BAB 25

Romance Completed 34761

Sejak menjadi surirumah sepenuh masa, Fatihah banyak menghabiskan masa dengan mengemas rumah, memasak, menonton TV dan tidak lupa juga dengan game yang dia terlibat dari zaman bujang lagi.

TING!
TING!
TING!

Berderet-deret bunyi notification Whatsapp masuk. Fatihah segera mendapatkan telefon bimbitnya risau jika ada perkara mustahak.

Pesanan dari number tidak dikenali. Dia segera menekan pesanan yang diterima. Jantung mula berdetak laju seolah-olah baru menamatkan larian 100 meter, tangan menggeletar, air mata mula mengalir, sakit dan peritnya hati bila diperhati satu persatu gambar yang baru diterimanya.

Betapa kecewanya insan yang dipercayai dan disayangi sepenuh hati mengkhianatinya. Pelbagai perasaan mula menyelubungi hati, kata-kata hinaan Puan Jamilah mula bermain-main difikiran . Dia terduduk menangis tidak dapat terima kenyataan pahit yang perlu dilalui. Sedih kehilangan anaknya masih belum hilang, kini dia perlu hadap kecurangan suami pula.

‘Saya balik kampung’ satu pesanan ringkas dihantar kepada Faizal.

Fatihah mencapai kunci kereta diatas meja dan terus memandu keluar menuju ke kampungnya sehelai sepinggang.

TUT!TUT!
Faizal cuba menghubungi Fatihah namun panggilannya tidak dijawab. Fatihah tidak membawa pulang telefon bimbitnya, dibiar sepi atas katil, dibiar gambar-gambar intim Faizal terpampang.

Eh! Mana pulak Fatihah ni? Selalu kalau balik kampung mesti ajak aku jugak. Faizal bercakap dengan diri sendiri . Mujur saja sudah habis waktu kerja, dia segera memandu pulang kerumah.

Faizal segera masuk kerumah cuba mencari Fatihah walaupun keretanya tiada di garaj. Dia menghubungi sekali lagi number Fatihah. Tapi kedengaran bunyi nada dering diatas katil, perlahan dia menuju ke katil dan mencapai telefon bimbit Fatihah.

Jantungnya bagai terhenti seketika. Dia terduduk,diraup wajahnya lama. Tidak sangka sejauh itu Amal bertindak. Wanita yang dipuja selama ini rupanya menjadi duri dalam hidupnya.

***
“Eh. Kak long, kamu sorang saja balik?” soal Encik Abdul Rahman menjenguk keluar pintu.
Fatihah tidak menjawab, dia langsung kebiliknya dan menguncikan diri didalam bilik. Encik Abdul Rahman memandang pelik.

“Awat tu?” soal Puan Aida dari dapur. Encik Abdul Rahman mengangkat bahu tanda tidak ada jawapan.

TOK!TOK! Pintu bilik diketuk Puan Aida.

“Kak long..awat ni? Faizal mana? Awat balik sorang saja?” Puan Aida berdiri dihadapan pintu menanti jawapan Fatihah. Sepi tiada jawapan.
Encik Abdul Rahman dan Puan Aida hanya saling berpandangan mencari jawapan. Mereka turun kedapur menunggu Fatihah keluar dengan rela hati.

Kedengaran sebuah kereta berhenti dihadapan rumah Encik Abdul Rahman. Puan Aida menjenguk keluar melalui tingkap. Lama Faizal duduk dalam kereta mencari kekuatan. Dia melangkah masuk perlahan risau bapa mentuanya mengamuk pula.

“Assalamualaikum mak ayah” Faizal memberi salam saat berada dihadapan pintu masuk dapur.

“Waalaikumsalam.. ha! Faizal masuk la” sahut Puan Aida yang sedang menyediakan bahan untuk memasak.

“Hampa begaduh ka?” Soal Encik Abdul Rahman yang berdiri berhampiran Faizal. Faizal tidak menjawab.

“Fatihah mana ayah?” soal Faizal tercari-cari kelibat isterinya.

“Ada dekat bilik, dari tadi ketuk pintu taknak buka” jawab Encik Abdul Rahman memandang Faizal. Faizal segera berlari ketangga menuju ke bilik. Diketuk bertalu-talu memanggil nama Fatihah.

“Awak, jangan macam ni. Dengar dulu penjelasan saya ni” senyap, masih tiada respond walau diketuk berkali-kali.

“Ayah! Ada kunci pendua tak?” Soal Faizal mendapatkan Encik Abdul Rahman didapur.

“Ada, awatnya hampa ni?” Encik Abdul Rahman berjalan ketepi tangga mencapai kunci pendua bilik Fatihah.

“Fatihah tak menyahut langsung, risau dia pengsan lagi” jawab Faizal cemas mengenangkan Fatihah pengsan tempoh hari.

“Pengsan? Nah kunci, p tengok lekaih” arah Encik Abdul Rahman. Dia sebolehnya tidak mahu masuk campur urusan rumah tangga anaknya selagi Fatihah sendiri tidak minta tolong.

Tombol pintu dipulas, Faizal pantas masuk dan menutup kembali pintu. Fatihah duduk dilantai memeluk lutut dengan mata yang sudah bengkak disebabkan menangis tanpa henti.

“Awak..” Faizal duduk bertentangan Fatihah. Dia menarik kedua tangan Fatihah kebibirnya. Fatihah tidak memberi sebarang reaksi.

“Saya tak buat apa-apa pun awak” Faizal mula bersuara. Dia cuba menatap anak mata Fatihah namun Fatihah segera memejamkan matanya.

“Dia perangkap saya. Saya tak sedar pun. Tahu-tahu dah jadi macam tu” terang Faizal cuba menyakinkan Fatihah. Fatihah membenamkan wajahnya disebalik lutut.

“Perangkap dengan kekasih hati?” Fatihah bersuara perlahan.

“Awak sorang saja kekasih hati saya sekarang!”

“Dah lah Faizal. Tak cukup lagi ka saya kehilangan anak kita? Tak cukup lagi mama awak hina saya? Now awak pulak?” bergetar suara Fatihah meluahkan perasaan, ditatap mata Faizal dengan air mata yang mengalir bak air terjun.

“Satu saja saya nak cakap. Lebih baik kita berpisah saja. Saya dah habis fikir dah. Untuk apa saya stay dengan awak? Mama awak pun benci saya, perempuan simpanan awak tu kesayangan mama awak! Saya rasa awak ikut sajalah kemahuan mama awak!” luah Fatihah berat menahan sedih. Namun dia harus terima kenyataan.

“No! Saya takkan lepaskan awak!” tegas Faizal. Cukup rasanya dia kecewa satu ketika dahulu.

“Tapi saya tak boleh terima lelaki yang curang hingga ke tempat tidur Faizal. Sampai mati saya takkan terima lagi dah” Balas Fatihah kecewa. Jika kecurangan suami hanya sekadar berbalas pesanan saja mungkin dia boleh beri peluang kedua tapi tidak kalau sudah hingga ke tempat tidur.

Faizal terdiam tanpa kata. Cuba mencari cara untuk buktikan yang dia tidak bersalah. Dia mula menyesal kerana menerima pelawaan Amal untuk keluar makan bersama.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience