SEBULAN berlalu dengan pelbagai perkara. Setiap pagi Eman dikejutkan dengan pesanan Whatsapp dari Mariam, namun hari ini walau sudah masuk waktu tengahari Mariam masih belum mengganggu Eman seperti biasa.
Eman masih memeriksa handphone kalau-kalau dia terlepas pandang dengan Whatsapp Mariam yang tenggelam dengan Whatsapp group kerja, ex school & family.
“Ko ada tunggu panggilan penting ke?” Soal Badrul yang duduk dimeja sambil menyusun peralatan kerja.
“Eh!takda lah..tengah check WhatsApp saja” matanya masih tertumpu di skrin handphone.
“Siapa? Awek ke?” Badrul tersengih menanti reaksi Eman.
“Mana ada pun” Eman menafikan
“Jangan lambat-lambat,nanti melepas pulak” sengaja Badrul pancing. Dia pernah ternampak komen Eman digambar pertunangan Fatihah suatu ketika dahulu, sejak dari tu kelakuan Eman sudah macam orang putus cinta. Jadi anggapan dia tak salah.
“Merepeklah” Eman terus menyimpan handphone dalam poket bajunya.
“Orang perempuan ni kadang dorang tak suka tunggu lama-lama, kau suka kau terus terang je” ucap Badrul menjadi doctor cinta. Eman hanya mendengar bebelan Badrul.
Dia mula memikirkan kata-kata Badrul. Cukup rasanya melepaskan peluang suatu ketika dahulu.
**
Tut!Tut! Bunyi deringan panggilan telefon menanti dijawab.
“Assalamualaikum” Eman memulakan ucapan salam selepas panggilannya dijawab.
“Waalaikumsalam” Jawab Mariam bersahaja, padahal dalam hatinya dah melonjak gembira mendengar suara Eman.
“Err..awak sihat ke?” soal Eman teragak-agak.
“Alhamdulillah sihat. Kenapa awak call?” soal Mariam kembali,boleh jadi hari ini dalam sejarah bila buat pertama kali Eman menghubunginya.
“Saja nak tahu kot awak sakit ke kan”
Mariam ketawa dihujung talian.
“Takdalah, saja je nak pancing awak” ujar Mariam tersenyum sendirian.
“Ohh…ye ke? Kalau macam tu saya letak dululah”
“Ehh! Nantilah dulu, bukan senang nak tunggu awak respond segala masej saya tau” Mariam cuba menahan Eman memutuskan talian. Eman tersenyum sendiri dan meneruskan perbualan mereka lagi.
***
Pada hari bekerja, Eman dan beberapa ahli pasukan ditugaskan untuk mengadakan taklimat kebakaran di sebuah syarikat yang terletak berhampiran balai bomba. Badrul diberi tugas untuk memberi taklimat sebelum rakan pasukan yang lain bakal membuat demo.
“Kebakaran adalah satu ancaman serius kepada keselamatan dan harta benda. Oleh itu, adalah penting untuk memahami tindakan yang perlu diambil dalam keadaan kecemasan.” Badrul memulakan ucapannya menggunakan pembesar suara.
“Tindakan awal yang diambil dalam masa 2 minit pertama amat penting untuk memastikan keselamatan semua orang. Pastikan anda mengetahui lokasi pemadam api terdekat dan cara menggunakan”
“Latihan kebakaran adalah penting untuk memastikan semua orang tahu apa yang perlu dilakukan dalam keadaan kecemasan. Pastikan semua pekerja menghadiri latihan ini.”
“Pastikan semua pintu dan tingkap sentiasa dalam keadaan mudah dibuka. Pastikan juga semua laluan keluar tidak disekat dan mudah dikenal pasti.”
“Sekiranya berlaku kebakaran, pastikan anda menghubungi pasukan bomba dengan segera. Jangan cuba memadamkan api sendiri kecuali jika anda telah dilatih untuk melakukannya.”
"Akhir sekali, pasukan saya akan buat sedikit demonstrasi memadamkan api menggunakan alat pemadam api yang wajib ada didalam setiap premis"
Semua pekerja yang hadir masing-masing memberi perhatian pada cara penggunaan alat pemadam api, ada juga yang mengambil bahagian untuk mencuba sendiri.
"Satu lagi saya nak pesan. Semua orang boleh tahu teknik yang betul tapi dalam masa yang sama penting untuk kawal diri daripada Panik!"
Ya, Panik. Tak ramai yang tahu kawal perasaan gelabah dan panik di saat getir.
Share this novel