Di Hati Yang Mana
Ku Temu Cinta Terindah
Kau Berikan Ku Jawapan
Tiada Lagi Persoalan
Sambut Cintaku Ini Sayang
Berselimutkan Kasih Kita
Di Ruang Hatiku Yang Terpencil
Mekar Cinta Kita Yang Akhir
Kini
Menuju Ke Destinasi
Puncak Cinta Tertinggi
Aku Menunggumu
Aku Takkan Jemu
Kerna Cinta Itu
Termanis Bagiku
Mimpiku Semalam
Kau Hadir Bersama Cinta
Kau Lukiskan Dua Hati
Lambang Kasih Sayang Sejati
Kau Datang Bersama Sinar
Menyuluh Hatiku Yang Pudar
Kini Semua Kembali Berseri
Bila Kau Hadir, Ku Damba
Kini
Menuju Ke Destinasi
Puncak Cinta Tertinggi
Aku Menunggumu
Aku Takkan Jemu
Kerna Cinta Itu
Termanis Bagiku
Matahari Masih Jingga
Menyala Cinta Bagai Bara
Perjanjian Kita Berdua
Kekal Selama
Berdua
Berdoa
Bersama
Sayang…
Kini
Menuju Ke Destinasi
Puncak Cinta Tertinggi
Aku Menunggumu
Aku Takkan Jemu
Kerna Cinta Itu
Termanis Bagiku
Aku Menunggumu
Aku Takkan Jemu
Kerna Cinta Itu
Termanis Bagiku
°°° Destinasi Cinta by Dato’ Sri Siti Nurhaliza °°°
****
“Ready!” suara Amsyar kedengaran disetiap walkie talkie staff yang bertanggungjawab sepanjang majlis berlangsung.
Sebaik sahaja pengacara mengumumkan ketibaan pasangan pengantin, paluan kompang asli terus bergema seluruh dewan yang menempatkan seribu jemputan itu.
Kelihatan Kennedy dan pasangannya yang segak bergaya dengan busana pilihan mereka bergerak masuk diiringi sepuluh kanak-kanak yang berpakaian gaun klasik berwarna putih membawa bakul bunga menuju ke pentas pelamin.
Eman yang berada di meja tetamu hanya memerhati isterinya lincah menjalankan tugas dengan berbaju kurung hijau emerald.
Setelah semua tetamu mula menikmati hidangan yang disediakan dan ada team backup memantau majlis barulah Fatihah dan Amsyar mengambil tempat dimeja bersama Eman.
“Laa..awat hang tak makan lagi?” soal Amsyar sebaik saja duduk dikerusi berhampiran Eman.
“Tunggu korang la” jawab Eman meletakkan handphone diatas meja.
“Patut la laki hang kurus Fatihah oii” balas Amsyar lalu menyenduk nasi ke pinggannya. Fatihah hanya tersenyum menggeleng kepala.
Eman mula menyenduk nasi ke pinggan Fatihah dan pinggannya sebelum mengambil lauk pula.
“Amboihh! Awat tak tolong suap sekali?” usik Amsyar melihat Eman melayan Fatihah.
“Aku okey ja..satg lagi hang la jealous pulak” tempelak Fatihah yang sedang memegang gelas minuman.
“Sayang cepat.. Aaaa” ujar Eman seraya menghulur tangan untuk suapkan nasi kepada Fatihah. Fatihah segera menyambut suapan suaminya.
Amsyar tertawa perlahan melihat telatah pasangan merpati dua sejoli dihadapannya. Tidak pernah sekali pun terlintas untuk cemburu dengan sahabat baiknya itu, malah dia turut gembira melihat kebahagiaan Fatihah.
“Ni..aku nak habaq ni” Amsyar mengunyah makanan dan menelan perlahan sebelum meneruskan percakapannya.
Fatihah memandang dengan tanda tanya.
“Bulan depan aku nak tunang” ucap Amsyar tersipu malu.
“Alhamdulillah..” ucap Fatihah dan Eman serentak.
“Dengan awek yang sama ka?” Fatihah mula meneka. Amsyar hanya mengangguk tersengih malu.
“Kannn…aku dah kata dah,mesti lekat punya.Tahniah! Tahniah! Akhirnya ada jugak peneman hang” ucap Fatihah tersenyum gembira.
****
“Yang mana satu Melur Aisya? Melur Aina?” Soal Encik Abdul Rahman memandang kedua cucunya yang berbaring diruang tamu.
“Teka la ayah” balas Farhan yang duduk disofa.
“Kami ayah boleh beza, takkan Aisya dengan Aina tak boleh?” sampuk Furqan tersengih.
“Mana ada ayah boleh beza pun, ayah main tembak ja. Kalau betul tu betul la” balas Encik Abdul Rahman mengacah cucunya hingga ketawa.
“Selalunya mak saja yang pandai beza bab anak-anak ni” ujar Puan Rosma yang hanya memerhati dari awal. Dia mengelus rambut Mikail yang sudah tertidur disofa, letih bermain di track jogging bersama Furqan.
“Betul lah tu..budak-budak ni masa kecik selalu la nak kelentong kita, ingat kita tak tau lah tu” balas Puan Aida menggeleng kepala mengingati kenangan lama ketika anak kembarnya masih kecil. Farhan dan Furqan tersengih menayang gigi .
“Selalunya depa balik pukul berapa?” soal Encik Abdul Rahman kepada Puan Rosma.
“Lewat malam jugak la, rasa dalam pukul 1.00 ke 2.00 pagi macam tu kalau majlis waktu malam” jawab Puan Rosma mengingat kembali rutin menantunya jika terlibat dengan majlis waktu malam.
