BAB 38

Romance Completed 34761

Faizal diberi tugas untuk menguruskan supplier yang berurusan dengan Private Riding Horse. Dia begitu khusyuk menyemak file dokumen yang ada sebelum membuat proses pembayaran.

TOK! TOK!

Faizal mendongak kepala memandang kearah pintu kaca pejabatnya. Ayie melambai-lambai memberi isyarat untuk masuk. Faizal mengangguk setuju.

“Hallo bos! Busy ke?” Soal Ayie sebaik saja melangkah masuk. Beg putih yang dijinjing segera diletak atas meja.

“Apa tu?” Faizal menjeling mata melihat sebelum meneruskan kerja.

“Album kahwin,siap dah” Ayie menarik keluar Album gambar yang diambil tempoh hari. Dibuka dan diletakkan dihadapan Faizal.

“Lahh.. saya ingat just nak bagi softcopy ja” ujar Faizal meneliti satu per satu gambar yang ada. Dia tersenyum melihat scene candid yang diambil tanpa pengetahuan.

“Haaa..senyum tu, maknanya suka kan dengan hasil air tangan saya?”

“Alhamdulillah..semua cun, abang memang pro. Saya tak nampak pulak kelibat abang masa ni” Faizal menunjukkan gambar diawal mereka sampai.

“Mana la nak nampak kalau dah mata tu asyik pandang isteri tersayang je kan?” balas Ayie lalu ketawa. Faizal tersenyum simpul.

“Tapi kan pandangan mata bos masa first time nikah dengan kali ni berbeza sungguh”

“Err..maksud abang?” Soal Faizal cuba mengingati kehadiran Ayie semasa majlis akad nikahnya yang pertama.

“Dulu yang first nikah saya photographer jugak,maybe bos tak perasaan kot..tapi tu la, dulu cara pandang tu biasa-biasa je.. macam feel tu tak sampai tapi yang ni memang perfect lah, boleh rasa perasaan tu sampai ke hati” terang Ayie siap dengan gaya tangannya.

“Fuhh..abang memang power lah! Betullah apa abang cakap tu” Faizal tersengih mendengar kata-kata Ayie, dia sekali lagi menatap kembali gambar dihadapannya.

“Cuba buka page akhir..yang tu memang special, sebab nak snap moment tu..hampir-hampir saja si harry tu nak terlepas”

Faizal melangkau hingga muka surat terakhir menyaksikan moment Fatihah menyeka peluh diwajahnya menggunakan selendang tambahan yang digayanya.

“Bukan senang tu nak tengok orang perempuan buat macam tu dengan penuh kasih sayang. Setiap kali photoshoot, selalunya pengantin perempuan sibuk jaga makeup sendiri ja memang dia tak heran dah laki dia nak peluh merambu pun” Ayie ketawa mengenangkan pengalamannya menjadi photographer perkahwinan sebelum berkhidmat dengan Encik Abdul Rahman.

Faizal tersenyum bahagia dengan pujian Ayie. Ayie segera mintak diri untuk melakukan rutin hariannya seperti biasa.

Sepanjang hari Faizal menjalankan tugas dengan senang dan senyuman yang tidak lekang dari bibirnya. Terima kasih Ya Allah bagi peluang kedua,bisik hati Faizal.

***
“Assalamualaikum…” ucap Faizal sewaktu menanggalkan kasut dan menyimpan diatas rak.

“Mak sorang ja? Fatihah mana?” Soal Faizal sebaik saja melangkah masuk.

“Eh! Awal balik? Ayah mana?” terkejut Puan Aida yang ralit dengan handphone ditangan.

“Ayah ajak balik awal,ada hal katanya. Tu tengah tengok pokok bunga dekat bawah pokok besar” Jawab Faizal sempat menghirup air sejuk yang diambil di water dispenser.

“Hal apa pulak? Apa ni.. Fatihah ada dekat bilik rasanya dengan laptop kesayangan dia tu”

Faizal tersengih mendengar. Laptop pemberian Faizal sebagai hantaran perkahwinan mereka memang 24 jam berada dengan Fatihah. Dia terus melangkah naik ke bilik mereka.

Pintu dibuka perlahan. Fatihah sudah tertidur dihadapan laptop yang diletakkan dihujung katil.

“Ni siapa tengok siapa ni?” bebel Faizal duduk disisi Fatihah.

“Sayang..Ooo sayang” kejut Faizal menekan butang pause drama yang sedang dimainkan. Fatihah masih tidak menyahut.

“Abang baru balik kerja ni, jangan bagi abang buat bantuan pernafasan mulut ke mulut pulak” ugut Faizal menanggalkan jam ditangannya.

“Haish! Lena betul ni” hidung Fatihah ditarik kasar. Fatihah menepis tangan Faizal. Faizal mendekatkan wajahnya dengan Fatihah hingga bergesel hidung.

Tanpa sempat Faizal bersuara Fatihah dengan pantas mencium bibir suaminya dan terus bangun dari posisi tidurnya. Faizal tersenyum.

“Pandai ye sayang” Dia terus memaut pinggang Fatihah dari belakang. Fatihah hanya ketawa.

“Awat balik awai?” soal Fatihah sambung menonton kembali.

“Ayah cakap ada hal sikit dengan mak hari ni.” Fatihah menjeling kearah calendar di taskbar laptopnya.

“Ohh.. anniversary depa dua lah tu”

“Okey.. faham…” mengertilah dia beria Encik Abdul Rahman mengajaknya pulang awal.

“Oh ya..nah album kahwin dah siap” Faizal menghulur paper bag yang mengandungi album gambar pemberian Ayie.

Fatihah segera membuka satu per satu. Dia tersenyum puas dengan hasil kerja Ayie.

“Perfect! Hasil kerja Abang Ayie memang tak pernah mengecewakan” ucap Fatihah teruja dengan gambar yang dilihatnya.

“Haih! Puji abang Ayie je?”

“ Pengantin lelaki pun perfect jugak” Fatihah menepuk-nepuk lembut pipi Faizal.

“Nasib baik puji” Faizal mencium pipi Fatihah dan langsung bangun untuk kebilik mandi .

“Abang nak mandi jap” Faizal mencapai tuala lalu keluar dari bilik menuju kebilik air berhampiran dapur.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience