“Tak merasa nak bercucu lagi la nampaknya” ucap Puan Jamilah sambil menonton TV.
“Ish! Dah Allah swt tak izinkan , kau nak pertikai apa lagi? Nak bantah kerja Tuhan?” Balas Encik Fakhrul Razi yang geram dengan kelakuan Puan Jamilah macam orang tiada agama.
“Aku cakap saja. Sudah la anak jantan sulung pun tak boleh bagi cucu lagi, ini yang bongsu pun sama jugak? Agaknya keturunan kau memang Allah swt tak izinkan untuk berkembang dah dekat dunia ni” bebel Puan Jamilah apabila kata-katanya dibantah.
“Ya Allah! Manusia jenis apa agaknya kau ni ?” Encik Fakhrul Razi mula tinggikan suara. Puan Jamilah hanya menjeling mata kepada Encik Fakhrul Razi yang sedang memandang tajam kearahnya.
***
“Awak. Jom makan, saya suap nak?” Faizal membawa hidangan makanan tengahari untuk Fatihah yang sedang berehat dalam bilik dikampung.
Fatihah bangun dan bersandar dikepala katil. Faizal menghulur sudu kearah mulut Fatihah.
“Awak kena makan , jangan asyik skip makan ja…nanti lambat sihat” Faizal mula memberi nasihat setelah Fatihah mula menunjukkan yang dia mula redha.
“Awak tak kerja?” Soal Fatihah yang sedang mengunyah perlahan makanan dalam mulut.
“Saya ambik cuti 2 minggu, minggu depan dah kena mula balik. Awak nak ikut saya balik or stay sini?” Faizal menyoal Fatihah kembali.
“Stay sini sampai appointment nanti.” Balas Fatihah yang masih menghitung hari menanti keputusan ujian terhadap uri kandungannya. Faizal mengangguk setuju, lagi pun tiada orang yang boleh temankan Fatihah jika dia perlu keluar bekerja.
“Fatihah makan dak?” soal Puan Aida yang melihat Faizal turun membawa dulang makanan.
“Hari ni Fatihah makan habis” balas Faizal yang mula mencuci pinggan dan gelas minuman Fatihah. Puan Aida mengangguk dengan perasaan lega dihati.
***
“Ayah.. Kalau kak long berenti kerja okey tak?” Fatihah cuba mendapatkan pandangan Encik Abdul Rahman ketika bersantai diruang tamu.
“kalau qhasa tak boleh fokus lagi, okeylah kot berhenti.. up to you” jawab Encik Abdul Rahman yang tidak kisah jika Fatihah tidak mahu lagi sambung bekerja. Kalau suaminya tak mampu bela, dia sendiri masih mampu untuk support hidup anaknya.
Fatihah seperti berbelah bagi untuk letak jawatan ditempat pertama dia menimba pengalaman. Namun hatinya masih belum tenteram untuk mula berdepan dengan orang luar.
Fatihah mengambil keputusan menghantar Whatsapp kepada supervisor jabatannya untuk berbincang tentang perkara tersebut.
Share this novel