BAB 13

Romance Completed 34761

“Eh! Tahun ni si kembaq masuk tingkatan beqhapa dah?” Soal Encik Abdul Rahman ketika sedang membaca surat khabar diberanda rumah.


“Eh! Abang ni, anak sendiqhi pun lupa dah ka?” Balas Puan Aida sedikit geram yang dari tadi khusyuk menjahit.


“Alahhh…Faktor usia, tingkatan 4 ke 5?”
Tanya Encik Abdul Rahman lagi sekali.


“Tingkat 5 dah abang oii.. tahun ni ambik SPM dah”

“Elok lah tu, mana nak tau taon depan kita dapat pergi Haji kan. Tak la qhisau sangat nak tinggai lama-lama”

“insyaAllah.. Allah swt mesti atoq elok dah untuk hamba-NYA” balas Puan Aida menyedapkan hati suaminya.

Encik Abdul Rahman memang terlalu sayangkan anak-anaknya, dia selalu mengutamakan anak-anak sebelum dirinya. Bila anak-anak sudah semakin dewasa barulah dia semakin tenang menjalani hidup sambil menguruskan perniagaan sendiri.


“Assalamualaikum mak! Ayah! Kami dah balik ni” Jerit Farhan dari bawah rumah yang sedang menyimpan basikal miliknya.

“Waalaikumsalam.. Ya, naiklah. Mak dekat luaq ni” sahut Puan Aida.


Farhan dan Furqan melangkah naik anak tangga batu menuju ke beranda rumah.

“Panaihnya haqhi ni..” ujar Farhan yang sedang tersandar dikerusi rehat.

“Mak, masak dah ka? Lapaq pulak” soal Furqan yang duduk ditangga sambil menanggalkan stoking.

“Dah masak dah. P lah mandi solat dulu baru makan” arah Puan Aida kepada dua anak terunanya yang kembar seiras, awalnya dia sendiri pun susah untuk bezakan mereka tapi lama kelamaan baru dia nampak perbezaan antara Farhan dan Furqan.


“Ayah, Bulan depan kami ada perkhemahan unit beruniform” ujar Furqan yang tengah gaul nasi dipinggan.

“Eh! Nak SPM pun terlibat jugak ke?”

“Untuk awal taon ja, lepas tu last aktiviti sukan. Habih yang tu baru fokus 100% dekat SPM” jawab Furqan lalu menyuap masuk nasi ke mulutnya. Farhan yang sedang menikmati makanan hanya mengangguk setuju.


“Ha..elok lah tu, belajaq elok-elok. Mak tak kisah pun hampa dua minat yang mana tapi tetap kena fokus dengan seimbang.” Pesan Puan Aida pula.

“Baik mak!” Jawab mereka serentak

“Kalau ayah takdak nanti hampa dua la kena take over jaga mak dengan Kak long” Ucap Encik Abdul Rahman mengingatkan tanggungjawab kedua anak lelakinya supaya tidak leka.

“Kak long kan dah ada laki dia” Balas Farhan.

“Ada laki pun, kamu berdua tetap wali dia sampai bila-bila. Andai kata dia balik dan mintak tolong, hampa dua kena tolong tak kira susah atau senang. Dalam dunia ni hampa 3 beradik ja, adik – beradik kena saling support baru bahagia mak ayah dekat Akhirat nanti.” Panjang lebar Encik Abdul Rahman ceramah kepada Farhan dan Furqan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience