BAB 8

Romance Completed 34761

PIN! Pin! Amsyar menekan hon keretanya saat sampai diperkarangan rumah Fatihah. Fatihah segera menuju ke pintu utama rumahnya.

“Assalamualaikum.. saya datang nak beraya ni..” Ucap amsyar sambil ketawa tutup mulut yang menampakkan braces digiginya.

“Ada-ada je lah hang ni” sambut Fatihah yang sudah turun ke kereta amsyar. Amsyar hanya ketawa sambil buka bonet keretanya untuk mengeluarkan tapak hantaran yang telah siap digubah.

“Amboii..lawa-lawa noh,pandai hang buat” ujar Encik Abdul Rahman tiba-tiba datang mencelah.

“Well..biasa la pakcik, kacang ja” balas amsyar tersengih mendengar pujian dari Encik Abdul Rahman. Gubahan yang bertemakan warna hijau hitam sebanyak 7 dulang diangkat naik keruang tamu rumah Fatihah.

Amsyar membantu Fatihah menyusun barang-barang yang dipilih untuk dijadikan hantaran kepada pihak lelaki. Segala persiapan dijalankan dengan tertib dan teratur walaupun sekadar kecil – kecilan bersama saudara rapat sahaja.

*****
“Faizal, kau habis fikir dah ke ni?” Soal Puan Jamilah sambil menyusun hantaran yang telah siap digubah.

“Enggang sama enggang, pipit sama pipit” ringkas Faizal membalas soalan Puan Jamilah.

“Esok kita gerak pukul berapa?” Soal Johari abang sulung Faizal yang hanya menjadi pemerhati dari awal.

“Majlis start selepas Zohor,jadi kita pergi solat Zohor dekat Masjid sana dan baru bergerak ke rumah dorang” terang Encik Fakhrul Razi tentang perjalanan esok.

“Okey. Habis majlis plan nak ke mana-mana tak? Alang-alang cuti lama ni” Soal Julia pula.

“Kita pergi mandi dekat air terjun nak tak? Sekarang kan musim panas” Fazliana memberi cadangan.

“Okey je..bawak bekal baju siap-siap, balik terus gerak,nanti lewat sampai dapat mandi kejap je” balas Faizal yang setuju dengan cadangan Fazliana. Sejak dia datang bertugas,tidak pernah lagi dia luangkan masa teroka tempat-tempat menarik.

*****
“Alhamdulillah… Jadi majlisnya kita tetap lagi 3 bulan sajalah” ujar Encik Fakhrul Razi kepada Encik Abdul Rahman.

“InsyaAllah..” Encik Abdul Rahman mengangguk setuju.

Majlis pertunangan Faizal dan Fatihah berjalan dengan lancar. Mereka mengambil kesempatan bergambar bersama dengan pakaian berwarna tema hitam dan gold.

“Eh ! Puan turun tangga baik-baik, takut licin” ujar Puan Aida dari meja diruangan dapur bahagian bawah.

“Haishh..Panggil Kak mila je” balas Puan Jamilah sambil berjalan mengelilingi dapur.

“Cantik rumah ni, halaman pun cantik. Petang-petang boleh rehat bawah pokok tepi sawah seronok kan” sambung Puan Jamilah yang tertarik dengan suasana rumah kampung Fatihah.

“Alhamdulillah..memang seronok duduk kampung” balas Puan Aida sambil mengupas buah mangga.

“Jemput duduk, ni saya ada kupas buah ni. Masak dah buah pelam ni” sambung Puan Aida menjemput Puan Jamilah duduk bersama dimeja.

“Yang ni siapa?” Soal Puan Jamilah sambil menatap sosok tubuh seorang wanita dihadapannya.

“Ni mak mentua saya, tok Fatihah. Rumah tak jauh dari sini”

“Ohh..seronok la semua dekat-dekat , saya ni anak-anak semua duduk jauh. Dulu Faizal tu dari kecik dengan saya. Baru tahun ni la dia start duduk jauh, dapat pulak jodoh sini. Melekat terus la jawabnya” ujar Puan Jamilah lalu ketawa. Puan Aida dan ibu mentuanya turut ketawa hambar.

Majlis selesai setelah masuk waktu asar. Semua tetamu telah selamat pulang termasuklah sedara mara terdekat yang membantu menyempurnakan majlis.

Selesai solat maghrib bersama, mereka sekeluarga duduk dimeja untuk makan malam.

“Bakal mak mentua kak long tu macam kerek ja” ucap Farhan adik kedua Fatihah.

“A’ah..betul tu” sampuk Furqan adik ketiga Fatihah dan pasangan kembar seiras Farhan .

“Tak baik cakap lagu tu.. mungkin dah memang stai dia kot..” balas Encik Abdul Rahman.

“Beringatla Kak long. Bila berkahwin ni,bukan suami je yang Allah swt hantar sebagai ujian, keluarga mentua pun boleh jadi jugak” nasihat Puan Aida kepada satu-satunya anak perempuan yang dia ada . Fatihah hanya mengangguk dengan pesanan ibunya. Nampaknya perjalanan hidupnya baru nak bermula.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience