telefonnya. Fatihah menyambut dan terus duduk disisi Eman dibirai katil. Fatihah tersenyum, dia mengesat air matanya. Terdengar keluhan kecil.

“Sayang dah tak nak jadi ummi Mika ke?” Soal Eman menggengam tangan Fatihah. Fatihah hanya memandang wajah Eman dengan senyuman.

pejam celik pejam celik..dah nak sampai penghujung ramadan..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience