BAB 10

Romance Completed 34761

비내린 하늘은…왜 그리 날 슬프게해
(Langit yang hujan, mengapa ia menyedihkan saya)

흩어진 내 눈물로 널 잊고 싶은데…
(Dengan air mata yang bertaburan, saya ingin melupakan awak)

~Lee Seung Chul – Western Sky~

DUA BULAN KEMUDIAN,SARAWAK.

Eman selamat sampai di lapangan terbang Kuching. Dia berjalan menuju ke pintu arrival dengan pantas. Dari jauh kelihatan Puan Rosma sedang melambaikan tangan pada anak tunggalnya yang lama tidak bersua muka.

“Assalamualaikum mama..” ucap Eman sambil mengucup tangan Puan Rosma.

“Waalaikumsalam..Eman sihat ke?” Soal Puan Rosma lalu mengambil salah satu beg Eman.

“Alhamdulillah…” mereka terus berjalan menuju ke kawasan tempat letak kereta. Eman memilih untuk memandu pulang.

“Mama tak nak kawin lain ke?” Satu soalan cepumas dilontar kepada Puan Rosma .

“Buang tebiat ke kamu ni? Mama bukan muda macam kamu nak kawin lagi sekali” Balas Puan Rosma. Eman hanya tersengih.

“Kamu tu bila pulak? Takkan nak tunggu pencen baru nak cari calon?” sambung Puan Rosma lagi.

“Tak sampai seru lagi” Eman tergelak dan terus fokus pada pemanduannya.

****
Pada keesokan pagi selepas menghantar Puan Rosma ke tempat kerja, Eman mengambil keputusan untuk bersarapan di kedai makan yang selalu dia habiskan masa bersama kawan-kawan ketika masih di sekolah.

Kelihatan seorang pelayan wanita yang membawa dulang berjalan menuju kearahnya.

“Eman ke ni?” soal wanita tersebut sambil menghidangkan roti canai dan teh tarik seperti yang dipesan Eman.

“Ya..errr,kamu siapa?” Soal Eman kembali cuba mencari jawapan siapa gerangan wanita dihadapannya.

“Mariam,kita satu sekolah cuma lain-lain kelas” terang Mariam selepas melihat reaksi Eman yang blur dengan tegurannya. Eman hanya mengangguk dan Mariam berlalu pergi untuk menghantarn pesanan ke meja lain pula.

Selepas selesai bersantap,Eman bangun ke kaunter untuk membuat pembayaran.

“Bang,boleh bagi number fon?” soal pekerja lelaki yang menjaga kaunter.

“Eh! Nak bayar kena bagi number handphone ke?” balas Eman pelik .

“Bukan macam tu..number fon tu ada orang mintak. Bil tadi pulak RM3.00” jawab pekerja lelaki tersebut sambil tersengih.

“Ohh..Nah RM3.00 , Terima kasih ya” balas Eman dan berlalu pergi tanpa meninggalkan number handphone seperti yang diminta. Mariam hanya memerhati dari jauh.

****
“Mama,kita singgah pasar malam dulu nak?” soal Eman sambil matanya meliar mencari tapak parking kosong. Puan Rosma menjawab okey dan mengangguk setuju.

Dua beranak itu berjalan seiring memasuki kawasan pasar malam yang dipenuhi pengunjung. Suasana yang dilimpahi cahaya lampu neon,bising dengan suara peniaga dan pembeli dan pelbagai bau masakkan ternyata mampu menggamit kenangan lama ketika disekolah. Cepatnya masa berlalu.

“Bagi 2 bungkus Nasi ayam ni ya” pinta Puan Rosma pada peniaga dihadapannya.

“Eh! Eman,jumpa lagi disini” ujar Mariam sambil membungkus nasi yang diminta Puan Rosma.

“Kenal ke dengan anak makcik?” soal Puan Rosma sekilas pandang wajah anak terunanya yang tidak memberi sebarang reaksi .

“Kawan sekolah makcik. Nah sudah siap. Rm10.00 ya” Mariam menghulur bungkusan plastic yang berisi makanan.

“Okey..terima kasih ya, makcik beli” ucap Puan Rosma sambil menghulur duit.

“Sama-sama. Saya jual” balas Mariam yang tersenyum manis.

Selesai membeli bahan keperluan dapur dan makanan untuk makan malam, mereka bergerak kembali ke tempat parking.

“Eman. kawan kamu tegur tadi tu,kenapa tak bercakap?” Soal Puan Rosma ketika menarik tali pinggang keledar.

“Bukan kawan sekelas pun and eman tak penah pulak kenal dia” balas Eman lalu memandu keluar dari parking setelah memastikan tiada kenderaan.

“Alahhh.. pura-pura je la kenal,kesian dia” Eman hanya mendengar bebelan pendek Puan Rosma tanpa membalas. Dia masih belum bersedia untuk menerima mana-mana wanita untuk masuk ke dalam hatinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience