TING! Bunyi notification Whatsapp masuk. Eman mengeluarkan telefon dari poket seluarnya. Ada pesanan dari number tidak dikenali.
‘Hi! Eman ^_^’
Eman hanya membaca dan membiarkan tanpa membalas kembali. Dia meneruskan kerja mencuci lantai seperti biasa.
Sekali lagi bunyi pesanan masuk dari number yang sama. Eman hanya membaca dan terus silent telefon bimbitnya .
“Hoi! Siapa yang Whatsapp? Sampai berkerut muka aku tengok” cuit badrul dari belakang. Eman sedikit melatah apabila dicuit.
“Ish! Kau ni buat terkejut orang saja” balas eman yang masih memegang paip air.
“Bukan selalu pun” Badrul terus ketawa sambil membantu Eman menolak air dilantai.
***
‘Ae lawa na kitak ya’
“Eh! Siapa pulak ni?” soal Eman selepas membaca pesanan Whatsapp yang baru dibaca. Dia yang baru selesai solat isyak, duduk dibirai katil.
‘Ktk Siapa?’ Eman akhirnya response kepada Whatsapp yang diterimanya dari number tidak dikenali bertalu-talu sejak petang.
‘kamek mariam’
“Eh! Dah kenapa dia ni asyik kacau aku saja” Eman membebel sendiri. Dia membiarkan Whatsapp itu tidak berbalas. Belum ada mood nak berkenalan, mungkin esok atau lusa mana nak tahu tiba-tiba Allah swt buka pintu hati.
“Eman, jom makan” jerit Amin dari luar bilik. Eman segera bangun dan buka pintu untuk menuju ke ruang tamu mengisi perut yang sudah lapar.
“Haishh! Tinggal kita 3 saja ni, lepas ni turn siapa pulak?” soal Badrul sambil meneguk air teh O ais dalam gelas.
“Lepas ni Eman dulu kot” balas Amin tersenyum lalu menyuap nasi.
Eman segera menggelengkan kepalanya.
‘Dia tak nak balas Whatsapp aku lagi ke?’ soal Mariam pada diri sendiri. Dia masih menanti dengan penuh sabar, bukan senang nak dapatkan number handphone Eman dari seniornya.
Mariam meninggalkan handphone dalam bilik dan keluar menonton TV dengan harapan sebelum tidur Eman reply Whatsapp darinya.
Sebelum tidur Mariam masih lagi menatap skrin telefon bimbitnya.
“Esok pula aku try” ujar Mariam seolah-olah sedang bercakap dengan telefon bimbitnya.
Mariam seorang gadis berusia 25 tahun, muda setahun daripada Eman. Dia sudah lama perhatikan Eman sejak sekolah. Hendak ditegur risau tidak dilayan,maklumlah selalunya student SPM kan fokus pada exam.
Mungkin sudah jodoh, tiba-tiba Allah swt temukan kembali dia dengan Eman tempoh hari. Hati kembali berbunga, dia berusaha mencari rakan-rakan sekelas Eman hanya semata-mata untuk mendapatkan number handphone Eman, mujurlah salah seorang dari mereka mahu bagi kerjasama. Zaman sekarang, tak salah kan perigi mencari timba.
kalau tak paham loghat sarawak boleh komen :)
Share this novel