Dari jauh kelihatan Fatihah sedang berdiri menanti Faizal keluar dari balai ketibaan. Dia hanya mengenakan T-shirt jersey muslimah,seluar palazo dan tudung bawal.
Faizal tersenyum melambai tangan sambil menolak troli bagasi menuju kearah Fatihah.
Belum sempat Fatihah menghulur tangan untuk bersalam, Faizal segera menarik Fatihah kedalam pelukkannya. Diberi ciuman bertalu-talu di ubun-ubun Fatihah.
“Errr..awak, dah la tu..nanti orang tengok pulak” Fatihah mula bersuara bila Faizal masih belum melepaskan pelukkannya.
“Saya peluk isteri sendiri la bukan perempuan lain pun” jawab Faizal yang hatinya perit bila mengingati kejadian semalam.
“Ye tahu la, dekat rumah takpe la..tempat public tak manis pulak orang tengok, sat g tak pasal – pasal viral” bebel Fatihah menolak perlahan tubuh badan Faizal. Dia segera menarik tangan Faizal untuk bergerak keluar.
***
“Awak nak makan?” Soal Faizal yang membawa semangkuk salad buah.
Fatihah hanya mengangguk, matanya tak lekang dari memandang skrin TV.
“Tekun betul awak layan cerita Tamil tu” Faizal menghulur buah anggur ke mulut Fatihah. Fatihah menguyah perlahan.
“Alamak..boleh pulak iklan” ucap Fatihah geram bila babak klimaks dipotong dengan iklan. Faizal ketawa melihat Fatihah, namun dia risau andai satu hari nanti dia sudah tidak berpeluang untuk melihat telatah Fatihah lagi.
Diawal perkahwinan, sememangnya dia tidak ada apa-apa perasaan melainkan untuk menunjukkan pada Amal yang dia juga mampu hidup bahagia dengan wanita lain.
Ternyata perbuatan itu menjerat perasaannya sendiri yang semakin sayang pada Fatihah dan mungkin cinta juga telah berputik. Tapi bila memikirkan kejadian lepas, hatinya mula resah.
Bunyi telefon bimbit yang minta diangkat mematikan lamunannya.
“Hello! Hah, dah dekat seminggu balik langsung tak call mama” serbu Puan Jamilah saat Faizal menyambut panggilannya.
“Nak rehat la” balas Faizal malas sambil menyuap buah untuk Fatihah. Dia membuka mode loudspeaker.
“Mama dah bincang dengan Fatihah hari tu pasal nak kau kahwin lain, dia setuju saja” Fatihah tersedak mendengar kata-kata Puan Jamilah.
Faizal mengangkat kening kepada Fatihah.
Fatihah meneruskan tontonannya dengan rasa sakit hati. ‘Bila pulak aku kata setuju?’ bebel Fatihah dalam hati.
“Mama merepek apa ni? Nak kahwin lain untuk apa?”
“Untuk masa depan kau jugak,bini kau kan susah nak mengandung dah. Jadi kahwin lain saja la. Takkan nak biar si Amal tu melepas lagi sekali?” Bebel Puan Jamilah mengjengkelkan.
Faizal segera menamatkan panggilan. Fatihah memandang kosong TV dihadapannya. Dia mengeluh dan bangun menuju kebiliknya. Pintu dikunci.
“Awak..kenapa kunci pintu ni?buka la” Soal Faizal yang berdiri dihadapan pintu bilik. Dia tahu Fatihah terguris hati dengan kata-kata ibunya.
Senyap tiada respond.
Faizal beredar ke ruang tamu untuk mengambil kunci biliknya. Dibuka segera pintu bilik untuk melihat Fatihah yang sudah terbaring dilantai.
Faizal berlari mendapatkan Fatihah yang tidak sedarkan diri.
“Awak! Bangun! Kenapa ni?” panggil Faizal sambil menepuk lembut pipi Fatihah. Diperiksa nadi dan pernafasan masih normal, lalu dicapai gelas air yang berada diatas meja untuk direnjis kewajah Fatihah.
Fatihah mula memberi respond selepas dipercik air kewajahnya. Dia memegang kepalanya yang rasa berdenyut sakit.
“Kepala awak terhantuk agaknya, nampak benjol sikit ni dekat dahi. Kita ke hospital okey” Faizal membawa Fatihah duduk dibirai katil.
Fatihah hanya menggelengkan kepala. Sakit Luaran boleh sembuh tapi sakit dihati hanya Tuhan saja yang tahu betapa peritnya.
“I’m sorry” ucap Fatihah sebak menahan tangis.
“Eh kenapa? Saya yang patut mintak maaf” Faizal menggengam erat tangan Fatihah.
“Saya tak kisah kalau awak nak kahwin lain. Saya pun belum ready untuk pregnant lagi, mama awak dah tak sabar-sabar nak ada cucu dari keturunan dia” air mata mula mengalir laju. Faizal terdiam mencari kata-kata yang mampu meredakan hati Fatihah.
“Awak tak perlu cakap apa-apa, tak perlu nak stress pasal mama. Cukup fikir yang saya sayang awak”
Fatihah menarik nafas dalam sebelum melepaskan perlahan. Dia hanya memandang anak mata Faizal.
Faizal menyeka air mata yang masih bersisa dipipi Fatihah.
“Malam ni kita tidur dekat tempat kerja awak nak tak?” Faizal memberi cadangan cuba untuk mengalih perasaan Fatihah.
“Kejap saya suruh amsyar booking bilik, nanti malam kita tidur sana” ujar Faizal yang terus menaip pesanan Whatsapp kepada Amsyar.
Fatihah hanya memandang tanpa membantah.
Share this novel