“Susu Fatihah dah pump standby siap dah, tinggal nak panaskan saja” sambung Puan Rosma tersenyum dengan sikap Fatihah yang tidak putus asa untuk penuhi rezeki pertama anak kembarnya.
****
“ASSALAMUALAIKUM..” ucap Eman sebaik sahaja dia menolak daun pintu rumahnya. Fatihah duduk di sofa bench hitam berhampiran almari kasut. Dia duduk tersandar keletihan, Eman terus membantu menanggalkan kasut sneakers yang dipakai Fatihah dan menyimpan kembali didalam almari kasut.
"Thank you my dear!" ucap Fatihah tersenyum senang.
"Anything just for you" balas Eman seraya mengenyit matanya.
Encik Abdul Rahman tersenyum memandang perbuatan Eman dari sofa ruang tamu.
“Eh! Ayah belum tidur lagi?” Soal Fatihah yang mahu mengambil minuman didapur. Eman segera bersalam dengan bapa mentuanya dan terus ke dapur juga.
“Ayah tunggu hampa dua balik la” jawab Encik Abdul Rahman menonton TV.
“Farhan dengan Furqan tidur mana?” soal Fatihah selepas tidak nampak kelibat adik kembarnya.
“Tidur hotel dekat area butik Amsyar tu”
“Ohhh! Ada hal penting ke?” Fatihah mengambil tempat disebelah Encik Abdul Rahman.
“Ada.. ayah ada hadiah untuk hampa berdua ni”
“Hadiah? Untuk?” Fatihah mengerutkan keningnya. Eman hanya memerhati sambil minum air dikaunter bar.
“Ayah ada booking tiket honeymoon untuk hampa berdua ke jepun, hotel apa semua dah setel” jawab Encik Abdul Rahman memandang skrin handphone mencari detail travel untuk Fatihah.
Terbuntang mata Fatihah, Eman pula sudah tersedak mendengar.
“Jepun? Bila?” Soal Fatihah terkesima dengan kejutan ayahnya.
“Ni musim bunga sakura ni la. P musim bunga baru best” jawab Encik Abdul Rahman tersengih.
“Serius ke?” soal Eman yang duduk disofa bertentangan.
“Serius lah ni.. sepanjang hampa dua kahwin belum bercuti berdua lagi kan? Ni ayah uruskan, pasal anak-anak jangan risau.. ramai baby sitter ada” balas Encik Abdul Rahman tertawa perlahan.
Fatihah dan Eman saling berpandangan, tiada kata-kata yang diungkap melainkan rasa terkejut.
****
FUKUOKA JAPAN
Menurut kepercayaan masyarakat Jepun, Bunga Sakura mempunyai banyak makna. Salah satunya ialah berkaitan tentang kehidupan yang pendek. Sakura cantik dilihat semasa berkembang tetapi jangka hayatnya pendek, hanya mekar beberapa minggu sebelum jatuh ke tanah dan layu.
Namun keindahan Bunga Sakura mampu memukau mata rakyat seluruh dunia untuk tidak melepaskan peluang berkunjung ke sana setiap kali musim Sakura bermula. Bagi rakyat Malaysia juga sangat beruntung terutama dikawasan utara Malaysia. Sakura Malaysia! Hihihi
Kelihatan Eman berjalan beriringan dengan Fatihah. Pinggang isterinya dirangkul rapat.
“Sayang nak tahu tak?” soal Eman berjalan perlahan, Fatihah mengangguk dengan soalan suaminya.
“Abang tak penah terfikir pun kita akan bersama macam ni ..” dia berjeda sebentar seraya memandang Fatihah yang asyik dengan kelopak bunga Sakura terbang melayang.
“…tapi tak sangka, rupanya Allah swt dah atur elok destinasi hidup kita tanpa kita sendiri terbayang sikit pun. Abang harap sayang kekal dengan abang sampai syurga” ucap Eman lalu mengucup dahi Fatihah.
“InsyaAllah…sayang pun tak sangka boleh tamatkan treatment dengan Doktor Ikmal. Thank you abang! and satu lagi, mana mungkin sayang lupakan hero yang bantu sayang bernafas sampai ke hari ni” ucap Fatihah lalu merangkul badan Eman dengan kedua tangannya. Eman tersengih bila terkenang kejadian lemas dikawasan air terjun satu ketika dahulu.
“Kita ambik gambar dekat sini” Eman mengeluarkan handphone dari poket jaketnya.
“Cantiknya..” Fatihah menghulur tangan menyambut kelopak bunga Sakura yang gugur ditiup angin. Senyap-senyap Eman mengambil gambar candid Fatihah.
“Jap sayang..” Eman mengambil kelopak bunga yang berada diatas kepala isterinya, dia tersenyum lalu hulurkan pada Fatihah. Fatihah segera menyambut dan memerhati dengan teliti.
“Uniknya.. bentuk Love la” Dia segera keluarkan buku nota kecil lalu selitkan kelopak bunga disebalik plastik cover buku nota kecilnya itu.
“Sayang nak buat apa tu?” soal Eman menggaru kepalanya.
“Simpan. Unik macam hati abang!” jawab Fatihah tersengih lalu berpaut pada lengan Eman. Eman hanya tersenyum menggeleng kepala.
Mereka terus berjalan dengan hati yang senang menyusuri pohon bunga Sakura disepanjang laluan khas yang disediakan untuk para pelancong.
Maka dengan ini, tamatlah kisah perjalanan Hidup Fatihah bersama orang-orang tersayang.
_TAMAT_
Terima kasih untuk semua pembaca yang menyokong secara silent,rate, support coins dan yang selalu komen ^_^
Jumpa lagi di next Novel "The Sound Of Heart"
Share this novel
Alhamdulilah n Tahniah author... best ceritanya... terima kasih byk2... 06:51 PM 28/8/2024
best