SUDAH hampir setengah jam Eman menatap layar skrin handphone ditangannya. Diskroll satu per satu gambar yang telah dikongsi dalam timeline Fac Fatihah.
Kecewakah dia? Menyesalkah dia kerana tidak bertindak awal? Perkara sudah pun berlalu. Dia menekan huruf-huruf diskrin telefon bimbitnya, ‘Tahniah!’ pendek saja ucapan ditaip. Dia lantas menutup applikasi Fac dan terus menyimpan handphone dalam poket seluarnya. Nafas ditarik dan dilepas perlahan. Fokus!
KRING!!!! Penggera kecemasan berbunyi lantang, satu kes kecemasan perlu ditangani segera.
Kesemua anggota bergegas pantas mendapatkan peralatan masing-masing dan bergerak keluar.
Track bomba telah sampai ke kawasan kebakaran namun laluan masuk mereka terhalang dengan binaan-binaan haram disepanjang laluan sempit.
Pasukan bomba terpaksa mengambil masa untuk menarik paip hingga ke rumah mangsa. Kebakaran yang telah merebak kerumah berhampiran dan mengambil masa dua jam untuk betul-betul terpadam.
Selesai proses memadamkan api,pasukan penyiasat bomba mengambil alih untuk mencari punca kebakaran. Wakil pasukan bomba juga telah membuat aduan kepada pihak berkuasa tentang binaan haram yang menghalang pasukan keselamatan menjalankan tugas.
Tiada kematian ditempat kejadian, mangsa-mangsa yang terlibat berjaya bertindak keluar awal sebelum api merebak dengan pantas.
****
“Kau ada problem ke?” Soal Badrul menepuk bahu Eman dari belakang ketika di meja makan.
“Tak ada apa-apa lah” Balas eman lalu menyuap makanan yang baru disentuhnya selepas lama termenung.
“Sampai tembus meja makan tu kau punya tenung, takkan tak ada apa-apa kot” Badrul merenung wajah sahabat baik dihadapannya.
“Rindu dekat mama aku je” eman tergelak kecil cuba menafikan perasaan kecewanya. Badrul diam tidak menyoal kembali, dia terus menjamah makanan didepannya. Dia tahu eman menyembunyikan sesuatu darinya.
“Eh! Korang, esok jangan lupa kenduri Haikal” Sergah Amin entah dari mana.
“Okey, esok gerak awal la sebelum masuk bertugas” balas Badrul. Eman hanya angguk setuju.
“Eman! Boleh la cuci mata, mana la nak tahu boleh sangkut sorang dua kan” Badrul memberi cadangan nakal kepada sahabatnya.
“Aku pulak? Kau boleh la sekali pasang empat terus kan..” balas Eman lalu menyedut teh O ais limau didalam plastic minuman yang diletak dalam mangkuk.
“Apa salahnya terus pasang empat kan?” ujar Badrul ketawa besar dan disambut kawan-kawannya.
****
“Bad, kau gerak balik dulu..barang aku ada dalam kereta” ujar eman sambil memastikan ikatan tali kasutnya ketat.
“Eh! Kau nak ke mana? Balik naik apa?” soal Badrul yang sudah siap untuk pulang.
“Aku nak jogging sampai rumah, bukan jauh pun”
“memangla tak jauh tapi kan dah malam, cuaca pun macam nak hujan je”
“Bukan selalu pun. Dah, aku gerak dulu.” Balas Eman dan berlalu pergi. Badrul hanya memandang sahabatnya berlalu keluar.
Eman meneruskan larian santainya dilaluan pejalan kaki yang disediakan. Malam yang dingin dengan tiupan angin kencang seolah-olah hujan bakal mencurahkan air ke bumi dalam masa terdekat.
Dia perlu membuang rasa kecewa dihatinya sebelum melarat lebih jauh. Dia perlu terima hakikat atas kelewatan diri sendiri.
Hujan mula turun lebat dan membasahinya, dia berhenti dibawah sinaran lampu spotlight. Basah lencun pakaian sukan berwarna hitam yang dipakainya. Dia terus berdiri dan memandang keatas seolah-olah ingin membasuh luka dihati.
PIN!PIN! Eman berpaling pada bunyi hon kereta yang berhenti berhampirannya. Tingkap diturunkan.
“Woi! Gila ke main hujan? Dah masuk cepat!” jerit Badrul dari dalam kereta. Eman hanya menurut masuk tanpa banyak kata.
“Kau ni baru putus cinta ke apa?” soal Badrul yang meneruskan pemanduannya. Eman tersandar dan terus memandang keluar tingkap tanpa hiraukan pertanyaan Badrul. Musykil betul dengan budak ni, bebel hati Badrul.
Share this novel